Aku start balik
blogging ni.. insyaAllah secara istiqamah.. haha.. cabaran 30 hari, hari ni dah masuk hari
ketiga.. doakan moga sempat nk up entry baru sampai hujung tahun..
And..i can
feel it.. i found it.. what “it”? MYSELF.. this is me..
writing..writing..writing..!!!! writing can give happiness for me. Banyak kali
aku tertekan, just tertekan, shopping kedai borong depan and tidur.. boleh
hilang tekanan tu..tapi tak ada dalam hati. Tak ada bunga-bunga, tak ada
kelegaan.. tapi bila menulis, walaupun kita tulis benda mengarut, tak ada
bersangkut paut dengan dengan masalah yang kita hadapi pun, tapi dia boleh
relief the pain tu.. setiap orang ada cara kan. And this is my way.. tulis puisi ke tepi katil, just let out apa
yang terbeban di minda..menulis tanpa bunga bahasa pun..just write.. and my
mind akan stabil.
Tahun lepas,
tak banyak masa mengadap blog.. bukan masalah masa sangat, tapi mungkin
disebabkan teknologi yang semakin mara. Hidup dengan instagram.. macam seronok
kan up gambar makan2,jalan2, posing sana sini.. at first, rasa macam wow..dah
boleh tinggal blog dah ni. Sebab aku ingat aku suka share pengalaman,gambar kan..boleh
share dekat insta tu kira ok la.. I thought so.. tapiiiii….tidak rupanya. I find
my peace here, kat blog..aku fikir aku bukan kanak-kanak remaja yang suka and
pandai posing maut,cute2..up pic kat insta.. diaorg sekali up 20000
like,comment.. kauuu? Hahaha.. and kadang2 stress sebab tengok gambar-gambar
orang semua cantik2..kita phone cikai je.. And…tak rasa selamat kat sana.. even boleh d private.. and blog ni agak
public kan.. tapi kita rasa ni rumah kita.. pastu pulak, aku tak boleh nak
membebel panjang kat insta.. sape nak baca caption panjang2 kat sana kan? Semua
nak tengok gambar je.. kalau gambar kau tak cantik…silakan berundur. Apa-apa
pun aku rasa faktor usia jugak la kot.. lebih selesa dengan cara lama.. yang
pentingnya, sebab aku suka menulis. Tu tahun lepas banyak stress.. tahun ni
bila bermula menulis, otak jadi lapang sikit.. walaupun di uji banyak masalah..
baru 4hari kan tahun 2015..tapi ujian,dugaan tu datang. Tak apa, kita steady
je, stay positif.. fokus on our pririority..
Cerita pasal
menulis ni jugak… impian aku,harap sangat la…nak keluarkan walaupun sebiji
buku. At least ada saham kan.. genre apa? Pelbagai genre. Novel nak buat..idea
ada. Start tulis 2,3 mukasurat stop.. belum cukup kental jiwa ini.. tapi lebih
kepada nak menulis sesuatu yang santai, tapi bila orang baca dapattttt!! Tersentap!!
Terkesima!!! I need to.. harap dapat idea,konsep dan dipermudahkan.. azam
sempena tahun ni umur dah 24tahun.hahaha.. nak menulis lebih banyak,hasilkan
karya yang boleh diketengahkan, dan nak membaca 300+ buah buku!!! Cabar saya!!!
Nak lebih banyak membaca..membaca..membaca.. semua jenis buku dan bahasa..
untuk cari idea dan menulis tesis sekali.. serta menghadapi dunia pekerjaan
tahun depan.. real world.. and to be better person for our Deen… amin. May Allah
ease..
Okey..till
then. Aku tinggalkan dengan sebuah “puisi” atas lantai..haha..puisi la sangat..
FLY AWAY
LOVE
Lama mana N3310 bunyi cengkerik,
Tiba-tiba
suaranya diberi nyawa kembali,
Ada pesan
gemersik,
Katanya…mahu
terbang malam ini,
Fly away
love…
Katanya..doakan
aku sayang..
Fly away
love..
Katanya ..nanti
ketemu lagi jika diizin Yang Maha Penyayang..
Fly away
love..
Aku disini…tidak
kemana-mana,
Mahu juga
setia selagi diizinkan,
Dikau juga
jaga hati walau ada dimana,
Jangan biar
aku dipinggirkan.
Fly..fly..fly
away love…
Selamat pergi selamat pulang..
Doakan
kita…hanya pada Rabb kami berserah..
(Husna:
JAN/2015)
No comments:
Post a Comment