tak adalah istilah kegemaran sangat.
rasa teringin nak makan buat, beli.
Cendol, puteri ayu, seri muka, kuih cara.
sesekali tu ada la teringin kan nak makan kuih tertentu.
kalau citer zaman kecik2 dulu banyak lah.
nafsu bebudak. membuak2 kan. haha..
puasa pun takat tahan dahaga dan lapar.
kira berbuka tu kena raikan betul2 dengan segala jenis makanan.
kalau dulu wajib beli gula melaka/onde2 dan puteri mandi.
Puteri mandi tu aku suka.
Dia cam manis..suka kelapa dia tu.
dulu pernah juga buat.
tapi dah makin dewasa ni, kuih2 ni xmasuk dah dalam senarai.
puasa tahun ni, sebiji gula melaka or puteri mandi pun aku xmakan.
walaupun ada je ayah,mak belikan. tak rasa nak makan.
Yang berbalut daun pisang kuih lepat pisang. Lama xmakan. Dia pulut, then dalam tu pisang. oh, maafkan jari itu. Ramai orang, ambik gambar pun cepat2 je kalau tak kena langgar nanti.
Kuih muih yang aku snap kat bazar ramadhan. Kuih Muih tradisonal di malaysia, terengganu, kelantan. see..tu baru separuh. Banyak lagi kuih lain2. macam2. Yang sudah dimodenkan pun banyak.
Aku duk perati tengok, banyakk kuih2 ni. Aku taklah rasa terliur mana. Then terpikir, habis ke nanti..
tengok2, ramai je.. sorang datang beli 2,3 ringgit.
Bulan puasa, semua benda nampak tempting.
Karipap yang hari biasa kita x endahkan, tapi bulan ramadhan ni terusss rasa macam tengok ayam golek.
Beli sampai rm10. ada ke? haha..
tak kisah lah nak beli banyak mana pun kuih muih ni. Asalkan x membazir.
Kita ni kalau pergi bazar tengok orang beli xcukup tangan,penuh dengan plastik jangan terus nak mengata dia membazir, nafsu tinggi segala.
Mungkin dia anak ramai, setakat kuih 20ringgit sekali hadap je.
Mungkin dia nak bawak pergi masjid ke. Positif je.
Kesimpulannya dari story kuih muih kegemaran ni, untuk aku semua kuih kegemaran, sebab aku boleh makan semua walau sikit atau banyak.
proud be a malaysian, malay... banyak makanan. haha..
this is keunikan yang ada kat negara kita kan.
kuih muih ni pun ada dari masyarakat india, china yang diubah dan boleh diterima telan dengan anak tekak rakyat malaysia tanpa mengira bangsa.
kira dengan makanan ni berlaku la proses asimilasi, amalgamasi, akulutrasi semua tu...hihihi....
till then.
jap, bubur lambuk masuk kategori kuih muih tak???
bubur lambuk sesungguhnya memang kegemaran aku dengan sepenuh hati.
bagi 1 kawah aku boleh habiskan.
serius suka.
tapi kalau yang beli, aku akan try satu sudu,
kalau tepat citarasa aku makan terus. kalau x menepati citarasa?
aku buang dalam periuk, panaskan and alter balik. tambah la garam gula.
pastu makan lah.. kalau kuih lain dah xsedap xmakan dah.
tapi bubur lambuk aku akan alter balik juga sampai jadik sedap.
No comments:
Post a Comment