Tuesday, June 9, 2020

Kdrama: Hospital Playlist

 Imej mungkin mengandungi: 5 orang, telefon, teks yang berkata 'tvN 8 SE 기로운 의사생활 HOSPITA PLAYLIST WILL BEBACK IN A NEW SEASON IN THE YEAR 2021'


Hospital Playlist doneee ✔✔
⭐⭐⭐⭐⭐

Time PKP ni last2 bosan melayan kdrama lah. Lepas Hi,Bye Mama layan Hospital Playlist.
Masa awal-awal drama ni tayang dah agak best. 1 sebab ada Jo Jongsuk tu.
Then tahu rupanya drama ni same team/pengarah dari drama reply series (reply 1997, reply 1994 dan reply 1988). Siapa tengok cerita tu tahu la best macam mana. Atau ada yang rasa tak best tu, mungkin sebab genre tak kena. Bagi aku sangat2 best.
Dan memang yakin Hospital Playlist ni pun mesti best jugak.
Tunggu semua episode tayang dulu baru nak tengok.
Wlaupun meronta-ronta juga hati nak layan lepas baca-baca status member kat fb yang kata drama ni best, dan duk menggila.
Yes! Feeling dia sama macam tengok reply series.. mungkin lebih lagi.
Terubat sikit rindu nak tengok reply series.
Tapi yang geram hanya 12 episode sahaja. Kenapa??
Dan dia ber season pulak dahhh.
Kena sabar untk season 2 next year plak.
Kalau reply series tu, kira habis 1 reply tu habis la cerita zaman tu.
Next reply tu cerita bab/period lain dah.

Ok, untuk drama ni. Bertemakan hospital/doktor la.
Nama pun Hospital Playslit kan.
Tentang 5 sahabat (4 lelaki+perempuan 1), yang mula berkawan sejak 1st year masuk medical school di universiti. Hubungan diaorang tu memang rapat.
Setiap seorang ada kisah masing-masing.
Ingat ya, kdrama ni kalau theme dia tentang kerja, memang bab kerja fokusnya.
Hal cinta cinta tu no2. Tapi kita rasa tak muak, tak menyampah.
Part cinta diaorang pun bukan cliche (at least dalam drama ni).
Cinta yang tunjukkan realiti. Ada yang kahwin, cerai, bercinta putus. Yang taknak bercinta. Yang susah nak open hati untuk wanita. Jatuh cinta kat kawan sendiri.
Benda-benda tu memang realiti, dan bagi aku drama ni full of flaws.
Yang menunjukkan perjalanan hidup kita bukan seindah dan semudah yang dijangka.
Buatkan kita rasa rilex je tengok. Dan boleh accept realiti.

Of course yang utama realiti tentang kehidupan doktor.
Tengok mula2 fokus kat jo jungsok dan "chil bong" (yeon seok) je . Last2 fall dgn dgn kim joon wan(jung kyung ho) sekali aku in love😍😍.. dan semua la.
Sebab setiap watak tu menjadi. Hidup.
Setiap seorang as specialist dalam bidang masing-masing.
Apa konflik or flow drama ni sila tonton sendiri.
Malas nak bagi spoiler.
Sangat best untuk ditonton.
Ambil yang baik-baik untuk kehidupan kita.

Ikutkan boleh habiskan tengok dlm masa 2hari , tapi saje tengok 1-2 episod je sehari..biar lambat habiss..haha.. ni yang special xtengok lagi.
oh, lupa, nak bagitahu. second theme dia band.
Sebab tu Hospital Playslist kan.
Setiap episode ada dorang akan nyanyi. 5 orang ni buat band as dorang punya hobi dan nak isi masa lapang, spend masa sesama dorang.
Lagu2 semua best. Kebanyakkan lagu lama2. Lagu yang masa dorang study dulu2.
Kita yang dengar pun boleh mengimbau juga.
Macam aku yang lama dah layan kdrama or lagu-lagu korea ni, turut boleh imbau.
Ada lagu Non onjena (you always), favourite song. Lagu ni dbsk5 remake dalam second album tak silap.
So, vibe reply pun still ada dalam drama ni.

silakan layann...

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...