Saturday, July 16, 2016

I'm Back with entry tertunggak sejak 3 tahun lepas

Rindunyaaaaaaaaaaa. hahaha.
Rindu dunia blogging. sungguh.

Last update tahun ni bulan Januari lepas. Now dah bulan 7 kan.
Apa yang aku sibukkan? Ntahla.
Banyak cerita. Banyak benda nak luah, nak tulis nak kongsi.
Tapi tak sempat(?) nak masuk blog, nak menulis.
Walaupun hari-hari sebenarnya aku menulis. Kat IG, FB, Whatsapp tu.

Sebelum tu belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua. Kawan-kawan blogger, fb and semua.
Walaupun blog ni sendu je. haha.
Tapi aku happy dengan blogging. Bila menulis sini rasa macam balik kampung je. Berlainan kalau aku menulis di Instagram atau Facebook. Lain sangat.
Sebab di blog aku lebih jujur, Jujur, Ikhlas dan puas hati menulis. sebab more to perkongsian, diari. Untuk aku sendiri.
Sebab bila aku baca entry aku dulu2, dari start blogging, banyak benda aku story sini, share pergi situ sini. Makan pizza nga kawan pun letak.
Bila baca balik rasa happy, tenang dan..tak tahu describe, rasa tulus sangat rasa dan penulisan tu.

Aku selalu kata aku suka menulis.
Memang suka menulis, aku bercerita dengan penulisan sebab aku tak bagus sangat nak bercerita dengan verbal, public speaking ni.
So banyak aku luahkan dengan menulis.
Tapi sejak 2,3 tahun ni aku tak banyak menulis, share segalanya disini,kat blog. Mungkin sebab ada instagram, fb kan? Instagram la kot punca salah satunya. Sebab kita dapat update pic direct dan tulis pape kat bawah tu kan. Share sana terus. Ya, memang aku update kat Instagram pape. Tapi sejujurnya tak ada kepuasan. Sebab rasa kurang telus. hahaha.. Rasa macam,hmm...rasa tak bebas. Walaupun blog ni public, dan instagram or fb aku private and hanya yang aku approve je boleh tengok. But still..rasa sini lebih selamat,selesa dan sentimental banyak.

Faktor sibuk belajar juga salah satu jarang update blog ni, dulu zaman diploma kurang sibuk. Masa banyak duduk dalam bilik hostel aje. Ngadap laptop.
Tapi masuk degree, aktiviti banyakkkk..tambah lagi duk rumah sewa. Sebilik dengan geng sendiri, ada pape kita cerita je kat member. so masa sendirian tak banyak. Kalau dulu emo, sedih bukak blog luah sini.

Now aku dah tamat degree. Yeaa, Alhmadulillah.Harap sangat dapat update blog selalu macam dulu.
Banyak benda nak cerita ni, aktiviti2 aku dari tahun 2014 lagi ada banyak yang best. Korang nak baca tak kalau aku update??? Walaupun dah lapuk?? Hahahaha... best kot aktviti aku tu.
Pergi kg orang Asli... ada bberapa perkampungan orang Asli aku pergi dulu, sempat update sikit je aritu.
Pergi dekat gelendangan/homeless, g Langkawi, g main lumpur la.
Best tak wei???hahaha.. itulah kehidupan as student Antropologi.
Cerita Annual Dinner nak?? kahkah.
And,,,last April aku g Indonesia. Bukan g berfoya2 ok, tapi belajar jugak..program mobiliti student. cehh, cam hebat bunyi. Padahal banyak g makan je sana.

Lagi...cerita bestfriend kahwin. Yang ni sedih sikit nak cerita..tapi it's ok lah. Redha je and doakan kebahagiaan dorang.Aminn. Moga ada bahagia untuk aku jugak. Eh bahagia je ni. Hidup ni dah rahmat Allah bagi ni. Dapat bernafas, makan, berjalan, bergelak ketawa ni. Bukan bahagia lagi ke?? Nikmat mana lagi kamu nak dustakan?? (Tanya diri sendiri ok...).
Cerita apa lagi ya?? Owhh, Tesis and Me. How struggle aku nak siapkan tesis. Masa tertekan buat tu, laju ayat lalu dalam kepala ni nak update blog, nak luahkan konon, tapi tak terbuat sebab the end aku terpaksa meluahkan penulisan pada tesis. haha.

Story lepas habis belajar?? Macam menarik jugak untuk diceritakan nanti. Aku habis bulan 5 haritu. And till now, belum menganggur sepenuhnya lagi.
Ada rezeki je selalu untuk aku buat kerja, dan dapat duit rm100-200 tu.Hahaha. Tak banyak, tapi ok lah lepas beli benda kehendak, makanan2 untuk diri sendiri kan. Kerja apa? Nanti la citer kan.
And aku start buat bisnes online gak sikit2. hehe.. Nak start fokus gak ni, sebab sebelum ni buat sambil2 je. Now ada masuk kelas online, kelas berbayar untuk belajar bisnes. Start in love dengan dunia bisnes ni. Tapi tetap kena cari kerja makan gaji gak. Tak kisah kerja apa,.minat nak kerja taska, kat kedai ke...sebab malas masuk office, hadap protokol. haha.. tengok la nanti bab cari kerja tu. Huhuhu..

Cerita raya pun kena cerita gak ni. Dari raya 2013 kot aku tak update sini. haha. Melampau pulak nak update semua. Aku cuba lah slow2 update mana yang perlu. Perlu untuk aku share and as a reminder untuk aku sendiri. Macam panjang dah tulis ni. Inilah aku, bila dah menulis susah nak stop. Itu baru pendahuluan, belum masuk entry betul, isi, penutup semua. Hope betul2 dapat update semua tu. Hope aku rajin hari2 masuk blog ni. menulis.

Ada yang rindu aku? nak tengok perKEMBANGan aku?? hahaha.
sangat kembang dengan jayanya sekarang ni.



2 gambar atas ni 2014. Taklah kurus. Tapi better than....

THIS... Mac 2015. hahaha...

Mei 2015

Akhir tahun 2015. Time praktikal, bahagia duk rumah. Macam donut. kahkah


April 2016


Mei 2016


Raya 10 hari lepas. And sure harini lebih kembang berbanding semalam. hahaa.

Wey..korang jangan nak zoom2 gambar tu eh. Aku dah setting paling small. Kalau tak nak kena heart attack jangn cuba2 nak zoom sebab tu gambar2 antara gambar jujur tu. Biasala kann...kita sebelum upload tengok dulu, pilih gambar y terbaik, yang rasa nampak kurus, cantik, putih and gojes. Tapi gmbar atas2 ni aku main letak je tanpa tengok lighting, tanpa plih yang mana nampak kurus ke apa. dah tua2 ni malas dah nak nampak cantik untuk manusia. haha.

k.bye. Jumpa lagi. Doakan aku betol2 update citer2 yang aku gebang atas tu k. luv u all.. kawan lama, kekasih lama i love u all. Kawan baru, kekasih baru , hye all.. geng baru nak berkenalan blh komen.hahah..:-)

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...