Assalamualaikum.
It's not comeback i think. Hanya mencuba untuk menulis kembali. Aku start blogging since 2009/2010 rasanya. Lepas SPM, dan masa mula masuk Diploma. Pertama kali berjauhan dari family (walaupun rumah dengan Uni hanya 1 Jam lebih), tapi tinggal di hostel adalah perkara baru. Masih keadaan menyesuaikan diri dengan keadaan dan kawan-kawan. I'm not truly happy masa tu. Bukan tak gembira langsung, i had great time. Tapi not truly. Still homesick baru 18,19 tahun. Then tak click sangat dengan kawan-kawan batchmate. Baik semua, dan ada rapat beberapa orang yang sehingga sekarang masih berkawan, tapi tak cukup untuk mengubati kekosongan dan kesunyian masa tu.
Banyak masa lepas kelas mengadap laptop. Layan Kdrama or DB5SK. This era kawan-kawan adalah online. Cassiopeia family. You know who you are. Walaupun tak keep in touch macam dulu-dulu, tapi masih tahu update masing-masing di media sosial. So, masa banyak masa depan laptop, then update blog. Tempat luahan hati, bercerita aktiviti dan macam-macam lagi. Ada post motivasi, ada childish, ada lagho.That's part of life back then. Aku memang suka membaca dan menulis dari zaman sekolah rendah. BM Penulisan selalu dapat A. Bila rumah mula ada internet, tak pasti macam mana mula baca blog-blog orang. That time kisah kehidupan seharian orang lain. Sangat menarik minat aku untuk buat juga. Sebab aku bukan verbal, tapi melalui tulisan. Gembira boleh meluahkan dengan tulisan. Then i start blogging. 2010-2013 my active era. Lonely, but happy.
Masuk degree 2012, dah mula sibuk sebenarnya. Dan mungkin semakin matang. Zaman degree, i'm happy..kurang homesick. Bidang dan coursemate yang boleh click. Enjoy belajar sebab minat course ni. Ada struggle belajar tu, tapi boleh hadap. Ada bestfriend yang bersama, serumah. Time tu cukup seorang kawan untuk kita bebas bercakap, bercerita. Tinggal rumah sewa, so kurang mengadap laptop untuk update blog selalu. Akhir- akhir tu pun sibuk siapkan tesis. 2013-2016 ni aku banyak real talk berbanding menulis. Sebab dah serumah dengan kawan yang boleh kita bercerita, jadi apa-apa terus luahkan, tanpa menulis. Kalau masa diploma, ada masalah cari blog untuk buat luahan. Tapi masih menulis, bercerita , share pengalaman masa ni.. cuma dah semakin kurang.
Dan waktu ni juga ada media sosial lain,terutama Instagram. Kita pun guna smart phone yang mudah nak update apa-apa tanpa buka laptop. Apps IG, FB, Twitter... IG start popular, sebab menarik kan up gambar, tulis caption. Macam diary bergambar. Even kalau tengok ramai blogger yang popular dulu-dulu, now semua jadi instafamous. Aku pun time banyak juga post dan menulis di IG. Masih menulis panjang juga, tapi lebih matang dan puitis. Tidak terlalu direct writing macam di blog. Lama-kelamaan, dah makin kurang update blog, habis belajar dah tak mengadap laptop sangat. Tengok drama melalui tablet atau telefon. Keinginan nak update sentiasa ada, tidak pernah padam. Tapi keadaan tak mengizinkan.
2016 habis belajar, 2017 mula kerja biasa-biasa, part time dan macam -macam. Ada update time tu, tapi setahun 2,3 post sahaja. laptop pun mula rosak dah masa ni. Terus terkubur. Struggle dalam kehidupan selepas tamat degree. Fokus pada kerja, sehingga dapat kerja yang dah semakin stable. Alhamdulillah. Day after day, kehidupan macam biasa. Up and down. Happy and Sad. Success and Fail. Lumrah kehidupan. I miss writing. Tidak pernah tidak. IG semakin lama semakin rasa tidak bekeperluan untuk update. Rasa terlalu terdedah. No fun dah.
Beban dan amanah kerja semakin besar. Adult life is real. Makin lama, makin banyak rasa terpendam. Kalau sebelum ni, setiap rasa terluah diblog, then di IG ada juga walaupun sedikit dan secara umum. Tapi dalam 3,4 tahun ni aku hampir tidak menulis. To be truth, since ayah dah tak ada 2022. This another story. Banyak untuk diceritakan, tapi tidak mampu. I stop menulis, sharing kehidupan di Ig sejak ayah tak ada. Ada, tapi jarang-jarang, time raya, bercuti atau event.. hanya sekeping dua untuk menunjukkan diri masih ada. Sebab? banyak sebab dan rasa. Maybe later kalau masih mahu tulis, aku akan cerita.
Dalam setahun dua ni, especially sejak akhir tahun lepas, semakin rasa burnout. Bukan lagi stress, tapi burnout. Aku mencari-mencari diriku kembali.Bercerita pada Allah tu sudah tentu. Tapi apa terapi lain yang aku perlukan? Ya, write. Rindu untuk menulis. Walaupun menulis santai. Sekurangnya dengan menulis, boleh spread segala rasa keluar.
Now, aku cuba untuk kembali menulis. For myself, bukan untuk orang baca, bukanm untuk famous atau viral. Dan sekarang aku dengan pursue my passion, my dream. Yang ada kaitan dengan writing. Doakan aku ya, andai ada yang terbaca post ni. So, menulis blog sedikit sebanyak untuk latihan akal fikiran mencari idea, kembali fokus (Reels sosial media pendek-pendek tu boleh potong fokus. nak kena detox balik). Semoga aku boleh dan masih mampu menulis, demi my "dream". demi my mental health, hati dan perasaan. InsyaAllah.
See you.


















