Thursday, January 31, 2019

Cerita tentang kain baju


Wahai wanita2 sekalian, tengok lah pic diatas. Sila angkat tangan tinggi2 siapa yang macam tu?? Ok, aku angkat dulu lah. That's soooo meee lah.

Sebenarnya memang MALAS nak ambil cakana bab2 baju ni. Basuh,jemur,iron, lipat ke... sangat malas, tak suka. Ibaratnya boleh cakap, "aku lebih rela basuh pinggang mangkuk 10 besen daripada lipat kain baju 1 bakul". Tu dia perumpaan yang agak ekstrim. Tapi gitulah boleh dikatakan. Ingatkan memang aku tak normal dan sejenis pemalas, tapi tengok pic tu and orang2 komen,rupanya ramai lagi ada penyakit ni. Memang manusia begitulah, ada yang kita suka ada yang tak suka buat. Ada yang suka gila bab2 mengemas,organize baju2 ni.. tapi tak suka masak, tak suka basuh pinggang.

Tapi, semalas2 tahap apa pun, benda tu kena buat jugak. Keperluan harian kot. Takkan nak pakai baju x berbasuh, tak ber iron. Ok, macam aku.. untuk basuh baju tu ok lah,malas2 pun buat jugak..sebab bawak pergi masuk dalam mesin je..tekan2 then tunggu siap. Tapi nak boleh ke basuh tu memang menggunung dulu. Gunung everest surrender tgk baju aku dalam baku tak berbasuh tu. Tinggal tak de baju nak pakai baru kalut p basuh. Then sumbat lah semua sampai penuh mesin.. semput2 mesin tu nak berputar sebab terlebih muatan. Yang ni memang kena bebel sokmo dengan mak aku. Patutnya boleh 2x basuh,tapi sebab malas kita sumbat 1x basuhan tu jela.

Settle bab membasuh, cerita bab menjemur ni pun bercinta jugak lah. Tahap kepayahan tu makin bertambah. Tadi membasuh takat bawak kat mesin basuh dalam rumah je. Ni menjemur nak kena turun pulak.. nak kena hadap matahari(macam kan kau puteri lindungan tak pernah kena cahaya). Kalau basuh baju waktu pagi, siap pukul9,10 pun.. wat relax dulu..last2 tengok jam pukul12 lebih dah. Time tu nak turun jemur memang lah dilemma sebab panas terik. Kalau nak tunggu redup sikit kang pukul2 petang macam lewat pulak, tak sempat kering. Nak tak nak turun jugak tengahari. Pastu jemur main campak2 jelah..asal tersidai konsepnya. Kalau mak aku ajar, sebelum sidai kena kebas2 dulu, jemur ikut turutan..dari yang besar ke kecik. Kain sama kain, baju sama baju. Baju kurung tu kain dan baju jemur bersebelahan. Eh, xpelah. Sekian terima kasih. Memang tak. Kalau aku buat macam tu pun mesti hari tu something very good happen to me. Haha. Tapi kadang2 tu (selalu jugak), the end baju akan berbasuh sekali lagi..sebab aku lupa nak jemur..atau tangguh2 jemur sampai lah keesokkan harinya. Kdg2 tu jemur dalam bilik je.

Iron baju? Yang ni tak adalah berdrama sangat. Sebab ambil masa 2,3 minit je. Malas tu malas,tapi tak rasa menyusahkan sangat. Cumanyaa, aku memang bukan jenis yang cerewet bab iron baju tu. Itu yang tak stress.. asal bergosok, hilabg kedut2 yang nampak dimata kasar. Takat sikit2 tu xde hal lah. Aku lalu kan iron atas baju gitu2 jela.

Then..klimaksnya. lipat baju??? Sadaqallahulazim. Tak tau nak cerita lah.. kebanyakkan masanya baju tak sempat berlipat pun. Sebabnya baju dalam bakul tu akan habis dulu..ambil pakai dari dalam bakul.. jarang bukak almari baju. Hahaha.. memang  payah nak rajin dan istiqomah lipat baju dengan segera lepas angkat. Padahal, lipat baju tak guna tenaga berat pun. Duduk jee..tapi itu yang aku tak suka. Berdiri depan sink sejam basuh pinggang mangkuk tu aku tak de rasa nak komplen pun. Mungkin sebab aku tak suka buat sesuatu yang melibatkan kekemasan kot. Kan lipat baju ada step2,caranya. Biar kemas,sama besar.. no no no, not me. Tak akan jumpa baju aku tersusun sama saiz semuanya. Style aku lipat pun (time berlipat), ialah style budak2 asrama je. Aku lipat sambil berdiri. Ada dulu aku jumpa tips dari mummy2 dia kata dia akan lipat baju terus masa angkat tu. Maksudnya dekat ampaian tu, angkat lipat dan masuk bakul. Sampai habis.. then bawa naik ke bilik tinggal masuk dalam almari je. Ok, bagi aku tips ni berguna dan aku suka. Pernah buat..memang aku suka style gitu. Sebab aku suka berdiri buat kerja berbanding kau duduk jee menghadap baju sebakul tu. Tapi masalahnya selalu angkat baju time maghrib, tak sempat nak terus lipat dekat ampaian. Kdg2 tu tak ingat angkat..mak yang angkat. Haha.. menyampah jugak dengan diri sendiri yang tak suka buat kerja melibatkan kain baju ni. Selalu jugak aku fikir, kalau ada jodoh kawen, macam mana lah aku nak uruskan kain baju untuk 2 orang or lebih kalau nak settle pakaian aku sorang pun kemain bercinta memujuk diri sendiri ni. Tak payah kawen la kan?? Haha..

Dan...baju kurung yang aku pakai harian untuk kerja memang tak berlipat tak berhanger. Ada dalam bakul.. tak suka lipat baju kurung.sebab licin.. susah nak susun..tarik sikit terus yang lain terjeremus sama. Baik xpayah lipat. Aku hanger je baju kurung,jubah yang mana jarang2 pakai. Yang pakai selalu untuk kerja ada dalam bakul. Nak pakai ambil situ jela. Haha.. senang keje aku. 

Nah..sebakul baju kurung. Hanya akan masuk almari bila cuti sekolah akhir tahun.


Ada ke geng2 tak suka lipat baju ni?? Sep sikit.

Friday, January 25, 2019

Pancit

Selepas 7 tahun dapat lesen dan bergelar pemandu kereta, semalam dapat pengalaman pertama tayar pancit tengah jalan. Haha.. 2 mingu lepas battery kereta xde, tapi yang tu mati sebelum dihidupkan. Means, nak start tak boleh..dan kereta still dalam parking. Boleh lah bertenang2,relax2 sambil call orang.

Tapi ni tayar pancit dalam perjalanan. Kisahnya semalam, balik kerja sesi pagi tu dalam pukul8 macam biasa(sama waktu macam kes battery 2 minggu lepas tu). Parking kereta dalam sekolah, nak keluar tu ada kereta lain dah block belakang kereta aku. Tapi tak kisah lah sebab selalu pun gitu, dan ada jalan alternatif lain kat depan tu. Aku ikut jalan tu, tapi jalan kena turun benteng sikit, kereta terjump sikit lah masa turun tu. Sebelum tu pun dah biasa ikut jalan tu. So aku tak pasti adakah sebab tu jadi pancit. Sebab dalam seminggu ni duk ikut jalan tu je,agak pressure tayar kot..haha.. tak pasti sebab tu atau tak. Sebab bila aku keluar dari sekolah tu, macam ok lagi.. dalam 500m tu, ada jalan sempit sikit..ada kereta dari depan jadi kena elak ketepi sikit. Tepi2 tu jalan tak rata ada lubang2 lekuk2 kecil. And aku ada nampak ada benda2 berterabur. Ntah apa tak pasti.

So..jalan terus ada simpang. Lepas keluar simpang tu start rasa pelik, rasa macam naik kuda. Suspek dah something wrong,tapi tak terfikir pasal tayar. Ingat apalah aku sapu sekali. Dalam 500m, ada simpang lagi. So stop di simpang tu, ada kereta nak masuk dari arah kiri. Pemandu kereta tu berhenti,patutnya masuk terus lah sebab tak ada kereta dari arah kanan ni. Dia pandang kereta aku, aku ingatkan dia nak masuk tak lepas,tapi rasanya tak sebab jalan luas. Then dia tunjuk kat tayar..  nampak mulut dia sebut bocor sambil tunjuk kat tayar tu. Perghh, finally.. today is my day. Biasa dengar orang cerita je.

Tapi nasib baik otak berfungsi dengan baik sikit. Terus tukar signal ke kiri (patut kanan,sebab nak balik rumah ke kanan). Sebab nampak ada kawasan tepi tu untuk berhentikan kereta. kalau buat kalut,memang tak tahu nak buat dan kemana dah.

And lucky me, Alhamdulillah, pertolongan dari Allah. Belakang aku is member yang kerja sekali ni. Suami isteri..2,2 kerja sama dengan aku kat sekolah tu. Aku tak harap lah dia berhenti, but bila aku tengok cermin belakang tu, dorang berhenti. Turun je kereta, tengok tayar depan ni dah flat.



Tak pasti macam mana boleh jadi gitu.  Either sebab aku terjun benteng kat sekolah tu or terpijak benda tajam or sebab masuk lubang2. Dah sampai masanya, nak buat macam mana. As pengalaman and pengajaran untuk diri. Alhamdulillah kawan aku nak tolong tukarkan tayar. Nasib baik jugak ada tayar spare kat belakang.




Terima kasih banyak2 for both of you. Dorang suami isteri ni ya. Baru kahwin bulan 8 haritu. Of course yang kawan laki tu tolong tukarkan. Kitaorg tolong2 je. Aku banyak tolong tengok jelah sebab masih kaget. Haha.. kesian jugak dia buat sorang2, tapi kitaorg pun tak boleh buat apa jugak. Aku tak paksa pun, ingat nak call je sape2..or hantar bengkel terus. Tapi dia yang willing to help bersungguh2. Siap pergi isi angin dulu tayar spare tu. Semoga Allah memberi kebaikkan untukmu. Dan korang berdua dalam rahmatNya selalu. Aminn.

Settle dia tukar tu, risau jugak nak bawak balik ni,sebab mula2 tu kawan aku  kata macam tak kemas sebab tak dapat nak nut habis. Tapi last dapat masuk, ok dia kata, boleh teruskan bawak ni, so tawakal jelah bawak.. 40,50 je aku bawak. Hahaha. Risau tayar tergolek. Haha.. tapi ok je sampai rumah. Mintak org2 dekat rumah check, dorang kata ok je, dah kemas molek , dan tayar spare tu pun memang yang ok. Tengahari tu pun terus naik kereta tu pergi kerja. Mak suruh g tukar kereta dengan kakak aku kalau takut nak bawak lagi, tapi rasa ok je. Cumanya slow lah bawak. Tak delah pecut habis macam selalu.

Begitulah ceritanya. Alhamdulillah, segala kejadian yang Allah bagi tu memang terbaik dan berhikmah. Untuk aku lebih berhati2 (jenis bawak kereta tak kisah langgar pape, terjun naik turun benteng pun tak de hal,lubang2 redah je. Koya drifter sokmo..haha). Then untuk aku melihat kebaikkan orang lain, menghargai kawan dan hidup ni jangan sombong tak nak berkawan langsung. Time2 ginilah untungnya kita banyak kawan, kawan yang memberi manfaat. Bukan sebab kita nak ambil kesempatan,tapi begitulah lumrah hidup kita. Saling bergantung, saling menolong. Allah pun suruh kita sambung dan erat silaturrahim. Dan paling penting, untuk sentiasa bersyukur dan yakin bahawasanya pertolongan Allah sentiasa dekat dan ada. Jangan mudah buruk sangka pada Allah. 

Alhamdulillah 'ala kulli hallin.


Wednesday, January 23, 2019

Monolog: All i ask

One of my favourite song from Adele. Lagu2 Adele ni memang semua power2. Suara dia tak boleh dipertikai. Dan lirik2 lagu dia sometimes ada dekat2 sama. Lebih kurang ceritanya.  Macam someone like you, hello, when we were young, all i ask... ceritanya lebih kurang about past love, Past tu bukan cerita semalam or sebulan dua, tapi cerita mungkin 5,6 tahun or berpuluh tahun yang lepas. Something that i can relate about myself.

Here,my monolog.
.
.


I will leave my heart at the door
I won't say a word
They've all been said before you know
So why don't we just play pretend
Like we're not scared of what's coming next
Or scared of having nothing left



(Masing2 dah tahu apa akan jadi esokmya, apa yang akan dilalui nanti. Tapi tetap nak play pretend. Konon2 keras hati, boleh jalan terus..walaupun hakikatnya tahuu..tak akan)

.
Look, don't get me wrong
I know there is no tomorrow
All I ask is
If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends
'Cause what if I never love again?



(Tak,bukan sebab lawan takdir. Masing2 cuba terima takdir dah, tapi sometimes our heart need more and  much more time to accept something that we already know. Seolah2 macam kata, xpelahh kali ni je.. akhir dah ni. Esok pun kata gitu jugak. Sebab susah untuk dilepaskan sesuatu yang kita dah attach secara totally or drastik. At least cipta memory untuk kenang2 dulu)

.
I don't need your honesty
It's already in your eyes
And I'm sure my eyes, they speak for me
No one knows me like you do
And since you're the only one that matters
Tell me who do I run to?



(Bukan masalahnya pasal kejujuran. Tak ada yang tak jujur, tak ada yang tak setia.  Semua dah perfect dah, tapi, its all about takdir. Dari Dia Yang Maha Mengetahui. Of course akan timbul banyak soalan dari diri, why..why..why.. jawapannya, tunggulah.. bila tiba waktunya nanti.)

.
Let this be our lesson in love
Let this be the way we remember us
I don't wanna be cruel or vicious
And I ain't asking for forgiveness



(Yes, setiap yang datang yang terjadi itu disekalikan dengan hikmah yang hebat dariNya. Mungkin tak nampak dan2 tu jugak, tapi coming on..next. bersabarlah wahai hati2 yang tengah nak move on tu. 

The way we remember us: Yaa, lets be in each other past with a great memory. As a lesson to be better in next time..

I don't wanna be cruel: i want to be the most selfish person ever. But, i cannot. Bukan pasal baik sangat, tapi apa guna u menang, tapi hati tak tenang. And yes, Its cruel. To make you choose. between a normal love and ultimate love. Nothing to compare. Its better be like this..kalau hidup dengan memori itu lebih indah.

I aint asking for forgiveness: nope, no one fault. Segalanya aturan yang baik lagi terbaik dariNya.) 

.

All I ask is

If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends.
CAUSE WHAT IF I NEVER LOVE AGAIN?


(Then, you will be in my memory forever.)

.
.

Tapi tetap, yang terbaik yang tercantik dariNya nanti. Yakinlah. Fasobrun Jameel.



Sunday, January 20, 2019

Birthday girl

Happy birthday ke6 to Nur Wafirah.
My cousin. Birthday dia 15.1 haritu. Tapi sebab sekolah, postpone sambut harini. 15.1 tu sambut kat tadika dengan kawan2, bagi goodies. Harini baru potong kek dengan family.

Dia ni antara 2nd generation budak2 yang duk keluar masuk rumah aku. Haha.. rumah aku ni memang dari dulu tempat tumpuan kanak2. Sepupu2, anak sepupu ke,(belah mak), memang tumpu sini jela. Yang memang dah ada kat kg atau yang tinggal kat luar,tiap kali balik kg sini tumpuannya. Mungkin sebab kitaorg adik beradik dah besar2 semua..bermula jadi teman bermain, pengasuh, kakak. Yang 1st generation sekarang dah besar2 dah.. umur 14-19 tahun. now 2nd generation pulak muncul..memang tak sunyi dari kanak2 rumah ni. Alhamdulillah.


Here birthday girl. Ni masa kat tadika. Dia tadika sama yang aku kerja. Ni waktu petang,transit. Walaupun duk kelas lain, tapi kejap2 datang kelas aku.  Dah besar panjang. Kejap masa berlalu. Baru je rasa duk dukung2 time baby,kecik dulu. Dulu masa umur dia setahun lebih, dah start ikut kitaorang balik rumah. Petang hantar or ayah dia datang ambik. Dalam umur 2 tahun lebih dah pandai nak tidur rumah aku. Umur 3,4 tahun tu rasanya kerap jugak dia tidur sini.


Ni masa kecil dulu. Umur setahun kot masa ni.

Sekarang dah sekolah. Walaupun kecik dari yang lain. Tapi aktif tak de tandingan. Mek neting. Suka melompat menenting2 gituww. Haha.. tapi sejak 6tahun ni rasa kurang dah neting tu. 



Aku datang lewat(sebab duk kejar sale kat watson..hahaha). Sampai tu memang dah habis acara potong kek semua. Main kek pun ada 1 slice je lagi. Tu kek tambahan, boleh lah buat bergambar.

Happy dapat hadiah. Tak dan2 nak bukak.
Moga berjaya dunia akhirat. Membesar jadi anak solehah dan diredhai Allah.


New partner in crime. Iyah and yaya.



Newest generation. Inilah Nur Zara Delisha a.k.a mek kitting. Boleh la pulak rambut dia kerinting demikian rupa. Ikut sape lah..mak ayah dia tak kerinting rasanya.


Semoga jadi anak soleh solehah semuanya. Tq hadir sebagai penghibur buat kami sekeluarga. Allah sebaik perancang. 



Sunday, January 13, 2019

Perempuan tak suka emas?

Perbualan malam pertama pasangan suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Suami : Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.
Isteri: sama-sama bang. Terima kasih jugak sebab sudi ambil diri ini jadi isteri.
Suami: Ya sayang.. tak ada wanita lain yang mampu gantikan tempat sayang dihati abang. Sayang lain dari yang lain. I love you forever.. and you r the only one for me.
Isteri: so....sweet abang ni. Hihihi. Tapi, malam ni sayang nak bagitahu satu benda.
Suami: apa dia?
Isteri: ramai wanita suka emas kan. Gelang, rantai, cincin emas lah... kalau boleh tiap2 hari nak tukar.
Suami: a'ah... kebanyakkan macam tu lah. Sayang pun??
Isteri: eh, tak ada lah. Sayang tak suka sangat emas. Itu nak bagitahu abang ni. Yang mungkin beza sayang dengan wanita lain. Sayang tak berminat sangat dengan emas, nak tukar2 selalu..ambik tahu perkembangan emas semua tu. Cukuplah yang ada satu ni..sekadar perhiasan,
Suami: Alhamdulillah. Bertuahnya abang dapat sayang ni... selamat duit abang. Lagipun buat apa banyak2 emas tu kan..membazir je.
Isteri: hmm..tau pun abang. Jadi, abang tak perlu lah susah2 nanti nak bagi "payung emas" buat sayang yaa... i dont need it.. hihihihiii...
Suami: *hmmm...terkena pulak aku*

Bye

Wednesday, January 9, 2019

Lontong,tiada jodoh. Terpaksa bersama nasi goreng kg


Pagi kelmarin 7.1.2019, my queen mak ajak pergi pejabat pos,ada urusan disana. Aku ok jelah, tapi kena pergi sekolah dulu pagi tu 7-8 pagi. Well,kerja aku kan masa tak macam org lain. Plan dengan mak, aku balik ambil dia dalam pukul8.30 tu boleh la pergi sana. Masa mak ajak tu aku tengah iron baju, start masuk bilik bersiap tu memang dah plan ni, pergi sekolah,balik ambil mak..ke pejabat pos then aku nak pergi pasar.

Tujuan utama ialah nak beli LONTONG!!! Sangat2 teringin. Sebenarnya sini susah nak cari orang jual lontong. Yang aku tahu ada satu kedai area pasar kg raja tu jual. Tahu sebab dulu aku pernah kerja butik sebelah kedai tu. Selalu jugak beli. Rm5 sebekas. 2minggu lepas aku beli lontong tu, then aku singgah pasar jap sebab nak beli tauhu. Tengok2 eh ada pulak lontong yang dah siap pack rm4 sahajoo. Hahaha.. patutnya aku g pasar tu dulu. Xpelah, rezeki untuk kedai tu aritu. Lagipun sedap,so no hal la mahal seringgit pun.

Tapi tetapp, aku tanam keazaman next nak try lontong kat pasar tu pulak. Kelmarin tu aku rasa perfect day, sebab memang duk teringat2 nak makan lontong. Maka dengan penuh girang dan angan2 pagi tu pergi sekolah, time duk sekolah tu terbayang2 kenikmatan.setiap gigitan nasi himpit bersama kuah lemak dan sambal ituww.

Then tiba masa nak balik..masuk kereta. Masukkan kunci..pusing ke kanan. Senyap. Sunyi. Tak ada bunyi mukadimah enjin menandakan kereta telah di start. Cuba lagi..bisu lagi. Sah,kereta memang tak hidup. Problem. Haha.. blur kejap, macam mimpi. Otak fikir lontong jee..xdapat dah aku nak makan lontong aritu.huhu. then call mak bagitahu kereta dalam keadaan koma. Disyaki battery lah problemnya. Lama tak berganti. Sebab kereta kancil tu tak de bagi penumpuan sangat..sebab bawak jalan2 dan guna area kg jelah. Service jarang2.. sebab memang kurang problem. Tahan lasak. Tapi aritu dia giveup, sebab memang tak berupaya dah tu nak hidup sendiri. Jadinya kazen dan atuk sedara datang jump battery untuk hidupkan. Nasib baik hidup. Then mak kata, pergi balik teruss..jangan berhenti2.. jangan matikan enjin. Balik...kitaorang g cari battery baru. And mak ke pejabat pos dengan kazen tu. makanya pulang lah daku dengan kerisauan kot2 kereta tu termampus tengah jalan. Sambil mengucapkan gudbye buat lontong.

Alhamdulillah sampai rumah dengan baik. Tapi perut tak baik. Untuk mengubati kekecewaan kena makan sesuatu yang setanding atau lebih best dari lontong tu. Tengok2 dapur.. ada kangkung, bilis. So??? Nasi goreng kampung la.. yang best versi buat sendiri ialah boleh buat pedas2.  Dalam keadaan kecewa tu sangat best makan pedas..




Itulah di hasilnya. Sedap lah sebab aku buat sendiri. Citarasa sendiri. Yang penting pedas. 5 bijik cili padi. Rasanya kalau letak lebih lagi pun masih boleh telan.

Resepi nasi goreng kg berapi versi aku:

*Bilis segenggam(goreng garing,angkat).
*Cili padi 3 biji, bawang putih, bawang merah, sedikit belacan, beberapa ekor bilis goreng tadi tu: ditumbuk.
*tumis bahan tumbuk tu. Agak2 dah layu naik bau, masukkan telur. Scramble kan telur tu.
*masukkan kankung 1 cekak. Letak kicap sikit (xletak pun xpe,saje nak try kicap baru..haha.)
* potong cili padi 2 bijik lagi. Aku gunting2 je pada 3,4 bahagian sebiji tu. masukkan dalam tu.
*tambah nasi. Gaul2 dan perasakan garam. Gaul sebati. Masukkan bilis goreng tadi. Done!
**Special: ada balance singgang daging hari sebelum tu. Aku ambik daging tu,basuh..potong kecik2. Then goreng separa garing. Pastu gaul sekali dalam nasi goreng tu.yeah, daging itu special appearances only.  Masak2 ni ikut suka kita..try n error,guna apa yang ada kat dapur. Boleh jadi sedap..boleh jadi ke tong sampah atau untuk kucing.

Boleh nampak kepingan2 daging tu.


Ok lah..tamat ceritanya.kesimpulannya, setiap apa berlaku ada hikmah. Kereta rosak, tak dapat lontong..tapi terlahirnya nasi goreng yang tak kurang hebatnya.



Friday, January 4, 2019

Nasi Lemak


Nasi Lemak pertama 2019. Nasi lemak tu biasa tapi yang special ialah nasi lemak mak buat. Dah lama tunggu mak buat nasi lemak ni, akhirnya harini ada. Kalau tanya semua orang kata nasi lemak paling sedap ialah yang mak dia buat. Memang pun kan. Apa apa masakan jelah, walaupun yanh dekat kedai rasa sedap jugak..tapi tetap yang mak kita masak lebihh sedap. Walaupun orang lain makan biasa je. Mungkin sebab power of kasih sayang dan keikhlasan tu. Kalau kita guna resepi yang sama macam mak buat pun, ikut sukatan betul2..tetap rasa tu berlainan. Mungkin sama tapi berbeza.

Cerita nasi lemak ni, dulu mak pernah buat nasi lemak untuk dijual. Bukan nak puji mak sendiri,tapi hakikat lah..mak aku masak sedap. Hahaha.. adik beradik dia,sepupu2 kalau balik datang tuju makan kat rumah ni. Time raya pun, makan kat rumah ni tak boleh tolak. Siap ada yang rquest suruh buat pape. Kalau jual pun laku. Tapiii.. satu kelemahan ialah mak tak confident nak menjual. Darah meniaga tak menurun kot. Especially kalau direct selling, bukak gerai ke apa. Memang tidakk lah. Risau kot makanan dia tak sedap, risau itu ini. Senang cerita tak yakin. Tapi dulu, dalam umur aku 5,6 tahun kot. Mak kena paksa jual nasi lemak ni. Arwah pak ngah(atuk saudara), buka kedai makan. Dan mintak buatkan letak dekat kedai dia. Bungkus siap2 subuh tu, then pak ngah datang ambik. Laku jee.. ramai suka. Tapi tetap tak nak bagitahu tu dia buat. Suruh pak ngah bagitahu orang lain yang hantar nasi lemak tu. Meniaga disebalik tabir konsepnya. time tu ayah pun ambik order kawan2 pejabat dia jugak. Permintaan banyak.. tapi gitulah, jenis tak suka meniaga. Tak nampak peluang tu. 

Mak lebih suka buat makan2,jamu2 orang masjid gitu je. Just story, ada kenangan jugak tolong mak membungkus nasi lemak kecik2 dulu. Macam dalam tv tu..haha. ntahla,aku menolong ke mengacau. Xingat. Mungkin tolong2 masukkan nasi yang dah dibungkus dalam bekas je kot. Rasanya tak dibenarkan tolong2  bab lain sebab mak memang strict gilaaa bab kebersihan. Anak kecil mintak dijauhkan dari dapur,time orang masak..nak2 kalau masak nak bagi orang luar makan. Bab rambut paling utama.. betul2 kena jaga. Even sampai sekarang pun. Aku yang dah besar panjang tetap kena marah. Masuk dapur tanpa ikat rambut kemas2 kena makan bebel. Walaupun bukan nak masak,duk dekat sinki pun kena..katanya nanti rambut berterbangan masuk. Padahal kalau masak untuk diri sendiri relax jelah aku masak sambil lepas rambut mengerbang. Tapi kalau masak untuk ramai2 memang ikut pesan quenn emak tu.

Jujurnya aku 27 tahun sebulan ni tak pernah lagi buat nasi lemak sendiri. Caranya tu tahu. Tapi buat sendiri tak. Tak tahu la kalau buat sendiri menjadi ke tidak. Teringin nak buat sendiri versi pedas. Sebab memang aku hantu makanan pedas kan. Tapi sambal bilis tu style ganu kelate ni manis. Kalau belah luar aku pernah makan sambal dia pedas. Mungkin sebab guna cili kering lain. Sini banyak guna cili kering tomato tu..less spicy. Xpedas langsung pada lidah aku. Yang cili kering satu lagi tu pedas. Apa nama ntah,lupa. Boleh tahu beza biji dia kecik2. Kalau aku buat sambal bilis pakai cili tu memang tak ramai lah blh makan dalam rumah ni. Maybe next time, buat untuk diri sendiri.






Btw cerita makan tak habis. Dessert sebelum tidur. Caramel pudding... tuang susu cair. Perghh...berlemak2. Bila nak kurus ni??

Wednesday, January 2, 2019

Sembang 2019

Assalamualaikum.

Wahhhh...betapa hebatnya aku last update blog new year 2018. Sekarang new year 2019. Haha.. mungkin next update 2020 la pulak.

Rasa cepat sangat masa berlalu. Macam baru juga tulis entry tu dengan harapan esoknya nak update lagi. Tapiiiii...impian tinggal impian. Ntah apa yang disibukkan. Dalam hati,fikiran banyak je benda nak tulis nak cerita nak kongsi. Tapi tangan tak mahu bergerak untuk buka blog ni.

Harap sangat tahun ni dapat kembali berblogging macam era2 aktif dulu sekitar 2010-2012. Sebab banyak benda yang kita lalui sehari2.. yang mungkin tahun depannya kita dah tak ingat. At least kalau catat di blog ada kenangan. Bila aku baca balik entry2 lama rasa bestnyaa..dapat recall balik apa aku buat dulu walaupun bukan tiap hari update. Tapu sekurangnya ada benda penting kita update. Harapannya, sekali lagi..moga2 2019 ni kembali jadi blogger. Giteww.

2018, banyak benda berlaku. Yang pahit manis. The struggle is real.. banyak yang aku struggle untuk teruskan hidup.. Alhamdulillah dengan izinNya dapat bertemu 2019. Struggle dengan life ni tak akan habis. Tapi dari situ kita belajar untuk terus perbaiki kesilapan, lebih bersyukur dan lebih kuat.

2018, moment yang tak akan lupa bila nenek menghadap Ilahi 27.3.2018. Depan mata sendiri. Kami sekeluarga bersamanya hingga ke akhir hayat.  Al fatihah untuk arwah nenek. Shamsiah Ahmad.
Ada aku update di IG sebagai tanda ingatan dan luahan hati masa tu..so that aku boleh story panjang di blog. Tapi tak tertulis.

InsyaAllah ada masa nanti aku buat backdate entry pasal tu dan lain2 cerita sepanjang 2018.
-new member Zara Delisha.
-cerita nenek.
-mak ayah pergi haji. And how aku dan adik beradik survive? Hahaha.
-pasal kerja.
-bercuti.
-makan2.
Kena reserve 2 day untuk catat balik semua tu. Termasuk story2 best dari tahun 2015. Sebelum memory betul2 lupus. Haha.. bff kawen pun aku tak update jugak.
Kalau nampak macam banyak entry tahun 2018 tu maknanya itu entry aku baru tulis la tu, backdate gitu. Hakikatnya yang sebenar2 tulis tahun 2018 ialah entry pertama tu sahaja.

Banyak dah jugak aku tulis ni dalam masa yang singkat ni. See,kalau dah start menulis memang susah nak stop. Tapi nak start tu susah.

Ok lah.. as in 2019. Harapan aku cuma nak jadi better hamba Allah yang sentiasa cari rahmat,redha dan keampunannya. Dan syurga firdausi sebagai cita2 tertinggi. Tapi work hard yang jitu perlu seiring dengannya. Moga2 diberi kekuatan iman. As for matlamat dunia.. aku nak hidup dengan tenang dan happy dengan apa adanya yang diberikan untuk aku. Usaha dan doa untuk apa yang aku nak. Tapi tetapkan hati dalam kesyukuran samada diberi atau tidak. Moga2 kita semua dalam lindunganNya. Aminn.

bye.. harap next entry bukan lah tahun 2020. 😂

Apa agenda 2019 ni??

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...