Assalamualaikum.
Bukan main tajuk tu kan. Penuh tulis nama course. Kenapa?
Harini keputusan UPU keluar kan, untuk degree.
Dan ada ke yang dapat course ni dah sedang google2 sekarang? eh, course apa ni. haha.
Sebenarnya lama dah nak tulis tentang course ni dari sisi pandangan alumni unisza dan pelajar SS Antropologi Dakwah. Tapi kesibukkan, kesuntukkan masa dan juga mood menulis dah tak berapa menentu sejak kerja. Ada masa free, rehat saja. Ni pun tak pasti vibe penulisan blogger ada lagi tak ni. I write this post untuk membantu adik-adik batch terbaru ni atau yang akan datang nanti. Yang blur, terkejut, dont have any idea tentang course ni.
Ok,Buat pengetahuan, i'm pelajar Ijazah Sains Sosial Antropologi dakwah batch2012. Graduate 2016. Alhamdulillah. Means by now 2021, dah 5 tahun graduate. (30 years old tahun ni). So, ada yang dapat course ni dan rasa down? Dont be! This course best and fun.
Pertama, this course dalam Fakulti Sains Gunaan (FSSG) Unisza Kampus Gong Badak. Pengajian kita Sains Sosial, jabatan Antropologi dan Dakwah. Sains sosial apa? kena faham dulu. Sains Sosial ni tentang manusia. Kita belajar tentang sosial dan manusia. Antropologi apa? Antropologi satu disiplin cabang yang mengkaji tentang manusia, budaya, bangsa, adat, dan kita memahami tingkah laku manusia melalui kajian Antropologi. (Ni maksud secara umum dan pemahaman sendiri. Disclaimer: Jangan ambil maksud ini tujuan penulisan akademik ya, rujuk buku/artikel kalau nak guna untuk assigment/tesisi. Ni secara ringkas sahaja, untuk santai2.).
Manakala Dakwah apa pula? of course kita akan nampak dakwah ni yang geng2 ustaz, ustazah tu kan. Bagi ceramah apa semua. Yes, itu satu dakwah juga. Tapi kena tahu, dakwah ni luas. Dakwah ialah satu penyampaian. Dan kita ada banyak metod dakwah. Bukan duduk bagi ceramah agama tu sahaja. As for course kita ni, bukan macam tu. Dakwah bukan hanya menyampaiakan perkara agama sahaja. Tapi semua yang baik-baik. Kalau kaitkan Antropologi dan Dakwah ni, kita boleh relate. Kita belajar tentang manusia, kita belajar tentang dakwah.
Jadi, secara ringkas, course ini kita belajar memahami manusia dulu sebelum kita menyampaikan sesuatu. Contoh, nak berdakwah kat orang asli. Approach lain. Tak boleh main redah masuk dan suruh diaorang lafaz syahadah atau bagitahu ini haram, itu haram. Habislah korang kena bakar nanti. Kena faham adat, budaya mereka dulu. Kenal dulu. Baru lah boleh tackel untuk berdakwah atau mengislamkan mereka. Bukan orang asli saja, termasuk lah untuk masyarakat lain. Nak dakwah kat orang Korea ke. Boleh ke beli tiket ke korea, then singgah Gangnam dakwah kat tepi2 jalan tu? no la.. Kalau kat Malaysia or negara Islam boleh macam tu(ikut autoriti juga).
Selain tu, banyak benda lain juga kita belajar. Memahami gelandangan contohnya. Kenapa tidur tepi jalan, kenapa boleh jadi homeless. Mengandung luar nikah. Apa kisahnya. Apa sebabnya. So, we know dan boleh bantu. Nak hantar pergi mana. Rumah kebajikan, rumah perlindungan mana yang ambil remaja mengandung luar nikah dan sebagainya. Kita belajar tentang Sistem Sosial dan Kebajikan sekali. Course ni boleh pergi kot bidang agama, bidang kebajikan, dan education(i'm this line now). Boleh lah nak jadi cikgu, pendakwah, kerja pej agama, pejabat kebajikan, rumah anak yatim/perlindungan atau badan2 NGO. Dan one of my my classmate sekarang kerja under Kementerian Kesihatan. Kerja di hospital. Ada lah bidang yang sesuai tu. Social Worker boleh, atau as jurucakap untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam hal2 berkaitan.
Boleh faham ke? Boleh nampak sikit2 gambaran untuk course ni pun dah ok. Jangan takut. Setiap course ada cabarannya. Pasti. Tak ada yang mudah. Sebab memang itu tujuan kita belajar. Untuk meneroka sesuatu yang baru. Kalau senang, tak stress bukan belajar. Belajar kena stress sikit (stress yang positif). Overall this course kita belaja subjek antropologi, sosiologi, dakwah, kebajikan sosial, pemantauan sosial, berkenaan kemasyarakatan macam kekeluargaan, etknik, orang asal ethnology, juga bab organisasi sosial ada juga. Kena membaca sikit. Baca dan faham.
Besides, course ni menarik. Ni before covid-19. Kita ada banyak fieldwork. Keluar masuk perkampungan orang asli (masa my batch dulu dalam empat buah perkampungan juga pergi masa subjek etnologi. Pernah ke Tasik Kenyir juga untuk subjek Antropologi & Sosiologi. Subjek evaluasi sosial pun best, keluar pergi Penang tempat gelandangan, pergi evaluasi sampai Perlis dan Langkawi pun ada. haha.. yes, of course la belajar sambil bercuti. We have fun together. Nak2 kalau subjek lecturer favourite Dr Hafis now. InsyaAllah, anda semua pun akan merasai. (by pdpr tak tahu sekarang macam mana belajar. Tapi percaya, ada metod yang best untuk korang mengenali masyarakat). Most memorable masa final sem ke Indonesia seminggu bagi program Mobiliti Sosial dia Universiti Muhammadiyyah, Yokjakarta.
Boleh baca my entry2 lepas ni, yang sempat tulis dulu masa pergi fieldwork:
1. Tasik Kenyir
2. perlis
3. sg pergam
4. lancang
tu entry yang sempat tulis dulu. Dan tak sempat tulis pun banyakkk lagi. Penang, Langkawi, rumah orang tua, ke Indonesia dan aktiviti2 kelas/fakulti. sebab lepas tu banyak up di IG dan simpan sendiri je. kat bawah ni kita share gambar-gambar jelah ya.
Langkawi |
Penang!! |
Penang, sesi taklimat masa ni untuk ke lorong2 tengok gelandangan. Ada aktivis yang guide kami, |
adik2 di Sg Siput. |
Sg, Siput. |
adik2 di sg Berua. |
Indonesia |
program belajar pun, tetap ada shopping. haha.. Tamrin City tak silap ni, |
di salah sebuah pondok/madrasah kat sana |
Dan.. here our graduation day. Alhamdulillah. We did it. So, adik-adik yang bakal masuk ni pun you can do it also. Walaupun dengan cabaran covid-19 sekarang, dengan pdpr lagi, kuatkan semangat. Fikir positif. Ambil yang baik-baik sahaja. lalui lah takdir Allah ni dengan baik. Sebab segalanya dariNya. AturanNya.
Betulkan niat untuk belajar. Kerja apa nanti letak tepi dulu. Rezeki akan datang.. i'm also struggle before, lepas graduate. Pernah kerja di butik, tadika, guru iqra, quran tasmiq quran.. and selepas 4 tahun struggling kerja tak tetap, dapat kerja sebagai guru bermula dengan gaji jam then after 1 and half year as guru interim, and after 6 months naik as DG41 (masih kontrak). Walaupun bukan guru under KPM, tapi under Yayasan Terengganu, tetap syukur. Setinggi2 syukur padaNya. Best sangat dapat duk dalam Terengganu. Tak terbayang sebagai guru gred DG41, tapi rezeki dariNya kita tak pernah tahu. Dia dah aturkan jalan yang terbaik untuk kita semua. Apa yang diberi itulah terbaik sebenarnya, walaupun kita rasa susah, pelik dan macam tak mampu pada awalnya. Hang in on there!! put your trust on Allah. Sentiasa sangka baik pada Allah. Maka yang baik-baik juga mengikut. As a kawan, senior, kakak dan guru..saya akan doakan yang terbaik buat kalian semua. Aamiin.
(in case yang nak tanya atau share apa2.. maybe boleh drop comment below or Dm/PM to my IG/FB - Husna Alias)