Thursday, July 4, 2013

Shopaholic in Rantau Panjang

Sabtu lepas ke Rantau Panjang. Sape pernah pegi sana? dekat Kelantan, sempadan Thailand. Tempat bebas cukai.. kalau dah bebas cukai mestilah ramai nak pergi sebab bajet barang kat sana semua murah.. tapi...tidak jugak sebenarnya. Ada yang murah, tapi ada jugak yang harganya lebih kurang sama dekat tempat2 lain. dekat pasar-pasar yang berdekatan dengan rumah anda. so,pandai2 lah survey.. yang murah tu memang murah..

Sebelum sampai rantau panjang, ke area tempat membeli belah tu, singgah dekat orang jual dodol dan serunding yang popular. dengar kata pernah masuk TV.. Dodol&Serunding Kampung Laut.. memang diakui, best! nak2 dodol tu. aku ni bukanlah pencinta dodol yang setia..makan2 macam tu.sebab manis gula tu..tapi dodol Kg Laut ni rasa dia lemak manis. rasa lah sendiri.. siap boleh jenguk dapur/kilang tempat dia kacau dodol tu..


kat bawah tu tempat dia. agak tersorok sikit..tapi kalau bungalow pengusaha dia ni besar n boleh nampak lah..


serunding daging,ayam,ikan... daging tu pulak ada daging import,daging tempatan..tinggal pilih je.




ni tempat dorang kacau dodol tu..kalau nak guna tenaga,kacau sendiri memang tak siap la untuk jual.. rasa macam melawat kilang dodol pulak..haahaa



 nampak rumah ni,maknanya betul la tempat tu.. besar kan rumah..


Perjalanan diteruskan menuju ke tujuan utama kita.. hihihi.. sampai2 tu, tempat pertama yang dituju ialah..


tandas lagi..hak3. bukan aku la yang terkejar2 nak datang sini..tapi my mum. biasa la orang tua kan.. aku pun berhajat jugak,tapi tengok keadaan macam ni, hmmm tahan jelah.. punyalah ramai orang..berpuluh2 bas..  mungkin sebab hari cuti,dan ramai yang datang nak memborong barang untuk puasa ni, ada yang nak jual,guna sendiri.. beli untuk raya pun ada(aku la tue.. XD )

Apa yang ada kat sini?? sila la tengok gambar-gambar yang sempat di snap.. boleh dikatakan macam2 ada...



untuk hias dekat hantaran kawen,pelamin.. sempena raya ke.. cantik2


okey..baju kat kedai ni memang murah..aku rasa kalau pakaian2 kebanyakan memang murah2.. grab jubah sepasang dengan harga rm65 only,yang mana my mum beli sebelum ni, rm99!!! kualiti,jenama memang sama.. beli banyak2 lagi, lagi banyak diskaun dia.. 


jersey..




pinggan mangkuk kuali periuk pelbagai jenis... murah ke?? yang tu aku tak reti nak cakap..sebab tak biasa dengan benda2 ni.. 






pelbagai jenis snack.. popular kat sini kacang gajus tu..



kesimpulannya, tengok lah akak2 tu memborong sangat.. tak cukup tangan.. so,barang2 kat sini okey la kan.. yang mana nak datang dari jauh tu,sila la survey2 dulu..

sebelum balik, singgah solat dekat Masjid Beijing orang panggil.. wah,ape kes, dari Kelantan ke Beijing pulak ni... no la, nama masjid tu je,sebab senibina, ukiran dia macam masjid kat beijing... 






unik kan senibina and ukiran dia tu... tak sempat nak menjelajah n jadi photographer..semua nak balik cepat tengok bola malam tu.. kelantan vs johor.. huhuhu...


okey till then... wassalam...



#rajin pulak update blog 2,3hari ni...




Wednesday, July 3, 2013

SpartAce again~~!!

Setelah beberapa bulan buat survey.. dari entry sebelum ni here . Tak sangka, ramai pulak fans SpartAce couple ni (SA couple). Tengok dekat senarai popular entry sebelah ni----->, entry tu berada ni no3.. hahaha.. ingatkan aku sorang je kot yang menggila.. rupanya ramai jugak yang gigih search..



aku suka couple ni, selain dari dorang berdua ni as the strongest member, tapi jugak sangat natural bila bersama.. tak ada script, no loveline, n not for show sake.. perangai lebih kurang sama, walaupun ada jugak yang tak sama.. dengan ketidaksamaan itu, maka membolehkan dorang saling melengkapi..hahaha.. and dorang ni sweet yang amat bila berdua. Kalau yang follow RM tahu la kan perangai JK n Jihyo macam mana dengan member2 lain, esp to kwangsoo..mangsa buli dorang..hahaha(dalam RM jelah, kalau kat luar dorang rapat n baik je)
boleh dikatakan dorang berdua ni alpha member kat RM. tapi.......bila dorang berdua, alahaii...... layan jelah gambar2 nie...


ni fancam.. masa dorang dekat airport ^^


sweett gilaaaalaa~~~ Kwangsoo, Gary, Sukjin, HaHa pun terpegun tengok.. even VJ kat belakang tu pun.hihi..


always stick together-gether.. hik2


mmuahhahahahaha.... cair~~~~~


caring~~~~


episode ni aku suka.. dorang ber2 ni macam belangkas.. memang habit dorang,kalau happy akan pegang,peluk orang sebelah..(yang mana diaorg rapat)


pegangan erat,kuat,kemas,rapat... kata da strongest member ka.. haruslah.. ~__^



from fancam (fans camera.. ;-)


natural...sangat2 natural


bonus!!!



   


sebenarnya malas nak menaip, tu letak gambar je.. banyak lagi gambar2, moments diaorg yang nak kongsikan. tapi, kena ambik mood dulu.. next akan aku buat lagi entry Spartace ni. maybe akan review SA moments dari awal episode (yang mana ada la..) ni pun kalau ramai yang berminat.. haha... last, don't bash me.. this is my blog, aku akan tulis apa yang aku suka.. see u next entry.. ^___^ 

# sape suka SA sila tinggalkan komen..!! yang mana ada blog, follow me, and i'll follow u back.. blh spazz pasal dorang bersama2.. 

tolong click 5-5 no tepi ni blh??blh la..click je..pas2 biarkan loading sampai..done!! thanks.. 1  2  3  4  5

Awesome Trip to Tasik Kenyir

Assalamualaikum...

Genap sebulan.. 3/6 aku p tasik kenyir. hari ni, 3/7 baru nak update entry pasal Tasik Kenyir..hehehe... malas kot.. mungkin la entry ni aku banyak bagi gambar je.

Sedikit tentang Tasik Kenyir - Tasik Kenyir ni merupakan tasik buatan, terletak di Terengganu (sempadan kelantan-pahang). Tasik terbesar dibina di Asia Tenggara untuk menjana kuasa elektrik. Merupakan pusat pelancongan yang agak popular di Terengganu ni. Anda boleh mengelilingi pulau ni, dan macam-macam tempat boleh singgah seperti Taman Herba, Air Terjun, Gua, Spa n Resort dan sekarang dalam proses untuk menjadikan tempat bebas cukai. bila?? aku tak berapa nak ingat,sebab tak berapa nak dengar masa taklimat tu..hihi.. lepas tu, ambik pamhlet pulak dalam bahasa china. tengok gambar jelah,buat-buat faham..

okey, berbalik kepada my trip. ni trip satu kelas.macam lawatan sambil belajar la. Our Prof yang anjurkan. thanks to Prof Madya Dr Ramlee.. Prof yang paaaliiiing sporting. disebabkan berkaitan jugak dengan kitaorg punya course kan. bab2 manusia,budaya ni..kena la bagi pendedahan sikit.. (i bet, sem depan akan pergi perkampungan orang asli pulak... -_- ).. Lawatan ni buat sehari je. Plan asal nak buat 2hari satu malam.boleh pergi banyak tempat, dan tidur atas boat tengah2 tasik tu.tapi sebab kesuntukkan waktu, dan buat pada minggu study week, terpaksa lah buat sehari je. buat reles tension study(orang lain la..aku tak start study pun lagi masa tu..hak2).. kami bertolak jam8.30 kot.. sampai dalam 9.30.. dengar taklimat sikit2..round2 sekitar tu. sebelum naik boat untuk pusing tasik..



heaven sangat rasanya dapat roti ni.. agak badmood pagi tu,sebab bangun awal+letih (act balik kg,ada kenduri, so balik hostel semula dengan keadaan agak rushing)

let's go!!! my classmate..kebanyakan adik2.. ni bas perempuan. kaum adam bas lain.


 sampai-sampai, terus bergambar dengan gajah..hahaa...



then,masuk ke taman ikan ni jap..(ke orang panggil apa?) kecik je tempatnya.. tapi tetap excited. saya penggemar binatang aquatic!!


prof kesayangan~ memang sporting sangat dan humble sangat2. lucu pulak tu..


ikan ni..sepertinya beliau menjeling dan mencebik pada ku~~

Lepas tu, maka bermula la pengembaraan kami.. dari pukul11 lebih kurang, sampai pukul4 lebih naik boat keliling tasik... 1st location, pergi Gua Bewah. ni la kot tempat yang paling utama kitaorg nak pergi.. kat sini dikatakan antara penempatan awal manusia.. tapi macam biasa, aku naik as pelancong bukan pelajar. tak de nak dengar taklimat, fokus ambik gambar je..



kali kedua naik boat.. kali pertama dua tahun lepas kot. ke Pulau Kapas.. best!



subhanallah.. cantik sangat ciptaan Allah.. perfect!!!


finally.. Gua Bewah



agak tinggi tangga untuk naik ke Gua Bewah ni.. ni baru separuh jalan. tapi permandangan tu, boleh buat hilang penat. again, subhanallah



atas tu, ada satu gallery.. tunjuk penemuan-penemuan dekat sekitar Gua ni..



mula masuk ni ada lampu lagi..tapi dalam sikit, memang gelap gelita. harapkan lampu hp je. sape2 nak datang, sila bawak lampu picit..




done with Gua Bewah. Lepas makan, gerak ke destinasi yang seterusnya..

Lokasi kedua ialah.......



Tandas!! haahaha.. macam tak sangka, ada jugak tanda awam eh.. ada kawan satu boat ni tak tertahan lagi dah.. so driver bawak singgah sini.. boleh kenal kan..

Seterusnya kami ke Taman Herba...



serius..nak belajar photography...!! kalau ada kelas,memang nak join...


dengar taklimat lagi..ni pasal khasiat2 herba semua.. kalau datang sini, boleh minum air herba.. macam2 jenis. tongkat ali, kacip fatimah, campuran2 herba semua..


tak pasti yang aku minum campuran herba apa..yang pasti memang pahitttt~ but, dalam pahit itu ada penawarnya kan???


tempat dorang masak air/teh dari herba-herba





comel sangat nenas ni..nak petik and bawak balik rasanya..huk2.. 
eh korang, nenas ke nanas eh??? *kuiz ni..*


last location... ke Air terjun. Air Terjun Saok kalau tak silap. sebab kat sana tu, banyak jugak air terjun.. ni saje la kan, nak tenangkan fikiran..






cantik..tenang..damai...


geng-geng gentlemans lepak kat atas sekali.. buat apa ntah.. malas nak naik..

the end.. naik ke darat, kat centre dia. solat jamak qasar.. tunggu bas..dan balik.. letih sangat..tapi best!!



tiga gambar kat bawah ni, dari lensa my classmate.. credit to Iqbal and Faizol.. photographer to be.. ^__^





we r BOSS club.. big family~ ukhwah fillah forever.. hope, sem2 akan datang, dapat rapatkan hubungan bagi rapat2 lagi..hehe.. dengan gurls jelah.. kalau boys, kita rapat dari jauh sudahh.. ^__^

Write

 Assalamualaikum. It's not comeback i think. Hanya mencuba untuk menulis kembali. Aku start blogging since 2009/2010 rasanya. Lepas SPM,...