Thursday, May 20, 2010

AMALAN PENGHAPUS DOSA

Salam..
hari ni aku just nak share n mmperingtkn diri sndiri gak..kdg2 kita baca saje xbrape nk lekat..so kalau baca+tulis ni maybe blh than lma skit n insyaAllah kekal ingt la..ni adalah untuk mmperingtkan diri aku la terutamanya..antara amalan penghapus dosa yang aku bca kat 1 majalah ni..





1- MENYEMPURNAKAN WUDHUK DAN BERJALAN KE MASJID
    Ini diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Tarmizi bhawasanya Rasulullah bersabda "Mahukah kalian aku tnjukkan sesuatu yang dapat mnghapuskan dosa" Mereka menjawab Ya Rasulullah. Maka jawab Rasulullah " Menyempurnakan wudhuk ketika waktu sukar dan memperbayakkan langkah ke masjid serta menunggu solat yang lain kerana itu adalah ribath"

2-SOLAT TERAWIH BULAN RAMADHAN
   Dalil Rasulullah "Siapa yang mnegakkan Ramadhan(solat terawih) dengan iman dan mengharapkan pahala Allah,maka diampunkan segala dosanya yang lalu" 

3-BERTAUBAT
   Rasulullah bersabda" Sesiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari sebelah barat,maka Allah akan menerima taubatnya" (riwayat Muslim)

4-KELUAR MENUNTUT ILMU
   Rasulullah bersabda" Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga' (Riwayat Muslim)

5-MELAKUKAN AMAL KEBAJIKAN
    Rasulullah bersabda " Semua amal makruf adalah sedekah dan petunjuk kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya" (Riwayat Bukhari)

6-BERJIHAD PADA JALAN ALLAH
   Sabda Rasulullah" Sesiapa yang berdakwah pada jalan Allah,maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutnya,tidak kurang pada pahala2 mereka itu"

7-MEMBERI SALAM DAN BERKATA BAIK
   "Sesungguhnya termasuk sebab untuk mendapatkan keampunan dari Allah adalah dengan memberikan salam dan berkata baik ( Riwayat al-Kharaithi dan Makarim al-Akhlak)

8- MEMPERBANYAKKAN SOLAT
    Dalil Rasulullah " Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah,kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan(dosa dirimu) (riwayat Muslim)

9-SOLAT MALAM
   Sabda Rasulullah " Hendaklah kamu solat malam kerana ia adalah adat orang soleh sebelum kamu dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kamu serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa2"

10-MENDIRIKAN SOLAT
     Rasulullah bersabda" Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi lima kali sehari,apa yang boleh kalian katakan,adakah masih ada kekotoran? Mereka menjawab, "Tidak ada kekotoran sedikit pun. Baginda berkata lagi, "Solat lima waktu menjadi sebab Allah menghapuskan segala dosa' (riwayat Bukha)

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...