Saturday, April 25, 2020

Ramadhan 2020

Alhamdulillah.
Allah sampaikan kita sekali lagi untuk bersama ramadhan tahun ni. Tiap tahun memang kita berdoa, yaAllah sampaikan aku pada ramadhan akan datang. Ada yang Allah sampaikan, ada juga yang Allah tak izinkan untuk mereka. Again, Alhamdulillah untuk kesempatan ini.

Semalam, bila azan maghrib masuk 1 Ramadhan, automatik datang rasa sayuuu..nak nangis. Tak pasti, sedih,happy, bersyukur Allah bagi kesempatan ni, atau rasa janggal sebab pertama kali dalam hidup menjalani PKP ni. Dan hadap ramadhan dalam PKP. Terfikir macam mana ramadhan ni. Lain ke dari biasa?

Alhamdulillah, ni dah settle 1 Ramadhan. Tak ada yang besar pun berubah. Tetap biasa. Hari ni jumaat, memang cuti dah. Tak ada bazar ramadhan? Hmm..yeke jugak. Tapi aku bukan selalu pun pergi bazar. 30 hari puasa tu, mungkin 3,4 kali sahaja g bazaar. Masak lebih dari biasa kot, selalu mak masak main menu 1,2 jenis. Pastu lauk tambahan ada beli juga dekat kedai2 sekitar kg ni. Macam kerabu2, kuih muih ke apa. Harini duk buat jela semua..haha.. 

Selain bazaar.. terawih lah bezanya. Tahun ni semua terawih kat rumah. Adik lelaki imamkan. Past 2/3 years memang aku tak pergi masjid terawih. Tapi buat kat sendiri kat rumah, tak miss. Cuma kurang lah ganjaran tu. Aku pun lupa sebab utama aku dah tak nak pergi terawih masjid. Sebelum tu pergi je. Lama2 rasa selesa terawih kat rumah je. Boleh rehat ikut suka..in between terawih boleh mengaji. Cuma rugi ganjaran tu lah. Tapi tahun ni Allah bagi peluang. Masih terawih di rumah, tapi dapat jemaah sekali. Alhamdulillah.

Sebenarnya kalau kita pandang sudut positif, ada kebaikkan dan hikmah yang Allah nak bagi dalam setiap kesulitan. Ya, setiap yang berlaku memng ada hikmah. Aku yakin yang tu. Tinggal kita je untuk tengok dengan mata hati. Walaupun ada kerugian dari segi lain, tapi kalau kita nak bahagia, carilah sisi positif nya. Pasti ada. Setiap perkara tu ada baik buruk. Ada lebih dan kurang. Jadi, selalu lah tengok sisi yang baik dan positif. InsyaAllah..yang baik2 selalu untuk kita. 



No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...