Bismillahirahmanirahim.
Assalamulaikum. Salam 1 Ramadhan.
Apa khabar iman semua? biasa la, dah masuk ramadhan ni azam baru turut terpasang. Ramadhan orang jadikan platform untuk berubah kepada kebaikan.
Harap akan terus istiqomah dan jadi lebih baik. Which is baguslah. sekurangnya kita ada keazaman tu. Niat nak jadi baik ada. Rasa nak berubah ada. Jiwa,hati nak pulang kepada fitrah masih subur. Alhamdulillah. dan nauzubillah kepada hati-hati yang dah keras. hitam. Bulan ramadhan ke, ditimpa masalah ke, tetap sama. Tak terasa nak cari Allah. itu yang kita takut. moga dijauhkan. Moga hati kita ni, masih nak lagi cari Allah. Yang terbaik mestilah orang yang sentiasa ingat Allah, berusaha nak jadi yang terbaik dalam keadaan dia senang, tika diuji, tidak kira bulan apa. Itu yang paling bagus. Mohon diaminkan moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa cari dan ingat Allah serta sentiasa bersyukur.
Sama jugak lah bagi aku. Harapan satu je...mana-mana kebaikan yang aku buat dalam ramadhan ni, moga istiqamah sampai bila-bila. Subuh awal, ngaji quran tiap kali lepas solat ke. Moga dapat istiqamah. key is, satu je dulu yang aku harap ISTIQOMAH. walau sikit amalan tu, tapi mahu berkekalan. amin...
Dikesempatan ni nak ucap selamat bepuasa untuk semua. Moga Allah bagi kebaikan, rahmat, keberkatanNya untuk kita semua. Moga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan. Aminn..ya rabb.
No comments:
Post a Comment