Tuesday, August 30, 2016

Baik kena kutuk, burukmpun kena kutuk. Korang nak apa??

Cerita viral lagi.
Aku sebenarnya taklah layann sangat gosip dan cerita artis ni. Sebelum ni laa. Dulu zaman remaja memang semua artis tahu. Dari umur 10tahun ke belasan tu memang tiap bulan beli majalah mangga, urtv, HI.lagi apa lg.. sekarang ada lagi tak eh majalah2 tu??
Tak sedar jugak bila masa aku stop semua tu. Dan tak lagi berminat nak ambik tahu, nak kenal dengan dunia hiburan malaysia. Drama, filem baru kuar kalau best aku layaann. Lagu best kuar aku dengar. Tapi sape pelakon, penyanyi nya aku tak kenal. Mungkin kenal setakat nama lah kotl
Sape penyanyi baru semua tak kenal.
Aimam tino sape? Aku tengok suggestion vid kat youtube. Hahaha. Now aku banyak tahu juga sebab banyak layan FB sejak habis blaja ni. Haha.. faham2 la fb sekarang banyaakk pages, and kisah viral kisah artis banyak di muat naikkan kat pages tu, lalu kat wall aku..menarik baca la. Kadang2 tak buka baca full pun, tapi tengok headline tahu la, artis tu cerai, yang ni kawen la apa. Tapi baca setakat baca jela.

Oh, sebelum tu nk crite pasal Sufian Suhaimi. (Betul kn nama dia ni??). Ramai orang duk share2 lagunya. Tngok kat IG budal U aku duk share lagu lirik lagu dia semua.
K.. ak ada la dengar dalam radio2 tu. Tapi dia dari mana?? Bila masa popular?? Huhu. Pastu terrtengok rancangan apa ntah kat astro 2mnggu lepas ada intview dengan Sufian Suhaimi ni, then ada dia sebut pasal unisza. Ingat aku salah dengar. Pastu try search, laaaa....budak U aku ke?? Nape tak kenal. Mungkin aku pernah terserempak nga dia tu.haha. sebab dia dalam batch aku juga la. Kat unisza group nyanyi y aku tahu MAHAMERU (xsure eja), je. Tak pasti adakah Sufian Suhaimi ni dalam group tu or x. Sebab aku kenal nama group n tengok dorang perfom sesekali je. Xtahu ahli dan cam rupa.

Aku nak tulis pasal kes Uqasha Senrose sebenarnya. Uqasha aku xpasti yang mana satu, sebab ada sorang ag kan kakak ke adik dia Nelydia senrose tu. Aku tengok yang dalam citer Jebat tu, tajuk ape ntah. Ada nampak kuar drama muka gitu, tapi tak tahu akak ke adik. Haha. Yang kes Uqasha ni korang pun tau kan. Alaa, yang dia bertudung then now tak nak bertudung dah sebab dia tak nak hipokrit,katanya dia pakai tudung selama 3tahun ni kalau dia buat salah orang akan kaitkan dengan tudung dia. Dia start pakai pun sebab dia putus cinta. Kalau ikut hati kita nak kata of course la kan boleh kata apehal minah ni, buka tutup tudung, tahu dah benda baik dan wajib dan pelbagai kecaman lain lagi boleh bagi. Tapi, aku tak lah kata nak sebelahkan dia. Dan aku tak terrarik mana pun dengan kisah tu, dah bukan lah concern sangat aku nak tulis kat blog ni. Yes, aku tahu itu hal besar dalam agama, kes macam persendakan agama sebab nak buka tutup tudung ni. Tapi aku kurang dan malas nak judge sesuatu yang aku tak duk dalam tu, aku tak rasa benda tu.

Aku just terrtarik nak tuliss sebab baca komen netizen jee. Adoii lah, macam2. Aku rasa aku ni tak lah baik mana jugak, mulut kata orang jugak, jari pun tulis benda gosip gak. Tapi belum lah tahap nak mencaci,hina, kafirkan segala. Takutt baca komen2 tu. Ramai sebenarnyaa manusia yang suka tulis tanpa fikir ni kan. Tanpa rasa bersalah pulak tu. Sometimes, benda negatif berlaku, ya tetap salah, tapi kita yang mengawal otak, akal, jari kita ni. Kita boleh turn tu positif. Bukan nak suruh kata benda tu baik, xpelaa dia nak jadi diri sendiri, tak ada paksaan dalam agama la apa. No, aku tak suruh kata macam tu. Tapi why nott, kita tengok, baca dan doakan untuk dia kalau kita tak ada kuasa nak ubah tu. Duk mencaci tu adakah orang tu akan baca komen kita dan terrsedarr lalu berubah?? Oh, big no aku rasa. Kita manusia susaah nak terima kata cacian ni. Seseorang tu takkan berubah dengan baca makian ni.

Kita dibesarkan, dilahirkan dengan suasana berbeza. Yang dari kecik brtudung tak de hal, dia tak rasa struggle orang yang fre3 hair, tiba2 bertudung di usia remaja, dewasa atau yang dah beruban baru bertudung. Cabaran walaupun nampak senang. Sedap sangat kita mengata, tapi kita tak faham, tak tengok, tak rasa cabaran dia hadapi tu. Aku pun tak dapat nak rasa. Sebabnya aku bertudung dari kecik. Taklah kecik mana, tapi darjah 2 dah start bertudung walau buka tutup. Darjah 3,4 tu dah istiqamahh la kot bertudung tiap kali kuar rumah. Tapi kat rumah orang datang free hair jugak, haha. Till kita semakin besar, semakin banyak blaja baru slowly progress tu. Pakai tudung time orang datang. Nak turun sidai kain pakai tudung. Sebab mungkin aku membesar, melalui hari2 aku dengan suasana begitu. Habis sekolah rendah, pergi sekolah men agama, habis sek men, masuk universiti latar blakang islamic. Thats why, aku tak ada cabaran tu. Cuba kalau lepas sek aku masuk bintang kecil ke, jadi pelakon cilik ke. Adakah dapat rasai revolusi itu. Dan anda, anda jugak lah..yang Alhamdulillah tutup aurat dengan baik kan? Kalau sebelum ni anda free hair dan mula berhijab tentu anda faham perasaan orang tu to be specific Uqasha. Bukan tak bagi tegur, boleh silakan. Tapi betul ke cara teguran tu sampai sumpah seranah, penuh perlian. Hati sape nak lentok dengan kata2 begitu?

Cerita pasal teguran ni plak. Tadi scroll2 tengok lah ada pulak sorang ustaz Imam muda ni bagi teguran lembut, terbuka buat Uqasha. Aku bukak, baca sikit je..pastu serabut dengan iklan, kuar banyak terus tutup dari ak duk klik pangkah tapi buka iklan, sebab dah boleh agak la the whole isi cerita tu. Malas ambik tahu, tapi sekali lagi lalu kat newsfeed yang di viralkan oleh pages lain plak. Aku bukak komenn bawah tu. Fuhhh.. ponnn teruk kena hentam ustaz tu. Tak boleh digest otak aku ni, bukak salah dah tentu2 kena hentam. Buat baik pun kena. Kononn la dorang duk kata saje ustaz tu tulis gitu nak ngayat Uqasha, nanti Uqasha jatuh cinta, pastu ada kata sebab Uqasha cantik, muda.. cuba kalau orang tua or yang tak berapa hot buat, tak ada pun ustaz2 muda ni nasihat segala. Wah..wahh banyak sangat la tafsirannya. Sungguh tak faham, siapa la kau eh nak tahu orang tu niat betul nak nasihat atau nak mengayat. Why..why..? Aku pun tak baik jugak, kadang2 n selalu pun ada terlintass benda2 gitu kat hati ni, biasa la manusia. Faham. Lintasan hati kita nak kata, ek eleh ustaz ni, nak masuk line lah tu. Ya, ada. Tapi perlu ke kita ambik lintasan hati kita dari syaitonnni rojim tu and spit outt, tulis kata macam tu,beribu orang baca. Perlu?? Perasaan kita nak kata bukan2 tu aku faham. Tapi cuba la..sama2 kita ubah diri, pemikiran kita. Nak tulis fikir dulu. Nak type tu reflek diri dulu.

Adakah mental, akal, roh kita ni semakin tenat?? Atau memang wujud dari dulu manusia macam ni tapi sebab sekarang zaman viral, keyboard warrior maka nampak lah semakin menjadi2. Ok lah, ni masalah berat la kot. Aku cuba bagi kes simple je lah. Ada video lawak pasal budak2, baby ke.. ada satu aku tengok ibu dia rakam anaknya girls dalam 4,5 tahun nangis2 sebab tak nak adik dia baby dalam 8,9 bulan kot membesar, dia kata adik dia too cutee, i did not want him to grow up. Eh, itu video lawaakk la wehh. Ada oranggg caci, kata mak dia manjakan lah, anak kena diajar realistik. What?? Kenapa serius sangat weh. Pastu ada vid yang budak laki nangiss sambil bawak nasi/beras, nasi tu kena patuk ayam. Aku rasa tu beras, memang mak dia nak kasi ayam. Budak tu pegang dan duduk je, ayam datang patuk. Dia nanges ak x sure samada dia takut ayam atau sebab lain. Nampak macam tak takut, lebih pada dia geram ayam makn beras tu. Budak kot.watever la sebabnya.. tetap benda tu funny..untuk kita suka2. Budak kot, memang budak ni comel, cute..dia buat apa pun kita rasa nak ketawa, tenang. Tapi bila kes se simple macam tu pun ramaii orang duk bagi baddd, negatif komen, aku tak tahu nak kata apa dah dengan masalah pemikiran orang2 ni. Buruk kena hentam, buat baik kena hentam, buat lawak pun kena hentam. Korang nak apa sebenarnyaaaa????

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...