Dah masuk Syawal.
Raya day.
Apa erti hari raya ni?
Mengikut ayat yang kita selalu dengar, baca. Raya ni hari kemenangan untuk umat islam selepas berjaya mengharungi bulan ramadhan.
That's general meaning.
Tapi kita ni rasa menang ke?
Apa yang kita dah buat dalam ramadhan tu yang boleh mengatakan yang kita menang, kita deserve untuk beraya?
Itu yang sebenarnya kena sama2 muhasabah.
InsyaAllah ada..ramadhan kan bulan tarbiah diri.
Contoh, hari biasa subuh gajah, dinosaur je. Aku lah tu.
Tapi Alhamdulillah time puasa berjaya subuh awal sebab bangun sahur kan.
Biasa ngaji seminggu sekali, tapi puasa ada kekuatan buka quran hari2.
Lagi..biasa malam2 ngadap tv, laptop je kan..tp dengan hadir ramadhan aktiviti kurang sihat dapat dikurangkan.
Itu just contoh2 yang biasa transformasi kita buat.
Alhamdulillah.
Sekurangnya ada alasan jugak bergembira sambut raya.
Tàpi yang menakutkan ialah kehidupan seharian kita lepas ramadhan. How?
Kembali lalai macam sebelumnya?
Itu yang paling merisaukan.
Nak istiqamah amalan2 yang baik.
Moga Allah bagi kekuatan itu untuk kita semua. Aminn.
Mood raya aku not totally 100% datang.
Sayu. Ramadhan dah pergi.
Tambah2 dah membesar ni.
Orang kata makin meningkat dewasa makin kurang excited till kita kahwin. Hehe.. Allah, moga tahun depan raya berdua pulak. Amin.m
Then lepas tu fokus kemeriahan,excited pada anak2.
Anak2 dah besar suram balik hingga dia kahwin dan kita dapat cucu pulak.
Haha..begitulah. Putaran alam.
Apa2 pun hari raya tetap hari kita kena bergembira.
Mensyukuri nikmatNya.
Bersama keluarga.
Dikesempatan ni untuk semua bloggers dan yang membaca tulisan ni aku doakan;
Moga Allah rahmati ramadhan ini dan menerima segala amal kebaikan kita.
Salam Aidilfitri.
Mohon maaf andai ada terguris zahir mahupun batin.
Mohon doa jua moga kita istiqamah dalam meneruskan amal kebaikan hingga ke akhir hayat.
Doakan aku juga. Untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta dipermudahkan segala urusan. Amin..
Sayang semua lillahi taala..
Allahuakbar! 😌
1 comment:
slmt hari raya
Post a Comment