Monday, January 4, 2016

Don't expect

Biasa la masuk tahun baru ni masing-masing sibuk update umur dah meningkat..ada yang suka ada yang nangis ada yang terkejut yang buat-buat lupa umur sendiri pun ada. Ada apa pada umur? angka semata?

Pada pemerhatian aku lah, yang aku tengok by status kat laman sosial ni, kebanyakan  mungkin yang tengah excited umur meningkat ialah yang berjaya memasuki ke angka 2. which is 20 tahun keatas. Sesuatu yang membanggakan, mungkin excited bila dah masuk series ke 2 ni. Aku bercakap by pengalaman lah sebab aku pernah melalui fasa tersebut. wah, masa tahun 2011 i turn 20 years old! rasa macam dewasa dan expect macam2 this is the time yang aku tunggu. Zaman yang menyeronokkan untuk dilalui..mungkin. Nak kejar banyak benda.

Dan perkara yang aku nak highlite untuk entry ni ialah pasal cinta,love, couple thing, cinta islamik, cinta selepas nikah, misi mencari iman, cinta ana enti dan seangkatan dengannya. Aku faham, ramai yang berperasaan sebegini sebab rasa ini ialah waktu yang terbaik untuk mencari dan mengejar. Tak semua tapi kebanyakan. Walau sikit perasaan tu tetap ada.

Errr...hmm..
Typical thinking bila umur berubah ke angka ke2. Angka y kita rasa bangga.
Sama dengan aku dulu ni..tp now rasa nk balik umur 5 tahun..haha.
Untuk adik2 yang sedang melalui fasa tu, meh nak story sikit.
Hidup kita tidak lah semudah yang difikirkan itu. 
Perasaan, fikiran, fitrah itu normal.. 
Tp bkn hal cinta kawen semata yang perlu difikir dan dikejar bila mnginjak ke umur 20an.
Banyaaakkkkk lagi benda lain kena settle selain cinta. 
Sangat banyak, jangan sebab kejar cinta tu smpai tercicir perkara lain yang jauuuh lebih menarik dan gembira dalam perjalanan ni.
Umur 20-25 adalah waktu y bnyak bende y kita blh buat,kena buat dan sekitar waktu yang menyeronokkan, tenaga masa smua banyak. So,ambil peluang improve diri, bersosial scara baik,cari pengalaman hidup time ni.

Rugi!
kalau kita kejar cinta or sesuatu yang belum pasti tu kita rugi!!! sebab dalam proses kita duk main kejar, mencari, kita tak pandang kiri kanan. Tak tengok sebenarnya kiri kanan perjalanan yang kita lalui tu banyak perkara yang best. Antaranya mak,ayah family kita. Bila kepala penuh cinta pada yang bukan yang selayaknya kita jadi mabuk,khayal dan fokus pada benda tu je.
Sampai kita lupa cinta kasih sayang perhatian kita patut diberi pada siapa sebenarnya?? Masa bersama family banyak terbuang, komunikasi dengan mak ayah tak ada. Padahal ini waktu yang sesuai untuk kita bercakap dengan dorang secara matang, as orang dewasa nak bercerita itu ini dan untuk lebih memahami.
Selain family, masa dengan kawan terjejas. Kita kurang kawan. kawan yang sebetulnya..interkasi sosial antara kelompok sejenis akan down. maksud aku interaksi secara sihat dan bijak. 
Ini yang tengok bila ramai terlalu mengejar untuk mencari sesuatu yang dapat isi hati dorang tu. i know. rasa kekosongan tu. Aku pun pernah melalui zaman orang kata budak baru nak up ni. Kekosongan tu bukan kosong sebab kita perlukan cinta lelaki. Tapi kekosongan kita pada kehidupan. Fikiran kita semakin matang, semakin banyak yang kita boleh masukkan data baru, semakin banyak juga yang kita boleh bagi. Bukan semata cinta pada lelaki/perempuan tapi untuk Allah, agama, keluarga, kawan, pada ilmu dan banyak lagi..itu kekosongan yang perlu kita isi sebenarnya.
That's why kena pandai pilih jalan mana yang nak ikut.

Kat sini aku bukan nak kata jangan cari cinta, jangan kahwin awal, jangan nak ngada2.. NO!
Kalau dh jodoh awal memang akn jumpa la time tu. Kira jodoh awal, then Alhamdulillah. Siapa kita nak tolak takdir? itu Allah dah aturkan dan itu yang terbaik. tapi hendaklah dengan cara yang betul.
Tapi,kalau belum diberi, jangan rushing terdesak nak cari!! yang trbaik untk kita ialah buat bnda lain yang xkurang hebatnya, cari kwn ramai2, blaja bhsa korea ke, baca buku bnyk2, masuk kelas baking, travel, makan bnyk2 dan bnyak lagi lah.. seronok mcm kawen n org kapel jgak..haha.. sabarlah. sabar dan yakin dengan Allah. sedikit lagi masa. Allah dah atur yang terbaik.

Thru da flow..enjoy ur life..
Tulisan untuk peringatan diri sendiri yang terutamanya.

Friday, January 1, 2016

move on

Assalamualaikum 2016.
rasa baru je type entry 2015 haritu.
rasa macam apa je la yang aku buat sepanjang 2015 ni.

Jalan yang aku lalui untuk 2015 tidak mudah jugak.
tapi berjaya lepasi jugak dengan izin Allah.
Allah datangkan ujian memang untuk uji kita. bukan untuk zalimi kita.
why not kalau kita tempuhi macam kita tengah demam final exam.
susah pun hadap lah dalam dewan tu. kerah la tenaga, otak jiwa segala untuk jawab. berjaya lepasi? Alhamdulillah.
kalau sangkut? jangan merungut. mungkin persediaan belum cukup. ambil pengajaran...do better next. jangan putus asa.
macam itu jugak ujian Allah untuk kehidupan kita.
iman tak kuat mungkin rapuh kesabaran, keteguhan untuk mengharungi. tapi kesusahan itu sebenarnya yang mengajar kita.

kenapa nak pertikai ujian Dia pada kita? seolah kita tak patut diberi ujian?
baik sangatkah kita?
sedangkan Nabi dan Rasul yang taat pada Dia pun diberi ujian maha hebat. so kita siapa kita yang solat subuh pun dinasour nak kata tak patut aku diberi ujian?
tak kata orang..aku lah tu.
ujian juga tanda dia ingat. mungkin jugak sayang...amin.
sayang lagi.ingat lagi pada kita...nak tarik kita balik dan ingat pada Dia.
syukur lah dengan ujian.

the moments bila kita diberi ujian tu paling nikmat bila kita terima,rasai!!
rasakanlah...
rasakan bila tekanan, hilang punca, terdesak.
rasa itu yang mengembalikan akal kita untuk balik cari penciptanya.
yang merayu2 meminta memohon pada Dia yang selayaknya.
itu hikmat..itulah nikmat.
perit...pahit ketika lalui. sabarlah sedikit..move..move..move!!
till hilang sendiri rasa-rasa sisa-sisa pahit.
kalau belum timbul rasa manis pun at least dapat rasa tawar pun okey lah dari pahit kan.

so..2016!!!
aku tak mintak untuk hilangkan segala ujian.
sebab itu kerja Dia. Tuhan kita. Allah.
Dia tahu lah apa yang baik. mungkin diberi ujian yang kita tak suka adalah baik pada kita.
just mampu berdoa agar tahun ni dan seterusnya di dunia dan akhirat ni, Allah pinjamkan secebis kekuatan untuk mengharungi segalanya.
may Allah bless us.
amin.

Saturday, October 17, 2015

Misi pendakian dan misteri di sebaliknya....

Semalam join cikgu2 kat tempat praktikal aku, PDK mendaki....hebat bunyi.. mendaki gunung mana tu??
Kalau gunung sekarang ni belum tentu aku sampai. Haha.. naik bukit je kot. Naik ok, tak payah nak buat ayat hebat sangat mendaki, menjelajah la apa. Haha...
Aku and geng PDK naik Bukit Keluang. Which is satu tempat famous jugak di besut ni, Pantai Bukit Keluang tempat picnic, jalan2.. time cuti konfem bersusun manusia ntah dari mana datangnya. Dan tarikannya jugak Bukit tu. Bukit Keluang.
Tak lah tinggi sangat. Bagi yang biasa, kaki hiking just a piece of cake je tu.. standard orang yang selalu naik 45 minit naik dan turun. Tapi bagi aku yang standard overdose ni 2 jam lah.. termasuk selfie lepas dapat bernafas..haha..

Actually untuk bukit keluang ni, ini kali ke2 aku naik. 1st dulu sekolah rendah, hahah.. walaupun bukit ni dekat sangat lah nga rumah aku. Tapi tiap minggu ulang pergi pantai je, beli sosej pulut, aiskrim pulut sambil posing..itu jelah kerjanya.
Dah lama sebenarnya aku tinggal aktviti yang menguji stamina ni. Aku suka benda macam ni, advanture. Paling aku suka junggle tracking. Aku suka berjalan, tengok alam. Tak kisah nak berjalan masuk semak belukar mana pun.
Naik bukit pun suka. Tapi masalahnya ialah stamina!!! Tak ada benda ni. Sebab tak buat secara regular.
Macam zaman sekolah dulu selalu join perkhemahan, naik la bukit, masuk hutan semua.. and biasala zaman sekolah gaya hidup kita aktif sikit, umur pun muda jugak.
But now...makin slow. Ni dari bulan 5 aku relax je duk rumah tak buat apa2. Cuti sem campur dengan praktikal. Xguna mana otot, anggota tubuh ni.
Resultnya... naik tadi... masyaAllah.. Allahuakbar..

Meh nak stroy2.
Sampai kat kaki bukit jam8 pagi.
Ok, dia ada banyak laluan untuk naik tu and turun tu.
Ada laluan yang guna tangga untuk permulaan, ni dekat area pantai.
Then ada lalua  guna track, tapi kena berjalan jauh sikit la nak pergi tu.. and ada lagi dekat hujung muara sungai tu.
Aku naik ikut track, kat dataran yang kebanyakan orang naik lah, and turun ikut laluan dekat pantai. So park kereta dekat tempat yang korang nak turun, jadi x payah berjalan pulak nanti nak pergi ambik kenderaan.



Berjalan ke kaki bukit untuk pendakian..haha..ni kira panaskan badan la..  nampak sejenis donut warna purple tu? Gile gemukkk rasa skrang..haha.. time berjalan kemain duk depan sekali, no hal..laju berjalan.. sampai bab mendaki...hoiiihhh...cam kura2,tapi sampai jugak la sebab kura2 bersemangat dan tidak putus asa kan.. 


Ni kaki bukit yant akan kami start naiki tu. Segan ak nak guna perkataan mendaki.. haha... sebab rasa bukan tinggi mana pun..


Ok..startooo!!! Time ni ok lagi.. baru 3 langkah..haha

Sampai dalam 10 langkah, dah start rasa mengah gila.. sebab aku bermula laju jugak.. Allah, semput. Berheti kejap, tapi tengok orang lain still ok aku teruskan jugak. Walaupun suami kepada kak Ti ( kat Ti cikgu pdk..suami dia jadi macam ketua kami lah) dah pesan jangan ikut orang. Kalau letih berhenti dulu, jangan paksa. Tapi tak dengar kata. Teruskan.. sampai 5 langkah lepas tu memang tak boleh. Rasa berpusing, mata di keliling bintang2 hati.. kalau lenguh letih kaki peha aku x kesah. Boleh berhenti kejap and naik lagi. Tapi kalau berpusing, pening, nak muntah tu yang bahaya.. kena duduk kejap, and minum air. Jangan duduk terus, berhenri tu..berdiri dulu jap..baru duduk. Bagi hilang pening2 tu.. mungkin lama sikit..huhu,. Pastu teruskan pulak perjalanan. Ada la 2,3 x pulak duk berhenti2 sebab pening dan macam nak pitam. Memang kena kerap berhenti. Its all about stamina la...

Tapi usaha tetap diteruskan..untuk sampai ke puncak. Never2 give up. Aku memang gini.. kalau aku nak aku kena buat n terus jugak.. tak boleh separuh2. Nak2 kalau dalam perkara yang aku minat.




Ni ihsan gambar dari suami kak T, baru nampak macam ni rupanya dalam tu. Masa dalam tu memang tak sempat nak pandang kiri kanan.. fokus ke diri, bagi semangat kat diri sendiri je. Tapi bila dah sampai puncak baru lah dapat hayati and time turun pun dah calm and sempat snp2 pokok, bunga segala..





Cantik kann.. ni sikit lagi nak sampai pukcak.. berhenti ambik gambar nak bagi nampak permandangan laut tu.. cantik sangat2.. subhanallah.. berbaloi la semput tu





Yea..dah sampai ke puncak. Aa wakaf tempat berehat2. Kat sini duduk lah rehat lama2 sikit.. minum air, makan roti..aku makan satu cebis je.huhu...




Perjalanan turun. Agak licin dengan batu yang mudah menggelosor. See.. donut purple tu..haha.. peduli apa aku, kalau rasa maca, tinggi and licin aku duduk je.. mengensot turun. Yang penting aku turun.


Sempat la snap sikit2 kawasan atas tu.. ada pokok2 bunga, tanaman herba segala. Cantik


Alhamdulillah... sampai jugak. Naik belah sana turun belah sini. Park kereta kwasan ni.. turun boleh bali terus. Syukur2.. selamat dan Allah bagi pengalaman. InsyaAllah mungkin next week aku naik lagi la kot.. tengok keadaan. Sebab bawak budak2.. so, ada jugak budak yang tak naik. Mungkin ak kena jaga budak and makanan. Ada cikgu sorang dua lagi yang tak akan naik sebab mengandung.. hehe..


Oo....baca tajuk ada yang misteri.. so apa yang misteri?? Hehe.. sorry2. Kisah misteri ni ntah la sahih ke tak.. ni mak aku cerita, cerita daripada datuk nenek moyang dulu..haha.. orang2 tua dulu la bercerita. Bukit Keluang ni dulu ada di diami oleh puteri. Saudara puteri gunung ledang kot.. orang zaman dulu, time nak buat kenduri nak guna banyak pinggan mangkuk kan. So dorang akan datang kat bukit ni and mintak pinjam kat puteri. Mintak kat bawah je,, xyah naik. Cakap nak pinjam sekian2. Esok tu datang balik and tengok ada la pinggan mangkuk tu kat bawah. Ambik la.. then selesai majlis pergi letak bawak bukit tu balik dan ucaplah terima kasih tu ya..
Tapi lama2 lepas tu dah tak ada dah puteri..khidmat peminjaman pinggan makan pun xde dah sebab dikhabarkan puteri merajuk, sebab orang pinjam ada yang tak hantar, ada yang pecah.. so dia merajuk and lari ntah kemana. Huhuhu... kalau tak sekarang senang je nak buat kenduri..xpayah beli pinggan makan..pinjam nga puteri je.. huh.
Wallahualam.. kisahnya benar atau tidak.. mitos atau fakta.
Tapi orang2 tua dulu memang percaya la benda2 gini, kalau aku tanya tok nenek aku dorang iyakan je.. sebab benda ni ada dia kata.. bunian boleh jadi.. wallahualam.
Sekian..1


Sunday, October 11, 2015

Bukan menghina





Aku baca satu isu kat blog kak d (Diana Ishak). Tentang isu yang di viralkan jugak pasal orang up status kata seseorang tu menghina akak yang jual nasi lemak. Boleh baca status dalam gambar atas ni. Aku pun bukan nak komen kata salah sapa or siapa yang betul. Sebabnya kita tak berada di tempat itu and tak tau situasinya. Aku tak nak ulas siapa yang elok atau yang tak. Secara peribadi, aku sokong and setujulah dengan ulasan dari kak d.. boleh baca ulasan2 beliau kat blog..---> http://www.dianaishak.com/2015/10/shallow.html
Aku suka how kak D bagi pandangan pasal kita ni balik2 tengok kebendann jugak, semua duk ukur kekayaan tengok kereta, tengok harta benda yang kita nampak secara zahir. Last2 memang pusing2 sama jelah semua. Dia kata kita, kita kata dia. Aku menulis ni pun moga dijauhkan dari sifat tu.

Ok, kalau baca status tu segala apa yang tersirat dalam hati si penulis status mahupun akak yang nasihat anak dia tu wallahualam lah. Yang itu aku tak nak komen. Tapi aku tertarik nak story2 pasal kata kata akak tu yang dia kata kat anak dia "kalau tak belajar betul2 nanti kena jual nasi lemak malam-malam". Niat akak tu cakap macam tu aku x pasti, tapi macam blogger kak d cakap aku pun rasa dia bukan nak menghina akak jual nasi lemak tapi just nak bagi nasihat untuk anak dia. Kalau dia jenis yang berlagak dan menghina konfem dia x beli nasi lemak kat situ. Mesti pergi restaurant mewah, hotel ke apa kan. My 2 cent.

Just..kata2 itu memang sentiasa, seringkali kita guna. Dan kita digunakan. Samada kita nak cakap kat orang lain adik, anak ke kawan ke sape.. atau orang bagi ayat tu kat kita. Biasa mak ayah or cikgu lah. Tipu lah kalau tak pernah. Masa kecik2 dulu mak selalu je cakap belajar elok2 kalau tak lulus exam nak jadi apa, cleaner?.. adakah mak2 kita menghina cleaner. Mak aku dulu pernah nasihat jugak, belajar selagi mampu and buat yang terbaik, dapat kerja pegang duit sendiri..nak beli apa2 senang. Xpayah menyusahkan suami. Kalau tak jadi surirumah macam mak ni lah. Itu mak aku guna contoh diri sendiri siap. So dia hina diri sendiri ke? No laaa..itu semua as semangat untuk kita. Kalau pergi mana2 tengok anak muda yang kerj keras kutip2 sampah ke..kepenatan berpanas.. ayat mak aku lebih kurang jugak cakap, Allah kesiannya..tu tengok lah. Kalau tak nak jadi gitu blaja la betul2. Tapi xpe lah dia tu rajin cari rezeki, kita ni kalau blaja pun x pandai..nak kerja gitu pun malas..pastu nak jadi apa. Itu bila kita berbalik kepada qada' dan qadar Allah dan redha dengan apa adanya yang Allah bagi kat kita. Mak2 kita or cikgu kita cakap macam tu aku gerenti bukan dia nak menghina orang yang dia jadikan contoh tu, tapi dia cakap tu untuk kita only. Hanya pedoman untuk kita. Yes betol, mungkin macam yang akak tu kata akak jual nasi lemak tu ada alphard, dah kaya raya. Mungkin dia just minat nak jual nasi lemak, tambah pendapatan. No hal, no offense pun. Tapi akak pakai perdana yang cakap tu just cakap untuk anak dia, dia x tahu and x peduli pun pasal life akak tu sebab tujuan utama dia nak bagi kesedaran untuk anak dia. Itu yang kita kena faham. Kecuali kalau dia cakap kuat2, akak jual nasi lemak tu dengar and terasa ke.. itu mungkin betul kes menghina. Tapi kalau dia just fokus untuk anak dia, kita just anggap itu nasihat. Mungkin akak yang up status ni pun jelas hal itu, tapi dia up status mungkin untuk kesederan pada kita jangan menghina orang sebab kita tak tahu life orang kan. Xpelah, kita tengok dari sisi positif sahaja antara semua pihak ni.

Teringat sebenarnya zaman sekolah dulu. Ada sorang cikgu tu, cikgu sejarah. Ajar aku untuk form4 n 5. Ingat sampai sekarang kata kata dia. Dia style yang relax2, slumber, ayat pedas sikit. Dia kata "awak ni nanti x lulus spm, xleh g kemana..duduk lah rumah tunggu orang pinang. Kawen duk kg, ngandung..anak berderet, telanjang n berhingus. Pagi2 tunggu ikan sambil kelek/gendong anak. Pakai la kaim batik,baju usang. Pegi dapur singgang ikan. Tengok kawan berjaya naik kete bmw, baju comey2, ada bibik.... " itulah kata2 gertakan kat kitaorg dulu tiap kali kelas dia. Bukan meghina life mcm tu, sebab mak cikgu tu, mak kita pun camtu kat kg. Tp dia tunjuk realiti yang sememangnya pahit untuk kita sbenarnya sebab smua nak hidup senang kalau boleh, And its work sebenarnya. Kawan aku ketakutan tak mahu life dia jadi macam tu. Belajar la kitaorang ni bersungguh2. Yes kita tak tahu, memang kita blaja sampai universiti..tapi belum tentu berjaya,kerja. But at least pendidikan tu. Duk rumah jadi surirumah pun xpe asal ada pendidikan. Pilihan semua kat kita. Tapi y utama Allah lah, sebab Dia sebaik perancangan. Tapi jangan lupa dia suruh kita berusaha. Selebihnya terserah pada Dia.

Benda yang aku nak hilite kat sini pun pasal ayat tu je. Ayat semangat tu. Sebab meamang ayat tu kita guna selalu. Kita ni manusia memang kalau boleh tak nak susah. So, kita bagi gambaran susah tu so that semua bangun nak berjaya sebab takut hidup susah termasuklah aku.

Tapi kannn, kenapa ya untuk kesusahan, keseksaan akhirat, api neraka yang selalu kita didengarkan sejak kecik jugak kita relax je?? Tak bangun laju2 pun nak kejar Allah? Adakah sebab gambaran tu tak nampak..tapi hanya didengarkan? Tapi itu cerita al quran..yang pasti yang wajib yang sahih.. kenapa lah manusia... aku lah jugak termasuk dalam manusia tu. Allahurabbi.

Sunday, July 26, 2015

Fobia nak kahwin

Orang duk bercerita hal raya, aku citer hal kawen pulak. Barulah rare.
Cerita raya kita hold dulu. Internet kurang memberangsangkan, tak boleh connect kat laptop. Ni update pakai phone, tablet jelah.

Sekarang ni kalau bukak fb, baca isu kat blog ke banyaak sangat cerita pasal rumahtangga. Macam macam. Kahwen 6 bulan cerai, suami kawen lain lah. Masa bulan puasa haritu pun banyak kisah yang diviralkan. Yang kita rasa mengaibkan, memalukan. Aku malas nak komen time tu. Sebab kita fikir itu takdir hidup, apa yang berlaku sebebarnya kita xtahu. Kita hanya tengok, baca, dengar cerita yang secebis cuma. Hal sebenarnya,hakikatnya hanya tuan empunya diri tahu. Siapalah kita nak judge orang. Rumahtangga orang. Siapa betul siapa salah biarkan Allah yang menilai. Apa apa yang berlaku sebenarnya bukan Allah nak suruh kita nilai pada orang tu, tapi nak kita reflect pada diri sendiri. Tengok diri sendiri dulu, ambil pelajaran, muhasabah. Itu ujian untuk mereka, juga ujian untuk kita. Ujian nak tengok takat mana mulut,jari jemari kita ni boleh bermuhasabah dan tahan dari duk mengata orang, menilai cerita orang tanpa pengetahuan yang sebenar.

Tadi scroll fb, ada tengok ada satu printscreen tu yang suami dia kawen lain. Dan yang amazing  bila isteri dia tahu, siap ucap tahniah lagi. Howww.. masyaAllah. Dan suami tu pun still cakap sayang, rindu semua..macam sweet. Tapi kenapa boleh kahwen lain ya??
takdir dan jodoh la namanya kan.
ada lelaki yang memang x berniat langsung nak kawen lain. Tapi terjadi jugak.
perempuan pun mesti tak pernah terfikir yang suami dia akan kawen lain. Masa mula2 kenal, baru2 kawen semuanya indah.
Suami sayanggg gila2, ketat2 kat kita. No way la akan berlaku curang tu.
Tapi..tapi..tapiii... akhirnya tadaaaa!!! Dapat madu.
itu kes bermadu, yang mungkin suami still baik dan b/jawab.
yang terus buang kita? Kaki pukul, gantung x bertali. Banyak.
whyy???? Salah siapa.
salah suami sebab miang? Salah isteri sebab tak pandai jaga suami??
Susah sangat untuk kita predict benda mcm ni.
untuk judge lagi2 lah susah. Siapa kita kn?
Segala ini dinamakan takdir Dia.
tapi adakah salah Dia?
tentulah tidak. Kejadian Allah itu adalah yang sebaik2nya.
tapi Allah jadikan juga takdir itu dengan usaha kita.
usahalah sebaiknya untuk menjaga semuanya dengan baik.
jangan undang masalah dalam hidup kita.
tapi kalau dah terjadi juga, tak mampu kita nak putar masa.
ada hikmah. Pasti ada.
tapi kita manusia biasa, hati biasa.
Susah atau lambat nak menerima kenyataan yang perit tu.
tapi satu hari nanti kita akan faham kenapa dan kenapa.

macam aku ni la, bujang dara sunti lagi. Haha..
Melihat macam2 krisi rumahtangga sekarang buatkan rasa takut nak kawen, fobia ke apa..
takut mimpi x seindah realiti.
kalau terjadi pada aku boleh ke hadapi?
Tapi nauzubillah. Nak baik2 sahaja.
jauh disudut hati sebenarnya, krisis2 rumahtangga ni banyak bagi kesan bagi yang belum kawen.
terutamanya yang jenis susah nak terima lelaki, dah ada kisah silam ke apa.
rasa takut.
aku sendiri la kan.. terfikir, kalau macam ni gayanya baik xpayah kawen. Tak payah nak risau dengan sgala masalah.
hidup ssndiri, jag mak ayah, kerja sudah.
Cuma tak adil untuk kita menidakkan fitrah.
hope yang baik baik sahaja.
Dia lebih mengetahui.

Dulu aku berangan nak kawen lewat, xlah lewat sangat tapi around 28 tahun keatas sebab nak buat banyak benda. Nak kerja best, smbung master at least sebelum kawen tu, beli kereta, p mekah dulu, yang penting nak travel all around the world.
tapi day by day, makin matang fikir. Aku nak tunggu buat  benda tu semua atas dasar apa?? Which is bagusss Cita2 tu.
kalau sesaje semata nak kejar dunia tak ada guna.
bukan cerita pasal yang orang jodohnya lambat. Xpe, biarkan dia.
itu yang Allah bagi untuk dia.
Jangan pulak duk mengata orang yang tak kawen and pergi travel banyak2, belajar tinggi sangat.
sebab jodoh dorang lambat then Allah ganti kegembiraan tu dengan perkara lain. Tanya dorang pun nak kawen jugak.
tapi kes yang sesaje melambatkan, menidakkan jodoh.

apa2 mohon yang terbaik untuk semua.
doakan aku tak fobia nak kawen.hahaha..
macam kan nak kawen dh kan gaya bercerita ni.
mana tahu..jodoh. kuasa Dia. Rahsia Dia.
tiba2 dapat jemputan husna kawen bulan depan, hujung tahun, awal tahun depan ke..haha..
mohon aminkan ya kawan2. Walauuuu calonya samar2 nampak antara tidak. Kahkahkahhh....

Friday, July 17, 2015

SELAMAT HARI RAYA!!!!

Dah masuk Syawal.
Raya day.
Apa erti hari raya ni?
Mengikut ayat yang kita selalu dengar, baca.  Raya ni hari kemenangan untuk umat islam selepas berjaya mengharungi bulan ramadhan.
That's general meaning.
Tapi kita ni rasa menang ke?
Apa yang kita dah buat dalam ramadhan tu yang boleh mengatakan yang kita menang, kita deserve untuk beraya?
Itu yang sebenarnya kena sama2 muhasabah.
InsyaAllah ada..ramadhan kan bulan tarbiah diri.

Contoh, hari biasa subuh gajah, dinosaur je. Aku lah tu.
Tapi Alhamdulillah time puasa berjaya subuh awal sebab bangun sahur kan.
Biasa ngaji seminggu sekali, tapi puasa ada kekuatan buka quran hari2.
Lagi..biasa malam2 ngadap tv, laptop je kan..tp dengan hadir ramadhan aktiviti kurang sihat dapat dikurangkan.
Itu just contoh2 yang biasa transformasi kita buat.
Alhamdulillah.
Sekurangnya ada alasan jugak bergembira sambut raya.

Tàpi yang menakutkan ialah kehidupan seharian kita lepas ramadhan. How?
Kembali lalai macam sebelumnya?
Itu yang paling merisaukan.
Nak istiqamah amalan2 yang baik.
Moga Allah bagi kekuatan itu untuk kita semua. Aminn.

Mood raya aku not totally 100% datang.
Sayu. Ramadhan dah pergi.
Tambah2 dah membesar ni.
Orang kata makin meningkat dewasa makin kurang excited till kita kahwin. Hehe.. Allah, moga tahun depan raya berdua pulak. Amin.m
Then lepas tu fokus kemeriahan,excited pada anak2.
Anak2 dah besar suram balik hingga dia kahwin dan kita dapat cucu pulak.
Haha..begitulah. Putaran alam.
Apa2 pun hari raya tetap hari kita kena bergembira.
Mensyukuri nikmatNya.
Bersama keluarga.

Dikesempatan ni untuk semua bloggers dan yang membaca tulisan ni aku doakan;
Moga Allah rahmati ramadhan ini dan menerima segala amal kebaikan kita.

Salam Aidilfitri.
Mohon maaf andai ada terguris zahir mahupun batin.
Mohon doa jua moga kita istiqamah dalam meneruskan amal kebaikan hingga ke akhir hayat.
Doakan aku juga. Untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta dipermudahkan segala urusan. Amin..

Sayang semua lillahi taala..
Allahuakbar! 😌


Thursday, July 16, 2015

#Cabaran20Hari: Pengalaman Main Mercun Masa Raya

Pengalam.main mercun????
Hahaha..mercun apa. Meriam buluh kah yang aku main??

Sepanjang 24tahun alu hidup ni..
2 jenis mercun je yang aku pandai and pernah main.

Iaituuu....























Mercun bawanggggggg!!!! Hahaha.. Ini jelah yang aku berani. Setakat lempar ke lantai..

Dannnnn....



















Bunga apiiii.. Bunga api dalam kategori mercun gak kan.. Tu gambar masa aku dlm 5 tahun kot. Kecik2 dulu memang suka main bunga api. Ayah belikan untuk kmi. Kira rasalah sikit mood raya tu.

Lagipun kami ni adik beradik perempuan 4 orang. Membesar sama2 smua perempuan. So nak main mercun apanyaa??? Xde abang nak ajar main mercun ganas2. Lagipun mak ayah memang xbagi. Adik lelaki bongsu ak pn lahir thun 2001, kitorg dah besar2. Bila dia pun membesar..skarang dh 14tahun, dah retila sikit2 main mercun. Mercun bola la apa..ak pun xtahu. Tapi dapat lah dia main sekali dua..pastu xleh dah kena tortured nga kakak2..haha.. Nasib la adik laki tu, membesar dgn kakak2 je. Tp kami xlah sekat terus.. Zaman kanak2 dia kan..nk2 as lelaki. Bg je dia main sikit2, untuk rasa..

Untuk aku.. Pengalaman main mercun hanya itu jelah.. Dan x teringin pun nak blaja main mercun lain.

 Adik2, abg2 kat luar sana tu berpada2 lah main mercun. Bende tu malang. Berbau.. Jangan saje kita nak cari nahas. Hilang tangan,kaki. Nikmat ksempurnaan sifat Allah bagi, jaga elok2. Dh hilang xde ganti. Palsu xsama nga ori. Main mercun bawang macam akak jelaa...kalau nak rasa boomm..bomm malam raya tu. Meriah jugakk..









Write

 Assalamualaikum. It's not comeback i think. Hanya mencuba untuk menulis kembali. Aku start blogging since 2009/2010 rasanya. Lepas SPM,...