Thursday, July 4, 2013

Shopaholic in Rantau Panjang

Sabtu lepas ke Rantau Panjang. Sape pernah pegi sana? dekat Kelantan, sempadan Thailand. Tempat bebas cukai.. kalau dah bebas cukai mestilah ramai nak pergi sebab bajet barang kat sana semua murah.. tapi...tidak jugak sebenarnya. Ada yang murah, tapi ada jugak yang harganya lebih kurang sama dekat tempat2 lain. dekat pasar-pasar yang berdekatan dengan rumah anda. so,pandai2 lah survey.. yang murah tu memang murah..

Sebelum sampai rantau panjang, ke area tempat membeli belah tu, singgah dekat orang jual dodol dan serunding yang popular. dengar kata pernah masuk TV.. Dodol&Serunding Kampung Laut.. memang diakui, best! nak2 dodol tu. aku ni bukanlah pencinta dodol yang setia..makan2 macam tu.sebab manis gula tu..tapi dodol Kg Laut ni rasa dia lemak manis. rasa lah sendiri.. siap boleh jenguk dapur/kilang tempat dia kacau dodol tu..


kat bawah tu tempat dia. agak tersorok sikit..tapi kalau bungalow pengusaha dia ni besar n boleh nampak lah..


serunding daging,ayam,ikan... daging tu pulak ada daging import,daging tempatan..tinggal pilih je.




ni tempat dorang kacau dodol tu..kalau nak guna tenaga,kacau sendiri memang tak siap la untuk jual.. rasa macam melawat kilang dodol pulak..haahaa



 nampak rumah ni,maknanya betul la tempat tu.. besar kan rumah..


Perjalanan diteruskan menuju ke tujuan utama kita.. hihihi.. sampai2 tu, tempat pertama yang dituju ialah..


tandas lagi..hak3. bukan aku la yang terkejar2 nak datang sini..tapi my mum. biasa la orang tua kan.. aku pun berhajat jugak,tapi tengok keadaan macam ni, hmmm tahan jelah.. punyalah ramai orang..berpuluh2 bas..  mungkin sebab hari cuti,dan ramai yang datang nak memborong barang untuk puasa ni, ada yang nak jual,guna sendiri.. beli untuk raya pun ada(aku la tue.. XD )

Apa yang ada kat sini?? sila la tengok gambar-gambar yang sempat di snap.. boleh dikatakan macam2 ada...



untuk hias dekat hantaran kawen,pelamin.. sempena raya ke.. cantik2


okey..baju kat kedai ni memang murah..aku rasa kalau pakaian2 kebanyakan memang murah2.. grab jubah sepasang dengan harga rm65 only,yang mana my mum beli sebelum ni, rm99!!! kualiti,jenama memang sama.. beli banyak2 lagi, lagi banyak diskaun dia.. 


jersey..




pinggan mangkuk kuali periuk pelbagai jenis... murah ke?? yang tu aku tak reti nak cakap..sebab tak biasa dengan benda2 ni.. 






pelbagai jenis snack.. popular kat sini kacang gajus tu..



kesimpulannya, tengok lah akak2 tu memborong sangat.. tak cukup tangan.. so,barang2 kat sini okey la kan.. yang mana nak datang dari jauh tu,sila la survey2 dulu..

sebelum balik, singgah solat dekat Masjid Beijing orang panggil.. wah,ape kes, dari Kelantan ke Beijing pulak ni... no la, nama masjid tu je,sebab senibina, ukiran dia macam masjid kat beijing... 






unik kan senibina and ukiran dia tu... tak sempat nak menjelajah n jadi photographer..semua nak balik cepat tengok bola malam tu.. kelantan vs johor.. huhuhu...


okey till then... wassalam...



#rajin pulak update blog 2,3hari ni...




No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...