Ok.. Sambung part3 pulak. Konon menarik sangat kan cerita nak buat banyak part. Yang belum baca part 1 dan part 2 boleh baca dulu, tekan link bawah. Hahaha..
.
Lepas dari balik interview UKM 18/11/2016 tu, esok tu terus aku start kerja. Perghhhh, hebat tak hebat kan. hahaha. Kerja kat butik lah. Pembantu butik je, dekat jugak dengan rumah aku. Mula-mula tu kawan aku kerja situ. tapi dia dapat kerja kat tempat lain, jadi dia whatsapp aku tanya ada kenal sape2 tak nak kerja kat butik tu.. terus lah aku offer diri sendiri. Time ni aku fikir kerja sementara lah, Timba pengalaman. Dia tanya seminggu sebelum tu. Tak ada perjanjian hitam putih apa pun. Lepas tu aku sibuk dengan ujian MAIDAM dan IV di UKM tu.
Malam tu aku nak balik, kat TBS tunggu bas, kawan aku ni whatsapp sekali lagi bagitahu esok boleh terus datang. Terkejut jugak. Tapi aku antara sure dengan tak lah. Sebab baru nak naik bas malam tu kan, sampai esok pun pukul 5,6 pagi. Nak masuk kerja jam 9 tu agak berat sikit...nak tidurr.. hahaha. Tapi dia kata tak apelah, datang lewat sikit pun. Esok tu aku sampai, lepas subuh terus tidur sebab atas bas tak boleh tidur, aku duk sebelah laki. huh. Sedar-sedar pukul12 lebih kot tengok phone miscol berjuta dari kawan aku dari pukul10 lebih. Dia suruh datang time tu, sebab boss ada dia nak kenal-kenal. Tapi nasib baik ok, boss tu kata nanti petang dia datang balik. So, aku pergi lepas zohor. Terus start kerja. Macam di awangan rasa. Jadi bermula hari tu aku start kerja makan gaji, Hahaha.
Butik aku kerja tu butik kecik je. Bukan besar sangat pun. Tapi agak cantik dan menarik jugak bagi aku. Butik vendor konsep. Ada barang dari vendor lain jugak. Nama butik ni MyZara Vendor Concept Boutiqe. Lokasi di Kg Raja Besut, Terengganu. Promote sikit walaupun aku dah tak kerja situ. Yang mana nak cari butik pakaian dan pelbagai kelengkapan tu sila lah ke butik ni. Yang dari Besut terutamanya. Butik tu ok je, harga pun ok.
Ok, gambar atas memang bermakna lah buat aku. 1st day kerja. Aku mana biasa sangat kerja-kerja ni kan. Kita urus sendiri dari buka sampai tutup kedai. Bukannya boss ada untuk tutup kunci kedai ni semua. Disebabkan hari 1st tu aku masuk separuh hari dah, jadi tak buka kedai sendiri. Just tutup ni aku buat sorang-sorang. Betapa clumsy and blur nya aku, cam tu je aku tutup kedai. Tutup grill sebelah. Kau ado???Sebab aku macam tak nampak grill sebelah tu. Yang sebelah kanan tu nampak sebab dia naik tak habis. So aku konfius, mana grill sebelah kiri..sebab dia tenggelam habis ke atas..noob gilerr rasa. Nasib baik ambik gambar dan msj kawan aku tanya..sebab aku rasa pelik, takkan macam ni je nak tinggal. dah sampai rumah tu, kawan aku baru balas. Pergi balik weh tutup. adoiii.. orang tak biasa kerja, gini lah. Tapi aku rasa happy, sebab aku boleh belajar. Aku suka bila aku buat silap, which mean aku buat kerja. and boleh betulkan. 1st day kerja butik aku belajar cara tutup pintu, tarik grill dan mangga grill. 2 bulan kerja situ memang exercise lengan lah nak buat naik turun grill tu. Berat dan kemas.
ni rupa butik tu. Design butik cantik, menarik. Kawasan pun agak strategik. Kiri kedai makan. Kanan klinik. And deretan kedai blok ni pun popular sebab Kg Raja ni kawasan pejabat2,, Macam putrajaya lah. hihi..Cuma baru-baru ni biasa lah, orang kurang kenal lagi. Dan ada yang takut nak masuk. Takut barang mahal dan branded. Sepanjang aku kerja sini, Alhamdulillah lah.. Sale ok kot dari sebelum ni. Ada hari yang teruk, ada hari yang ok. Biasalah adat meniaga.
Bahagian dalam Butik. Bagi aku cantik. (sebab aku kemas).hahaha... Bukan baju je ada. Tupperware, alat solek, barang lelaki cam wallet, beg sandang pun ada. Kain pasang ada.. Selesa sebenarnya duk kerja sini. Kedai makan dekat. Rumah pun dekat, drive laju2 dalam 2,3minit je. Belakang ada bilik rehat, untuk solat semua. Tapi aku time rehat selalu balik sebab dapat makan free kat rumah. Haha. Bosan tu ada jugak lah. Sebab sorang..Tapi ada phone, tak ada hal. Cuma untuk aku, kalau kerja jangka masa panjang kat sini aku tak boleh kot. Tertekan sebab kerja full day, 6 kali seminggu. Cuti sehari je jumaat. Normal untuk sebuah perniagaan...Memang kena buka selalu sebab kita menjual. Tapi untuk aku yang agak "family type" ni, mengalami saat kesukaran lah sikit bila sabtu tengok adik beradik mak ayah g enjoy jalan-jalan, shopping. Sedih rasa. Tapi time tu aku cuba bertahann...demi pengalaman, untuk belajar dan cari rezeki jugak lah.
Bab gaji, tak banyak mana sebab kedai pun bukan besar. Tapi ENOUGH untuk aku. Dengan keadaan aku, life aku, Alhamdulillah..ok. Cuma nak bermewah tak boleh. Tapi boleh lah bayar PTPTN, beli apa yang aku nak...cuma kena ikut turn lah.. bulan ni beli set vitamin, next month beli baju. And boleh lah bagi sikit kat mak ayah, sekadar mampu bagi aku. Mak ayah aku tak hingin pun...tapi, aku selalu baca, keberkatan pada mak ayah kita. Lagi kita rasa sesak, lagi kena bagi ke mak ayah.
Masa gaji 1st tu, aku bagi rm50 sorang untuk mak and ayah. Sebagai permulaan,,memang nak bagi macam mana pun. Terkejut dorang. Nampak mak aku sebak, macam sapu mata berair. Hahaha.. rm50 je kottt...Bagi kat ayah aku yang bekerja tu, macam tak ada apa lah kan. tapi bukan sebab nilai duit, tapi sebab terharu kot, gaji kecik 5,6ratus je., masih sudi nak bagi. Beriya2 mak aku tolak, dia kata nak sedekah balik dekat aku. Tapi aku berkeras lagi. Last mak aku simpan lah, dia kata nak simpan dalam beg ni, tak nak guna..nak buat pengeras semangat.
Eh, jangan salah faham pulak ya..kata aku nak berbangga2.. takat bagi rm50 je pun. Orang lain pun semua bagi kat mak ayah dia..beratus2 kan. Aku berani cerita sebab nilai aku bagi sikit je tu. And hanya sebagai perkongsian...dan catatan untuk aku. Tua esok boleh baca dan ingat balik. sekarang pun, lebih kurang jumlah tu jugak aku bagi, walaupun tak tetap sangat.
Untuk mak jelah, sebab ayah aku tak terima dah. Hahaha..sebab dia kesian aku kot. And last month dia start offer untuk bayarkan PTPTN.. hahaha... heaven kannn. Ayah aku kata, duit gaji simpan. buat makan je. bukan banyak pun gaji.
Sedih rasa, terpikir how Allah baik sangatttt pada aku. Rezeki selalu ada...peluang selalu ada...walau tak banyak, walau tak kaya, walau tak hebat..tetap ada. Alhamdulillah. (Walau aku selalu lupa DIA...huhuhuu) And which is aku sedar jugak, rezeki aku masih attach pada ayah aku. Mungkin hikmah, belum sampai jodoh lagi. Kalau orang lain, kawan sebaya rezeki kahwin, ada suami jaga makan pakai. Aku pun lebih dari boleh berbangga..rezeki ayah yang tak pernah abai aku, kecik sampai besar. Jaga segalanya. Even dah kerja...tetap nak tanggung aku. Alhamdulillah..Alhamdulillah.
Pasal bayar PTPTN tu, ya..memang dia nak bayarkan. Tapi untuk tak bagi aku rasa bersalah, dan pride aku sangat tinggi okeeyy, jadi aku tetap bagi duit kat ayah aku sikit..separuh lah dari bayaran PTPTN tu.. balance dia tambah. Konon macam itu duit aku bagi dia. So suka hati dia lah nak buat apa.
Banyak pulak kan aku duk melalut cerita lain... Tapi semua ni perkongsian dari hati semata. Semoga Allah jauhkan aku dari sifat sombong, riak, ujub mahupun takbur. Nauzubillah.
ok,sambung cerita kerja. Aku kerja dekat butik tu 2 bulan tepat. Ada lah sedara aku tu suruh g mintak dan interview untuk ngajar iqra' di tadika yayasan terengganu kawasan kg raja ni jugak.
Mula-mula malas, sebab takut nak ngajar iqra', quran ni. Tapi dia kata ajar budak je..tak susah mana pun. Dan kita boleh belajar sekali. Bila aku fikir-fikir, betul jugak. Mungkin untuk aku belajar sekali. Lagipun ni bidang pendidikan, dah tiba masa untuk aku start bina hidup dan kerja aku, walau dari bawah. Impian aku nak sambung master, phd. Aku tak tahu apa aku nak kerja. Tapi dari hati memang aku nak sambung belajar.. belajar setinggi yang boleh. Itu je ak boleh kata. Ke aku nak jadi lecturer?? hahaha.. yela kot tu. Tapi yang penting, i love education field. nak kata aku suka mengajar tak la jugak. Tapi aku suka bidang pendidikan...maybe more to research mode.
So, aku ambik peluang ni...untuk mintak ngajar dekat tadika tu. Lagipun ni tadika yayasan terengganu (YT), bawah kerajaan negeri. Kira macam ada masa depan sikit lah kalau aku stay sana. Walaupun for now, bukan jadi guru rasmi..tapi tapak tu ada. Dipendekkan cerita, aku pergilah interview.. sebab tadika tu nak buka kelas baru untuk sesi transit petang. Alhamdulillah, permohonan diterima. Seminggu lepas tu boleh terus kerja. dalam pertengahan bulan 2. Jadi, akhir bulan 1 tu aku berhenti kerja di butik. Sampai 31/1/2017 aku kerja situ. Boss okey je, dia pun faham walaupun sedih jugak nak tinggal. Tapi demi masa depan kena move on jugak.
Kerjanya, aku ambik alih jaga dan mengajar budak-budak tadika ni dari cikgu sesi pagi dia. Kelas yang petang ni kira berbayar dari mak ayah dorang jugak lah.. Kita panggil kelas intensif iqra' gitu. Tak semua masuk, atas kerelaan dan pilihan ibu bapa sendiri. Kebanyakkan mak ayah yang bekerja memang akan pilih lah kelas ni. Kalau ambik anak tengahari tu pun, tetap pergi letak taska, pengasuh ke, rumah nenek ke... Baik letak je sekolah tu..stay sampai petang. Tugas aku ala-ala ngajar fardhu ain jugak. Nampak simple dan senang, tapi mencabar sangat. Minggu pertama kerja, balik rasa migrain.
Tengah bersilat.
Kena marah relax sekejap. Hanya seketika sebelum bukak bunga silat balik.
ini yang aku hadapi selama 4 jam setiap hari. Budak weh... budak. Nama diaorang macam-macam. Tapi nama hakiki tetap BUDAK. apa tugas budak?? Macam tu lah.. Siapa pernah kerja tadika, taska tahu lah. Tugas aku, bermula jam 12.30-4.30 petang.. tak lama pun. 4 jam sehari, pagi aku free. Itu yang suka. Aku pergi dalam 12 lebih sikit. Sampai je, Buat air untuk budak-budak ni lunch. Makanan dah sedia. Just bawak pergi kelas. Pukul12.30 lepas doa balik, yang mana stay sampai petang akan makan dulu. Aku just Tengok tengokkan dorang makan. Lepas tu kemas mana patut, bawak pergi mandi. Dorang tak balik... memang bawak baju siap2. Mandikan budak perempuan, then lelaki. Bukan lah kita mandikan sorang2, tapi just pantau.. Pastikan baju dorang letak dalam beg semula. Sebab ada kes tertukar baju..huhu. Pastikan dorang jangan duk main-main dalam bilik mandi tu. Dah 5 tahun kan, pandai mandi pakai sendiri. Pantau je.. tapi ada juga sorang dua anak manja, kena pakaikan baju. Tak ada hal sangat pun. Nampak macam orang gaji kan 2 tugas ni? hahaha.. aku tak kisah pun. Aku lebih fun buat tugas ni. Letih fizikal je... mental tak.
Lepas siap mandi semua....masuk kelas. Maka bermula lah cabaran mental dan fizikal. 1st, untuk solat zohor. Ajar amali solat. Tambah lagi aku ngajar budak 5 tahun, yang baru sekolah. Memang zero. Memang pagi ada ustazah dia ajar...secara teori, hafalan.. dan petang ni, tugas aku untuk amalikan secara full.
Tapi budak ni zero masa tu, tak tahu apa-apa. Memang satu-satu kena ajar. Bukan masa nak ajar tu je cabaran, tapi nak panggil dorang datang duk berjemaah tu azab yang amat. 1st month, ak nak nangis bila part nak solat. nak panggil suruh datang beratur dalam saf tu. Nak suruh dorang duduk diam time solat. nak suruh jangn bergerak jangan berjalan. Sebab dorang tak faham lagi. Masa solat tak bolah bercakap, tak boleh bergerak.
Sebab time aku solat dalam kelas tu (lepas ajar dorang), boleh budak-budak ni datang goyang2 badan aku, bercakap dengan aku masa aku tengah solat tu. And masa tu aku sedar, sebelum ni aku marah dorang, aku kata:
"takkan tak faham, tak tahu, solat mana boleh bercakap, main, bergerak..duk diam2!!!!, susah ke??"
and yes, memang dorang tak tahu. Aku je syok sendiri konon dorang tahu. Aku balik fikir... kenapa aku nak stress sangat?? kenapa aku nak dorang ni patuh dengan sekali aku ajar. Ni budak 5 tahun kottt...5 tahun. kau 5 tahun dulu apa tahu?? dah reti solat? dah hafal tahiyat? dah reti kusyuk???(sampai tua bangka ni pun tak kusyuk jugak).
So...what to do. Budak tu tak salah. Kita salah... betulkan didikan dan mindset kita. Aku. Jadi, aku buat relax je lepas tu. Ajar dan terus ajar. panggil je dorang buat saf.. ingatkan 10x, 100x 10000x pun.
Tetap ulang words sama, jangan gerak, jangan bercakap.. jangan kacau kawan. Walau nak marah, tapi buat je.. sampai sekarang, masuk bulan 5, Alhamdulillah bab nak hambat mai solat ni tak sesukar dulu. Bila aku bentang karpet nak solat, panggil sekali dua...dia reti dah. dan datang buat saf. Gerak sikit2 ada, bercakap lagi pun ada, kacau kawan pun ada, yang liat nak solat dan ikut pergerakan pun ada...
tapi its BETTER!!! untuk aku MUCH BETTER, Alhamdulillah. Dari segi bacaan solat pun Alhamdulillah. Dorang dah makin boleh ikut sekali. Dulu aku sorang je baca. And dorang macam tak ambik tahu, tak dengar dan tak hadam pun bacaan2 solat aku baca tu..tapi sebenarnya otak budak ni mudah. sebab dorang suci kot. Dulu bila sebut ruku', aku kena buat sekali... sekarang just sebut, ruku', sujud, qiam, niat...dorang tahu macam mana. Belum perfect lagi...tapi Alhamdulillah semakin baik.
Sebelum ni aku stress, bila lalu tengok kelas lain..relax je cikgu dorang duk atas kerusi...tengok je budak2 solat...ingat semua bacaan. Tapi itu budak 6 tahun.. apa yang aku nak saingkan?? dan kelas aku ni, rezeki aku dapat budak2 yang over aktif.. hyper aktif.. Allah. Stress memang stress!!!...buat aku migrain masa minggu pertama kerja tu. Balik terus mandi sejam, rendam kepala. Tapi lama-lama aku dah tak kisah. Ntah lah...aku sebenarnya tak ada masalah dengan budak hyper. Takat nak berlari2, main2 tu...silakan. Aku tak suka nak memaksa budak2..sebab memang tempoh dorang bermain lagi..lagi pulak waktu petang. Kalau pagi pun paksa belajar, petang pun paksa. habislah jam otak budak2 tu. Cuma aku stress, risau kalau guru besar mai round tengok budak bising, cikgu lain tengok aku macam tak reti kawal kelas. Ntah lah...aku cuba nak jadi kakak je untuk budak2 ni.
Lepas tu aku malas nak fikir, Aku tutup pintu kelas semua. Dah tak peduli lah, kelas lain diam, tidur semua.. biarlah... anak2 murid aku pun ada kelebihan dia. InsyaAllah moga jadi orang berguna semua besar nanti. Cuma aku kena pantau jangan bagi dorang main sampai saling menyakiti sudah lah..bila tengok ada unsur keganasan baru aku high pitch. Larang tetap larang kalau bising, main banyak sangat.. Tapi aku tak terlalu nak stress suruh dorang just duduk...diam. Aku biarkan dorang berkreatif... Susun kerusi, main keretapi ke..sila lah. Cuma kadang2 terpaksa stop kan jugak sebab cikgu pagi kata tak boleh bagi main sangat budak2 ni. Aku malas nak bangkang pape, sebab dia cikgu kan...dah lama. lebih pandai, tahu dan banyak pengalaman tentang education budak. Aku cuma buat termampu untuk seimbangkan kehendak cikgu dan budak2 ni. Pendekatan aku lebih kepada go easy.. aku suka biarkan budak buat apa yang dia nak, asalkan jangan over. dari segi keselamatan y utamanya...memang aku pantau walau aku biarkan. tak tahu lah betul tak cara aku. Aku pun masih belajar...ambil pengalaman.
Lepas budak-budak tu solat, baru ajar iqra'. Pagi dorang dah belajar, kira petang ni ulangkaji lagi..kalau orang ganu kata "pederas" balik..Untuk iqra' Alhamdulillah. kebanyakkan laju jugak.. Ada sorang dua yang slow sikit.. Duk sampai huruf dal, zal je... Ja, Ha, Kho pun tertukar lagi. Biasalah tu kan. Mesti ada yang lambat sikit.. Tapi tak apalah, insyaAllah, Allah bagi kelebihan pada dia dekat lain. Walau tak cemerlang akademik. Tapi harap untuk bacaan iqra' ni, sekurangnya dapat lah kenal semua huruf, dapat beza baris atas bawah depan. Untuk baca quran. Ok dah, stop sini dulu pasal cerita kerja di Tadika ni. Harap aku boleh buat yang terbaik untuk diaorang semua ni. Diberi kesabaran dan kekuatan nak hadapi apa sahaja cabaran. Aminn.
Last, kerja lain yang aku buat sekarang. Ni kerja part time lah kira kot. Baru je start kerja ni dalam 2,3 minggu ni. Still dalam bidang pendidikan. one step closer untuk aku terus meneroka education field.. Kali ni kerja di sekolah menengah pulak. Sekolah aku dulu.. SMA Ma'arif.
Aku nak kata kerja mengajar tu tak jugak lah. Tapi tittle ustazah jugak adik2 tu panggil. Haha. Nama jawatan tu guru tamayyuz. Skop kerja, lebih kurang macam aku jaga kelas budak hafal quran. Hanya sejam sehari. Pukul7-8 pagi. Kelas ni hafalan quran ni sebelum kelas akademik lain. Setiap tingkatan akan ada satu kelas tammayuz ni.
Kelas tamayyuz ni memang lebih sikit bab menghafal quran. Kalau kelas lain, macam aku dulu2, just hafal surah terpilih sahaja setiap tahun ni. Ni memang sebutir al-quran kot. Dalam sehari 3 jam kelas tamayyuz. Pagi 7-8pagi, petang pukul6.30-8.30. Tapi aku join yang pagi dulu, sebab buat masa ni ganti kawan aku, dia kerja pagi.. jadi tak boleh datang. Kiranya aku ambik slot pagi, dia ambik slot petang. InsyaAllah kalau ada kekosongan nanti, boleh kerja pagi dan petang.
Gaji kira elaun jelah kot..ikut jam. Ok lah bagi aku, buat tambah-tambah pendapatan sikit. Elaun kerja ni, aku akan buat simpanan jelah. Gaji ngajar tadika boleh lah guna sepenuhnya, tak payah asing untuk simpan. Hahaha.
Bab elaun, duit tu no2. target aku sekarang pengalaman lah. sejuta kali dah kan duk ulang, untuk pengalaman. Hahaha. Memang, jujurnya gitulah.. yang utama aku nak pengalaman kerja. Ok, tipu kalau tak nak duit. Nak wehhh...banyak benda aku nak beli, nak bayar, nak buat. Duit gaji tu penting, tapi pengalaman yang utama.
Kerja ni kawan aku offer gak..untuk ganti slot pagi dia tu. Hantar resume jelah dekat Ustaz yang ketua bahagian ni. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi Ustaz Kamal tu, dia sibuk sangat. Interview dengan telefon je haritu, dia call. Tapi aku kenal je Ustaz ni, masa aku form3 ke form4 dulu dia masuk sekolah tu.
Tengok budak2 ni..rindu zaman sekolah dulu. tak sangka, boleh balik ke SMAM sekolah sendiri dengan tittle cikgu walaupun bukan cikgu rasmi. Lepas ni target nak kerja sekolah rendah dulu pulak..then tadika KEMAS aku dulu. Hahaha..
Detail untuk skop kerja tu...Selain dari jaga kelas, pastikan budak-budak tu duk menghafal quran, bukan menyembang, buat kerja lain. Sebab memang sejam khaskan untuk hafal quran.. Aku jugak kena catat,rekod kalau ada yang datang tasmiq, baca untuk ulangan, betulkan mana salah.
Dalam satu kelas ada 2 ustazah dan seorang ustaz. Ustaz tu tak selalu datang pagi. Ustaz banyak datang sesi petang/malam sebab dorang akan handle budak laki. Biasa untuk pagi dia datang time untuk talaqqi dan ajar tajwid. Best, aku boleh belajar sekali.
Hikmah terbesar bila aku start kerja ni ialah, untuk diri aku sendiri. Aku sedar, aku kena betulkan banyak benda.. Allah letak untuk aku kerja disitu. Pagi as guru tammayuz, melibatkan al-quran. Petang guru iqra', melibatkan al-quran jugak. Kalau aku tak sedar jugak kenapa Allah bagi aku peluang ni tak tahu lah. Slowly lah, sekarang aku belajar kemaskan lagi sebutan al-quran, belajar tajwid dan harappp sangat untuk join hafal quran sekali dengan students tu.
target dapat hafal lancar surah kecik(muqqadam) pun ok dah. Dan hafal surah2 popular lain macam Al-kahfi, Maryam, Waqiah, Ar-rahman, al-Mulk, Yassin, Sajadah.. Ada yang aku dah hafal, tapi bila tinggal lama baca tanpa tengok quran, ada yang tertukar dan belum perfect. Moga-moga Allah beri kekuatan untuk aku dan kita semua untuk lebih dekat dengan kalamNya ini. Aminn.
.
Buat yang baca ni, ini sekadar perkongsian hidup aku, budak baru grad... perjalanan mencari kerja. Mencari masa depan. Membangun diri. Mungkin ada yang baca ni dah kerja hebat, best. Alhamdulillah. Boleh share tips ya akak, abang2 sekalian. Dan pada yang sama macam aku, masih belajar, bertatih mengorak langkah.. Jom, sama-sama kita usaha. Jangan putus asa.
Yang masih belum kerja, insyaAllah ada rezeki.. Allah dah tetapkan mana yang baik. Yang penting jangan memilih sangat.. Tapi janganlah kerja je asal yang ada walaupun sangat tak sesuai, tak enjoy dan tak minat kerja tu.. Maksud aku disini, jangan memilih kalau ada peluang yang datang tu ok dengan passion kita, cuma kena mula dari bawah, gaji kecik. Its ok, istikrah dulu then grab je. Sebelum tu tetapkan dulu jalan dan impian kamu.
Macam aku, aku tetapkan arah aku..impian, minat aku untuk menerokai bidang pendidikan.. kalau nak jadi researcher or lecturer sekarang memangg tak dapat lah. Aku mohon pembantu penyelidik pun belum rezeki. tak apa. Tapi bila ada offer untuk kerja tadika dan sekolah tu, teruskan jee...mula dari bawah. Daki pelan2 ke atas.
Macam korang kalau impian nak jadi Pegawai, join SPA ke...tapi belum dapat. Tapi dapat offer kerani, pembantu tadbir ke..terima lah. Masih akar yang sama kan dengan impian korang tu. tu maksud aku jangan pilih kerja.
Yang minat berniaga pun, belum boleh buka biz sendiri, modal tak banyak..cuba kerja dengan orang dulu, ambik pengalaman. Aku pun simpan impian nak bukak bisnes, tu kerja kat Butik jap aritu, disamping buat biz online. Dalam diri aku, "Bussiness is my dream, Education is my passion". haha..
Jangan impian nak join bidang engineering,tapi jadi pembantu dapur sebab orang kata jangan pilih kerja kan. Tu jauh dengan cabang korang. Kecuali kalau memang kau ok,minat dan tak kisah. Boleh buka biz restoren nanti kan.
Benda ni flexible je..tanya diri sendiri apa yang kita nak. Asal kita happy.
Yang mana ada rezeki terus keatas tu Alhamdulillah, bahagian kamu.
Yang belum dapat ni pun Alhamdulillah..Allah plan yang terbaik. Walau dimana kita berada, kerja dimana pun...itu yang Allah pilihkan buat kita..insyaAllah itu yang terbaik.
Tugas kita, redha...carilah hikmah disebalik tu.. Banyakkk, andai kita buka hati,minda,,dan pandang dengan mata hati. Mudah-mudahan Allah berkati. Sebagai ingatan diri aku sendiri jugak.
Ok lah. Cukuplah kot cerita pasal pengalaman dan journey interview, kerja ni semua. 3 hari menaip,,,malam je ada masanya.
.
Belanja swafoto sekeping....sejak makin mengembang dengan jayanya ni, nak bergambar malas... ni Ambik sebab g jalan-jalan...nak snap dengan lukisan batik cantik tu... kat AEON KB.. Doakan aku dapat diet dan kurus sebelum raya ni ye semuaa...*Sambil makan satey*. Bye...
No comments:
Post a Comment