tak adalah kisah,peristiwa ke apa. tapi bila dengar lagu tu dah rasa nak raya, mood raya datang. Feeling dia pun rasa macam sayu,best, gembira.
Iaitu lagu dari M.Nasir-Satu Hari Di Hari Raya. Semua orang pernah dengar kan?? Lagu yang cukup famous. Kalau tak pernah dengar tu,boleh buka youtube ni.
Lirik Lagu: Satu Hari Di Hari Raya : M. Nasir
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Lirik dia pun kalau tengok best.. M.Nasir kan, memang penulis lirik yang cukup puitis, cerita tentang kehidupan, ketuhanan. Setiap bait lirik tu ada maksud yang terkandung.
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Kalau tengok lirik atas tu.. irama apa yang indah tu?? irama yang memuji yang Esa. Iaitu takbir raya.. Sungguh halus.. Lirik2 tu buat kita ingat semua, kepada Dia yang Maha Esa terutamanya, banyak pujian diberi padaNya. Seterusnya penghargaan buat ayah bonda kita. Untuk mengingatkan anak2 muda ni, ingatlah ibu bapa walau dimana anda berada.
No comments:
Post a Comment