Friday, June 5, 2015

Langkawi 2015




Langkawi trip dengan classmate. Sem 6.Untuk subjek pembangunan dan perubahan sosial. Hebat kan, Sampai ke Langkawi nak tengok dan kaji pembangunan dan perubahan sosial masyarakat. Haha..

Biasalah, hidup student ni..dekat Universiti lah tempat untuk timba pengalaman dan juga berjimba banyak-banyak. And this is the BIG WHY jugak aku suka cos aku ni.. Social Science Anthropology and Dakwah. Walau apa orang nak kata..as long as we enjoyyyy... untuk adik2 yang tengah belajar atau akan masuk cos ni, dont worry k... teruskan. BEST gilaaaa.. tak tahu lah time korang ni dah tak best...tapi rasanya ok je kan?? bab kerja jangan risau. belajar dulu k.

okey...layaann gambar jelah. Malas nak cerita panjang-panjang.

Day 0-1


Bertolak dari Unisza Ganu ke jeti around pukul10 lah kot.. 5/3/2015. And sampai ke Jeti pukul6 pagi 6/3/2017. Excited,, 1st time nak naik feri..haha. Eh, masa pergi Penang 2010 dulu macam pernah naik...tapi tak pasti feri ke boat ke apa. Tapi ni real feri lah. Lepas solat subuh semua gerak dalam tempat meunggu.





Bismillah.....




Yeaaa...sampai dah. Aku tak bawak bagasi pun. Memang lebih suka berbagpacker. Senang. Lebih baik berat bahu memikul dari menyusahkan nak menolak, jaga brake jaga lalu lintas..haha..(tapi depend pada tempat kita nak pergi. Ada yang lebih best dan selesa kalau bawak bagasi).

Sampai tu dah ada bas persiaran disediakan untuk bawak kami belajar jejalan sepanjang 3 hari kat sana.


Tempat pertama yang pergi ialah turun kedai ubat gamat. Haha... Ni sebelum ke homestay kitaorg area Pantai Chenang. Driver tu berhenti dulu...tempat dia biasa turunkan pelancong lah tu. and sempat g tengok tempat dan cara pembuatan minyak gamat kat belakang tu. Tengok gitu-gitu jelah..tak ada lah aku nak catat rekod proses pembuatan tu semua.. Ada jugak kot beli sikit2 minyak gamat. Kiriman bonda. dan macam kewajiban pulak datang Langkawi beli minyak gamat ni.

Then, sampai ke tempat penginapan dah tengahari jugak rasanya. Sebab ingat kitaorg dah agak badmood time tu. Panasss gilaa..pastu urusan nak ambik kunci rumah tu lambatttt... Owner baru nak kemas semua. Tapi layan jelah...buat-buat rilex. Datang berjalan kan..tak boleh nak buat moody. (Btw, gambar tempat penginapan aku tak jumpa mana letak..atau memang tak ada snap pic langsung. Rasa macam tak ada. Sebab balik untuk rehat je..tak ada makna nak posing2 kat rumah..kalau jumpa nanti aku up balik. Tapi area Pantai Chenang lah). Rumah tu quite ok lah... 2 tingkat. Dah lama kot.. tingkat atas dah buruk.Tapi pedulik apa..asal boleh rehat dan tidur. Dah biasa fieldwork kg orang asli tidur dimana jua, tempat yang lebih teruk. Tempat di Langkawi ni dah kira 5 starts bagi kitaorg, walaupun 1 star bagi korang.
Homestay ni aku duk Tingkat atas dan memang di conquer geng aku jelah.. 6,7 orang... kecoh lah..geng sekepala. Itu yang lagi tak kisah duk kat mana pun. Untuk perempuan ada 3 homestay tak silap.. pecah2 lah..

Petang ni kitaorang teruskan dengan aktiviti Island Hooping. Yang ni memang aku suka. Suka naik boat weh... Suka, damai dan tenang duk atas belayar(?) tengah lautan itu. Angin betiup...fuhhhh.. suka..suka... melihat kebesaraNya. Aku memang suka tengok laut,pantai.. "Ralit" kalau dapat tengok.






Ni berhenti dekat Pantai Beras Basah. Berdasarkan apa yang kawan aku tulis dekat folder pics ni. Kalau dia salah maknanya salah lah. Hahaha.. 

Then pergi ke tempat tumpuan ramai iaitu Tasik Dayang Bunting. Banyak lagenda Tasik ni. Sape-sape yang susah nak dapat anak datang sini,minum air dekat tasik ni, and boleh lekat lah nanti. eh?? Sape buat kepercayaan ini? Walaupun aku belajar Antropologi, kepercayaan ini tak diterima akal. Bukan menolak 100%, aku percaya ada kisah mahupun tauladan yang mahu di kaitkan. Tapi kalau untuk suruh g minum air tasik tu untk dapat anak memang tak percaya. Walaupun untuk suka-suka. Tak nampak apa relate usaha tu. Kalau g berurut ke minum ubat ke apa ada jugak nampak kaitan tu. Untuk masa depan tak tahu lah,kot nanti  aku terdesak sangat ke..Tapi harap cara ni tak termasuk dalam jalan usaha aku nanti.

Ok...layannn pic Tasik Dayang Bunting.








Dari bawah nak ke Tasik dia tu jauh jugak. Berjalan naik turun tangga. Macam mendaki pun ada. Tepi-tepi tu ada juga tempat and info untuk dibaca. Macam sejarah Tasik, sejarah batu Sesar Sungkup Kisap lah. Aku snap snap dan snap jelah gambar. Baca belum lagi. Baca tajuk dan gitu-gitu je dulu. Nak tahu lebih detail sila datang k..haha..







Ini lah Tasik Dayang Bunting tu.  Kalau korang perasa tengok bentuk bukit kat belakang macam orang tengah tidur. dan bunting. Tapi aku pun tak sure bukit mana yang membentuk dayang bunting tu. Tapi nampak yang ni je.. ala-ala betul la kot.


Rendam kaki jelah situ. Ada ramai yang mandi. Berkayak pun ada. Yang rasa air ni pun ada. Kawan aku rasa air tasik ni letak hujung lidah. Gamak pulak dia buat, tak tengok ke orang duk rendam kaki mandi lah. Hahaha..


Lepas melawat Dayang Bunting ni, balik lahh...penat dah time ni. Balik rehat, mandi solat semua. Tapi Perjuangan tak terhenti disitu.  Bagi aku bila kita datang melawat melancong ke tempat orang ni, kena ambil peluang betul2. Sebab lepas ni belum tentu berpeluang lagi. Kalau datang lagi pun, mungkin dah tak sama dengan situasi dan group sekarang. So, malam tu walaupun letih, decide nak pusing2 tengok kemeriahan malam sekitar tu. kan dekat Chenang ni memang happening...hidup memalam ni. Tumpuan pelancong. Tak jauh pun dari penginapan. Jalan kaki.yang ni explore sendiri lah...tak ada pemandu pelancong dah. Tapi still dalam grouping 4,5 orang. Ada kawan-kawan yang tak mahu ikut..letih nak berehat. Silakan rehat. Not for me...letih macam mana, kena keluar.





Jalan-jalan cari kebebasan. Kalau kat kampung nak buat perangai kuar memalam lepak gini jangan harappp lah. Time gini jelah boleh. Ronda-ronda je.. try shawarma..sedapp!!!! Sekarang aku makan dekat mana-mana pun sure akan bandingkan dengan yang dekat Langkawi ni.

 Malam tu banyak habis duit dekat makanan jelah. try apa yang belum pernah di try dan menarik..Walaupun agak kenyang dah. Bungkus bawak balik, makan esok pun boleh. Aku dan member sorang tu memang suka berhabis duit try bab makan. Malam tu geng aku yang duk sebilik tu 7 orang..tapi yang nak turun 5 orang.. separuh jalan, tinggal kitaorg ber3 jelah.. yang 2 lagi dah tak sanggup nak follow kitaorg berjalan. Hampir pukul12 jugak kot naik bilik. Tidoo...


2nd day..



Breakfast tepi pantai..memang masuk dalam pakej. Sebenarnya trip ni walaupun under U tetap buat keluar duit sendiri..kitaorg rancang dari sem 5 lagi. Around rm200 jugak.. mintak sponsor pun sikit2 lah.. lagipun datang sini ada tujuan untuk belajar jugak.. untuk  berjalan pun ada. Half half lah..kira adil..haha.. rm200 cover untuk makan, penginapan, tiket.. Breakfast pagi tu nasi lemak. Sedap jugak..and ada kuih muih..


Lepas breakfast siap2 untuk naik cable car... aku ni tak ada lah berani sangat.. tapi suka mencuba.. kawan aku ada yang terpejam2 mata atas tu..xbukak2. Aku nampak penakut, tapi suka juga benda advanture yang mana aku rasa selamat. Jangan pikir lebih2... naik je kalau nak..kecik2 dulu penggayat yang amaattt jugak ak ni. Ingat dulu pernah naik rumah pak sedara yang baru tengah buat..tak ada pasang dinding apa lagi..orang naik kita naik..pastu nak lompat turun tak boleh.. ada sape ntah dukung aku turun..haha.. tapi dah besar, ada jugak lagi gayat..tapi kita pandai kontrol sendiri. Kalau naik tangga yang tinggi, cerun...just pandang step kaki dan tangga kita..jangan ngade nak tengok keseluruhan kat bawah. Kalau takkmemang kecuttt habis. Itu cara aku lah. Tersembang hal gayat pulak.

Naik cable car ni, ok lah... gayat takut jugak tengok bawah. Tapi kita overcome perasaan takut itu dengan takjub. Tengok alam ciptaanNya.



Yang ni sebelum naik cable car, ada masuk panggung 3D ni.. macam naik roller coaster. Kitu




Permandangan dekat atas tu. Ada 2 tempat untuk dia stop atas tu. Cantik..seronok. dapat tengok bawah.

Balik dari cable car ni rasanya g shopping kot. Sebab gambar tak berapa nak jumpa ni. Jadi pergi mana lagi kan??? Nak kata balik homestay, mustahil!!! Awal lagi tu.. komfem g shopping ni. Ada pergi satu tempat..lupaa. ada jual coklat macam2 jugak. Banyak jugak berhabis situ.. aku beli coklat2 kat tempat tu. Beratus la kot habis.. gila.haha.. lepas tu baru pergi Ismail Group. Kat sana dah broke weh., tak beli sangat dah, tapi sempat cucuk duit sikit lagi..haha.. sebenarnya tak ada nak shopping untuk diri sangat, tapi beli untuk family. Macam adat tradisi untuk beli dekat family. Untuk aku selain coklat, rasanya beli tshirt sehelai je kot.

Habis shopping..balik rehat. Malam tu ada bbq, makan2 kat tepi pantai.. sekali dalam pakej jugak ni. Ok lah..makanan macam biasa. Mee  nasi gireng...ayam,udang, ikan bakar..sotong pun ada. Boleh lah. Ambik angin, layan perasaan malam2,









Lepas makan kitaorang kumpul tepi pantai.,buat bulatan. Sesi feeling2..pillow talk la konon.. story2..luahkan perasaan. Mintak maaf... main gitar, nyanyi.yang jiwa kayu tu boleh tidur je.haha..haha..kelakar bila ingat. Tapi touching..sebab kitaorg 76 orang 1 kelas ni macam adik beradik dah. Kadang ada selisih faham..biasa. tak puas hati. Ada cakap belakang..biasalah manusia kan. Tapi sayang tetap sayang. 

Balik dari aktiviti malam tu...Dalam perjalanan yang suram, ala2 horror tapi agak romatis tu..tiba2... jeng2.. hahaha... bukan cerita hantu..tapi cerita romantic comedy pulak. Kah2. Tengah berjalan nak balik bilik. Aku berjalam dalam group dengan kawan2 ada 4,5 orang kot. Then ada satu mat salleh ni dia approach our group,, berjalan 1line dengan aku.. ada dia tanya2. Dari mana smua.. yang aku ingat ada dia tanya why u come so late..eh, masalah pulak kau aku nak balik lewat.  Pastu ada duk sembang apa ntah, aku pun bukan pandai sangat Bi, hentam lah cakap..ada faham ada tak. Then dia tanya 2 kawan yang sebelah tu. Sebab time tu tinggal kitaorang ber3 je..yang lain laju kedepan dah.  Dia tany, "r u two jealous?" Lebih kurang camtu lah.. kawan aku tanya kenapa. Dia cakap "becoz i want give this (bunga rantai yang orang sangkut dekat leher tu..) to this girl".. and that girl is mee!!! Hahaha.. terkejut jugak. Terima jelah..orang bagi. Walau terfikir jugak kot ada mandrem ke apa.. aku tanya why me?? Dia jawab becoz u r so lovely.... hahahahahaaaaa.... tak tahu mana dia nampak aku lovely tu. Mungkin aku ni taste orang mat salleh kot kan.. mat melayu tak ada pun pandang gitu kat aku..(eh ada, tapi tu laa...xkesampaian pulak..)haha. Then sambil jalan tu nak sampai homestay aku sembang jugak sikit2, tanya dia dari mana, kata Boston. Rasanya dia bukan american. Ada dia bagi fb dia kat aku.. ada jugak aku cari lepas tu. Tapi tak jumpa mana satu.. and tak kuasa jugak lah aku nak menjalin hubungan dengan mat salleh ni.. Tamat disitu jelah kisahnya. Cinta antara 2 benua 2 saat jelah. No hard feeling. No feeling at all.  Tapi bunga rantai tu still simpan smpai sekarang. Tak cakna sangat, kekadang sepupu kecik2 duk main buat let it go nyanyi, joget lah.. ingat hilang rosak dh. Tapi ada lagi.. ok tamat day 2.


DAY 3


Breakfast sama macam semalam je.. hmnm.. tapi telan habis je.

Day3 ni..hari akhir dah. Kira pagi tu kemas2 semua barang turun dari homestay bawak beg siap2 semua untuk balik Terengganu. Tapi sebelum balik, pergi Muzium art tricky ni.. ke apa benda orang panggil ni.. lupa. Dah penat,tapi tetap..bergambar jugak kenangan. Quite fun lab dalam ni. Besar jugak.. ada tempat tak sempat nak tengok.. dan ofkos tak semua art tu dapat bergambar. InsyaAllah ada peluang nak repeat masuk dalam ni.








Nah kauu...ni barang untuk 3 orang ye. Tapi beranak jugak lah beg tu. Buat letak coklat.

Overall, fun and relax trip. Tempat yang cantik, banyak yang menarik, bersama teman2 yang havoc gila... happy!!!


Bye Langkawi. Pantai Chenang. Hope ada rezeki boleh repeat lagi.


No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...