Wednesday, January 16, 2013
deulini ?
segala apa yang akan aku cakap ni,bukanlah ditujukan kepada sape2.. tentang isu semasa sekarang ke...atau membabitkan mana2 pihak.. tapi secara umum..dah lama nak bagi pendapat sendiri...just tak sempat nak duduk mengarang...
okey... aku pinjam kata2 dari sorang ustaz yang mengajar aku tu... dia cakap, "kita ahli akademik,so, jadi lah ahli akademik yang layaknya dikatakan sebagai seorang yang terpelajar..." .. so, seorang yang terpelajar yang guna akal fikiran untuk berfikir...tanpa bergantung pada pendapat orang..bukan maknanya kita tak boleh dengar pendapat orang,boleh...ambik setiap pendapat orang..maka,tengok dengan mata hati..nilai...dan buat keputusan... bukan hanya kita bias terhadap sesuatu pihak yang kita suka..tak kira perkara yang dibuat itu betul atau salah... kekadang bila kita tengok,rasa macam orang tu tak ada pendirian.. satu isu dibangkitkan, ketua mengeluarkan pendapat...dan anak2 buah ikut... eh, esok lusa pendapat berubah lagi,dan anak2 buah pun ikut jugak..padahal,sebelum ni, pendapat yang kedua tu dorang keji,cakap salah, bla..bla... tapi,bila bias kita cakap ya, maka kita pun iyakan jugak... mcm xada pendirian.. just cakap,mana yang kau rasa betul and mana yang rasa salah...bukan ikut apa yang orang cakap... ada pulak yang kurang ilmunya,mahu bercakap jugak...kalau kat fb lagi senang..copy paste je pendapat orang...oh,mcm hebat la kau...orang duk komen2...tapi bila kita tanya,terus cakap nak cari gaduh... bercakap tanpa ada asas, mcm tu lah jadinya.. so,sebelum bercakap,cari asas,hujah dahulu...baru senang nak berhujah.. bukanlah dikatakan bertaklid secara membabi buta...mengikut tanpa ada ilmu.. taksub,fanatik pada sesuatu yang kita suka... boleh jadi perkara tu baik... dan boleh jadi jugak perkara tu ada yang tak baik... manusia..tak ada yang sempurna,kekadang ada silapnya... yang mana dia silap,sila betulkan..
contoh la... ada 2 kelab... kelab A and kelab B, kita berada di kelab B...sebab kita rasa kelab B lebih baik dari kelab A... ok,tak ada masalah...setiap orang ada pendapat dan berhak memilih.. tapi,bila timbul sesuatu isu, tak boleh kita untuk terus mengambil pendapat kelab B ni... sila keluar sejenak, berada ditengah2... jenguk kelab A sikit, jenguk kelab B sikit... buatlah penilaian.. guna akal,hati.. bukan nafsu semata2.. kalau rasa kelab B betul,kita ambik..tapi kalau rasa kelab A yang betul dalam isu ni, xsalah untuk kita ambil pendapat kelab A kan??? bukan bermakna kita ambil pendapat kelab A,kita kena keluar dari kelab B... this is da way orang yag berpelajara bertindak...
tapi,bila tengok sekarang,semua bertindak tanpa berfikir..mengikut tanpa berfikir.. mengata tanpa berfikir... Allah jadikan kita as khalifah dimuka bumi ni...sebab tu kita dikurniakan akal fikiran...ya,untuk berfikir.. kalau nak dibandingkan dengan binatang,Allah tak jadikan mereka sebagai khalifah,so dorang xde akal..ada otak sahaja.. tapi,kita yang diberi tanggungjawab sebagai khalifah inilah yang akan dipersoalkan kelak..benda ni la yang perlu sama2 kita fikirkan... so,untuk entry aku ni, aku tak tujukan untuk sape2,isu apa2...jadi,gunakan akal masing untuk menilai..untuk meletakkan,dimana situasi yang patut kita gunaka akal kita... ^__^
"maka,beruntunglah orang yang nafsu dan akal dikuasai oleh iman, dan maka rugilah,orang yang akal dan imannya dikuasai nafsu" wallahualam~
p/s- maksu deulini= listen me!- hahahaha..no komen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pathetic
Our pathetic life. or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...
No comments:
Post a Comment