Antara ketiga persoalan tu semua bagi benefit untuk kita kan.
Kalau tanya jujur, aku nak travel je. haha.
Tak payah kerja, tak payah sambung belajar.
Tapi kalau tak kerja macam mana nak g travel kan? Bukan free nak travel or berjalan-jalan tu.
Kalau ikut impian aku, impian kita semua kot.
Aku nak buat semua tu.
Dulu plan lepas degree nak continue master sambil kerja sambil g jalan2.
Tamak kan? Tapi kalau tak buat sekarang bila?
Tapi, now aku tengah berkira-kira samada nak hold or ketepikan sambung master tu dulu.
Tak perlu sambung lagi.
Aku tak lah pandai sangat, tapi belajar tu suka.
Nak2 dalam bidang research, penulisan ni.
BUT bila aku buat master, aku kena continue PHD terus.
Sebab bidang dan minat aku lebih pada bidang research and education.
So, kalau setakat ambik master tak boleh jadi Lecturer. Mungkin boleh, tapi susah la sikit. That's why kena terus ke phd.
Kalau tak RUGI! Itu yang lecturer2 aku pun selalu pesan sebelum ni.
Semangat dan minat tu masih ada.
Tapi diri ni masih mahu berfoya-foya.
Sekarang setup bisnes online, rasa best pulak ngada bisnes ni kan walaupun belum maju. haha.
Tapi dunia akademik, bidang Antropologi aku kuat lagi dirindui.
Kalau sambung master maybe kena buat mode research jugak.
Boleh coursework, sebab tak payah pening fikir nak buat proposal.
Tapi aku kena committe dengan jadual kelas,exam pulak.
Kalau research masa kita free. Tapi lama sikit dan kena usaha lebih.
Kena istikharah lebih lagi ni.
Sebab semua suka.minat,
Tapi tetap kita kena tengok kemampuan, tahap kita.
Mak aku pun macam suruh hold dulu kalau nak sambung master sebab dia kata nampak letih sangat nak habiskan tesis degree aritu.haha.
Thesis degree tu bayangkan lah, kena siapkan dalam masa 4 bulan.
Kajian bukan yang rujuk buku je, tapi research betul.
Dahlah ada kelas lagi, program, exam semua.
Serius penat weh.
Cerita Thesis and Me degree haritu,
Aku buat pasal OKU. Sebab haritu praktikal dekat Pusat Pemulihan Dalam Komunit (PDK). So, buat tajuk mengenai pekerjaan OKU. Senang nak collect data dan nak faham sikit sebab masa yang ada memang terhad.
Ada ke tesis degree 4 bulan je nak siapkan?? Dulu time diploma aku buat gak tesis, start dari sem 4 lagi kot. Dah start cari tajuk semua tu. Sem 6 final.
Ni degree, last sem8, maka sem8 tu jugak baru cnfirm tajuk, confirm supervisor, kena siapkan dalam masa 4 bulan lebih kurang.
Nasib baik dapat supervisor ok. Cerewettt sangat, kepochi sangat tapi baikkkk,
Tahu siapa supervisor aku?? Mungkin ada yang kenal.
Korang kenal group nasyid All One suatu ketika dahulu? tak kenal?
Kalau lagu Bilal bin Rabah pernah dengar? Mesti ramai yang pernah dengar ni.
Supervisor a.k.a Pensyarah aku tu, salah seorang ahli group tu.
Dr Fadzil. hehe. Dia dulu study UIA, aktif dengan program2, sampai masuk kumpulan nasyid tu. Lagipun dia major komunikasi and about branding something la.
Sekarang tak aktif dah rasanya All One tu sebab semua ahli dah ada kerjaya masing2 kan.
Matilah aku kalau Dr dapat jumpa entry ni. Maafkan saya mendedahkan identiti Dr ya..hehe.. And terima kasih untuk tunjuk ajar, dan bagi saya A-. hahaha...jadiklah tu.
Ok berbalik cerita aku yang bersupervisorkan artis ni, rasa syukur sangat sebab Dr Fadzil jenis teliti, dia ajar betul2..sabar banyaakkkk...walaupun tiap minggu muka ni mengadap n datang bilik dia. Salah itu ini, dia rilex je komen, pangkah2, mintak tukar dan ajar apa yang patut. Tak pernah tinggikan suara, marah, jerkah ke apa. Syukur sebab ada member aku yang lain, ada yang jadi drama airmata dengan SV dorang. Kalau boleh master nak buat dengan Dr Fadzil ni, tapi takut tak kena sebab major dia dalam Komunikasi. Time degree aritu xpelah sebab belum kita specific bidang. Bila master, kita kena specific bidang kita nak and cari SV yang pakar bidang tu. Dan komunikasi bukanlah bidang major aku. Tak apelah, nanti master tu kita tengok macam mana, jadi ke tak. Ikut istikarah, petunjuk hati yang Allah bagi.
Masa struggle siapkan tesis degree ni memang itulah peneman setia aku. Makan coklat je. Sebab kadang2 tak sempat makan. Makan tu tetap makan, tapi lewat sikit, terrrpaksa hold dulu. So, memang standby coklat tu. Time ni tak kisah dah gemuk ke apa ke. Asal aku tak pengsan. Tu masa kat rumah sewa, sama2 serabut dengan kawan aku. Penuh bilik dengan buku, artikel semua. Meniarap buat kat bawah je.
Ni masa kat rumah sendiri ni. Aku balik, lari dari rumah sewa sebab memang time ni kelas dah habis. Kira study week, tapi kitaorg memang tak ada study week la, semua duk gila kejar dateline tesis ni. Rasanya tak tidur betul2 seminggu kot. Buat sampai pukul 4,5 pagi. Malam sebelum aku submit draft tu tak tidur langsung.Haha..itu yang mak aku kata jangan sambung lagi master sebab dia jadi saksi kegilaan aku time ni.
Final exam aku 2 paper je. And aku tak study mana. Tak sempat nak study sangat2. Jawab time final tu pun jawab jela. Rasa macam dapat B je. Tapi bila kuar result aritu Alhamdulillah dapat A semua..haha..mungkin lecturer bagi ihsan la kot, ni budak final year dah ni. Bagi la A kesian. kecuali tesis dapat A-. Tu pun aku syukur sangat lah.
Itu artikel dari kajian lepas, which is kajian aku hampir sama dengan dia and aku kena rujuk method, teori dia banyak lah. Dan kaedah research aku ni kuantitatif. Huhuhu.tak pernah terbayang akan buat kuantitatif yang penuh dengan number, subjek mathss banyak terlibat. Time belajar metod penyelidikan aritu memang aku tak ambik tahu pasal kuanti ni, tahu gitu gitu je. Sebab fokus nak buat kaedah kualitatif. And memang bidang aku banyak pakai kualitatif. Tapi, disebabkan aku dapat SV yang bidang komunikasi,dia punya kepakaran method ialah kuanti. And dia suruh kitaorg anak buah bawah dia pakai kuanti untuk lebih mudah dan cepat. Mudah bagi dia lah. Tapi memang mudah bagi yang faham and kaedah ni cepat jugak siap sebab dia just analisis data tu. Tapi tak apala, syukur sekali lagi sebab aku boleh belajar. Walaupun pening, nak nanges, memang nanges pun. Nak kira mean skala likert macam pic atas tu pun aku tak tahu. So, update kat FB, kekawan sana tolobggg. tq sangat2 pada yang bantu aritu. Then kena analisis pakai korelasi la apa. Yang aku tahu korelasi cari hubungan. Tu je. Nak kira, masuk data dalam SPSS semua NO. pergi la mengadap Dr F, walaupun seram sejuk takut kena marah. Dia tak marah, sindir jela.hahaha. Tapi dia ajar jugak. And banyak rujuk step by step dalam buku.
Finally!!!! DONE lah ni. Dr tengah sign tu. Kira diterima dan lulus. Masa ni pergi hantar yang jilid. Sebelum tu dah hantar yang belum hardcover tu, untuk dia cek and bagi markah. So masa aku masuk bagi yang dah dijilid ni sembang2 ngan dia. Dia dah bagitahu markah kitaorg. haha. sempoii.. Dia kata "korang punya saya bagi A- jela yaa,,kan bagi A solid nanti kena double cek dengan dekan semua(memang pun, ak pun tak nak A tu kalau orang lain cek nanti makin down markah).huhu..
Waa....rindu fakulti.. Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG). tempat lepak. haha.
So, kesimpulannya macam mana? Apa yang perlu aku fokus sekarang ya? any idea tak? Semua minat. Semua aku nak buat. Tapi kena sedar limit kita jugak kan. Baru habis bulan 5 haritu.
Plan A: Start buat proposal master, cari SV and buat master, then cari kerja sambilan sebab pakai duit banyak jugak nanti. Pastu otak start kena kerah balik, baca, rujuk, kaji kajian lepas, artikel2 dan hadam 10x ganda dari degree haritu, do the research..works. And, ada ke masa travel? mungkin ada laa..g kg orang Asli. Fieldwork dengan geng sains sosial. hahaha. Tapi fakulti aku banyak berjalan overseas. Tapi berjalan dengan belajar la.. huhuuu.. penat weh.
Plan B: Daftar master mode coursework (UKM bnyak), tak payah pening nak buat research, tapi still ada mini projek, assgmnt,kuiz, exam. mintak biasiswa, mintak duit mak bapak untuk tanggung blaja. Sebab coursework masuk kelas, macam degree jugak. So, nak kerja susah. melainkan buat bisnes, tapi sempat ke.huhu. dan terpaksa lupakan impian nak mengembara tu. dekat2 jelah boleh.
Plan C: Cari kerja je. Tak kisah apa2 pun. or buat bisnes ni. Aku duk kat kampung ni, tak kisah. Duk rumah mak ayah ada, kereta rembat yang mana ada. Dapat gaji 1k pun dapat bersih lah tak perlu bayar rumah sewa, kereta. Just pandai2 lah tolak bayar ptptn, minyak kereta, bagi mak ayah, simpan sikit2 untuk jalan2. sebab, sekarang dah jumpa partner in crime. Haha.. partner newbie travel. Kami plan nak start tahun depan, so kena start kumpul duit dalam masa 6 bulan dari sekarang.
Itu antara plannya. Mana satu yang akan dipilih nanti??huhu.. Tunggu petunjuk Dia. aku pun masih konfius. Kalau korang??
No comments:
Post a Comment