Wednesday, January 23, 2013

Novel Ustazah Fatimah Syarha

Diatas permintaan ramai,maka tercipta la entry ni..haha... ayat,kemain bajet... xde sape pun mintak secara rasmi..tapi,bila tgk dekat feedjit tu, dlm sebulan ni, ramai yang tersinggah blog sebab cari pasal novel ustazah Fatimah Syarha (UFS).. maka, sekarang nak review novel2 UFS yang aku dah baca.. dan jugak novel suaminya, Dr.Farhan Hadi.. ya,aku memang suka novel2 atau buku2 mereka ni.. nak2 yang UFS.. sebabnya, ayat2 yang digunakan beliau sangat cantik,elok...menarik untuk kita baca dengan lebih lanjut lagi..rasa macam nasihat dari seorang kakak yang lemah lembut dan penuh berhikmah..tahniah ustazah, rasanya ramai yang tertarik dengan cara penympaian ustazah,tak kira dalam buku atau ceramah..

Setakat ni dah habis baca 4 karya Ustzh Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi, iaitu: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasulullah, Denyut Kasih Medik, Cinta High Class dan Palestin Kami Datang.. yang lain beli sendiri,kecuali Palestin Kami Datang,jumpa kat libry,and pinjam..akn datang nk beli jugak,buat koleksi.



Untuk Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasulullah, buku ni nipis je.. dalam 88 mukasurat..tapi penuh dengan isinya.. sesuai untuk semua peringkat umur..esp remaja yang sedang mencari cinta... cinta yang tidak halal..sila la dapatkan buku ni. mcm mana digambarkan kisah Qaniah memilih cintanya untuk dijadikan cinta halal..dan ada tips2 untuk rumahtangga, bagaimana nak bina kerukunan tu,didik anak2.. tapi,semuanya diceritakan secara santai dan diselitkan kata2 hikmah.. 

Denyut Kasih Medik pulak, karya Dr.Farhan Hadi,bagi aku lah, buku ni sebenarnya WAJIB dimiliki oleh para doktor atau bakal doktor!! orang lain pun mesti dapatkan jugak,tp bagi doktor2 diluar sana sila lah baca buku.. watak Dr.Muslih yang perlu dicontohi. doktor muda yang sibuk dengan segala tugasan,tapi tidak lupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah..dan banyak jugak diselitkan fiqh2 perubatan, wanita, dan perubatan moden..lengkap..sangat xrugi kalau beli. tak lupa, ada juga kisah cinta disebaliknya..tapi bukanlah kisah cinta biasa..tapi luar biasa.. WAJIB juga dibaca oleh semua para LELAKI diluar sana.. bagaimana dia meluahkan rasa cintanya,bagaimana cara dia mendapatkan seorang perempuan tu, semuanya dengan cara yang terhormat! sebenarnya, kalau baca, Denyut kasih Medik ni versi hero, dan Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah versi heroin... ^^ 

akhirnya,kisah mereka digabungkan dalam "CINTA HIGH CLASS" .. sangat best!! Cinta High Class ni, boleh dikatakan sambungan dari 2 novel yang sebelum ni.. tapi ni ceritanya lebih detail..fokus hanya pada cerita cinta.. kalau Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah, diceritkan juga bagaimana Qaniah  menghadapi tugasan2 di universiti,tips2 belajar, cara pergaulan dengan kawan2, cara kerja dan lain2.. sama jugak dengan Denyut Kasih Medik,banyak pasal fiqh2,,,perbandingan fiqh islam n moden..persamaan, dan kisah2 pesakit..bagaimana Dr.Muslih merawat pesakit2 sepanjang tugasannya, cerita juga pasal persahabatan dia,bagaimana dia berdakwah dengan kawan2 yang jauh dari Allah n lain2..kisah cinta tu,hanya diselitkan... jadi, dalam Cinta High Class la, penulis kembangkan,detailkan kisah cinta tu dari awal sampai akhir... tapi tetap ada tips,nasihat2 untuk mencari redha Allah,mencari hebatnya cinta Allah.. Cinta Qaniah dan Dr.Muslih tu adalah cinta kerana Allah.. mcm tu la digambarkan kisah mereka..sangat sweet dan menyentuh perasaan.. selain tu,dalam karya2 USF mahupun Dr.Farhan, aku perasan, mereka ni sukakan ilmu..ya,suka mencari ilmu..banyak sangat dinyatakan buku2 yang menarik untuk dibaca, kitab2 untuk dikaji,diambil ilmunya... sila la baca..pinjam atau beli ke..yang penting dapat jugak ilmunya.. ^^
seterusnya untuk buku Palestin Kami Datang.. serius, xtipu, aku baca macam turut sama join misi untuk ke Palestin tu..dan alami situasi kat sana.. cara penyampaian,penceritaan tu sangat dekat dhati,,biasa,kita mudah bosan kan untuk baca buku mcm ni,yang dikatakan agak berat,susah nk faham la..tapi dengan penulisan mereka ni,ya..sangat dekat dihati,mudah faham..boleh menangis baca,sebab rasa termasuk sekali dlm cerita tu... pergi la cari kat kedai...dalam rm16 je.. tapi, penulis2 lain pun best...yang menulis tu mestilah banyak ilmunya dan ada cara penyampaian masing2..semua bagus..masing2 ada gaya tersendiri kan.. so,jom la sama2 kita semaikan sifat suka membaca.. ^____^

btw, ada 2 lagi novel USF yang ada dalam koleksi aku.. Sebarkan Cintamu dan Tautan Hati.. 2 novel ni agak tebal.. dalam 500-700 mukasurat.. aku tak habis baca lagi..so,xleh review...beli tahun lepas lagi,tp xdapat nk habiskan lagi...kena ambik waktu khas..sebab nk fokus baca tu,xnak langkau2.. nnti akan di review lg.. okey..sekian.. 

#skema je rasa ayat aku untuk entry ni..haha

2 comments:

Lady ★ Hanna said...

cinta high class memang the best ! hana suke sgt ;)

Husna Alias said...

betol2..sweet romantik g2..

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...