Thursday, May 4, 2017

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC).
Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini.
Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sekolah belum balik.
Tujuan hanyalah nak download Running Man. Hahahaa...
Stock untuk hujung minggu.
Kuota internet kat rumah semakin ke penghujung. Lagipun rasa macam rugi pulak lah habiskan kuota internet rumah untuk download benda gini.
Kat rumah pakai YES, yang besar untuk seisi keluarga tu.
8gb sebulan. Lepas habis GB tu boleh guna, tapi slow yang amat. Lepas untuk whatsapp jelah. Nak layan youtube, scroll gambar kat blog semua memang nehi.
Jadi sambil-sambil tunggu kerja pukul12 nanti, lepak sini dulu.
Tadi keluar hantar barang kat adik aku..Malas balik, tak ada orang jugak rumah.


Duk melepak CC ni teringat zaman-zaman sekolah dulu.
Pertama kali kenal CC masa darjah 5 ke 6 kot.
Kawan aku bawak g CC.. Sambil2 buat buku skrap kan dulu, konon nak gi binding, beli kertas warna..last2 book internet sekali.
Tapi bukak2, tak reti nak main apa. Tak pernah bukak internet.
Kawan aku ajar chatting. Akak jaga cc tu pun duk ajar sekali.
Ingat lagi, bukak kampung.chat tu. Hahaha.. Dia ajar buka, letak nickname dan chatting.
Kampung chat tengah popular time tu. Tapi tak reti nak chat2 ni. Nak bercakap apa pun tak tahu. Budak hingusan lagi time tu. Huh.

Kat rumah dulu mana ada internet. Komputer ada pun, balik2 buka paint jelah. hahaa...
Tak pun bukak lagu, pakai winap kan time tu.
Lagu pun ntah pape, sape masukkan time tu. Yang paling aku ingat lagu Celina Dion.. Sebab tu je lagu yang sedap sikit untuk didengar.
Dulu pakai disket je kot nak transfer pape.
Naik sekolah menengah lepas tu baru muncul pendrive.
Kakak aku masuk KUSZA time tu, banyak lah buat balik lagu2, video2..
Dah rasa gah gile tu, dapat tengok cerita kartun, video2 nasyid. Hahaha.
Masa aku form4 baru ada internet, itupun yang TM sambung dekat phone rumah tu.
Boleh buka kejap2 jelah, sebab takut orang call. Kan kena cabut sambungan phone dulu sebelum boleh sambung wayar internet. Masa tu keinginan pada internet tinggi lah sebab dah form4. dah reti nak godek2 internet. Tengah gila dekat Supernatural. Memang penuh save gambar Jared Padalecki and Jensen Ackles tu. Pastu search kembar Aidil, Zaquan.. dulu laaaa gila sebab geng2 sekolah gila sekali. Sekarang tak de rasa dah.

Lepas internet sambung dekat phone tu, tukar pulak pada internet pakai modem, still TM punya.
Fuhh....heaven. Laju weh, banding dengan sebelumnya. Jakun kejap.
Tahun 2009, start menggila dekat DBSK boyband Korea...memang full day lah tengok benda alah tu.
Cerita korea pun best download... Internet tu nak kata laju gilaaa tu tak lah jugak.
TM ni, dia quite konsisten lah. Tak buat perangai sangat. Kalau download tu boleh lah, kena sabar tunggu. Tapi tidak lah sampai 2,3jam satu episode.
Tapi yang buat perangai ialah pencuri kabel. Sakit hati betul.
2x kabel telefon kampung kena curi. Bila tak ada kabel, jadi internet pun tak boleh jugak lah.
Sebab TM memang dia connect dekat wireless kabel dia tu.
lepas kali kedua kena curi kabel, memang TM tak datang baiki dah.
Phone rumah pun, semua tamatkan. Sebb masa tu kebanyakkan dah ada phone bimbit.
sedihhh...

Then, tukar pulak guna internet lain. Yang ni aku tak berapa pasti sebab tak terlibat sangat masa nak beli tu. Bawah TM jugak rasanya, ada modem, tapi macam mana dia berfungsi aku tak tahu. Dia sambung kot mana. Internet ni memang palingggg teruk. Lambat, kejap ada kejap tak ada.
Kelajuan dia, biasa sahaja. Time lajuu, tak laju sangat. Tapi time slow...memang tak dapat terus.
Selalu tak ada line.

Last2, tahun lepas bulan 7 kot... tukar YES ni.
Tapi ada kuota pulak.. 8gb sebulan.
Heaven lah time 8gb tu ada lagi. Tapi lepas tu krik2 jelah.
Boleh masuk whatsapp je.. yang lain2, berjanggut nak tunggu.
Kalau nak on internet kot laptop pun slow macam siput.
Tu aku giveup....datang CC je senang. Sejam berapa ringgit je. Haha..

Ok lah.. dah download Running Man 3 episode ni.
Tak lah laju sangat, tapi boleh lah. Setengah jam kot 1 episode.
Ada 4 minit lagi nak siap download yang ketiga tu.
Sambil update blog, sambil baca blog travel. Untung.
esok2 aku datang lagi...
Update blog CC jelah senang.

**Ok, update petang pulak. Aku dekat CC lagi..hahah.. Tapi bukan CC tadi, ni aku g tempat lain pulak. Tak puas hati dapat download 2 episode je tadi. Patut 3 kann aku bagitahu tu??? Lepas aku habis update entry tadi, sementara nak tunggu ada 2 minit lagi masa download tu, aku pun g lah clear history dulu... cisss,dia hilang sekali. frusstt gilaa sebab sikit je lagi kot. huhu..tapi redha lah.

Tadi aku duk CC tu dalam sejam setengah jugak lah.. dan bayaran rm3. ok kann? murah dah kan tu. Sebab dulu, 10tahun lepas aku lepak CC dengan kawan-kawan dalam rm2 sejam. Sekarang pun lebih kurang jugak harganya. Murah lah ni...

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...