Showing posts with label islam is the best. Show all posts
Showing posts with label islam is the best. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Salam Rejab

Sangat pantas masa berlalu..hari ini 22 mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433 hijrah.
maknanya kurang dari 2 bulan lagi sebelum sama2 kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Bulan Rejab dan Sya'ban adalah bulan dimana sebagai latihan untuk kita sebelum sampai ramadhan..seperti disunatkan berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'ban dan disertakan bersama dengan ganjaran yang hebat dari Allah..




harapan hanyalah satu..iatu semoga dipertemukan dengan Ramadhan,bulan yang penuh dengan kemuliaan.." yaAllah..panjangkan umurku untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini..semoga aku mampu untuk menyempurnakan Ramadahan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.. amin.."
sama2 kita perbaiki diri,segala kekurangan,kelemahan,kekhilafan.. !!







#rindu dan teringat dekat arwah Pok Ngah aku.. y selalu ingatkan bila masa masuk bulan Rejab,Sya'ban.. dan dia mampu untuk berpuasa 3bulan berturut( Rejab,Sya'ban,Ramadhan).. dah hampir 5tahun dia tiada..al-fatihah untuknya.. :-(

Tuesday, May 8, 2012

Hukum Sambut Hari Ibu

Seperti yang semua maklum, Hari Ibu disambut pada bulan mei,minggu ke2.
tapi,ramai y kurang tahu,kurang faham atau keliru mengenai hukum menyambut hari ibu dan sejarah hari ibu.... 
di bawah ada beberapa pandangan y aku kumpul2:

_____

Hari Ibu (Mother’s Day) merupakan perayaan yang seringkali disambut oleh kita pada setiap tahun, sedar atau tidak pada setiap tahun,setiap negara di dunia ini tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Ibu sekali dalam setahun, terdapat pelbagai tarikh-tarikh hari ibu di pelusuk dunia ini, di negara yang kita duduki ini(Mesir) Hari Ibu  jatuh kepada setiap 21 Mac pada setiap tahun, manakala di Malaysia Hari Ibu jatuh  pada hari Ahad yang kedua di bulan Mei pada setiap tahun, yang jatuh pada 8 Mei 2011 tahun ini. Sambutan hari ibu pada tarikh ini merupakan tarikh yang digunapakai oleh kebanyakan negara-negara.. 

sejarah dan asal usul perayaan Hari Ibu ini.

          Asal perayaan Hari Ibu merupakan perayaan yang meraikan Tuhan Ibu atau Ibu Dewi yang dipercayai merupakan tuhan kepada beberapa bangsa-bangsa kuno terdahulu seperti, bangsa Rom Kuno dan Yunani purba. Dewasa ini, perayaan sekali setahun ini, telah berevolusi menjadi suatu perayaan yang meraikan ibu-ibu yang melahirkan kita kedunia. Terdapat banyak tokoh pencetus kepada “Hari Ibu Moden” seperti  Julia Ward Howe yang merupakan negarawati Amerika yang terkemuka yang juga merupakan sosialis dan komposer kepada beberapa syair-syair serta bahan penulisan di Amerika. Beliau menjadikan 8 Mac sebagai Hari Ibu bagi menghargai kaum Ibu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dunia.

Selain itu, seorang lagi pengasas bagi hari ibu ialah, Anna Jarvis, beliau mengasaskanHari Ibu, dua tahun selepas kematian ibunya, yang merupakan pengasas kepada Kelab Ibu Berkerja di beberapa bandar di United States, Anna Jarvis telah mengadakan kempen mengadakan “Hari Ibu” dan menjadikan hari ibu sebagai hari cuti yang diakui, beliau telah mengasaskan Hari Ibu pada minggu kedua di bulan Mei.

Apa pandangan Islam tentang Hari ibu?

Terdapat pelbagai pandangan para ulama’ dalam menyambut hari Ibu ini, seperti, HARAM, MAKRUHdan HARUS.Kepelbagaian dalam pandangan para ulama’ ini, adalah disebabkan perbezaan titik pandangan individu berdasarkan KEADAAN SETEMPAT.

Menurut pandangan Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, hukum menyambut Hari Ibu adalah HARAM. Berdasarkan pandangan beliau beliau menyatakan bahawa perayaan dalam Islam hanyalah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan Hari Penekanan iaitu hari Jumaat, oleh itu perayaan selain daripada tiga ini adalah bid’ah berdasarkan hadis rasulullahsallalahualaihiwassalam:

“Barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (bagian) darinya maka hal itu tertolak.” (HR. Bukhari Muslim)

Dan
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak kami perintahkan, maka hal itu tertolak.” (HR. Muslim)

Dan tambah beliau lagi, kita harus berbangga dengan agama kita yang telah disempurnakan oleh Allah yang maha Esa, dan menurutnya lagi Ibu lebih berhak dimuliakan daripada hanya dikhususkan kepada sehari sahaja dalam setahun.

       Pada pandangan yang lain, hukum menyambut hari ini adalah HARUS, berdasarkan hadis  Rasulullah sallalahualaihiwassalam, 

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya”. (Muttafaqun Alaih)

Berdasakan hadis di atas, amalan yang tidak berdasarkan semata-mata kerana Allah tidak akan mendapat ganjaran pahala, dari apa yang kita niatkan itulah hasilnya, begitu juga dengan perayaan Hari Ibu ini, jika didasari dengan niat untuk memuja selain Allah yang Esa maka itu adalah kekafiran yang nyata. Di Malaysia, Hari Ibu disambut adalah bertepatan dangan hadis Rasulullah sallalahualaihiwassalam :

“Telah bersabda Rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian  siapa? Berkata Rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu” (Muttafaqun Alaih)

Dan firman Allah:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. [ Al-Isra’: 23]

Serta,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan”. [Al-Ankabut: 8]

Berdasarkan hadis rasulullah sallalahualaihiwassalam  dan firman Allah maka menyambut Hari Ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan antara cara yang baik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaa
    • Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.

Kesimpulannya

Kesimpulanya dari sudut pandang penulis sendiri, menggembirakan ibu dengan cara meraikan Hari Ibu adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam, manakala menyambut Hari Ibu untuk memuja selain Allah yang Esa adalah kekufuran yang nyata. Maka tidak salahlah bagi kita untuk menggembirakan ibu kita dihari ini dan jangan pula dilupakan ibu kita perlu sentiasa kita hargai sepanjang masa. Jangan lupa hubungi ibu yang berada di mana sahaja mereka berada, dan jangan dilupakan ayah yang dihormati, Selamat Menyambut Hari Ibu.

_______________________

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .
3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.
4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:
1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.
5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:
“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”
6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:
Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.
7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:
Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”
8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:
1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)
-  KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -
SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik  adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
PENUTUP.
Harus diingat, mengamal  dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran
kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan  semoga dengan adanya garis panduan
seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

________________
Ustaz Azhar Idrus:

-Menyambut Mother Day adalah haram

-Hari Ibu ialah Hari Mother Church / Ibu Gereja Kristian. Siapa nk smbut, 
silakan. Siapa takut rosak akidah, jgn smbut.

nak tahu lebih lanjut, boleh tengok SINI




__________________________


jangan pula ada y mempersoalkan,kenapa boleh jadi khilaf,mcm2 pendapat.
punca ulama mempunyai pandangan yang berbeza2 pun di sebabkan dalam islam, untuk menentukan hukum, kita mempunyai beberapa kaedah feqah seperti:
1-al-umur bi maqosidiha(segalanya bergantung pada niat), 
2- al-yaqin la' yuzalu bi syak (yakin tidak blh dhilangkn dgn syak)
3- al-dhororu yuzalu ( kemudharatan wajib dihapuskan)
4- al-masyaqoh tajlibu al-taisir (kesukaran mmbwa ksenangan)
5- al-adat muhakammah ( hukum adat)
jadi,,setiap ulama yang mengeluarkan hukum tu,ad sebab tersendiri y mana mengambil kira semua aspek, seperti keadaan semasa,adat setempat tanpa bercanggah dengan al-quran wa sunnah dan bukan perkara yang melibatkan aqidah..

jadinya, terpulang lah pada diri masing2.. untuk mengingati ibu,untuk meraikan ibu, untuk menghadiahkan ibu sesuatu,untuk bersama ibu, tidak perlu mengkhususkan apa2 hari, setiap hari pun boleh.. tapi,segalanya bergantung pada diri sendiri la.. guna aqal, tanya iman.. ^__^

Sunday, April 1, 2012

sejarah APRIL FOOL

memandangkan hari ni 1 April..
dan semua orang tahu.. 1 april..dipanggil april fool..
hari yang boleh korang bodoh2 kan kekawan korang..

tapi..
tahukah sejarah april fool tu ??
sape y cipta?? kenapa???
yang belum tahu..boleh baca.. baca dari awal smpai akhir..



_________

Tiap tanggal 1 April, ada saja orang—terutama anak-anak muda—yang merayakan hari tersebut dengan membuat aneka kejutan atau sesuatu keisengan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April atau lebih popular disebut sebagai ‘April Mop’. Namun tahukah Anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentara Salib terhadap Muslim Spanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
SEJARAH APRIL MOP
Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menengok sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah bisa dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.
Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktekkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari ketimbang baca Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang idbantai, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.
Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentara Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).
Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.
_______________


so??
masihkah rasa nak main2 april fool ni??
aku pun pernah buat dulu...just fooling around..
masa tu xtahu sangat lagi.. just dengar orang ckp,xbaik..budaya barat..
tapi..sebenar lebih teruk dari tu..
baca sejarah n kisah ni.. =________=
kita ikut sambut april fool ni bermakna kita sama2 denga org y brgembira atas kematian,kemusnahan orang islam.. nauzubillah..

Saturday, February 25, 2012

ustazah Fatimah Syarha

suka sangat ustazah Fatimah Syarha ni...
kata2nya..ceramahnya..sangat lembut+tenang untuk didengar..
orangnya pun lembut dan sangat2 cantik dimata aku..subhanaAllah..
selain bagi ceramah..ustazah juga ad tulis buku n novel lagi..
novel y menarik kita untuk mencari cinta y diredhaiNya.. :-)

ya...penceramah lain pun bagus..semua terbaik..
tapi masing2 ada caranya..
dan kita sebagai pendengar juga,ada minat,citarasa atau boleh kata taste..
semua ilmu yang disampaikan penceramah adalah baik+membina..
hanya y berbeza cara mereka untuk menarik pendengar..
dan minat pendengar itu sendiri cara penympaian y bgaimana dia lebih cenderung nk dengar..
ada suka dr Fazdilah Kamsah,ad suka Ustazah Bahyah,ada suka Ustaz Azhar, Ustaz don pun xkurang jugak peminatnya..dan y len2.. penceramah agama ataupun motivator len..

kalau nk dengar ceramah ustazah,boleh search dekat you tube..
ceramahnya lebih banyak kepada "cinta"..dan lebih dekat pada remaja,muda mudi...
^_____^





p/s- tengok ustazah Fatimah,teringat kat kawan aku...sahabat 1 kelas.. walaupun tidak rapat.. tapi baik... wajahany mirip ustazah..seorang yang lembut,penyayang,kata2nya berhikmah,nasihatnya penuh kasih sayang, teguran tidak menghiris hati..ayu berjilbab..menunduk pandangan pada kaum adam.. profesional.. menjaga hubungan dengn Allah dan manusia.. beruntunglah wahai lelaki y berjaya mnjadikannya suri dihatimu.. ^^ .. 

Sunday, February 5, 2012

salam MAULIDUR RASUL ~~


12 RabiulAwal..adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ..
Rasulullah,Nabi kita...

sedih pada diri sendiri..tarikh kelahiran artis,berbulan sebelumnya ingat..tanda..buat persiapan..raikan...merindui mereka..lakukan segala2nya..tapi bila tiba kelahiran Rasulullah????
kalau xcuti..kalau xde iklan2 pasal maulidurasul,xde majlis2..adakah aku ingat?? 

xde apa yang mampu kita lakukan di hari kelahiran baginda..
nak pergi ziarah makam baginda kah?
jadi hanya perlu mengikut segala sunnah2 baginda dan yang paling penting berselawat keatasnya...
mengenang segala pengorbanan baginda kepada umat nya ini..menghayati hadis2 dan pesanan baginda..
betapa besarnya cinta dan sayang baginda kepada umatnya..sampai di akhirnya,masih menyebut nama ummat.. ummati..ummati..ummati.. betapa risau,sedih,takut baginda untuk meninggalkan kita..bukan takut untuk meninggalkan dunia,tapi takut dan risau akan umatnya..bimbang ummatnya lalai,terpesong dan jauh dari Allah..jauh lagi baginda..
benar..segala yang Rasulullah takutkan akhirnya terjadi kini.. kita semua lalai.. lalai dari mengingatinya.. apatah lagi Allah yang Maha Esa.. masing2 sibuk mengejar dunia..mencari hiburan di dunia ini.. jarang daripada kita yang mengingati Rasulullah 24jam..seperti mengingati kekasih hati masing2..msj&call 24jam.. sedangkan Rasulullah??? padahal ini adalah cinta y sebenar2nya.. Rasulullah sangat mencintai umatnya..tapi tidak dibalas.. sedih.. amat sedih baginda disana melihat keadaan umatnya.. :-(
bermula disini..sama2 kita muhasabah diri sendiri..ditujukan buat aku yang terutamanya.. rasa diri terlalu jauh dari baginda..banyak larangan baginda y dilakukan.. terasa malu..sangat malu di satu saat nanti,di akhirat.. malu untuk berjumpa baginda Rasulullah.. kerana diakhirnya, syafaat baginda juga y kita minta untuk menampung pahala entah berapa kita dapat selama ini.. tapi,adakah baginda akan memberi syafaatnya?? ibarat kita..tiba2 ad seseorang y datang minta bantuan dari kita..sedangkan kita xkenal siapa dia..ataupun dia yang telah melupakan kita,menghancurkan hati kita,membuatkan kita sedih..adakah ad bantuan untuk si dia?? di kesempatan ini renung2kan diri kita sedalam2nya..(aku terutamanya)... terkesan anda bila baca kisah ini??....

Pagi itu, walaupin langit telah mula manguning, namun burung- burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.Pagi itu, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas menyampaikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku, aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku." 

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datnG, saatnya telah tiba. 

"Rasulullah s.a.w akan meninggalkan kita semua." keluh hati semua sahabat kala itu. Dan manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian meninggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup sedang di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah dengan keringat yang menbasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya "siapakah itu wahai anakku?" "Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,"kata Rasulullah.Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampirinya, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian panggillah Jibril yang sebelumnya sudah siap di atas langit dunia menyambur roh kekeasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu."kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya penuh kecemasan.

"Engkaub tidak senang mendengar khabar ini?"tanya Jibril lagi.
"Kahabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"tanyanya.
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

Saatnya semakin dekat Izrail melakukan tugas.Perlahn roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini......." perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku.hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?"tanya Rasulullah kepada malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?"kata Jibril

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidaktertahan lagi.

"Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpakan semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendakmembisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan ke wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Umatku! Umatku! Umatku!" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran. Kini, mampukah kita mencintai seperti baginda mencintai umatnya?





p/s- andai Rasulullah berada disisi aku sekarang...ya Allah terlalu malu untuk memandang baginda.. malu yang teramat...apa yang dikatakan kepada baginda??kita ibarat kekasih yang curang..curang dengan kasih sayang n cinta baginda kepada kita yana xberbelah bagi.. t_________t ..yaAllah berikanlah petunjuk, jalan untuk aku   melangkah kearahMu walaupun hanya mampu merangkak,bertatih..amin~~

Friday, January 27, 2012

kekuatan yang perlu dicari

kekuatan tu bukan untuk ditunggu..
tapi perlu dicari..
untuk berubah..kita perlukan kekuatan..
sape xnak berubah kearah yang lebih baik..
tapi..alasan demi alasan tercipta..
xde kekuatan..xsmpai seru..xdapat hidayah..
tapi semua tu kita kena cari kan..
cari kekuatan untuk berubah...
seru,hidayah..semua tu dah ada..just buka mata buka hati..

aku sangat2 kagum pada orang y mampu berubah..
dari kehidupan yang jahil,lalai.
tapi..dia berjaya merubah hidupnya...
untuk lebih mendekatiNya..
bagaimana dia kuat?? kuat untuk melupakan semuanya?
kuat untuk meninggalkan hiburan y hanya membawa kelalaian semata2??
aku cuba..pernah mencuba...
untuk meninggalkan semua ni..
bukan xmampu..kita semua mampu..
tapi degil..ego..angkuh...menidakkan perkara yang haq..
menipu hati sendiri...

hati kita pada asalnya sangat suci..
hati hanya untuk Dia yang mencipta..
tapi kita?? 
kita yang membawa dia ke lembah kekotoran..
menghitamkan hati yang bersih...
mengeraskan hati yang lembut...
andai dia mampu bercakap...
sudah tentu hati ini akan meminta kita untuk tidak menyiksanya..
hati yang rindu..rindu untuk kembali kepada Penciptanya..
hati yang rindu untuk kembali ke fitrah asalnya..
ibarat kita..yang berjauhan dengan ibu bapa..keluarga..
rindu untuk bertemu..rindu untuk kembali pada tempat asal..
tapi..hati itu milik insan yang sombong..

enggan membawa dia pulang ke tempat asal..
yang hanya tahu mencari kepuasan diri sendiri..


sama2 lah kita..
sedikit demi sedikit..
cubalah wahai diri....
untuk membawa hati dan roh kita kembali kepada asalnya..

Monday, December 26, 2011

persoalanku selama ini

akhirnya..dapat jugak maklumat pasal kod E kat makanan tu..
dah lama kan isu ni..masa aku sekolah menengah lagi..dalam form4 g2..
member2 kata makanan y ada kod E xleh makan..tp mcm confius,sebab blh dikatakan semua makanan ada kod E ,just no blakang tu je y lain.. n ad plak logo halal.. lagipun aku try surf2,xjumpe plak bukti y sahih n maklumat dari pihak y berkenaan pasal ni..xtahu,nk yakin padal logo halal tu n berserah pada JAKIM, atau mengambil langkah berhati2 tinggalkan semua makanan y ada kod E. hari ni baru dapat inform.. so,sama2 kita baca n fahami...


copy paste :

ISU KOD 'E' DALAM RAMUAN MAKANAN DAN MINUMAN


Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga ke hari ini..


Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. 


Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.


E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920


Kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:


Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.


E110: dari sumber chemical


E120: dari summer serangga


E140: dari sumber tumbuhan


E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet


E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.


E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.


E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.


E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.


E234: Nisin; dari sumber microbe.


E280: Propionic Acid dari sumber chemical.


Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:


E153: carbon black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan 


E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan dipastikan mempunyai sijil halal dan spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil bahan tersebut terlebih dahulu atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia sebelum disahkan halal.


Jelasnya, tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “dipermainkan” dengan isu sebegini.


Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh pihak-pihak berkepentingan.


Bahan ramuan yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).


Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.


Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.


Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.


Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.


Manfaat ini TIDAK TERHAD kepada babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).


Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.


Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Yang paling penting Pastikan Ada Logo Halal Jakim...




sumber: https://www.facebook.com/HalalJakim/posts/340801009265682 ,,

Write

 Assalamualaikum. It's not comeback i think. Hanya mencuba untuk menulis kembali. Aku start blogging since 2009/2010 rasanya. Lepas SPM,...