Saturday, May 15, 2010

FRIENDS..KAWAN..صديقة

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum w.r.t..
Sebenarnya semalam nak post tajuk friends,pas2 tiba2 rasa malas nak menaip,so bila sifat malas tu datang,xleh buat apa2..tu pasal just post gambar..as preview..

   Tiba2 rasa nak tulis pasal kawan ni bcoz aku rindu kat kawan2 aku,geng sekolah menengah aku,dari tingkt1-5..mmg group the best la bagi aku..bila dah masuk alam pengajian tinggi ni,masing2 terpisah, ada ke utara,selatan,timur..tapi kekuatan kitaorang ialah,xpernah lupa each other..pantang ada cuti wajib 'dating'..dari pagi smpai petang..g shopping2.. KFC jadi tempat makan biasa bila keluar..kalau x kebandar pun, perpustakaan la jadi mangsa..mmg xabis satu hari kalau bercerita and bercakap..masing2 ada citer,ad tukang sampuk,ada tukang lawak, ada tukang tokok tambah..sampaikan 1 cerita tu nk habiskan 1jam..pdahal xde apa2 pun..tu yang buat aku selesa dengan diaorg..1 kepala..gila2..miss them alot.. Hari khamis tu aku dah pegi jumpa salah seorang nye,lepak2 sambil tgk dbsk..xsabar nak tnggu semua balik n jumpa lagi, pegi bercuti ke bermalam sehari 2 kat resort..harap hbungan ni akan till the end lah..hope we keep the faith each other.. aku,t-hah,miera,yanie,nurul,saparah......lain kali la post gambar..

Ni antara rahsia persahabatan kekal sepanjang hayat,yang aku baca dari majalah comel kegemaran aku, dara.com..

1- JANGAN LEMPAR PENGHINAAN
Jangan memperlekehkan,merendahkan sahabat dalam apa jua bentuk samaada peribadi,bentuk fizikal,keadaan sosial dan sebainya. Ini menimbulkan perasaan sakit hati antara satu sama lain..

2-JANGAN BUAT PERBANDINGAN
Jangan membandingkan kebaikan,jasa atau penampilan rakan dengan seseorang yang lain sehingga sahabat merasa rendah diri dan tidak berharga.

3-JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIANNYA
Apabila sahabat sedang gembira, bergembiralah dengannya. Jangan rosakkan kegembiraanya dengan melakukan perkara yang tidak disukainya..


4-JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Setiap orang mempunyai rahsia dan masa lalu samada baik atau buruk. Jangan cuba untuk mengungkit atau menceritakan kisah silam sahabat.


5-JANGAN KETAWAKAN SAHABAT
Jangan ketawakan sahabat dengan kegagalanya atau kekurangan pada dirinya. Ini juga akan mengundang sakit hati sahabat..

Jika diikutkan masih banyak lagi tips2 bersahabat,termasuk menurut islam dan apa yang ada didalam hadis nabi dan al-quran.. Tapi aku belum cukup pengisian lagi untuk mengupas semua itu..biarkan dahulu aku mengembara mencari ilmu.. tapi apa yang penting didalam berkwan ialah percaya,bagi sokongan,menegur jika kawan buat kesalahan dan yang paling penting berdoa untuk kesejahteraan sahabat dan kejayaan bersama-sama..sambung lagi tajuk ini di lain entry..

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...