Showing posts with label #cabaran20hari. Show all posts
Showing posts with label #cabaran20hari. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

#Cabaran20Hari: Pengalaman Main Mercun Masa Raya

Pengalam.main mercun????
Hahaha..mercun apa. Meriam buluh kah yang aku main??

Sepanjang 24tahun alu hidup ni..
2 jenis mercun je yang aku pandai and pernah main.

Iaituuu....























Mercun bawanggggggg!!!! Hahaha.. Ini jelah yang aku berani. Setakat lempar ke lantai..

Dannnnn....



















Bunga apiiii.. Bunga api dalam kategori mercun gak kan.. Tu gambar masa aku dlm 5 tahun kot. Kecik2 dulu memang suka main bunga api. Ayah belikan untuk kmi. Kira rasalah sikit mood raya tu.

Lagipun kami ni adik beradik perempuan 4 orang. Membesar sama2 smua perempuan. So nak main mercun apanyaa??? Xde abang nak ajar main mercun ganas2. Lagipun mak ayah memang xbagi. Adik lelaki bongsu ak pn lahir thun 2001, kitorg dah besar2. Bila dia pun membesar..skarang dh 14tahun, dah retila sikit2 main mercun. Mercun bola la apa..ak pun xtahu. Tapi dapat lah dia main sekali dua..pastu xleh dah kena tortured nga kakak2..haha.. Nasib la adik laki tu, membesar dgn kakak2 je. Tp kami xlah sekat terus.. Zaman kanak2 dia kan..nk2 as lelaki. Bg je dia main sikit2, untuk rasa..

Untuk aku.. Pengalaman main mercun hanya itu jelah.. Dan x teringin pun nak blaja main mercun lain.

 Adik2, abg2 kat luar sana tu berpada2 lah main mercun. Bende tu malang. Berbau.. Jangan saje kita nak cari nahas. Hilang tangan,kaki. Nikmat ksempurnaan sifat Allah bagi, jaga elok2. Dh hilang xde ganti. Palsu xsama nga ori. Main mercun bawang macam akak jelaa...kalau nak rasa boomm..bomm malam raya tu. Meriah jugakk..









Wednesday, July 15, 2015

#Cabaran20Hari: Senarai Kuih Raya Pilihan Anda

Kadang2 time raya xsempat mana pun nak makan kuih2 ni.
Tapi klau ada yang best2 simpan, sorokkan sikit..haha.. 
Lepas raya ke4 baru smpat nak duduk atas kerusi ngadap segala jenis kuih, biskit, kerepek. Termasuk ketupat, tapai.

Antara feveret mkanan time raya ialah:

Biskut2 raya. Cornflakes terutmanta. Coklat chipss.. And aku suka merasa biskut raya yang org bgi jugak.

Then.. Suka maruku. Haha.. Kata 1 malaysia. Maruku ni special, sedap. Tiap2 tahun tempah. Jiran aku buat. Of cos la melayu. Tu kena dengan selera tekak melayu aku ni. Mmang best nguyah maruku ni. Tambah lelemakkk..

Tuesday, July 14, 2015

#Cabaran20Hari: Nostalgia Kad Raya


Kad raya. Nostalgia tu.
Dah lama rasanya tak hantar dan xterima kad raya dari kawan2.
Gambar atas tu antara kad raya yang sempat alu simpan. Dari kawan2 sekolah menengah. Kami mmang main tukar2 kad raya sek dulu.
Sekolah rendah banyakkk jugak. Tapi aku lupa kat mana letaknya kad2 raya tu..nt kna cari balik..huhu..
Bila naik sek menengah pun ada kwan2 sek rendah still post. Ada la dlm setahun,dua. Pastu senyap semua..
Yelaah..sebab dah ada hp kan time tu. Main msj je.. Fb,watsap xde la lg.

Suka sebenarnya main tukar2 kad raya ni. Mcm biodata la.
Tadi buka kotak yang simpan kad raya, ada sekali buku biodata sek rendh n menengah.. Serius klakar baca. And rindu.huhu..
Benda ni kan dia ad tanda, ingatan. Ada tulisan. Kita blh simpan.
Berbanding dengan msj,watsap, fb ke.. Itupun banyak copy paste je.
Kalau kad raya kita tulis satu2.

Tapi zaman dah berubah.
Segalanya dah mudah.
Ada e-card, just edit gmbar tulis slamat hari raya..then post! Post kat fb, watsp.
1saat sampai dh.
Xperlu pakai sampul, beli setem, kena posmen hantar...
Setem sekarang pun dah mahal. Kan?
Lama dh xpost kad raya.
Rasanya dalam 50sen pling murah.
Kalau dulu 20/sen or 30sen blh dah.
Salah satu faktor juga kenapa kad raya makin dilupakan.

Aku dulu bukan kata dapat raya dari kawan2 je.
Tapi artisss pun dapat.
Dulu kan ada dalam majalah mangga dia bagi alamat2 artis.
Kita hantar lah.
Then ada yang balas.
Macam erra fazira, amy mastura.
Tapi kad yang dia dah designkan lah.
Xde tulisan tngan dia pape pun.
Macam dapat kad bercetak tu.
Sekarang tak tahu ada lagi x macm tu.


Monday, July 13, 2015

#Cabaran20Hari: Menu Wajib Pagi Raya

Antara menu wajib pagi raya ialah..












Gambar dari raya tahun2 lepas..
Menu wajib ang utama ialah Nasi.. Memang akan buat Nasi Minyak, Nasi beriani ke..
Lepas tu nasi himpit nga kuah kacang..
Ketupat dan tapai tu wajib ada.
Yang aku buat rendangggg daging..
Jadi rutin dah sejak 4,5tahun ni buat rendang.
Then..biskut2 raya..kuih muih..kek segala tu.
Sebab kat rumah ni memang pagi ke tengahari tetamu bertalu2 datang.
Kena sedia makanan banyak.

Sunday, July 12, 2015

#Cabaran20Hari: Aktiviti Di Pagi Raya

Aktiviti di pagi raya.
Macam.biasa..
Bngun tidoo.. Sayu..dengar takbir.
Pastu kemas apa yang patut.
Biasanya mmang dah berkemas pun.
Pergi mandi.. Siap2.
And..solat raya. Aku x solat. Huhu..
Dah berapa tahun x solat raya.
Bngun xbrape awal, nak siap bnyak benda lagi.. Prepare makanan untuk tetamu datang nanti lg..huhu..
Pastu siap2.. Melawa segala.. Akulah palingg cantik pagi tu..haha.



Then tunggu tetamu datang berjalan dari dapur ke luar xhenti..huhu..
Gitu lah aktvitinya di pagi raya nan indah..

Saturday, July 11, 2015

#Cabaran20Hari: Gambar dan Ucapan Raya

Dah kena ucap selamat hari raya ke??haha..
Ada 6 hari sebelum raya..
Rasanya nak ucap selamat berpuasa dulu lah. Kesian ramadhan.. Dia belum pergi.. Hehehe..


Salam akhir ramadhan.
Moga dapat jumpa laila and qadr.
Aminn...

Friday, July 10, 2015

#Cabaran20Hari: Memori Raya 90-an/ zaman kanak-kanak

Aku lahir 1991..
Jadi pengalaman raya 90-an tu ada la.

Kalau dulu raya yang paling excited ialah nak shopping pakaian raya. Baju kurung memang awal2 disiapkan.
Sedondon lagi sebab aku 4 beradik perempuan. Lelaki sorang je, itupun lahir pada abad ke20 dh.
Biasa shopping pakaian tambahan untuk raya ke2,3.. Tshirt, seluar, kasut raya semua. Budak2. Sekarang xtahu la budak2 harini mcm mana. Sebab dah sellu dapat pakaian baru kan, mungkin tak rasa excited nak nak pergi shopping raya tu.

Pastu bab kutip duit raya lagi lah. Masing2 siap ada bag sendiri.
Letak duit yang dikumpul dalam tu.
Berjalan la nga sepupu sepapat kliling kampung. Selalu beria kalau pergi kutip duit raya ni time raya umah tok belah ayah aku.
Dapat rm1 dh gmbira. Banyak sangat dah tu rasanya.

Amalan ziarah menziarahi. Jumpa setahun sekali, jarang2..banyak benda diborakkan. Yang kecik2 main2 sekali. Main pondok2, kira duit raya ke.. Sekarang?? Semua sibuk dengan gadjet.
Gadjet.. Ada bagus. Tp ada buruk juga. Depend pada penggunaan.
Apa kata kalau raya kita letak ketepi gadjet tu. Bawak kamera je.. Tp tu la, kamera pun sekali nga hp. Apa blh buat..huhu...





Thursday, July 9, 2015

#Cabaran20Hari: Kuih Raya Paling Best



Kuih raya palinggggg best bagi aku dari dulu kini dan selamanya ialah Biskut Cornfalkes.. 
Apa sahaja yang ada cornflakes.
Tapi yang utama mestilah cornflakes kukis yang aku selalu buat tu.
Cornflakes+butter+gandum+telur+gula+susu.
Bukan cornflakes madu yang pejam mata tu blh buat.. Cehh berlagak.
Tapi yang tu pun aku suka.
Resepi aku pernah letak dalam blog ni.
Kalau nak cari lah.
Nanti aki rajin aku cari balik and letak link sini. Hehehe..
Tak pun update resepi versi tahun 2015.
Tak buat satu pun lagi kuih raya ni.huh.

Tahun ni rasa macam nak buat semua biskut bertemakan cornflakes.
Selain cornflakes suka juga coklat chips kukis.
Start buat 2,3 tahun ni. Tapi xdapat lagi tekstur yang terbaik...usaha..usaha..huhu.



Kuih raya tu sama dengan biskut raya la kan? Hahaha...

Wednesday, July 8, 2015

#Cabaran20Hari: Bajet Raya


Untuk bajet.. Bagi aku yang masih dibawah tanggungan ibu bapa ni tak fikir sangat lah.hehe.. Nak apa2 daddy akan bagi duit.. tetiba daddy plak. 
Jadi untuk entry bajet raya ni aku tak pandai lah nak komen untuk membahagikan duit as persiapan raya sebab tak ada gaji, tak ada tanggungan lagi.

yang boleh cerita, tiap2 tahun ayah aku bagi bajet raya untuk kami adik beradik yang belajar lagi ni, dalam rm200-300 seorang. Ni tak termasuk baju raya. Baju raya sebelum puasa dah tempah. Bajet ni akan diberi pada awal bulan puasa. tahun2 lepas dalam rm200, 250.. Tahun ni up Rm300. Kalau kira tak banyak pun nak beli. Baju dah tempah, bajet asing, bahagian2 rumah semua mak ayah sediakan. Yang rm300 ni untuk diri sendiri. Kebiasaannya duit tu buat beli beg, kasut raya, tudung, alat solek...haha.. macam budak2. Biasalah.. Banyak habis bahagian tudung dan kelengkapan diri macam bedak, pencuci muka, pin2 tudung semua tu..dan sandal. Kalau rasa nak jimat xperlu beli pun sandal, selipar, kasut dan handbag tu. Tapi tudung wajib lah beli 2,3 helai.. habis lebih kurang rm100 kat situ. Yang lain2 tu beli powder, bb cream segala habis juga rm50++. Selebihnya beli la apa2,buat belanja sendiri. Simpan untuk pergi beraya nanti raya. Nak lepak keluar makan2 or berbuka puasa nga kawan2 ke. Pandai2 lah.. ala...2,3 ratus tu zaman sekarang dapat lah 2,3 barang..huhu..

Apa2 pun kita bersederhana jelah.. Jangn melebehi bajet sampai berhutang.
Kalau rasa mampu, beli.
Sebab bagi aku konsep mampu ni flexible, subjektif brgantung pada invidu tu.
Mampu bagi mereka yang bergaji 1k, ialah beli baju rm20 sorang.
Klau bergaji rm500? Mampu beli pakaian raya 2 tahun sekali. Mungkin.
Kalau yang bergaji 20k sebulan?? Mungkin bagi dorang pakaian bernilai 1k tu xde apa.
Kita xboleh nak specific orang tu membazir ke tak.. Dia beli handbag rm500k no hal sebab gaji dia 2juta sebulan.
Dia pakai bag tu, pergi majlis besar2. Jangan nak kata dia membazir sebab dia mampu.
Kita gaji 2,3 ribu pun beli bag harga 2,3 ratus jugak.
Paling2 murah pun rm60.
Kenapa xbeli je bag rm10,xpun kat kedai rm2 tu ke..?
Apa kelas kn kita pegawai nk pakai bag rm10??..
Ni apehal tersasul mmbebel citer ni plak. Haha..
Kesimpulannya, bajet ikut kemampuan duit kita!

Tuesday, July 7, 2015

#Cabaran20Hari: Lagu Raya Pilihan

tiap kali raya ada satu lagu yang cukup bagi kesan kat aku.
tak adalah kisah,peristiwa ke apa. tapi bila dengar lagu tu dah rasa nak raya, mood raya datang. Feeling dia pun rasa macam sayu,best, gembira.

Iaitu lagu dari M.Nasir-Satu Hari Di Hari Raya. Semua orang pernah dengar kan?? Lagu yang cukup famous. Kalau tak pernah dengar tu,boleh buka youtube ni.


Lirik Lagu: Satu Hari Di Hari Raya : M. Nasir


Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Lirik dia pun kalau tengok best.. M.Nasir kan, memang penulis lirik yang cukup puitis, cerita tentang kehidupan, ketuhanan. Setiap bait lirik tu ada maksud yang terkandung. 
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah

Suara pujian pada yang Esa

Kalau tengok lirik atas tu.. irama apa yang indah tu?? irama yang memuji yang Esa. Iaitu takbir raya.. Sungguh halus..  Lirik2 tu buat kita ingat semua, kepada Dia yang Maha Esa terutamanya, banyak pujian diberi padaNya. Seterusnya penghargaan buat ayah bonda kita. Untuk mengingatkan anak2 muda ni, ingatlah ibu bapa walau dimana anda berada.

Monday, July 6, 2015

#Cabaran20Hari: Tetamu raya paling ditunggu-tunggu

Tak adalah tetamu istimewa yang ditunggu2 tu.
Tiap2 tahun raya, semua tetamu yang datang itu ialah yang istimewa.
Tetamu tu kan rezeki.
Biasa pagi2 lepas solat hari raya ramai orang kampung lah datang. Kawan2 mak, ayah semua.
Mungkin yang istimewa sikit kanak2 yang datang nak kutip duit raya lah.haha..
Seronok tengok dorang datang ramai2, pakai baju sedondon yang adik beradik tu, pastu sling bag yang berisi duit raya. Pakai tdung meriah2, ikat rambut pony tail. Lelaki pun comel2, innocent2 semua.
Tapi kan... 2,3tahun raya kebelakangan ni dah tak ramai kanak2 yang datang in group macam tu. Ramai kanak2, tapi datang dengan family.huhu..
Then untuk raya ke2,3,4 tu biasa sedara mara lah datang. Kawan2 kami semua.
Kalau kira semua kita tunggu2 lah dorang datang.


tapi...tapi...tapi....
raya tahun ni, tertunggu2 sorang budak tu datang.
Siti Dewi kesayangan beta. Nak tengok budak buas,nakal tu pakai baju kurung..



Baju kurung macam mana la plak dia ni pakai tahun ni. Budak ni ala2 macam tomboy sikit lah..haha.. tapi suka gincu segala tu. Just perangai dia, tahap kebuasan dia macam laki. Macam2 perangai. Tahun lepas umur 1 tahun pakai baju kurung pun jalan terkangkang kangkang je..

Dan semestinya lah, tetamu istimewa itu keluarga kita sendiri. Mak,ayah, kakak2, adik2.. asal semua ada,cukup dah rasa best. Itu yang paling penting.

p/s: tahun ni tertunggu jugak tetamu istimewa tu. Katanya pergi membawa diri. Ntah bila pulang... adakah sudi dikau bertandang ke rumah adinda?? hehehe... wait and see.. pray for the best. May Allah ease everything.. :-)



Sunday, July 5, 2015

#Cabaran20Hari: kenangan terawih zaman kanak-kanak


Cerita pasal kenangan terawih time kecik2 dulu memang best.
Budak2 sekarang ni dah tak rasa kot.
Berpakat nga kekawan kat sekolah lagi, malam ni pergi terawih.
Ada yang pergi dengan mak ayah.
Yang rumah dekat2 ni berpakat pergi jalan kaki.
Tunggu dekat rumah, pastu jalan sekali.
Ingat dalam drama je?? itu semua realiti.
Budak2 zaman dahulu buat. Nak2 yang duk kat kg ni.
Seronokkk sangatlah.
Mak ayah ajak naik motor tak nak, nak berjalan nga kawan2.
Excited nak pergi terawih. Padahal bukan solat pun.
Solat lah Isyak tu..

Untuk terawih...
kitaorang dulu macam2 akal.
time2 sekolah rendah lah ni. Yelah, rasa macam banyak je solat.
Budak2 memang kena saf belakang masa tu.
Senang lah lagi nak ponteng solat.
Kami solat selang satu.
Solat 2 rakaat..pastu berhenti.. Pastu ikut balik.
Yang paling gila bila time x solat tu, duk main.
Bercakap, suka2.. apa lah yang disembangkan, aku pun xingat.
Pastu bila imam dah tahiyat akhir, kelam kabut pergi masuk saf.
Konon2...solat jugak.
Padahal dah buat bising dah tadi. Pandai nak cover..
Lagi best, duk mengusha jemaah lelaki.
suka je main selak2 tabir tu.
Bukan ada pakwe pun.haha...
nama pun budak2 kan.
tapi perasaan masa tu seronok lah.
Suka nak pergi terawih.

Bila dah makin besar tu, makin faham lah.
Umur 11 tahun ke atas dah tak main2.
Solat serius je..ikut semua rakaat. Xde ponteng2.
kalau ada pun sikit2 lah..
Tapi tetaplah duduk kat saf belakang tu.
Rasa macam budak2 lagi.
At the time yang aku rasa aku dah dewasa ialah bila dah boleh dduk depan.
Bila makcik2 dah tolak aku ke saf hadapan.
Rasa macam...wow!! nak dewasa ke aku ni..haha..
Sampai dah boleh duduk saf depan sekali.
Join tadarus al-quran.
How,,,masa berlalu cukup pantas.

Sekarang ni boleh kata jarang dah aku tengok budak2 jalan pergi terawih.
Dorang dah tak rasa fun ke dengan terawih tu ya??
Yela, terawih ni ada dalam bulan ramadhan je.
Nak salahkan sape?? Biasa la...dunia berputar.
Teknologi mengatasi segalanya.
Kalau pergi pun masjid, handphone xlepas. Pandai update je.
Kita dulu duk main2..ada yang main mercun la..
Lebih fun zaman dulu.
but.. wat to do kan....huhu...

Saturday, July 4, 2015

#Cabaran20Hari: Amalan berbalas juadah di bulan Puasa



ini merupakan amalan yang bagus dan mulia.
aku duk kat kampung amalan ni still ada.Masih,
Untuk situasi ni, aku bercakap dan tulis dengan pemerhatian kat kawasan aku lah. Kwasan lain tak tahu.
Aku tengok, amalan ni still ada, tapi x selalu.
bertukar2 juadah antara jiran tetangga.
kalau nak kira maksud jiran tu yang aku belajar PAI, PSI, PQS dulu ialah yang mana rumah/mereka yang tinggal 40 buah rumah sebelah kiri, kanan, depan dan belakang dari rumah kita. Itu lah jiran.
Cuba korang kuar rumah. Dan kira lah..tengok sampai jauh mana jiran2 korang.

Yang mana aku tengok, buka kata bulan puasa lah, bulan2 lain pun ada bertukar2 juadah ni.
Biasanya bertukar2 juadah ni berlaku pabila kita masak sesuatu yang special.
Buat puding kastard jagung istimewa baru hantar jiran.
kalau goreng ikan kering je ada tak yang hantar jiran???
xde kan...melainkan jiran kau datang mintak sebab teringin sangat.
mungkin mengandung.. :-D


huiii...cuba kalu ada mamat handsome mcm diatas tu sebelah rumah aku. Confirm hari2 aku rajin masak best2 dan bagi kat dia.
Situasi mcm ni biasa banyak berlaku kat student2 di rumah sewa.
Selalu jugak kami2 kat rumah sewa, kalau masak pape yang istimewa sikit dari hari biasa bagi kat kawan2 lain , hantar ke asrama untuk kawan2 kat sana ke.
Bagi untuk yang kenal jelah. 
Nak bagi kat makcik2 kampung, setaman segan. Kang xsedap.. huhu
Tapi untuk ramadhan ni, tak ada rezeki plak nak buat sebab x berkesempatan sambut ramadhan kat rumah sewa.
Kalau x... boleh lah jugak hantar kat rumah geng2 ustaz selang sebelah rumah aku tu. Bulan puasa kan xlah nampak sangat nak mengorat.
Budak2 pengajian islam rasanya. Selalu la aku kuar g kedai, g buang sampah ke tengok dorang duk menghafal al-quran kat luar. Fuhh... trcabar iman.
Petang2, main badminton, pakai kopiah, main dengan kucing. Aku ngintai kot tingkap selalu... kah3..
tapi....x tergoda pun. Hati dah digoda orang lain walau xpernah lagi tengok dia baca quran, pakai kopiah.. coming soon insyaAllah..oppssss...
Eh, termengarut plak. Kita sembang pasal amalan berbalas juadah kan.

Next...untuk amalan ni,banyak dilakukan dan diberi kepada sepupu sepapat dan kenalan yang hampir je.
Hulur juada untuk makcik depan rumah, sepupu selang 10 buah rumah, nenek sedara hujung kampung. Macam tu lah.
Jiran2 sebelah yang xde pertalian darah ni..hmmm.. tengok jelah.
Kadang2 tu bukan apa, bukan kata mementingkan ras, pilih kasih ke. 
Tapi nak bagi2 ni kita tengok jugak lah...ada jiran yang kita x berapa kenal, kan bagi entah makan ke tidak, ada jiran2 yang tak bertegur sapa.

Tapi sebenarnya melalui bertukar2 juadah ni boleh merapatkan silaturrahim kan?
just x jadi amalan selalu sebab tak d praktikkan.
masing2 ada alasan tersendiri..biarlah. Jangan mengata orang.
nak2 kalau dekat bandar tu. Banyak faktor yang menjadi halangan amalan ni tak dapat diteruskan. faktor2 tu kalau bincang sampai lusa pun x habis.
aku belajar antropologi, sosiologi... faham banyak perkara yang mempengaruhi.
Amalan nenek moyang kita yang dirutinkan dulu kini makin lesap disebabkan arus kemodenan, persekitaraan yang merubah sifat, diri manusia.
Yang menghilangkan norma2 dalam masyarakat.
Boleh nak kembalikan. Dengan cara apa??
Dengan dan bermula dari kitalah.
Xpayah nak kata orang, xpayah nak tunding jari kat orang, xpayah nak membebel panjang2 untuk orang.
Tunding semua kat diri kita.
Kita mulakan...buat balik amalan ni. Mula2 kekok, lama2 serasi lah.


*air tebu sekarang dalam kritikal eh???huhu... dikatakan ada air kencing tikus. Seram dengar sebab air kencing tikus bahaya. Lagi seram sebab aku suka air tebu...huhuuuuuu.. tengok kat bazar banyak je, fresh2 lagi... nak beli takut. Tak pasti dorang basuh ke tidak kan. Dah jadi was was pulak. Kena tanam tebu sendiri lah pulak...

Friday, July 3, 2015

#Cabaran20Hari: Kuih Kegemaran di Bulan Puasa

semua kuih aku telan.
tak adalah istilah kegemaran sangat.
rasa teringin nak makan buat, beli.
Cendol, puteri ayu, seri muka, kuih cara.
sesekali tu ada la teringin kan nak makan kuih tertentu.

kalau citer zaman kecik2 dulu banyak lah.
nafsu bebudak. membuak2 kan. haha..
puasa pun takat tahan dahaga dan lapar.
kira berbuka tu kena raikan betul2 dengan segala jenis makanan.
kalau dulu wajib beli gula melaka/onde2 dan puteri mandi.
Puteri mandi tu aku suka.
Dia cam manis..suka kelapa dia tu.
dulu pernah juga buat.

tapi dah makin dewasa ni, kuih2 ni xmasuk dah dalam senarai.
puasa tahun ni, sebiji gula melaka or puteri mandi pun aku xmakan.
walaupun ada je ayah,mak belikan. tak rasa nak makan.


Yang berbalut daun pisang kuih lepat pisang. Lama xmakan. Dia pulut, then dalam tu pisang. oh, maafkan jari itu. Ramai orang, ambik gambar pun cepat2 je kalau tak kena langgar nanti.


Kuih muih yang aku snap kat bazar ramadhan. Kuih Muih tradisonal di malaysia, terengganu, kelantan. see..tu baru separuh. Banyak lagi kuih lain2. macam2. Yang sudah dimodenkan pun banyak. 
Aku duk perati tengok, banyakk kuih2 ni. Aku taklah rasa terliur mana. Then terpikir, habis ke nanti.. 
tengok2, ramai je.. sorang datang beli 2,3 ringgit. 
Bulan puasa, semua benda nampak tempting. 
Karipap yang hari biasa kita x endahkan, tapi bulan ramadhan ni terusss rasa macam tengok ayam golek. 
Beli sampai rm10. ada ke? haha.. 
tak kisah lah nak beli banyak mana pun kuih muih ni. Asalkan x membazir. 
Kita ni kalau pergi bazar tengok orang beli xcukup tangan,penuh dengan plastik jangan terus nak mengata dia membazir, nafsu tinggi segala. 
Mungkin dia anak ramai, setakat kuih 20ringgit sekali hadap je. 
Mungkin dia nak bawak pergi masjid ke. Positif je.

Kesimpulannya dari story kuih muih kegemaran ni, untuk aku semua kuih kegemaran, sebab aku boleh makan semua walau sikit atau banyak.
proud be a malaysian, malay... banyak makanan. haha..
this is keunikan yang ada kat negara kita kan.
kuih muih ni pun ada dari masyarakat india, china yang diubah dan boleh diterima telan dengan anak tekak rakyat malaysia tanpa mengira bangsa.
kira dengan makanan ni berlaku la proses asimilasi, amalgamasi, akulutrasi semua tu...hihihi....
till then.

jap, bubur lambuk masuk kategori kuih muih tak???
bubur lambuk sesungguhnya memang kegemaran aku dengan sepenuh hati.
bagi 1 kawah aku boleh habiskan.
serius suka.
tapi kalau yang beli, aku akan try satu sudu,
kalau tepat citarasa aku makan terus. kalau x menepati citarasa?
aku buang dalam periuk, panaskan and alter balik. tambah la garam gula.
pastu makan lah.. kalau kuih lain dah xsedap xmakan dah.
tapi bubur lambuk aku akan alter balik juga sampai jadik sedap.

Thursday, July 2, 2015

#Cabaran20Hari: Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Nak cerita pengalaman manis bulan puasa tu, segalanya manis lah kot.
Bila masuk bulan ramadhan tu, diberi umur panjang, kesihatan yang baik syukur alhamdulillah..
Bila datang bulan Ramadhan ni banyak perkara best, manis dan seronok untuk kita buat. Yang tak ada pada bulan lain.

1- Sahur
Bulan lain tak ada sahur. Eh tak, bukan bulan lain, bulan lain kalau kita puasa pun sahur jugak. Tapi ramadhan ni special sebab dapat sahur ramai-ramai. Tengok ragam macam2 nk blh ke bangun sahur. Tak tahu nak cakap, tapi sahur ni aku suka. Masuk dalam kenangan manis jugak.

2- Terawih
Okey terawih ni lagi lah. Memang bulan puasa je ada.. kalau ada yang kata solat terawih bulan muharam ke, itu semua sesat. Ramai2 terawih kat masjid. Tak pun buat sorang-sorang. Kekuatan datang sendiri, dengan rahmat bulan ramadhan ni.

Ingat kalau zaman kecik2 dulu, pergi masjid terawih jalan kaki je. Janji nga kawan2, sepupu.. jalan ramai-ramai. kena kejar anjing. Berhampiran rumah aku ni aku rumah china. Selalu la anjing2 menyalak kitaorg lalu. Padahal anjing tu xkejar pun sebab terkurung dalam pagar. tapi feeling dia bila anjing menyalak tu rasa macam dia kejar. Seronok. Zaman sekarang ni jarang and hampir x ada la pulak aku tengok budak2 jalan ramai2 p terawih. Walaupun tak terawih. tapi, my personal pendapat lah. Elok dia pergi. Walau solat terawih x penuh, duk main kat belakang ke. Sebab dia kat rumah Allah. Ada tarbiah di situ. Ada keberkatan, rahmatNya. Biar budak2 rasa seronok kat masjid. Kalau dorang bising pun, jangan marah mengherdik, biarlah dengan cara mendidik agar dorang rasa xgerun dengan masjid.

3- Buat Biskut Raya
Yang ni best jugak!! buat biskut raya... bakar biskut raya. aku tiap2 tahun buat kerja ni dari kecik. 24tahun kot duk membakar biskut raya. haha..Zaman buat dengan mak kecik2 dulu. Tolong bakar, tolong letak hiasan. Pastu partner dengan sepupu buat, sampai pukul 2,3 pagi. Macam2 biskut yang kami karutkn.. reka sendiri.. pandai2 ikut acuan sendiri. Mula2 ikut resepi, lepas tu rasa lembik je.. tambah gandum lagi.. keras pulak, then tambah marjerin. hohoho.. tapi menjadik lah bila bakar tu. Sedap je.. Walaupun tekstur x sama macam yang profesianal. Then lepas tu, aku start independent. Buat sorang2. Rasanya dalam umur 13 tahun kot mak aku lepas buat biskut sendiri. Mengadun, membentuk, membakar, menyusun. kakak and adik aku bantu sikit2. Kira macam buat biskut ni dah jadi tugas aku. and i like it. Aku suka memasak, suka duk dapur. Buat biskut,kek segala ni lagi lah suka. Suka tu x smestinya pandai ya. Kadang2 x menjadi, tapi buat jugak. Boleh lah ditelan.. bila buat sebab minat memang best, kita enjoy..
tahun ni...macam malas. tapi...buat jugak lah kot.

Biskut apa ya yang best sekarang ni?? yang senang2 nak buat and sedap...

Wednesday, July 1, 2015

#Cabaran20Hari: Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Sepanjang ingatan aku ni tak ada lah pengalaman pahit bulan puasa.
Semuanya ok.
Pahit tu mungkin jugak kita kalau boleh xmahu kenang lagi peristiwa tu.
Tak mahu benda tu berulang kembali dah.
Kalau setakat kenangan berpuasa kat asrama, hostel and jauh dari family tu rasanya x pahit. Hmm...mungkin pengalaman sedih la tu, tapi sedih yang memberi memori. 
Sebab dari situ kita belajar berpuasa kat tempat orang, bergaul dengan kawan2, masyarakat setempat. Sedih tapi menyeronokkan dan agak best untuk dikenang nanti2.

Kalau tanya pasal pengalaman yang berlaku dalam bulan puasa yang memang aku tak mahu berulang lagi sampai bila2 ialah, test driving bulan puasa. haha..
Ya Allah... tak tahu nak cakap.
Rasa macam tak happy je sambut puasa.
Ni peristiwa tahun 2012, aku buat lesen kereta.
Daftar awal lagi, tapi masuk belajar lewat dah. Dan terbawa ke bulan ramadhan.
Dan test JPJ pun bulan ramadhan.
Agak tertekan. Pagi2, lepas sahur tak boleh relax2.. siap2 kena pegi kelas memandu.
Dalam minggu kedua puasa rasanya aku kena test dengan JPJ untuk mendapatkan lesen P.
Korang tak stress ke time nak test?? ahaha... sungguh x tenang rasa hidup.
Risau tak lepas lah. Nervous dengan pak JPJ lagi.

Dan...akhirnya untuk test pertama aku gagal tang parking. warghhhhh,,,,
hahahaha...nak nangis ke nak gelak time tu tak tahu.
Part bukit, jalan raya clear je. Parking memang aku slow sikit.
Dapat pulak JPJ yang jaga time agak strict.
Dengan itu,,,maka tambah la lagi tekanan aku bulan puasa tu selama sminggu lagi. Sebab kena ulang balik ambik part yang fail tu.
Fail parking, tapi kena ulang dengan part bukit sekali.
Gigih la berusaha, berlatih seminggu tu masuk parking.
Aku xfaham sebenarnya cara nak masuk segala tu. Ikut je cikgu bagitahu pusing 10x, tengok tayar atas line, reverse sana sini...haha.. hafal jela..

Dan time kali kedua test tu...Alhamdulillah.. lulus je.
Kebetulan JPJ yang jaga parking time tu baik.
Siap bagitahu lagi, ok undur lagi sikit..ok stop2. haha...
Lepas je habis tu... dan tengok surat dia tulis luluss... 
Fuhhhh,,,lega teramat sangat.
Baru datang feel ramadhan, nak puasa, nak p terawih segala.
Kalau tak mandi pun rasa tak basah, tidur xbrape nyenyak.

itulah kot pengalaman bulan puasa yang aku tak mahu berulang.
nak kata pahit tu xtahu lah.
Tapi aku consider pahit jugak lah. haha..

Tuesday, June 30, 2015

#Cabaran20Hari: Menu Wajib Bulan Puasa

Menu wajib bulan puasa???

Of course lah kena ada yang utama kena adaaa.....


AIR!!!!!! hahaha... (dalam gambar ni air detoks..)

mati lah aku tak ada air. Nasi xde baik. Tak kisah pon.. yang wajib air. Plain Water!!!! Air kosong.. air manis2 pun ak xlayan sangat.

Then, yang kedua:


tak rasa suasana puasa lah kalau tak ada kurma. Tak semestinya jenama Yusoff Taiyob tu ya.. apa2 pun xkisah. Ada yang x berapa suka kan kurma ni. Tapi aku ok je.. 

lagi?? ntah lah...kalau kata menu tu, lauk hari2 berlainan, Memang xde spesifik tiap hari sepanjang ramadhan kena ada ayam golek ke. NO. Sebab ada kan yang jenis memang kena ada lauk tu. Berbuka puasa je kena pastikan ada ayam goreng. Macam upin ipin.. haha..

Tapi kalau nak cerita pasal makanan yang time puasa ni selalu ada, lebih kerap daripada hari-hari biasa tu banyak lah. Such as:


Cendol... ntah. Kalau kat rumah ni tiap kali puasa maka cendol ni boleh dikatakan selalu ada. Walau tak hari2. Hari lain kalau feeling dia len kot. haha.. tu aku tambah dengan air kelapa bersama isinya sekali. Inovasi.. best!


nampak macam bahulu?? noo.. sama tak x serupa. i'm not sure lah macam mana nak eja dia ni. tapi sebutan dia dalam bahasa dialek tempatan aku ialah nekbat. Ke negeri lain panggil apa?? kuih ni disira dengan air gula. Bentuk dia ala2 bahulu lah, tapi tawar dengan itulah dia disira dan dimasak dengan air gula. Ni jumpa time ramadhan je ni. Bulan lain pun ada, tapi kurang. Atau kita tak rasa nak beli sebab rasa macam ni kuih ramadhan. 

Same goes to cendol, puteri mandi segala tu. Kita dah rasa macam kuih ramadhan. Tapi benda tu bagus jugak, sebab kita wujudkan keistimewaan ramadhan tu. Sebab sekarang ni kalau tengok kemeriahan ramadhan dah berkurang. Budak-budak hari ni pun x de rasa excited dengan ramadhan. Kita dulu dengar pengunguman puasa tu kemain excited, tunggu je depan tv. Still sekarang excited. Tapi budak2 hari ni, hmm...tengok gitu je. Xde respon "yeay" pon..hahaha.. 


Monday, June 29, 2015

#Cabaran20Hari: Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Nak resepi sahur paling ringkas??
i'll give to all of u. hehe..

Setahun dua ni aku start consume meal replacemant HERBALIFE.
Untuk kurus?? ye jugak.
tapi yang utama untuk kesihatan lah.
personally bagi aku, produk ni bagus untuk kesihatan.
makanan yang seimbang, cukup nutrisi untuk kita semua.
Esp time breakfast or sahur tu.
Bagi student macam aku ni, tak perlu lah susah2 nak sediakan bf.
aku jenis yang wwaaaajibbbb ambik bf. walaupun secawan susu or milo.
tapi leceh lah kalau lewat nak kena panaskan air segala.

So.. aku ambik Herbalife shake..shake..
Mungkin korang ada ambik mkanan gantian lain kan, or makanan tambahan ke.
tapi ni antara sahur and breakfast ringkas bagi aku.
untuk breakfast or sahur ni dia ada F1 dan boleh ditambah dengan F3(whey protein).
Kalau sahur aku ambik tu jelah. nak2 kalau kat rumah sewa.
ni kat kampung pun ak still ambik sebab sambil2 nak diet sikit.haha..
Senang dan ringkas.

resepi dia??

2 scoop of Herbalife Formula 1
1 scoop of Herbalife formula 3
Plain Water 250ml

cara2 membuat
-masukkan dalam shaker dan goncang sekuat hati,jiwa dan raga.
and done!!! hahaha.. simple.. lepas tu telan jelah.

ada 5 flavor. sedap2 semua. Itu yang resepi atas tu yang paling simple, dah kata nak ringkas kan. and untuk yang nak turunkan berat sebab tak perlu tambah banyak kalori.
Tapi yang nak mantain berat, nak lebih tenaga, macam2 boleh tambah. Boleh campur dengan soya, susu rendah lemak, yogurt, buah-buahan, kurma, kismis, kekacang yang low kalori. Then korang boleh blendkan.. senang.
tapi aku malas nak blend pagi2.. shake jelah.
Dan ianya bertahan, walaupun nampak macam minum air je, tapi itu sebenarnya makanan. Sama macam nasi semua tu. Tapi high protein, rendah kalori, boleh naturalkan asid dalam perut.
Tak lapar pun. Ok tipu xlapar langsung. hahaha.. Puasa kan, mana ada rasa kenyang gila2 sampai berbuka. Tapi ambik shake herbalife ni rasa dia sama je dengan ambik makanan berat lain macam nasi, roti ke.
Walaupun nampak macam air tu, tapi boleh bertahan sampai akhir and bertenaga juga.
Aku ambik dengan teamix dia kadang2 tu.


Shake perisa Strawberry.. sedap je. Time sahur and berbuka ak ambik ni.

p/s: aku bukan penjual herbalife ya. not yet la.. tapi aku consume untuk diri sendiri. Share pengalaman sendiri. Tapi kalau ada yang nak cuba, nak tanya apa2 kat aku boleh. Silakan.. 

p/s2: aku ambik herbalife, tapi aku makan nasi jugak. Makan je apa2 yang aku suka. haha.. 

p/s3: kurus sebenarnya akan datang kalau kita sihat. Sebab aku ambik herbalife? sebab nak sihat dan dapat makan teratur, latih diri aku untuk makan makanan yang sihat2. boleh nak kurus tanpa herbalife or apa2 supplemant or meal replacemant, boleh sangat. banyak cara. Tapi aku ambik shake herbalife as jalan mudah untuk aku cari makanan sihat lain. and, aku tak ambik HL ni sepanjang hidup, time aku stop, stop jugak. Cuma nak kekal mantain buat sarapan sihat macam smoothie buah,sayur tu rumit sikit. That's HL as penyelesaian.

#Ramadhan / Berpuasa dengan herbalife
#Cara ambil / makan herbalife


Sunday, June 28, 2015

#Cabaran20Hari : Pengalaman Sahur

Sahur...
Kalau ikutkan aku lebih suka sahur daripada berbuka.
tak tahu nak describe macam mana.
tapi sahur tu rasa macam ada something special.
walaupun berat nak buka mata.
time kecik2 dulu memang la..susah nak bangun.
dah membesar ni makin lama makin suka suasana sahur.
and...aku makan sahur lebih daripada berbuka. (kecuali tahun ni, sebab tengah diet..hahaha).
aku rasa akulah orang yang paling lalu nak makan waktu sahur.
nasi ke roti..bagi aiskrim pun aku belasah. everything yang dinamakan makanan, maka boleh lah masuk dalam mulut ni.

Kalau nak cerita pengalaman sahur.
Banyak la version of sahur ni dari kecik sampai tua ni.
Kecik2 dulu sahur kat rumah, of course semua mak sediakan.
Eh dah besar ni pun kalau kat rumah memang mak yang sediakan juga.
Bangun ngap je.
kalau nak kira masa kecik dulu aku taklah berselera mana makan sahur.
bangun pun macam berperang rasa.
Pastu termenung je kat meja makan.
Tapi rasanya start belajar makan banyak sahur adalah waktu kat asrama.

Aku masuk asrama masa form3. konon2 nak PMR kn.. duk asrama.
Merasalah kan duduk asrama walaupun setahun. Berpuasa kat sana.
Pagi-pagi pukul4 dah berbunyi loceng.
Yang pasti waktu sahur lauk dia ayam. Ayam masak merah.
Asrama korang tak tahu la macam mana.
Tapi asrama sekolah aku ni, kebiasaan rules untuk menu makanan ialah, kalau lunch lauk ayam, maka dinner lauk ikan. Begitu juga sebaliknya.
Kalau lunch dah ayam, makan kurang lah orang pergi dinner. sebab lauk ikan kan. Tak laku sangat. Memilih je semua. Termasuk aku. hahaha
tapi kalau dah lapar makan je lah apa2 pun.
Kalau time puasa ni, dorang trick kami dengan menu tu lah.
Sahur sentiasa lauk ayam, nak suruh semua bangunnn sahur.
Tapi untuk berbuka x lah selalu lauk ikan.
Time puasa special lah sikit.
Bunyi loceng pukul4 lbh tu dah bangunlah, sarung jubah dan tudung, dengan muka swollen semua. Turun, beratur ambik nasi. Makan.
Makan nasi.
Beratur panjang tunggu mak letakkan. Oh, kami panggil tukang masak dewan makan tu dengan panggilan mak semua..
So..telan jelah semua makanan mengikut jumlah yang diletakkan.
Dari situ kot aku belajar makan banyaaakkkk...hahaha...
Belajar makan berat untuk sarapan and pagi2.
Nice memory untuk dikenang walaupun setahun je.
Sahur ramai-ramai dengan kawan-kawan.

Berbeza time duduk asrama/hostel/rumah sewa peringkat Universiti ni.
Mana ada tukang masak nak sediakan. Haha.. sendiri mahu ingat lah wei,,,
kalau kat hostel tu, sebelum puasa aku balik kg dulu.
Balik ambik stock makanan. tak pun suruh mak postkan..
serunding daging, sambal bilis. Beli lah kicap, roti, nestum and segala makanan.
Satu beg penuh makanan je.
Kadang-kadang masa berbuka, beli nasi lebih sikit.
Simpan untuk sahur, Makan dengan serunding.
takpun telan lah roti, buat air milo, nestum ke.
Time kat hostel juga aku belajar makan roti dengan serunding.
Roti letak madu. Not bad.
Mula2 pelik tengok kawan ambik roti dan tuang madu atas roti tu.
Bila dah try, hmm...boleh lah.
Memang jenis yang pemakan, dan telan segalanya kan. haha..
Aku memang akui, tak cerewet bab makan ni.
Tak adalah rasa nak request untuk sahur kena buat ayam goreng ke. No.
Apa yang ada aku makan.
Kalau tak ada apa2 untuk dimakan baru rasa nak ngamuk.

Dah membesar, dewasa ni.
Reti pulak dah makan sahur dengan supplemant, meal replacemant segala.
Dah pandai nak jaga kesihatan.
Kalau dulu nasi dikaulah segalanya. Paling kurang pun roti dan biskut.
But now, shake2.. telan. hahaha..
kan banyak supplemant yang ada sekarang.
Soya, susu,, coklat, kopi.. semua ada.
Untuk bagi tenaga, nak putih, nak sihat.
Minum benda alah tu ok dah.

Sahur tu sunnah.
Bangun ambik sahur untuk puasa, ikut sunnah dan bagi tenaga.
tenaga untuk kita teruskan kehidupan seharian.
untuk tambah point dengan Dia.
makan yang mana perlu.
cukuplah.
dah besar kan.

tak perlu pujuk nak bangun.
tak perlu umpan dengan ayam golek.
tak perlu hidang segala untuk senang.
tak perlu berperang nga nasi kat meja makan.
bila kita dah cukup matang.
untuk faham apa itu sahur.
untuk apa kita sahur.



Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari : Erti Puasa

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah and wow!! dah masuk ke-10 kita berpuasa. 1/3 dah. Sekejap je masa berlalu. Dan tertanya-tanya pada diri sendiri. What i hv done for this 10days??? huhu.. sama-sama muhasabah diri. Hope dapat tingkatkan lagi prestasi untuk Dia dalam 20hari yang masih berbaki ni.

okey..citer pasal Erti Puasa pada aku. Erti puasa bagi aku berbeza2 masa kecil, naik remaja, sekarang dah dewasa dan mungkin tua nanti pun berbeza. Puasa tu sama. Tujuan Allah suruh kita berpuasa pun sama je sejak dahulu. Tak berubah. Tapi minda manusia yang mentafsir itu berubah, mengikut tahap pemikiran, persekitaraan, ilmu pengetahuan yang mereka miliki.

Masa kecik2 dulu. Tiba puasa rasa excited sebab fikir dah nak raya. Kalau boleh puasa nak cepat2 jela.
Puasa sekadar belajar tahan lapar dan dahaga.
Malam ikut mak pergi terawih.
Pastu main bunga api.
Hujung ramadhan excited nak buat biskut raya. Shopping baju, kasut, beg raya. Gitu jelah.. itu dalam tempoh umur 6-10 tahun lebih kurang.
Ingat puasa, ingat raya.
Konsepnyaaa..huhu

Bila umur dah meningkat. Ada sedikit kematangan tu, kesedaran maka erti puasa turut berubah. Dalam umur peringkat remaja awal dari 11-15 tahun rasa dah mula faham apa itu puasa sebenarnya.

Dikhabarkan bulan ramadhan ni bulan penuh rahmat dan keberkatan. Apa sahaja yang kita buat yang baik akan dilipat ganda lagi pahalanya.
Ada lailatul qadar.
Jadi buat lah.
P ngaji quran, p terawih, dengar tazkirah. Buat qiamulail malam ganjil je. Siap kira ni, ok hari malam 22 xpayah bangun. Lepas sahur tidur balik. Kalau malam 23 ke 25,27 rajin sikit bangun awal.
Duduk la solat tahjud sekejap sebelum sahur.
Itupun kalau time buat lah.

Buat semata nak dapat pahala yang dikatakan berlipat ganda tu.
Ikhlas belum ada. huhu..
Dan nak malam lailatul qadr tu sebab dikatakan malaikat turun, pastu nanti kalau kita jumpa malam tu ada some feeling, malaikat peluk kita, ada keganjilan2 berlaku.huhu...sebab ustaz ustazah, mak ayah duk citer macam tu.
Pada pemahaman aku masa tu.
Tanpa memahami sebenarnya apa yang mereka nak sampaikan.
Tapi ok lah, berperingkat kita faham tu.

Then untuk peringkat boleh dikatakan late remaja, nk masuk dewasa awal.. 16-21 tahun.
Tahap ni, satu benda baru yang masuk dalam diri ialah ikhlas.
Mengenal erti amal dan ikhlas.
Walaupun tak sepenuhnya. Ikhlas itu hanya Allah yang mengetahui tahap mana kita ikhlas. Tapi we learnt to..
Rasa nak buat, nak puasa, nak solat, khatam quran, qiam ke...buat semua tu dengan rasa ikhlas kerana Allah. Ada la rasa tu.. pahala tu tetap nak kejar.
Ibarat nak kejar gaji. Duk membayangkan juga, ni kalau aku ngaji habis 1 juzu' hari ni, berapa ribu pahala dah dapat ni. Kira..kira..kira. Macam kira duit.
Dah terselit feeling gembira dengan ramadhan ni.
Rasa nikmat ada dalam bulan puasa.
Mencari-cari lagi arah rasa itu.
Tapi tetap gigih lagi nak mengira pahala.
Buat semua tu, untuk kejar pahala.
Sebab rasa, that's the reason kita beribadat kepada Allah kan?? nak dapatkan pahala.
Untuk?? Masuk syurga. Banyak pahala maka boleh masuk syurga.
Itu kefahaman pemikiran remaja dan awal dewasa aku.

And now, i'm 24 years old.
Dah dewasa betul dah rasa..haha.. dewasa akhir dah kot. Banyak perubahan yang rasa 2,3 tahun ni.
3 Ramadahan kebelakangan ni, feeling dia is.."ramadhan jangan pergi".
because we love in. Fall in love with ramadhan.
Nak let go dia pergi rasa sedih.
Aku banyak belajar dan mula faham.
Apa yang kita cari dalam hidup ni sebenarnya??
Apa yang kita harapkan daripada Allah sebenarnya??
kalau sebelum ni pahala..pahala..pahala semata yang menjadi kejaran.
Tapi aku lupa dan mungkin belum mengerti masa tu.
satu konsep.. "REDHA ALLAH".
and faham maksud "TAKLIF" atau tanggungjawab. That's....

Tujuan utama kita.
Apa yang kau harapkan dari Allah sebetulnya???
now...hanya redha, rahmat dan kasih sayang ALLAH yang aku harapkan.
yang kita semua harapkan.
Nak itu je.
Buat apa-apa sebab harap Allah redha.
Allah sentiasa sayang kita, sentiasa ada bersama kita.
Harap Dia tak tinggal kita.

Sebagai satu analogi, kita sayang mak ayah kita.
Sayang tak terkira kan kat dorang?
kita harap dia selalu bersama kita.
Apa sahaja yang kita buat untuk dorang adalah nak menggembirakannya.
nak2 bila dah besar ni.
Mungkin masa kecik dulu kita kalau mak suruh pergi kedai, minta upah 20sen, upah aiskrim ke apa.
Tapi dah besar ni, mak tak suruh pun tapi kita rela hati tanya. nak masak apa? nak makan apa. nak beli apa2 x?
Kita pergi belikan, kita tolong mak masak, buat kerja rumah.
Lepas buat semua tu adakah kita mintak upah lagi dengan dorang??
kalau dah tak ada mintak upah tu means,kita dah ada rasa tanggungjawab..ikhlas dan redha.
Kita buat sebab kita sayang dorang, kita nak dorang rasa bahagia dan paling penting kita nak dorang sayang kita selamanya, redha pada kita atas segalanya agar hidup kita tenteram.

Same goes juga dengan mencari redha Allah ni.
Pahala datang bila Allah redha.
Itu yang aku pegang sekarang.
Seek for redha 1st.
Then apa sahaja yang kau nak akan dapat lepas tu.
Pahala, syurga, kesenangan dunia, nak doa makbual and so on.
Bila redha,maka Dia sayang. Bila Dia sayang He's willing to do everything for us. Everything!!!
tanpa kita minta.
Sebab Dia tahu apa yang kita nak, apa yang terbaik untuk kita.

So, untuk ramadhan dan puasa.. ertinya pada aku sekarang ialah platform untuk rai redha Allah, nak tarik perhatian Allah untuk DIA lihat aku dengan pandangan kasih dan rahmatNya. Amin...

Write

 Assalamualaikum. It's not comeback i think. Hanya mencuba untuk menulis kembali. Aku start blogging since 2009/2010 rasanya. Lepas SPM,...