Ikhlas tu payah nak sembang.
Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?
Entah lah.
Selalu...aku takut dengan setiap kata2, nasihat, pandangan aku bagi dekat orang. Bukan takut dengan kesahihan ayat2 aku tu. Sebab memang kita akan cakap, ini pandangan..sekadarnya. belum tentu betulnya.
Yang aku takut yang utamanya ialah...niat, hati aku dalam berkata2.
Adakah kata2 itu betul untuk meringankan beban teman atau nak test kebijaksanaan diri atau nak tunjuk lagak. Aku hebat.
Tanya diri..dengan iman dan akal waras, dah tentu lah, kita nak setiap yang kita sampaikan tu biar sampai sebetulnya ke hati kawan. Biar dapat manfaat. Sama2 dapat kebaikkan darinya.
Andai tak dapat nak selesaikan problem tu, dapat ringankan jiwa yang kacau tu pun dah syukur.
Tapi...hati ni, kita susah nak tembak. Susah nak jangka. Apa yang sebenar dalam hati kita. Hati ni dia tak ikut kata iman.. nak ikut akal lagi lah angkuh. Disimbah api syaitan...perasa nafsu, lagi sedap dia berbolak balik. Sedap nak angkat diri. Sedap nak kata bagusnya aku.. sedap jugak nak ketawakan orang, haaa..padan muka kau. Nauzubillah. Moga terhindar hati2 kita, hati aku yang utamanya,,dari sifat,bisikan macam tu.
Semoga tiap bait kata..ayat. melalui lisan atau tulisan kita ini, semuanya dari hati yang benar2 ikhlas..kerana Allah, kerana mahu memberi manfaat kepada semua. Andai ada terlintas, tersimpan perasaan riak tu..sengaja atau tidak..moga Allah ampunkan dosa2 kita. Kadang kita tak perasan.. tak sedar perasaan tu. Sebab tu kena selalu check. Sekarang, kalau kawan ada mengadu apa2, ada mintak pandangan, luahkan perasaan ke... aku cuba yang terbaik untuk ringankan beban dia. Dan dalam masa yang sama...kena check selalu hati. Lepas tu tanya balik niat.,hati. Ada unsur2 yang tak elok ke tak..ada niat yang menyimpang ke tak.. kalau ada istighfar banyak2. Sebab kalau ikut fitrah, kita sentiasa mahukan kebaikan...tak ada yang nak jadi jahat.
Allah selalu hantar pada aku kawan2 yang selesa untuk bercerita pada aku. Yang bujang..kahwin, masalah macam2. Masalah kerja.. masalah keluarga..masalah kekasih..masalah rumahtangga..ipar duai..mertua. macam2. Selalu aku tanya diri sendiri, apa sebenarnya. Kenapa aku?? Syukur, suka kalau kawan selesa dengan aku. Tapi dalam masa sama, takut andai timbul kemudaratan pada hati aku sendiri. Tapi, semuanya mungkin Allah nak aku sentiasa check hati aku ni.. nak aku sama2 bermuhasabah. Nak aku ambik pengajaran dan pengalaman. Ada juga, ujian yang aku hadapi dalam hidup ni, aku rasai terlebih dahulu dari mereka. Jadi bila dorang bercerita,,aku boleh faham. Itu mungkin lah hikmah..ujian yang Allah bagi pada aku. Sebab tu Kena selalu tengok dari sudut positive setiap apa yang berlaku pada kita. Harapnya, dengan sentiap perkongsian yang aku bagi buat kawan2,.moga tenang, ringan bebannya.. dan ringan jugak beban aku, jalan aku..moga dipermudahkan urusan aku dunia dan akhirat. Aminn.
Buat kawan2...atau mungkin reader yang ada baca ni. Feel free to find me.. untuk cerita apa saja. Nak kongsi apa je yang korang tak settle nak hadap sorang. Aku suka berkata2... suka meneturalkan keadaan dan fikiran korang. Suka untuk bagi semangat.suka berfalsafah ikut rasa sendiri yang aku rasa ok untuk hati korang hadap. Suka..bila orang msj balik aku and ucap.. "thankss" "terima kasih". Itu je.
Moga2...Allah jaga hati aku.,hati kita. Segalanya kerana Allah. Aminn. Doakan aku.
No comments:
Post a Comment