Wednesday, August 31, 2016

Merdeka 59

Assalamualaikum.

Selamat bercuti semua. Ada yang kerja ke harini?
Sambut merdeka kat mana?

Cerita pasal merdeka, rasanya lama kot aku tak sambut merdeka ni. Tetap lalui 31 Ogos ni, doakan untuk keamanan negara Malaysia kita. Tapi sambutan betol2, kibar bendera, nyanyi lagi 31 ogos ke, join pesta, konsert, apa2 majlis pasal merdeka memang lama tak buat. Last,masa sekolah kot.
Yang last aku ingat dalam form2 sebab ada gambar.
Lepas tu akh tak pasti lah, samada aku joim atau tak.
Sebab..kemungkinan besar time form3,4,5 tu aku tak g sekolah time sambutan. Hahaha.

Tapi kan, akj tak tahu lah mungkin sebab aku je yang dah lama tinggal sekolah, rasa macam semangat nak raikan merdeka tu dah hilang,kurang. Jangan salag faham, sayang dan cinta pada tanah air tetap ada, sentiasa. Tapi semangat meraikan tu.
Mungkin kat U kita tak de program ni secara khusus. Kalau ada pun sape je pergi?baik membuta je kan semua.
Kalau kata wajibbbb ada merit sekali pun, budak mana je yang pedulik, lantak lah. Sebab masing2 dah besar, ada aktiviti masing2.tak sambut merdeka pun, g lepak2 je.

Kalau dulu zaman sekolah, sek rendah terutamanya, memang semangaatt. Suka time sambutan. Sebab tak yah belajar, pastu dapat nyanyi lagu jalur gemilang tu, lagu buruh nelayan dan juga petani.. haha. 2 lagu tu memang besttt, tak de tandingan. Lagu2 untuk merdeka yang kuar sekarang, tak kuat soul patriotik tu. Kalau yang sedap di dengar pun sehati sejiwa tu. Tak tahu, mungkin dulu zaman kita kecik, fikiran kita nerd bersih, ikut je apa orang kata, cikgu cerita pasal sejarah merdeka, kena buat itu ini, kita semangat buat.  Bila dah besar, kita banyak belajar sendiri, baca sendiri, banyak tahu benda2 yang lebih besar isunya. Tak kata sejarah merdeka ada penipuan, tidak, aku salute sangat pada pejuang2 kita. Atuk nenek kita perjuangkan tanah air ni. Moyang aku pun ada terlibat dulu, diceritakan, dia bina kubu time berlawan dengan Jepun, pernah juga pergi kena kerah kerja dengan Jepun. So, bila dapat merdeka memang patut kita syukur banyak2. Thanks pada yang bermandi darah, peluh, nyawa semua tu nak bebaskan tanah air ni. Aku suka gak tengok citer patriotik, Leftenan Adnan, bukit kepong, Embun.

But, now...ntah lah. Rasanya banyak campur tangan dalam politik. Aku fed up dengan benda tu sebenarnya. Segalanya di politikkan. Tak kira mana parti pun, sama je. Muak rasa. Ramai yang tak bersatu hati. Sebab lain politik, yang sana kata pada siji. Yang sini hentam sana. Bukak tv, paper cerita sengketa politik yang tak ada sudahnya. Rasa macam, why laaaa Malaysia ni gini. Huhu. Tapi tetaplaah, aku sayang Malaysia. Dan doakan moga negara ini sentiasa berkembang maju,  pesat tanpa meninggalkan agama iaitu Islam. Dan lebih penting moga lebih bertamadunn, berakhlak baik2 semua rakyat ni. Kita lah, dan aku juga. Merdeka kan dari mafsu, syaitan dan perkara yang tak baik. Sama2  jadi lebih baik.


11 tahunn yang lampaui. Haha.kena pakai baju kurung dan baju melayu warna merah time sambutan ni. Nasib baik baju aku banyak merah. Meriah dulu zaman sekolah, hias2 kelas semua tu. Tampal gambar bendera.




Suka sekali sambut merdeka. Suka sebab tak yah belajar, pastu dapat masuk dewan tengok persembahan dan jumpa crushh banyak kalii. Chissss.. haha

.
.
.

Pssstt..malam tadi aku mimpi. Aku ada laki, tapi macam mat salleh. Hahahaa.. mat salleh mana la yang nak tu kan. Tak pasti la sebab tak berapa jelas. Tapi aku tenang je tengok dia, dia solat, buat baik. Macam pernah tgk and kenal laki tu. Tp aku xingat. Samada laki ak jmpa real life ni or artissss dlm drama,movie. Haha. TAPIìiiiiiiii.......!!!!!!yang kacau sikit bila aku rasaa la aku cam jadi bini no2 dia je. Kah2. Sebab ada sorang prmpuan tu selalu dgn aku, cam bini no1 dia. Tp baikkk sgt wehh ppuan tu. Haha.. mimpi sekadar mimpi jela. Kadang2 mimpi aku ni menjadi, tapi bukan mcm sebijik dlm mmpi tu, tp dia twist sikit. Contoh aritu ak mimpi member aku si C pakai purdah. Esoknyaa, si C ni whatsapp kata dia jmpa member kelas aku yang lain si M pakai purdahh. Nampak?? Story tu ada, sama. Tapi dia twist sikit gitu. 

Tuesday, August 30, 2016

Baik kena kutuk, burukmpun kena kutuk. Korang nak apa??

Cerita viral lagi.
Aku sebenarnya taklah layann sangat gosip dan cerita artis ni. Sebelum ni laa. Dulu zaman remaja memang semua artis tahu. Dari umur 10tahun ke belasan tu memang tiap bulan beli majalah mangga, urtv, HI.lagi apa lg.. sekarang ada lagi tak eh majalah2 tu??
Tak sedar jugak bila masa aku stop semua tu. Dan tak lagi berminat nak ambik tahu, nak kenal dengan dunia hiburan malaysia. Drama, filem baru kuar kalau best aku layaann. Lagu best kuar aku dengar. Tapi sape pelakon, penyanyi nya aku tak kenal. Mungkin kenal setakat nama lah kotl
Sape penyanyi baru semua tak kenal.
Aimam tino sape? Aku tengok suggestion vid kat youtube. Hahaha. Now aku banyak tahu juga sebab banyak layan FB sejak habis blaja ni. Haha.. faham2 la fb sekarang banyaakk pages, and kisah viral kisah artis banyak di muat naikkan kat pages tu, lalu kat wall aku..menarik baca la. Kadang2 tak buka baca full pun, tapi tengok headline tahu la, artis tu cerai, yang ni kawen la apa. Tapi baca setakat baca jela.

Oh, sebelum tu nk crite pasal Sufian Suhaimi. (Betul kn nama dia ni??). Ramai orang duk share2 lagunya. Tngok kat IG budal U aku duk share lagu lirik lagu dia semua.
K.. ak ada la dengar dalam radio2 tu. Tapi dia dari mana?? Bila masa popular?? Huhu. Pastu terrtengok rancangan apa ntah kat astro 2mnggu lepas ada intview dengan Sufian Suhaimi ni, then ada dia sebut pasal unisza. Ingat aku salah dengar. Pastu try search, laaaa....budak U aku ke?? Nape tak kenal. Mungkin aku pernah terserempak nga dia tu.haha. sebab dia dalam batch aku juga la. Kat unisza group nyanyi y aku tahu MAHAMERU (xsure eja), je. Tak pasti adakah Sufian Suhaimi ni dalam group tu or x. Sebab aku kenal nama group n tengok dorang perfom sesekali je. Xtahu ahli dan cam rupa.

Aku nak tulis pasal kes Uqasha Senrose sebenarnya. Uqasha aku xpasti yang mana satu, sebab ada sorang ag kan kakak ke adik dia Nelydia senrose tu. Aku tengok yang dalam citer Jebat tu, tajuk ape ntah. Ada nampak kuar drama muka gitu, tapi tak tahu akak ke adik. Haha. Yang kes Uqasha ni korang pun tau kan. Alaa, yang dia bertudung then now tak nak bertudung dah sebab dia tak nak hipokrit,katanya dia pakai tudung selama 3tahun ni kalau dia buat salah orang akan kaitkan dengan tudung dia. Dia start pakai pun sebab dia putus cinta. Kalau ikut hati kita nak kata of course la kan boleh kata apehal minah ni, buka tutup tudung, tahu dah benda baik dan wajib dan pelbagai kecaman lain lagi boleh bagi. Tapi, aku tak lah kata nak sebelahkan dia. Dan aku tak terrarik mana pun dengan kisah tu, dah bukan lah concern sangat aku nak tulis kat blog ni. Yes, aku tahu itu hal besar dalam agama, kes macam persendakan agama sebab nak buka tutup tudung ni. Tapi aku kurang dan malas nak judge sesuatu yang aku tak duk dalam tu, aku tak rasa benda tu.

Aku just terrtarik nak tuliss sebab baca komen netizen jee. Adoii lah, macam2. Aku rasa aku ni tak lah baik mana jugak, mulut kata orang jugak, jari pun tulis benda gosip gak. Tapi belum lah tahap nak mencaci,hina, kafirkan segala. Takutt baca komen2 tu. Ramai sebenarnyaa manusia yang suka tulis tanpa fikir ni kan. Tanpa rasa bersalah pulak tu. Sometimes, benda negatif berlaku, ya tetap salah, tapi kita yang mengawal otak, akal, jari kita ni. Kita boleh turn tu positif. Bukan nak suruh kata benda tu baik, xpelaa dia nak jadi diri sendiri, tak ada paksaan dalam agama la apa. No, aku tak suruh kata macam tu. Tapi why nott, kita tengok, baca dan doakan untuk dia kalau kita tak ada kuasa nak ubah tu. Duk mencaci tu adakah orang tu akan baca komen kita dan terrsedarr lalu berubah?? Oh, big no aku rasa. Kita manusia susaah nak terima kata cacian ni. Seseorang tu takkan berubah dengan baca makian ni.

Kita dibesarkan, dilahirkan dengan suasana berbeza. Yang dari kecik brtudung tak de hal, dia tak rasa struggle orang yang fre3 hair, tiba2 bertudung di usia remaja, dewasa atau yang dah beruban baru bertudung. Cabaran walaupun nampak senang. Sedap sangat kita mengata, tapi kita tak faham, tak tengok, tak rasa cabaran dia hadapi tu. Aku pun tak dapat nak rasa. Sebabnya aku bertudung dari kecik. Taklah kecik mana, tapi darjah 2 dah start bertudung walau buka tutup. Darjah 3,4 tu dah istiqamahh la kot bertudung tiap kali kuar rumah. Tapi kat rumah orang datang free hair jugak, haha. Till kita semakin besar, semakin banyak blaja baru slowly progress tu. Pakai tudung time orang datang. Nak turun sidai kain pakai tudung. Sebab mungkin aku membesar, melalui hari2 aku dengan suasana begitu. Habis sekolah rendah, pergi sekolah men agama, habis sek men, masuk universiti latar blakang islamic. Thats why, aku tak ada cabaran tu. Cuba kalau lepas sek aku masuk bintang kecil ke, jadi pelakon cilik ke. Adakah dapat rasai revolusi itu. Dan anda, anda jugak lah..yang Alhamdulillah tutup aurat dengan baik kan? Kalau sebelum ni anda free hair dan mula berhijab tentu anda faham perasaan orang tu to be specific Uqasha. Bukan tak bagi tegur, boleh silakan. Tapi betul ke cara teguran tu sampai sumpah seranah, penuh perlian. Hati sape nak lentok dengan kata2 begitu?

Cerita pasal teguran ni plak. Tadi scroll2 tengok lah ada pulak sorang ustaz Imam muda ni bagi teguran lembut, terbuka buat Uqasha. Aku bukak, baca sikit je..pastu serabut dengan iklan, kuar banyak terus tutup dari ak duk klik pangkah tapi buka iklan, sebab dah boleh agak la the whole isi cerita tu. Malas ambik tahu, tapi sekali lagi lalu kat newsfeed yang di viralkan oleh pages lain plak. Aku bukak komenn bawah tu. Fuhhh.. ponnn teruk kena hentam ustaz tu. Tak boleh digest otak aku ni, bukak salah dah tentu2 kena hentam. Buat baik pun kena. Kononn la dorang duk kata saje ustaz tu tulis gitu nak ngayat Uqasha, nanti Uqasha jatuh cinta, pastu ada kata sebab Uqasha cantik, muda.. cuba kalau orang tua or yang tak berapa hot buat, tak ada pun ustaz2 muda ni nasihat segala. Wah..wahh banyak sangat la tafsirannya. Sungguh tak faham, siapa la kau eh nak tahu orang tu niat betul nak nasihat atau nak mengayat. Why..why..? Aku pun tak baik jugak, kadang2 n selalu pun ada terlintass benda2 gitu kat hati ni, biasa la manusia. Faham. Lintasan hati kita nak kata, ek eleh ustaz ni, nak masuk line lah tu. Ya, ada. Tapi perlu ke kita ambik lintasan hati kita dari syaitonnni rojim tu and spit outt, tulis kata macam tu,beribu orang baca. Perlu?? Perasaan kita nak kata bukan2 tu aku faham. Tapi cuba la..sama2 kita ubah diri, pemikiran kita. Nak tulis fikir dulu. Nak type tu reflek diri dulu.

Adakah mental, akal, roh kita ni semakin tenat?? Atau memang wujud dari dulu manusia macam ni tapi sebab sekarang zaman viral, keyboard warrior maka nampak lah semakin menjadi2. Ok lah, ni masalah berat la kot. Aku cuba bagi kes simple je lah. Ada video lawak pasal budak2, baby ke.. ada satu aku tengok ibu dia rakam anaknya girls dalam 4,5 tahun nangis2 sebab tak nak adik dia baby dalam 8,9 bulan kot membesar, dia kata adik dia too cutee, i did not want him to grow up. Eh, itu video lawaakk la wehh. Ada oranggg caci, kata mak dia manjakan lah, anak kena diajar realistik. What?? Kenapa serius sangat weh. Pastu ada vid yang budak laki nangiss sambil bawak nasi/beras, nasi tu kena patuk ayam. Aku rasa tu beras, memang mak dia nak kasi ayam. Budak tu pegang dan duduk je, ayam datang patuk. Dia nanges ak x sure samada dia takut ayam atau sebab lain. Nampak macam tak takut, lebih pada dia geram ayam makn beras tu. Budak kot.watever la sebabnya.. tetap benda tu funny..untuk kita suka2. Budak kot, memang budak ni comel, cute..dia buat apa pun kita rasa nak ketawa, tenang. Tapi bila kes se simple macam tu pun ramaii orang duk bagi baddd, negatif komen, aku tak tahu nak kata apa dah dengan masalah pemikiran orang2 ni. Buruk kena hentam, buat baik kena hentam, buat lawak pun kena hentam. Korang nak apa sebenarnyaaaa????

Sunday, August 28, 2016

Nak tutup Instagram. Nak remove friends Facebook

Heloowwww.
Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyarangkan blog ini. Dan cuba untuk update blog walaupun sebulan sekali walaupun jiwa aku mahu update hari hari. Hahaha.

Nak cerita pasal Instagram. Sejak kebelakangan ni memang rasa love hate relationship gitu dengan Instagram tu. Walaupun ramai yang madly deeply lovey dovey dengan IG kan. Haha. Setiap apa kita buat, upload semua kat sana. Apa saja nak tulis, tulis kat sana. Upload video pun bolehh. Mudah, senang.. ya. I need to agree with that. Well...untuk aku pulak, aku banyak benda nak share, jiwa penulisan, penceritaan sangat tinggi. Ada benda aku upload sana, tulis kat sana. BUT, rasa mcam someething not ritee la..rasa macam tak bebas. Ntah la.

Aku jenis yang reserved punya orang. Aku banyak mendengar, membaca. Orang banyak bercerita pada aku. Aku banyak memahami orang. Tapi aku sendiri orang susah nak faham. Mungkin dia rasa faham, tapi tak sebenarnya. Sebab aku banyaakk simpan perasaan, hati aku. Aku sangat berhati2 nak luahkan sesuatu kalau bukan pada orang dan tempatnya. Thats why bila aku menulis di IG, penulisan aku more to blog style. Blog ni bagi blogger memang satu tempat dia la, diari..luahan hati semua. Tak ada siapa nak ambil peduli sangat kan. Tapi IG ni gaya hipster sikit. Haha. Orang duk upload pic2 cantik je, gaya modern, hipster. U know kan?? Haha. Aku bukan dari gaya macam tu. Sebab aku tak kisah pasal gambar cantik ke tidak, ada gambar ke tidak, asalkan aku dapat tulisss. Stress kot kalau tiap kali nak tulis sesuatu, kena up pic yang bergaya hip. Ok, tak wajib pun. Aku pun up gambar biasa2 je. Tak de hal. Tapi itu lah, rasa tak masuk.

Then aku decide nak tutup akaun sebenarnya, tapi of courseee akan hilangg kan gambar2 tu semua. Sayang jugak, sebab dah berapa tahun. Lagipun kat situ jugak nak tengok update member2, makin gemuk kurus ke, dah keje ke kan. Nak private pun susah. Aku fikir from now onwards, pape yang terlintass nak tulis, update aku terus ke blog jelah. Sebab before, aku up sesuatu di fb or IG sebab aku fikir just short comment, short story aku nak tulis, then aku akan masuk blog pasal tu nanti. But noo..tak menjadi macam tu. Status tu kekal disitu jela. Sebab aku dah tulis panjang kat sana. Rasa nak tulis sikit, tapi tak boleh control, terrpanjang jugak. Gitula kot, nak tutup akaun semua tu rasa sayang jugak walaupun aku anggap tu anak angkat je, rumah sewa je. Haha. Pasni IG tu ak cuba lah, just up pic dengan sebaris ayat sahaja. Tanpa huraian, macam tu jugak dengan Fb.

Oh, cerita pasal FB pulak ni. Aku sebelum ni lama dah tak buka sangat fb tu. Tapi lepas habis belajar, start buat bisnes online banyak belajar di FB. Dan cikgu aku tu suruh bina engagemant dengan FB. Maksudnya kena selalu update apa2, nanti senang nak menjual sebab orang percaya kat kita. Huhu. Tapi lama2 buat rasa bukann. Bukan gaya aku. Haha. Sebenarnya fb tu aku cukup suka sebab aku expend kenalan dari galangan geng cassies aku. Alaa..geng korea aku, fandom cassiopeia. Geng lepak2 la kira. And ada fan lain lagi. Tapi dalam linkungan peminat korean tak kira drama or kpop. Aku suka je, bebas update pape. Rasa kawaaann semua. Tapi sejak aku join kelas tu, ak kena add dalam beribu2 jugak lah kawan, yang dalam lingkungan bisnesss. Hari2 buka banyak status pasal bisnes, jual beli, ayat2 acah2 nak remove kalau tak komen or like status dia. Sometimes aku ok, sebab motivasi untuk buat bisnes kan, tapi most of time now aku rasa bukan aku, bukan fb aku. Not meeee.. bukan style aku ni. Ber "sis" sis pulak semua. Ntahlaa. Aku tengah cubaa pikir sebaiknyaa skarang, mana yang terbaik. Samada aku perlu removeeee semua friends tu balik, n back to my normzl life macam dulu. Bersantai2 kat situ je, sambil update citer korea, sometimes boleh jugak buat luahan. Atauu teruskan jelah macam ni, anggap ini fasa perubahan hidup, untuk kemajuan diri..(walaupun aku rasa terlaluu "not me"). Sebab online bisnes aku banyak aku up di IG, dan dapat cust banyak kat sana.

Aku just nak enjoyyy diri aku. Life aku. Buat apa yang aku suka tapi still dalam landasan yang betul. Track yang betul.

Tuesday, August 23, 2016

APA AKU BUAT LEPAS TAMAT BELAJAR PART 1: Tolong orang, Niaga online, duit poket.


23/8/16


.
Story sepanjang 3 bulan lepas belajar ni. (Mungkin panjang, tak baca pun xpe kot)

Maybe rezeki. Arini abis final exam, esok terus orang mintak buat kerja. Dari bulan 2 lagi ikut akak tu g buat research dia. This time turun g fieldwork, ada buat intview, namanya jadi enumerator dan ada upah.Dpt la duit wat beli hadiah kahwin kekawan, bulan6 aritu berderet geng kawen kan. And smpan untk dri sndiri.

Bulan puasa terjebak dgn bidang bisnes.buat bisnes online. Belajar untk niaga, siap msuk kelas blaja marketing, copywriting, storytelling, fbads n mcm2 lg. seronok niaga sbnrnya. time tu lajuu jualannya, musim raya kan. Tak sampai ribu riban, tp cukuplah untk beli biskut raya letak kt rumah. Nk beli sofa baru mmg jauhh lagi.haha. Now slow down sikit n xsmpat nk fokus sbb wat keje lain.Iklan jap, my ig shop @nha_attire dan @nha_foodelicious . Haha.

Then mggu akhir puasa till now buat transkrip untuk tesis senior lain plak.
Ala2 budak suruhan gittew. Xsenang jgak wlau nmpk snang, bnyk kali kene reject, kejar dateline.mcm kije office plak.Haha.
It's ok la. Pengalaman kena kutip banyak2.
Kena mula dari bawah. Suka, sebab smpan cita2 nak blaja tnggi lagi, nak explore dunia researcher ni. Blh jadikan pengalaman n basic.
Gajinya cukup untuk beli kudapan2 buat diri sendiri kuyah2 smbil tengok running man, drama korea dan menambahkan lelemak. haha.

Alhamdulillah, rezeki, walau tak semaju orang lain. ihsan Allah smuanya. So,tak rasa sangat menganggur. And tak mintak duit ayah spanjang 3 bulan ni untk beli keperluan n kehendak diri sendiri. Semua org dpt rezeki masing2 kn?ada yang lebih hebat Lagi. Syukurlah.. Itu (pic)mungkin transkrip terakhir aku buat ni. Lps ni nak buat keje ape plak ya?? Perlu kah esok g pasar beli benih jagung dan balik tanam? Best juga jadi petani. Tapi dah lama tak turun dari istana ni,dan pegang cangkul. :-D
.
.

Still waiting for better chance. And, rasa macam nak try semua keje, smua bidang. Mana2 jela, rezeki semua tu kan.

Untuk kekawan dan diri sendiri moga dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki dan diberkati Allah untuk semua yang kita lakukan. Amin.

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...