Bismillahirahmanirahim...
02/01/2015
1st entry 2015!!!
hari tu update blog janji nak menulis hari2 kan..haha.. janji tinggal janji.. xpe, kita start hari.. cabaran 30 days.. sampai 31 Januari nanti..tengok berjaya atau tidak.
Jom throwback!
Jan 2014: nothing...selain dari final exam sem 3.. cabaran: bergaduh dengan roomate sampai keluar rumah hamba Allah tu..hahahaha.. but not my fault 100%
Februari 2014: start sem4..
Mac 2014: Allah..bulan dugaan. macam2 berlaku bulan ni. bermula dengan kehilangan MH370..ujian untuk negara. seminggu lepas kehilangan tanpa berita tu, ditimpa dugaan buat family, kembalinya arwah Tok Ayah ke rahmatullah =__=. dalam keadaan mengejut.. tapi siapa kita nak mempertikaikan kuasa Dia. dah Dia kata dah tiba masanya untuk balik, balik la...
April 2014: apa ya berlaku April ni? xingat.. hehe.. macam biasa la, assingmant,class,test,present...sibuk pasal tu kot..
Mei 2014: sama macam April, fokus blaja la kot (fokus kee??). bulan ni banyak berjalan rasanya.. pergi KL, Kedah, ada annual dinner, gila siapkan metodologi penyelidikan..haha..nightmare. study dan final exam!!!!
Jun 2014: cuti sem..3 bulan sampai bulan 9. genap 100 hari cuti!
Julai 2014: puasa,sem break.. xtahu aku buat apa dah kat rumah. yang pasti rehat,makan,tidurr
Ogos 2014: sem break, tragedi MH17..huhu.. puasa+raya..again makan,tidur..menternak lemak. and hujung-hujung bulan meratapi nasib diri. beberapa hari lagi nak masuk sem baru, sedih nak tinggalkan rumah plus sedih dah gemuk overdose..huhuhu
September 2014: special month for me. 7/9, 1st day untuk sem5. "something" happened.. but still in progress. but x boleh reveal apa2 lagi.. tunggu waktunya suatu hari nanti.. haha.. harap Allah aturkan yang terbaik.
October 2014: "something"...in progress, 50% maybe.. tidak terfokus pada something tu je, belajar tetap belajar..
November 2014: "something".....yes, i admit it. 99%.. cannot lie my feeling anymore!!
dan dugaan untuk diri, hadapi banjir kat rumah sewa ni. tak pernah-pernah kena banjir. jadi manja la sikit..susah hati, tak reti nak tangani. padahal air naik takat dapur tu je..huhu.. and meredah banjir dekat U. it's ok pengalaman.. Allah nak bagi hikmah tu. dan dugaan dengan "S(something)" tu banyak jugak la kot.. slow2 la kita hadapi.. November jugak bulan berjalan, banyak fieldwork, masuk kampung je banyak.. start kat Kg Awek, Besut, then Kg org asli d Sungai Pergam and end of the month kat Lanchang,Pahang.
December 2014: bulan dugaan untuk semua. fieldwork di Sg.Siput Perak. and tertekan sangat dengan tugasan Penganalisisan Data.. ya Allah, tak tahu nak cakap. malas nak cerita dah.. biarlah.. harap yang terrrbaikkk sahaja. final exam paper dia semalam 1/1/2015.. mengharapkan permulaan yang baik untuk tahun ni..tapi Allah tak mengizinkan. it's ok, keep calm..think positive, He's the best planner for us. hope boleh menerima apa2 sahaja keputusan.
Dan cerita banjir...Allah..Allah..Allah.. Maha Berkuasa. Tak ada yang dapat menandingi. teruk sangat esp di Kelantan. dan di Temerloh pun sama kan? kat Temerloh tak sempat nak ngadap Tv sebab kena time exam dah start.. huhu.. boleh cerita kat Kelantan je..sebelah negeri je, dalam 30 minit dari rumah masuklah negeri tu. tak sangka sangat sampai seteruk tu. tadi tengok gambar ayah whats up keadaan kat sana, Allah....macam kena gempa bumi,tsunami. habis...ranap..licin.. nak marah kat sape kan bila jadi benda tu?? siapa yang buat? dari Dia semuanya.. takkan sekali2 Dia buat tu untuk menzalimi kita.. pegang betul-betul, tak akan sekali-kali.. bukan dan pasti dan tidak akan sama sekali dia jatuhkan,turunkan bencana,ujian,dugaan untuk kita dengan niat nak menzalimi, benci pada kita.. ujian tanda Allah sayanggg... Mak Ayah marah,membebel pun tanda sayang. macam tu juga dengan Allah.. terkandung berjuta, berbillion hikmah disitu. yakinlah!!! macam tu je aku pegang kalau rasa down dengan sesuatu ujian. tabah dan sabarla...tiba masanya kita untuk bersatu.. atas dasar agama dan kemanusiaan.
And here... we r in 2015!! i'm 24 years old!! hehehe.. what's plan this year?? entah laaaa... pertamanya, ikut plan yang memang dah di plan kan untuk kita.. belajar..belajar..belajar sampai habis. this year ada praktikal. dan plan dalam fikiran banyak..nak buat itu buat ini.. ada plan yang memerlukan duit untuk menjayakan contohnya,nak jalan2..haha..shopping baju2.. run bisnes.. hihi.. dan ada yang memerlukan kata 2 hati.. kah2.. TAPI yang UTAMA plan dari DIA la kan.. sebaik-baik perancangan. kita ikut je.. tak ada azam apa2 tahun ni, melainkan nak jadi yang lebih baik dari sebelum.. jaga hubungan dengan Allah, dan sesama manusia.. dan mendoakan, harapp yang terbaik dariNya untuk kita semua..dimudahkan urusan yang baik-baik.. Dia Maha Mengetahui.. amin..amin..amin... (tolong aminkan semua...)
till then.. esok sambung.. cabaran 30 days! hehe
1 comment:
Selamat Tahun Baru 2015!
Post a Comment