Monday, February 13, 2023

Pathetic

Our pathetic life. 
or its just my pathetic life.

Sadness. Embarassment.
Its a repeated feeling.
The same feeling. Same Ending.
Without the destination.

Not good enough.
Ya..
Thats enough word.

Dont compare.
Because you'r not comparable at all.
Dont surrender.
Because you'r not even start
Dont be down.
Because you'r not take a step foward at all.
Dont be jealous.
Because you'r not own anything at first.
Dont act as a victim.
Because you'r predator.maybe.

Just. Dont. Do. Anything.
Wait..focus on yourself.
Back to Allah.
Admit it. Its your defeat.

Done.

Tuesday, November 22, 2022

Sepi

Banyak kata mahu dikata.
Namun hanya alir air mata.

Am i ok?
Apa definition "ok"?
Mampu keluar rumah, bekerja, berkawan, boleh ketawa senyum?
Kalau itu maksudnya, then i"m ok.
Sangat-sangat ok. baik.

Tapi kenapa?
Hati tetap sunyi dalam riuh, ketawa, gembiraku..

Mati kata.
Mati rasa.

Tanda tanya(?)
Sekadar kias.
Sedang nyata nya aku tahu.

Aku sepi, aku sunyi.
Dari kasihnya lelaki.
Yang terpaling ku kasih.
Ayah.


22.11.22 (11.10 pm)
husna

Wednesday, September 15, 2021

ISM SAINS SOSIAL (ANTROPOLOGI DAN DAKWAH) UNISZA

Bismillah.
Assalamualaikum. 

Bukan main tajuk tu kan. Penuh tulis nama course. Kenapa? Harini keputusan UPU keluar kan, untuk degree. Dan ada ke yang dapat course ni dah sedang google2 sekarang? eh, course apa ni. haha.

Sebenarnya lama dah nak tulis tentang course ni dari sisi pandangan alumni unisza dan pelajar SS Antropologi Dakwah. Tapi kesibukkan, kesuntukkan masa dan juga mood menulis dah tak berapa menentu sejak kerja. Ada masa free, rehat saja. Ni pun tak pasti vibe penulisan blogger ada lagi tak ni. I write this post untuk membantu adik-adik batch terbaru ni atau yang akan datang nanti. Yang blur, terkejut, dont have any idea tentang course ni.

Ok,Buat pengetahuan, i'm pelajar Ijazah Sains Sosial Antropologi dakwah batch2012. Graduate 2016. Alhamdulillah. Means by now 2021, dah 5 tahun graduate. (30 years old tahun ni). So, ada yang dapat course ni dan rasa down? Dont be! This course best and fun.

Pertama, this course dalam Fakulti Sains Gunaan (FSSG) Unisza Kampus Gong Badak. Pengajian kita Sains Sosial, jabatan Antropologi dan Dakwah. Sains sosial apa? kena faham dulu. Sains Sosial ni tentang manusia. Kita belajar tentang sosial dan manusia. Antropologi apa? Antropologi satu disiplin cabang yang mengkaji tentang manusia, budaya, bangsa, adat, dan kita memahami tingkah laku manusia melalui kajian Antropologi. (Ni maksud secara umum dan pemahaman sendiri. Disclaimer: Jangan ambil maksud ini tujuan penulisan akademik ya, rujuk buku/artikel kalau nak guna untuk assigment/tesisi. Ni secara ringkas sahaja, untuk santai2.). 

 Manakala Dakwah apa pula? of course kita akan nampak dakwah ni yang geng2 ustaz, ustazah tu kan. Bagi ceramah apa semua. Yes, itu satu dakwah juga. Tapi kena tahu, dakwah ni luas. Dakwah ialah satu penyampaian. Dan kita ada banyak metod dakwah. Bukan duduk bagi ceramah agama tu sahaja. As for course kita ni, bukan macam tu. Dakwah bukan hanya menyampaiakan perkara agama sahaja. Tapi semua yang baik-baik. Kalau kaitkan Antropologi dan Dakwah ni, kita boleh relate. Kita belajar tentang manusia, kita belajar tentang dakwah.

Jadi, secara ringkas, course ini kita belajar memahami manusia dulu sebelum kita menyampaikan sesuatu. Contoh, nak berdakwah kat orang asli. Approach lain. Tak boleh main redah masuk dan suruh diaorang lafaz syahadah atau bagitahu ini haram, itu haram. Habislah korang kena bakar nanti. Kena faham adat, budaya mereka dulu. Kenal dulu. Baru lah boleh tackel untuk berdakwah atau mengislamkan mereka. Bukan orang asli saja, termasuk lah untuk masyarakat lain. Nak dakwah kat orang Korea ke. Boleh ke beli tiket ke korea, then singgah Gangnam dakwah kat tepi2 jalan tu? no la.. Kalau kat Malaysia or negara Islam boleh macam tu(ikut autoriti juga).

Selain tu, banyak benda lain juga kita belajar. Memahami gelandangan contohnya. Kenapa tidur tepi jalan, kenapa boleh jadi homeless. Mengandung luar nikah. Apa kisahnya. Apa sebabnya. So, we know dan boleh bantu. Nak hantar pergi mana. Rumah kebajikan, rumah perlindungan mana yang ambil remaja mengandung luar nikah dan sebagainya. Kita belajar tentang Sistem  Sosial dan Kebajikan sekali. Course ni boleh pergi kot bidang agama, bidang kebajikan, dan education(i'm this line now). Boleh lah nak jadi cikgu, pendakwah, kerja pej agama, pejabat kebajikan, rumah anak yatim/perlindungan atau badan2 NGO. Dan one of my my classmate sekarang kerja under Kementerian Kesihatan. Kerja di hospital. Ada lah bidang yang sesuai tu. Social Worker boleh, atau as jurucakap untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam hal2 berkaitan.

Boleh faham ke? Boleh nampak sikit2 gambaran untuk course ni pun dah ok. Jangan takut. Setiap course ada cabarannya. Pasti. Tak ada yang mudah. Sebab memang itu tujuan kita belajar. Untuk meneroka sesuatu yang baru. Kalau senang, tak stress bukan belajar. Belajar kena stress sikit (stress yang positif). Overall this course kita belaja subjek antropologi, sosiologi, dakwah, kebajikan sosial, pemantauan sosial, berkenaan kemasyarakatan macam kekeluargaan, etknik, orang asal ethnology, juga bab organisasi sosial ada juga. Kena membaca sikit. Baca dan faham.

Besides, course ni menarik. Ni before covid-19. Kita ada banyak fieldwork. Keluar masuk perkampungan orang asli (masa my batch dulu dalam empat buah perkampungan juga pergi masa subjek etnologi. Pernah ke Tasik Kenyir juga untuk subjek Antropologi & Sosiologi. Subjek evaluasi sosial pun best, keluar pergi Penang tempat gelandangan, pergi evaluasi sampai Perlis dan Langkawi pun ada. haha.. yes, of course la belajar sambil bercuti. We have fun together. Nak2 kalau subjek lecturer favourite Dr Hafis now. InsyaAllah, anda semua pun akan merasai. (by pdpr tak tahu sekarang macam mana belajar. Tapi percaya, ada metod yang best untuk korang mengenali masyarakat). Most memorable masa final sem ke Indonesia seminggu bagi program Mobiliti Sosial dia Universiti Muhammadiyyah, Yokjakarta.

Boleh baca my entry2 lepas ni, yang sempat tulis dulu masa pergi fieldwork:
2. perlis 
4. lancang 

 tu entry yang sempat tulis dulu. Dan tak sempat tulis pun banyakkk lagi. Penang, Langkawi, rumah orang tua, ke Indonesia dan aktiviti2 kelas/fakulti. sebab lepas tu banyak up di IG dan simpan sendiri je. kat bawah ni kita share gambar-gambar jelah ya. 

 
Langkawi
Penang!!
Penang, sesi taklimat masa ni untuk ke lorong2 tengok gelandangan. Ada aktivis yang guide kami,

adik2 di Sg Siput.
Sg, Siput.
adik2 di sg Berua.

Indonesia
program belajar pun, tetap ada shopping. haha.. Tamrin City tak silap ni,
di salah sebuah pondok/madrasah kat sana


Dan.. here our graduation day.
Alhamdulillah. We did it. So, adik-adik yang bakal masuk ni pun you can do it also. Walaupun dengan cabaran covid-19 sekarang, dengan pdpr lagi, kuatkan semangat. Fikir positif. Ambil yang baik-baik sahaja. lalui lah takdir Allah ni dengan baik. Sebab segalanya dariNya. AturanNya. 

Betulkan niat untuk belajar. Kerja apa nanti letak tepi dulu. Rezeki akan datang.. i'm also struggle before, lepas graduate. Pernah kerja di butik, tadika, guru iqra, quran tasmiq quran.. and selepas 4 tahun struggling kerja tak tetap, dapat kerja sebagai guru bermula dengan gaji jam then after 1 and half year as guru interim, and after 6 months naik as DG41 (masih kontrak). Walaupun bukan guru under KPM, tapi under Yayasan Terengganu, tetap syukur. Setinggi2 syukur padaNya. Best sangat dapat duk dalam Terengganu. Tak terbayang sebagai guru gred DG41, tapi rezeki dariNya kita tak pernah tahu. Dia dah aturkan jalan yang terbaik untuk kita semua. Apa yang diberi itulah terbaik sebenarnya, walaupun kita rasa susah, pelik dan macam tak mampu pada awalnya. Hang in on there!! put your trust on Allah. Sentiasa sangka baik pada Allah. Maka yang baik-baik juga mengikut. As a kawan, senior, kakak dan guru..saya akan doakan yang terbaik buat kalian semua. Aamiin.

(in case yang nak tanya atau share apa2.. maybe boleh drop comment below or Dm/PM to my IG/FB - Husna Alias)

Wednesday, November 11, 2020

PKPB fasa 2

 9/11/2020: Start PKPB seluruh Malaysia kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang.


PKPB ni umum hari sabatu (7/11/2020). Hari sabtu, biasalah aku duk landing bermalas malasan. Makan, layan movie, tidur, baca novel. Tahu PKPB tu pun dah lewat sebab melayan crite apa pun xingat. Buka whatsapp, tengok status dulu. Penuhhh, tengok gambar status yang sama. Aku tengok nama2 tu, ni universal punya story ni sebab dari pelbagai member, tempat kerja dan negeri. Status sama je. Sesuatu sangattt.. punyalah neves buka, rupanya PKPB.  Start 9/11 hingga 6/12 - 2020.

gambar ni lah berjujuk kat status WA

Blur kejap. Benda pertama yang aku fikir. Habis, tak sekolah pulak ke budak2 ni? Tapi still dalam pengharapan sekolah buka kot. Pastu baca2 kata memang sekolah tutup semua. Still berharap, budak SPM sekolah kot... hahaha.. Tak adaa, tutup semuanya.


Redha jela. Tapi tak berapa boleh fikir juga, macam mana budak2 SPM tu. Nasib baik dah lepas trial. Group sekolah pun dah kecoh, budak2 minta nak balik. Yelah, sebulan kot (kalau tak sambung), takkan diaorang nak duduk asrama tu. Yang dalam negeri ok lah, risau yang luar negeri ni. Ada dari Selangor, Johor, Pahang. Paling jauh dan hotspot dari Sabah. Alhamdulillah, sekolah bagi balik lepas fikirkan pelbagai kemungkinan. Mungkin PKP sambung, risau makan minum diaorang. Kantin sampai petang je, Malam biasa dorang keluar atau masak. Dah PKPB ni nak keluar pun susah. So, balik jelah. Lebih selamat.

Nasib baik ada sehari 7/11 (Ahad) tu untuk settle urusan balik ni. Aku malam tu, siapkan tanda kertas trial haritu, ada satu kelas lagi tak siap. Nasib kelas tu tak ramai sangat. Tapi pukul2 juga habis tanda. Sambung pagi esok tu pula untuk total mark. Pergi sekolah pagi tu semuanya dalam suasana kekalutan. Ada mak ayah yang dah ready nak ambil anak-anak. Yang pelajar luar pergi balai polis untuk minta surat kebenaran rentas daerah ni, sebab ada yang dari Selangor tu, sebab Selangor dah PKPB lama. Petang tu pergi hantar pelajar naik bas, geng2 Pahang. Segalanya berlaku dengan pantas. Sedih pun ada. Nak2 dalam kekalutan tu, dan2 tu juga Menteri Pendidikan umum yang sekolah ditutup terus tahun ni, buka tahun depan 20/1. SPM tunda 22/2/2021. Nasib baik bagi pelajar balik. Kalau tak mereput budak2 tu sampai tahun depan. 






Tak sempat nak goodbye semua. Walaupun tahun depan jumpa lagi, selagi tak SPM ni.. tapi dalam keadaan macam ni, kita tak boleh jangka. Harap2 everthing will be ok. dan segalanya kembali pada asal. covid19 makin berkurang dan terhapus. Aamiin.


Stay strong semua. Ujian Allah. Semua dariNya. Adalah tu asbab dan hikmah dalam setiap kejadian. Asalkan kita sentiasa bersabar, bersyukur dan muhasabah diri.


Monday, August 10, 2020

7 hari mencintaimu

 Imej mungkin mengandungi: 2 orang, meme, teks yang berkata 'Angkat tangan. mak #hujanpanas kalau tak tgk 7harimencintaiku 2'



Ya, aku angkat tangan 2,2 belah lah.
Sebelum ni aku ada la baca kat newsfeed facebook or instagram bercerita hal 7 hari mencintaimu ni. Ramai komen,geram kat watak2 tu, aku dalam hati "apehal la semua ni, bukan ke dh main aritu 7 hari mencintaimu ni.. ni tayang balik mesti sebab tak ada crite dh, pkp aritu artis xleh berlakon.." gitulah anggapanku. hingga satu hari tu....
Jam 8 malam tadi aku dengan kawan2 kat sekolah lepas maghrib tu, aku tengok video,pasang earphone. Dan kawan tegur, "kak husna tengok 7hari mencintaimu kee?"
maka aku dengan blur plus overconfident jawab "eh, taklah. 7hari mencintaimu tu ulang balik kan? dah tayang dah aritu tu..".
Terpegun jap muka kawan tu. Haha.. loading sekejap dia, dan barulah dia sambung, now season 2 dah lah.. hahaha..
Sejujurnya aku mmg sejenis ignorant pada isu yang aku tak nak ambk tahu. Pastu blur2 bila orang duk bincang.
Season 1 dulu x follow jugak, cuma tengok episode2 akhir kot kat youtube, sebab ramai duk kecoh sgt. Season 2 xterasa lagi nak tengok.
Tapi tak tengok pun rasanya aku boleh faham kot.
Dengan baca newsfeed, komen2 netizen.. tu tak masuk orang duk buat "meme".
Termasuklah pendapat dari pakar agama, pakar rumahtangga segala yang buat artikel base on bidang masing2 dengan guna cerita ni sebagai contoh.

For me, ok lah benda tu kan. Setiap benda tu ada yang positif ada yang negatif juga. Kalau kau taknak tengok, jangan kondem berlebihan. Boleh ambil dari sudut positifnya sahaja.

Wednesday, June 10, 2020

buka sekolah

 Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'TERKINI Tarikh pembukaan semula sekolah adalah pada 24 Jun 2020, Rabu **Hanya untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara astro AWANI astroawani.com'


Finally, setelah 3 bulan "dipaksa cuti". haha.. cuti yang gembira dalam kegelisahan. Of course la happy cuti, tapi sebab covid rasa ketidaktenangan tu.

Noq dah boleh selongkar baju kurung, tudung2 ni.. muat lagi ke tidakk?? 😅😅
Yang palingg seram pin, kerongsang tdung ada 2 je ni..kalut nanti nak cari benda-benda tu.
Perasaan bercampur baur.
Excited ada, pressure pn ada jugak nak kena habiskan silibus dan latihan2.
Yelah nak kena exam nanti, kalau tak sempat kesian budak2. Untuk latihan tu pun penting sebenarnya. Habis silibus je,tapi kalau dorang tak mahir untuk menjawab soalan susah juga.
tambah lagi tempat aku mengajar ni, pelajar yang yang nak ambil SPM as calon luar sekolah kerajaan. Budak2 yang dari pelbagai latar belakang pendidikan. Tahfiz, pondok, smv dan ada yang mengulang.
Harap-harap dipermudahkan urusan nanti. doakan ya,untuk guru2 dan anak2 pelajar.



p/s: Malas lagi pun ada ni..haha.. xlah, insyaAllah rajin je. Allah dh bagi cuti 3 bulan. Demi anak2 murid kena 💪


Tuesday, June 9, 2020

Kdrama: Hospital Playlist

 Imej mungkin mengandungi: 5 orang, telefon, teks yang berkata 'tvN 8 SE 기로운 의사생활 HOSPITA PLAYLIST WILL BEBACK IN A NEW SEASON IN THE YEAR 2021'


Hospital Playlist doneee ✔✔
⭐⭐⭐⭐⭐

Time PKP ni last2 bosan melayan kdrama lah. Lepas Hi,Bye Mama layan Hospital Playlist.
Masa awal-awal drama ni tayang dah agak best. 1 sebab ada Jo Jongsuk tu.
Then tahu rupanya drama ni same team/pengarah dari drama reply series (reply 1997, reply 1994 dan reply 1988). Siapa tengok cerita tu tahu la best macam mana. Atau ada yang rasa tak best tu, mungkin sebab genre tak kena. Bagi aku sangat2 best.
Dan memang yakin Hospital Playlist ni pun mesti best jugak.
Tunggu semua episode tayang dulu baru nak tengok.
Wlaupun meronta-ronta juga hati nak layan lepas baca-baca status member kat fb yang kata drama ni best, dan duk menggila.
Yes! Feeling dia sama macam tengok reply series.. mungkin lebih lagi.
Terubat sikit rindu nak tengok reply series.
Tapi yang geram hanya 12 episode sahaja. Kenapa??
Dan dia ber season pulak dahhh.
Kena sabar untk season 2 next year plak.
Kalau reply series tu, kira habis 1 reply tu habis la cerita zaman tu.
Next reply tu cerita bab/period lain dah.

Ok, untuk drama ni. Bertemakan hospital/doktor la.
Nama pun Hospital Playslit kan.
Tentang 5 sahabat (4 lelaki+perempuan 1), yang mula berkawan sejak 1st year masuk medical school di universiti. Hubungan diaorang tu memang rapat.
Setiap seorang ada kisah masing-masing.
Ingat ya, kdrama ni kalau theme dia tentang kerja, memang bab kerja fokusnya.
Hal cinta cinta tu no2. Tapi kita rasa tak muak, tak menyampah.
Part cinta diaorang pun bukan cliche (at least dalam drama ni).
Cinta yang tunjukkan realiti. Ada yang kahwin, cerai, bercinta putus. Yang taknak bercinta. Yang susah nak open hati untuk wanita. Jatuh cinta kat kawan sendiri.
Benda-benda tu memang realiti, dan bagi aku drama ni full of flaws.
Yang menunjukkan perjalanan hidup kita bukan seindah dan semudah yang dijangka.
Buatkan kita rasa rilex je tengok. Dan boleh accept realiti.

Of course yang utama realiti tentang kehidupan doktor.
Tengok mula2 fokus kat jo jungsok dan "chil bong" (yeon seok) je . Last2 fall dgn dgn kim joon wan(jung kyung ho) sekali aku in love😍😍.. dan semua la.
Sebab setiap watak tu menjadi. Hidup.
Setiap seorang as specialist dalam bidang masing-masing.
Apa konflik or flow drama ni sila tonton sendiri.
Malas nak bagi spoiler.
Sangat best untuk ditonton.
Ambil yang baik-baik untuk kehidupan kita.

Ikutkan boleh habiskan tengok dlm masa 2hari , tapi saje tengok 1-2 episod je sehari..biar lambat habiss..haha.. ni yang special xtengok lagi.
oh, lupa, nak bagitahu. second theme dia band.
Sebab tu Hospital Playslist kan.
Setiap episode ada dorang akan nyanyi. 5 orang ni buat band as dorang punya hobi dan nak isi masa lapang, spend masa sesama dorang.
Lagu2 semua best. Kebanyakkan lagu lama2. Lagu yang masa dorang study dulu2.
Kita yang dengar pun boleh mengimbau juga.
Macam aku yang lama dah layan kdrama or lagu-lagu korea ni, turut boleh imbau.
Ada lagu Non onjena (you always), favourite song. Lagu ni dbsk5 remake dalam second album tak silap.
So, vibe reply pun still ada dalam drama ni.

silakan layann...

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...