Selama 27 hari ramadhan dengan pnuh keyakinan aku sangka raya tahun ni adalah hari sabtu.
Masa mula2 puasa duk sembang2 nga kawan aku mira. Dia ngajar kat Sabah. Tanya la kan dia balik bila. Dia bagitahu dia sampai ganu hari 16hb Khamis. Then kami sama2 berteka teki, raya hari jumaat ke sabtu. Pastu member aku ni dengan confident jugak la dia kata sabtu kan? Ok..tanpa siasat pape maka aku pun pegang la kata2 tu bahawa raya hari sabtu yakni 18hb.
Hadap la aku puasa dengan penuh ketabahan, ada ujian melanda hati, tanpa dengan rahmat bulan mulia masih kuat meneruskan kehidupan.
Sampailah semalam duk potong kain dan wat tudung mak kata esok buat tapai. Aku macm blur. Esok ke??
Kan raya sabtu, so buat tapai khamis la.
Adik aku bagithu raya jumaat..
Ohmaaiii... Baru tersedar.
Kalau lah aku duduk sorang2, kat perantauan ke konfem la aku raya sorang2.
Orang siap pergi raya kita xtahu.huhu.
Kekalutan nak siapkan biskut raya.
Dah boleh dah nak stop buat sbab dh 2,3 jenis aku buat. Kakak ak pun buat bnyak.
Tapi nk habiskan barang sebab dah beli. Kan tak buat raya bila nak buat? Buat tu boleh bila2, tp yang mkan tu xde. Time raya ni lah buat.
Niat nak bahagikan sikit2 kat kawan2.
Saudara2 memang kitaorg bagikan slalu.
Tapi xtahu lah, mood raya tahun ni memang tak ada langsung. Tipu lah x ada langsung tu. Ada, tapi just sikit2.
Tak rasa nak shopping segala.
Baju raya aku yang betul2 baru sehelai je. Yang ditmpah sebelum puasa lagi.
Then untuk raya ke2,3 dan seterusnya aku pakai jelah yang mana ada.
Baju yang just sekali,dua pakai boleh buat raya lagi.
Kalau mood raya mai dengan excited confirm la aku dh beli baju tambahan.
Tapi tak rasa.
Or belum rasa.
Mungkin hari raya nanti kegembiraan dan dpat khabar gembira. Amin.
Dalam umur sekarang ni pun, fokus lebih pada ramadhan je.
Dah besar, dah sedar.
Diri banyak dosa.
Time ni la nak repent, seek for forgiveness dari Dia.
Cari redhaNya.
Fokus lebih pada itu.
Sedih... Ramadhan dah nak balik.
Tahun depan moga panjang umur jumpa lagi.
Dengan keadaan yang lebih baik, amalan yang lebih bnyak.
Tertanya tanya sendiri, apa aku dah buat sepanjang ramadhan ni?
Ada ke amalan aku yang buat Allah suka. Allah..kecik rasa diri.
Cepat sangat masa berlalu.
Macam xsempat buat apa2.
Atau memang diri sendiri tak cari kesempatan tu??huhu..
Moga Allah ampuni kita. Redha. Rahmati. Sayang. Kita hingga ke syurga.
Tak sampai hati nak ucap selamat hari raya. Esok lah ucap.. Salam 29 ramadhan.
No comments:
Post a Comment