Struggle ni semua dari kita yang lemah ni memang ada. Struggle ialah bagi aku sesuatu yang kita cuba usahakan, untuk jadikan lebih baik, untuk tingkatkan lebih baik dan untuk kekalkan dalam keadaan baik. Macam2. Pekerjaan kita, dari segi belajar, hubungan cinta rumahtangga ke dan juga paling penting struggle keimanan kita.
Jangan lah kata korang tak ada struggle,hidup relax jee.. kalau tak ada bab lain, bab keimanan tu konfem masing2 ada. Kalau tak ada tu maknanya korang tahap wali lah kot.. wali Allah pun mungkin ada. Jadi janganlah kita nak bohong lah hidup kau tenang setenangnhya, sentiasa istiqomah dan sentiasa hebat.
Sekarang ni macam2 isu. Artis tu buang tudung, artis ni pakai tudung tapi seksi, yang tu minum arak, clubbing dan macam2 lagi lah. Aku nak komen lebih2 pun tak pandai dan tak rasa diri ni betul dan layak nak komen. Memang kita kena tegur,sampaikan kebenaran..tapi bukan komen2, bawang membawang yang tak akan ada kebaikkan buat mereka. Benda ni berkait dengan apa yang aku intro kat atas tu " THE STRUGGLE".
Struggle kita lain2. Bagi kita or sape2 lah yang membesar dalam keluarga yang baik,sopan tutur kata, memang tak akan boleh nak keluarkan dari mulut perkataan kurang sopan..even yang ringan2 kita rasa macam bodoh ke gila ke. Apatah lah nak membangsat dan mensialkan. Bagi yang dah biasa dibesarkan dengan persekitaraan komunikasi macam tu bagi dia biasa sahaja mencarut tu. Dan bila dia nak berubah, untuk ubah tu ambil masa even pakaian dah berubah muslimah abiss..siap berpurdah sekalipun. Tapi saki baki benda2 yang biasa kita buat tu payah nak buang terus. Tapi kalau dia usaha, insyaAllah ada ganjaran hebat dari Allah.
Sama juga dengan pakai tudung. Kita dari kecil dididik pakai tudung. Mak kakak nenek kita pakai tudung. Jadi bila dah besar automatik kita pakai, tak rasa beban tak rasa janggal. Tapi faham tu belum tentu. Ada yang diberi kefahaman, pengajaran sebab2 kena pakai, untuk tutup aurat, apa itu aurat dan lain2 penjelasan yang detail, yang buatkan kita yakin akan hikmah kebaikkan Allah perempuan pakai tudung, cover aurat2 lain tu. Tapi ada juga yang sekadar mengikut.,orang pakai aku pakai lah, tanpa faham kenapa. Tapi kedua2 situasi tu tetaplah mereka itu pakai tudung, boleh cover aurat dengan less struggle sebab persekitaran yang membantu. Dia tak rasa nak buka balik, nak seksi2 ke apa. Melainkan selepas tu ada dorongan luar lain macam pengaruh kawan, kejutan budaya ke apa..itu masalah lain, cerita masalah sosial tu. Tapi dari segi dalaman tak ada tekanan untuk dia tutup aurat dengan baik.
BUT aku juga sangat respect pada orang yang boleh buat benda yang dalam lingkungan dia tak ada yang buat, kecuali dia. Contoh la kan, seorang artis tu dia start bertudung dulu, tapi family dia tak. Even mak dia pun tak pakai tudung. Adik beradiknya tak pasti sebab bukan fan sgt pun nak cek family background..just suka lakonan dia. Tapi rasanya yang mana pernah tengok tak ada yang pakai..mungkin sorang dua yang aku tak tahu. Wallahualam. Tapi still, dia kuat pakai..dalam keadaan MAK dia sendiri tak pakai. Sekarang wallahualam aku tak pasti dah pakai ke belum mak dia tu. Ni yang aku tengok 2,3 tahun lepas. Tak kisah lah bab tu, tapi point nya, kesedaran dia nak tutup aurat tu ada. Hidayah ada..rasa,impian nak buat apa yang Allah suruh tu ada. Alhamdulillah.
Bukan aku refer pada seorang artis tu sahaja, tapi semua lah..artis ke, instafamous ke, orang biasa ke. Tetap Hebat lah dorang boleh buat apa yang orang terdekat dia tak buat(yang baik2). Tapi, ramai jugak yang kecundang. Balik asal macam dahulu..buang tudung ke, pakai seksi balik kan, tinggal solat ke atau apa2 lah. Benda tu berlaku bagi aku macam2 sebab. Tapi salah satunya sebab kurang sokongan lah. Sebab dia tak keluar dari lingkungan dia yang kurang membantu tu. Bukan tak boleh terus berkawan dengan kawan2 tu, tapi at the same time kalau kita nekad nak berubah..keluarlah cari lingkungan yang lebih positif, yang boleh guide, bagi semangat untuk kita kekalkan apa yang kita buat tu.
Ok,ni aku tak kata orang lain. Termasuk diri aku sendiri jugak. Yang utamanya lah..diri kita ni pun banyakk yang tak betul jugak. Nak hafal al quran, carilah kawan yang tengah menghafal jugak,bukan duk lepak nga kaki game sahaja (boleh lepak jugak dgn diaorang tu,bkn kena putus kawan ). Kalau nak kurus carilah member or group diet support. Bukan duk 24jam dengan member yang hantu kek.
Kadang2 tu bila berlaku sesuatu perkara yang kurang baik atau kurang disenangi, kalau kita bukan ahlinya untuk membetulkan. Baiklah kalau kita ni tengok,hayati dan ambil hikmah disebaliknya. Tapi tak boleh jugak kita support je benda jelas2 yang tak baik. Tak boleh cakap, ok lah tu..tak hipokrit. Tak apa tak pakai tudung pun, tak apa pergi clubbing hisap rokok minum arak pun..asalkan tak kacau hidup orang. Asalkan hati baik. Tak boleh jugak keluarkan ayat2 begitu..kalau apa yang dia buat terang2 salah dalam agama. Tapi sebaiknya bagi aku yang bukan ahli, diamlah dari mencemuh pada dia. Dan diamlah juga dari memuji untuk dia. Kalau betul2 sayang saudara seagama,doakan. Untuk dia dan kita semua. Ambil hikmah,,pengajaran. Untuk kita baiki diri kita ni dulu. Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment