Sunday, August 28, 2016

Nak tutup Instagram. Nak remove friends Facebook

Heloowwww.
Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyarangkan blog ini. Dan cuba untuk update blog walaupun sebulan sekali walaupun jiwa aku mahu update hari hari. Hahaha.

Nak cerita pasal Instagram. Sejak kebelakangan ni memang rasa love hate relationship gitu dengan Instagram tu. Walaupun ramai yang madly deeply lovey dovey dengan IG kan. Haha. Setiap apa kita buat, upload semua kat sana. Apa saja nak tulis, tulis kat sana. Upload video pun bolehh. Mudah, senang.. ya. I need to agree with that. Well...untuk aku pulak, aku banyak benda nak share, jiwa penulisan, penceritaan sangat tinggi. Ada benda aku upload sana, tulis kat sana. BUT, rasa mcam someething not ritee la..rasa macam tak bebas. Ntah la.

Aku jenis yang reserved punya orang. Aku banyak mendengar, membaca. Orang banyak bercerita pada aku. Aku banyak memahami orang. Tapi aku sendiri orang susah nak faham. Mungkin dia rasa faham, tapi tak sebenarnya. Sebab aku banyaakk simpan perasaan, hati aku. Aku sangat berhati2 nak luahkan sesuatu kalau bukan pada orang dan tempatnya. Thats why bila aku menulis di IG, penulisan aku more to blog style. Blog ni bagi blogger memang satu tempat dia la, diari..luahan hati semua. Tak ada siapa nak ambil peduli sangat kan. Tapi IG ni gaya hipster sikit. Haha. Orang duk upload pic2 cantik je, gaya modern, hipster. U know kan?? Haha. Aku bukan dari gaya macam tu. Sebab aku tak kisah pasal gambar cantik ke tidak, ada gambar ke tidak, asalkan aku dapat tulisss. Stress kot kalau tiap kali nak tulis sesuatu, kena up pic yang bergaya hip. Ok, tak wajib pun. Aku pun up gambar biasa2 je. Tak de hal. Tapi itu lah, rasa tak masuk.

Then aku decide nak tutup akaun sebenarnya, tapi of courseee akan hilangg kan gambar2 tu semua. Sayang jugak, sebab dah berapa tahun. Lagipun kat situ jugak nak tengok update member2, makin gemuk kurus ke, dah keje ke kan. Nak private pun susah. Aku fikir from now onwards, pape yang terlintass nak tulis, update aku terus ke blog jelah. Sebab before, aku up sesuatu di fb or IG sebab aku fikir just short comment, short story aku nak tulis, then aku akan masuk blog pasal tu nanti. But noo..tak menjadi macam tu. Status tu kekal disitu jela. Sebab aku dah tulis panjang kat sana. Rasa nak tulis sikit, tapi tak boleh control, terrpanjang jugak. Gitula kot, nak tutup akaun semua tu rasa sayang jugak walaupun aku anggap tu anak angkat je, rumah sewa je. Haha. Pasni IG tu ak cuba lah, just up pic dengan sebaris ayat sahaja. Tanpa huraian, macam tu jugak dengan Fb.

Oh, cerita pasal FB pulak ni. Aku sebelum ni lama dah tak buka sangat fb tu. Tapi lepas habis belajar, start buat bisnes online banyak belajar di FB. Dan cikgu aku tu suruh bina engagemant dengan FB. Maksudnya kena selalu update apa2, nanti senang nak menjual sebab orang percaya kat kita. Huhu. Tapi lama2 buat rasa bukann. Bukan gaya aku. Haha. Sebenarnya fb tu aku cukup suka sebab aku expend kenalan dari galangan geng cassies aku. Alaa..geng korea aku, fandom cassiopeia. Geng lepak2 la kira. And ada fan lain lagi. Tapi dalam linkungan peminat korean tak kira drama or kpop. Aku suka je, bebas update pape. Rasa kawaaann semua. Tapi sejak aku join kelas tu, ak kena add dalam beribu2 jugak lah kawan, yang dalam lingkungan bisnesss. Hari2 buka banyak status pasal bisnes, jual beli, ayat2 acah2 nak remove kalau tak komen or like status dia. Sometimes aku ok, sebab motivasi untuk buat bisnes kan, tapi most of time now aku rasa bukan aku, bukan fb aku. Not meeee.. bukan style aku ni. Ber "sis" sis pulak semua. Ntahlaa. Aku tengah cubaa pikir sebaiknyaa skarang, mana yang terbaik. Samada aku perlu removeeee semua friends tu balik, n back to my normzl life macam dulu. Bersantai2 kat situ je, sambil update citer korea, sometimes boleh jugak buat luahan. Atauu teruskan jelah macam ni, anggap ini fasa perubahan hidup, untuk kemajuan diri..(walaupun aku rasa terlaluu "not me"). Sebab online bisnes aku banyak aku up di IG, dan dapat cust banyak kat sana.

Aku just nak enjoyyy diri aku. Life aku. Buat apa yang aku suka tapi still dalam landasan yang betul. Track yang betul.

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...