Saturday, January 31, 2015

nak rasa manis sahaja, tapi pahit tak nak telan

Ada tak orang yang hidup kat dunia tanpa buat apa-apa?
lahir je family jaga, semua orang buat.. tak sekolah, tak kerja.. nothing..
rehat jela..buat benda-benda yang menggembirakan dia sahaja.
such as tengok tv,makan, tidur, main..apa yang dia suka sahaja..
agak-agak best tak hidup macam tu?

kadang-kadang kita ni asyik-asyik nak rehat je.
buat kerja sikit. nak sekolaha kalau boleh sehari seminggu je.
nak duduk je melepak depan laptop,tv..
pada fikiran kita rasa macam fun sangat..
hidup tak ada masalah.

terasa jugak la nak jadi macam tu.
tak nak tertaklif tanggungjawab.

tapi......akan seronok ke hidup macam tu?
boleh la kot dalam masa seminggu dua..
tapi lama-lama semua tak tahan.
even kau tak kerja, duit tetap masuk pun..
tapi still duduk saja-saja tanpa tujuan meletihkan.

kalau datang fikiran rasa nak give up.
rasa bosan buat kerja,belajar..
then..cuba la fikir, duduk bersenang-senang tu best sampai bila2 ke?

kehidupan yang dilalui dengan smooth sahaja tanpa sangkut walau sikit macam tak normal pulak,
dengan ada dugaan-dugaan tu sikit, pancorobanya..
membuatkan perjalanan hidup kita ada alasan..
ada lenggok,melodinya.. lebih sedap la kata..
nak-nak lepas dapat atasi dugaan tu.. fuhh,rasa bangga giler..

so..bertabahlah.
kehidupan memang macam ni.
cubalah berseronok dengan dugaan,kesusahan,ujian,onak yang datang..
kerana jalan yang lurus sampai ke penghujung membosankan jugak..

hope for the best..esok start sem baru!! bertahanlah..
Esok mungkin pahit,
Sedekad menanti manis,
Mana mungkin rasa manis itu,
andai pahit esok tidak mahu ditelan,.
May Allah ease everything..Permudahkan segala urusan..
moga semuanya baik-baik sahaja..amin

dunia bukan tempat istirehat...
kerna syurga destinasi rehat selamanya..
moga ada tempat untuk kita semua dia sana..amin.

Tuesday, January 20, 2015

have Faith


always...forever...have FAITH in Allah.. He'll give what u want.. maybe this is not the time yet.. but He'll !!!! believe it..  pray and try the best.. may Allah bless us..Amin...

Monday, January 19, 2015

Special AJL

aku tak tengok pun AJL semalam.. tak ada la nak berminat sangat untuk jadi fan setia, tahap WAJIB tengok tu.. dulu2, masa sekolah rendah, sek menengah memang suka..wajib tengok anugerah2 hiburan ni... dah makin lama tu, perlahan-lahan perasaan tu hilang..

tapi pagi tadi awal2 bangun dah dengar cerita pasal ni..kat TV, Radio..duk cerita pasal AJL ni... macam ada kes gempaq je kan... oooo,rupanya yang menang lagu Apa Khabar.. and aku youtube la lagu2 masa AJL tu, tengok yang mana aku suka macam Dayang (memang minat Dayang sejak dulu...), Shila..and lagu Apa Khabar tu.. and y lagu romacinta tu.. dipersembahkan oleh kump.Caliph Busker.. wow!!!..

Pada kesimpulan aku, yang istimewa AJL kali ni,bila lagu rap yang juara dan kump Caliph tu nyanyi ganti penyanyi asal.. dan y jadi istimewa bila penyanyi tu buta.. Allah. Aku tengok kat Wanita Hari Ini, dorang jemput penyanyi tu dan Edry and ada artis2 lain yang menang. tertarik dengar interview dengan penyanyi Caliph Busker yang buta tu.. suara dahla sedap.. ada kelebihan pulak kan..

benda yang aku nak hilite kat sini bukan pasal AJL, nyanyi, suara best ke apa.. tapi pasal KELEBIHAN, yes, semua orang ada kelebihan.. yang kita nampak dia buta..nampak kekurangan dia.. tapi, kelebihan yang ada tu jarang orang nak nampak.. same jugak la kan dengan kita yang normal2 ni..
setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan. kekurangan yang ada itu biasa sebab manusia memang tak sempurna.. tapi jangan lupa Allah kurniakan juga kita kelebihan.. hanya kadang2 tu kita ni yang gagal nk melihat... nampak yang salah sahaja... sebab tu la kan kalau ada apa2 berlaku pasti la nak kutuk dulu,.. tak reti nak berlapang dada, nak lihat hikmah disebalik tu...

so...cuba la, untuk menerima segala kekurangan,kelebihan pada diri sendiri atau orang lain.. Allah jadikan semua tu..pasti ada asbabnya..

Sunday, January 18, 2015

GF outing

Semalam outing dengan my soulmate, Mira.. lama tak jumpa. last masa raya haji kot.. tapi yang sorang lagi tu lagi lama tak jumpa, Tehah..dah duk jauh kan, macam ni la..huhu..

Outing dengan Mira biasa la, niat untuk lepak2, meluahkan perasaan, cerita2 yang terpendam selama tak jumpa ni, yang mana tak dapat nak tulis detail dalam mesej. Tema outing kitaorang semalam ialah MAKAN. haha.. awal2 jumpa, Mira dah cakap, harini kita duduk,makan and borak je.. So, memang betul2 makan jelah.. sampai bandar dalam 10.30. Plan nak masuk fastfood je semua haritu..haha.. Kfc, Pizza...sementara nak tunggu lunch meal kul11, masuk kedai buku dulu.. survey2 novel.. haha.. yaAllah...baru tahu ada novel Bicara Hati 2.. sambungan dari BH 1 dulu.. betapa aku merindui Tengku Syahran and Zahlia and kembar dorang.. my feveret novel ever.. tapi tak beli punn, sebab tertinggal kad diskaun kedai buku Muda Osman tu kat rumah sewaaaa...ya,kat rumah sewa..huh.. boleh je beli macam tu je, tapi tak ada less la.. sayang pulak, haritu baru sambung card SMO untuk 5 tahun, rm15.. novel tu aku boleh dapat less dalam rm3 jugak la..and banyak lagi list novel yang nak beli ni, my feveret authors, Sha Ibrahim, Achik Lana..novel baru dorang dah keluar.. tapi rasanya nak tunggu Bauncer Buku la, sebab novel2 tu tebal semua, harga rm30 keatas.. guna BB1M jelah. Rm100 beli novel, RM100 beli buku ilmiah, RM50 alat tulis..hahaa,mohon percaya.! eh, panjang pulak citer pasal novel...

Back to topic makanan...first,lepak KFC dulu...mulakan sesi meluahkan perasaan..haha..
pastu jalan2 kejap, masuk kedai keluar kedai... kedai kain je,survey2... nak membeli hold dulu..takut x cukup duit nak makan..haha.. sebab target haritu pergi makan je... then solat zohor..
pergi minum Cool Blog, masuk kedai Rm2.. pergi hi tea secret resepi jap.. pekene cake 1 slide...
then.. boleh dikatakan dinner la jugak... masuk PizzaHut.. fuh,kat sini paling best makann..

pastu balikkk....buat balik ayam gunting, tak terus balik rumah.. singgah rumah mira.. aktivit copy mengopy bermula.. copy citer, sembang2, makan ayam gunting..haha...


Saturday, January 17, 2015

Fakta atau Auta


aku 13/12.. so, December..

Ceria: hmmm...ceria tu ada. Aku memang jenis yang suka gelak2, happy je... tapi kalau kata nak ceria 24jam tu...rasanya tidaklah kot.. sebab aku jenis moody.. tapi bukan moody sesaje,ikut suka hati nak moody.. mood aku akan lari kalau sesuatu berlaku yang tak kena dengan aku. Tapi dengan orang tu jelah, aku tak akan kaitkan masalah, kemenyampahan, kemarahan pada orang yang tak berkaitan.. tapi tetapla, aku ok je...buat lawak sikit, then aku senyum, ketawa ikut ok la tu.. kalau ada problem pun aku jenis tak tunjuk sangat.. selagi boleh simpan kita simpan...

Setia: Yes! bila hati dah suka satu tu.. satu tu jelah..jangan bagi yang lain. kecuali kalau dah tak boleh pakai, tak berfungsi, tak boleh bagi manfaat untuk aku and kalau orang dah buang kita.. haha.. kalau dari segi barang pun, aku pakai barang tu selagi boleh la.. esp beg duit, aku tak suka bertukar beg duit.. dah koyak ke, baru tukar.. boleh tahan 2,3tahun 1 beg tu.. sama juga dengan pasangan, insyaAllah setia pada yang satu.. selagi ada jodoh dengan izin Dia. bila dah sayang satu tu, susah nak masuk orang lain.. kadang2 rasa wonder la jugak, macam mana ada yang boleh pasang banyak tayar sangat.. ada jugak dari kawan2 aku, bf dah ada...dah serius.tapi masih lagi whatsap2, msj2 dengan lelaki lain.. bukan sekadar kawan, tapi sembang2 yang agak mengayat, lovey dovey jugak.. hmmm...tak boleh kata apa la,masing2 punya hati berlainan..

Manja: hehe...agak la. Manja+sensitif gituww... hati mudah tersentuh. Mudah nak menangis. dengan mak ayah,family semua tak boleh jauh2 sangat, tak boleh kalau tak balik dalam sebulan tu.. 2 minggu tak balik,mula la...hati tak tentu arah. tak kisah orang nak kata aku anak mak ke apa... tak apa. yang penting kita tahu kita macam mana... anak mak, tapi aku tetap boleh berdikari. Just untuk apa2 keputusan, keadaan macam2 mana pun aku akan dahulukan mak ayah.. and, aku mudah sangat merajuk, sensitif, manja, cemburu ke dengan orang yang aku sayanggg... kalau saya merajuk dengan awak, bermakna saya sayang awak. awak ada tempat dihati saya..hahahaa... Contoh, aku tak boleh terima anak angkat perempuan kalau datang rumah lebih2 dengan mak ayah aku.. haha, jahat ke? ntah, aku jelesss... kalau adik beradik kita no hal.. tapi kalau orang luar aku jeles sangat.. kalau mak ayah caring kat orang lain lebih sikit ke,mula la rasa nak jeling2 je.. tapi sekarang macam ok la, dah makin matang,boleh fikir,boleh control perasaan.. to my future imam to be, walau siapa pun awak, dimana berada, mohon banyakkan bersabarlah dengan gelagat saya ni ya... hihi.. awak,awak kat mana tu? ^^

Degil: ada la jugak tu... banyak jugak kot... macam mana ya nak cakap. Degil tapi boleh bertolak ansur.. aku akan degil gila dengan perkara yang memang bukan salah aku. dalam erti kata lain, EGO.. tapi ego tu ada tempatnya, pada perkara dan dengan siapa. ego,degil...tapi hati mudah dipujuk.. bukan sebab orang pujuk, tapi aku akan terpujuk sendiri..haha..

Friday, January 16, 2015

Dr.Love

Sejak kebelakangan ni aku banyak jadi Dr.Love... untuk kawan2.. and diri sendiri jugak lah..haha. cinta ni kan, macam2 dugaan yang ada. Setiap pasangan tu ada cerita sendiri. By member2 aku sendiri lah, bila dorang luahkan masalah, biasa la kita lepak2..sambil menyembang..tak pun dekat whats up ke..terrkeluar la cerita2 pasal lelaki ni.. ada yang punya masalah yang sama.

1st, sang lelaki tak ada kekuatan lagi nak datang rumah.. ada yang dah call, tapi rumah belum sampai. Tahu kamu memang serious,  nak kat perempuan tu sungguh2, nak kahwin dengan dia.. tapi kenapa tak berani or tak sedia lagi nak datang ya?  Jawapan, banyak yang bagi belum masanya lagi.. so bila masa tu? Apa yang nak sediakan tu? Bukan suruh datang bawak cincin, hantaran 10k ke apa.. just datang je, bawak diri, keberanian, keyakinan yang ada tu..and talk to her parent.. itu sebenarnya dah cukup bagi kami perempuan2 ni.. ke ada sebab lain wahai lelaki2 diluar sana? Kadang2 terpikir jugak, gaya nampak serious,  tp jumpa parent x ready lagi, so? Adakah saja nak main2 ke apa? Hmmm...

2nd, belum ready nak kahwin..duit tak ada. Ok, yang ni faham, banyak yang perlu difikirkan, plan sebelum kahwin.. benda tu bukan main2 kan.. persediaan yang rapi perlu ada.. mental, fizikal, material sekali.. tapi, janganlah tunggu sampai nak perfect semua.. sampai bila2 pun tak akan dapat.. nak tunggu bisnes berkembang maju, nak tunggu habis master, phd, tunggu duit simpanan 100k... then, sampai bila? Seadanya jelah.. bincang elok2.. kalau perempuan and keluarga tu ok, untuk sederhana, terima seadanya..apa yang nak ditunggu lagi.. langsungkan, mudahkan.. rezeki, keberkatan lepas kahwin., kekayaan nak kejar pn boleh lepas tu...kejar sama2, dengan yang halal lagi berkat, pahala berganda..  aku tak tahu la perempuan lain, kalau aku sendiri..yes, I'm tend to be perfectionist jugak la dulu..nak semuanya lengkap sebelum kita bersama.. tapi, lama2 tukar sikit niat tu, sebab tanya pada diri sendiri..untuk apa nak perfect tu? Nak kerja 2,3tahun..kumpul duit banyak2 dulu sebab nak majlis kahwin grand, pakai baju 3,4 persalinan, tema ala garden segala.. tangguh benda baik sebab tu, alangkah ruginya kan.. just make it simple.. sederhana, meriah dan berkat.. I hope sooo la untuk diri sendiri nanti, kawan2 dan keluarga.. amin..

3rd, penantian... hmmm.. penantian itu satu penyiksaan.. tak semua orang boleh sabar dengan menanti.. even yang sabar pun, ada limitnya.. jangan biarkan wanita rasa digantung tak bertali..tanpa kepastian. Bagitahu je perkara yang benar.. jangan sorokkan masalah yang ada.. ada apa2 bagitahu. Plan betul2 hubungan tu.. ke mana nak bawak.. kadang2 perempuan ni, memang..dia perlu diingatkan berulang kali.. lelaki mungkin sekali je dah ok.. tapi perempuan tak boleh..dia kena selalu diyakinkan.. berbulan2 x contact, siapa yang boleh pegang hati tu  untuk bertahan? Sebab rasa insecure tu sentiasa ada.. nak2 hubungan jarak jauh.. bukan tak percaya, tapi keadaan sekeliling yang membuatkan rasa ragu2 tu.. bukan ragu kepada lelaki, tp keadaan sekeliling yang kita tak mampu nak jangka apa yang akan jadi.. so, ingatla sikit ya.. jagalah hati dia sebaiknya, dia mungkin sabar dengan awak sekarang, setia menanti..tapi kalau lama2 sangat, risau.. banyak benda boleh berlaku... hope yang terbaik dariNya..

As a conclusion,  kita mengharapkam hubungan yang betul, yang Allah redha.. sedaya upaya cubalah kan, meraih redha Dia.. bawak hubungan tu kearah yang Allah suka..dan menjadikannya sebagai yang halal.. doa, minta petunjuk dariNya. moga Allah bagi yang terbaik, sesungguhnya Dia maha mengetahui. Moga Dia hadirkan insan yang tepat, yang pertama itu moga selamanya hingga ke syurga.. datang pada waktu yang tepat, disatukan pada waktunya..dengan restu semua, dan restu Allah terutamanya. Yakinlah padaNya..Dia tahu apa yang terbaik. He's the best planner..doa..doa..doa.. aku percaya pada kuasa doa.. ! Amin.. pesanan untuk kawan2 yang dibelenggu masalah ni and diri sendiri terutamanya jugak. Allah..aku mengharapkan yang terbaik dariMu.. apa yang aku sukai, redhai... kau redha lah keatas kami jua.. kuatkan hati kami..sayang, cinta, rindu keranaMu, dengan izinMu, kerana Engkau yang memegang, memiliki hati kami... amin..amin..amin..

Wednesday, January 14, 2015

short

Short entry..

Semalam baru balik Sg.Berua..Hulu Terengganu.
biasa..balik kampung ke2.. perkampungan orang Asal..
Entry 3 hari ni aku schedule je..macam ada orang nk baca kan?
Tak pun.. tapi sebab aku dh janji dengan diri, cabaran..
nk update blog 30hari..hehehe..

and todaiiii...buat rancangan perniagaan pulak..huhu..
join program perniagaan, usahawan..
Nanti la citer.... ni pun update by tab..
Macam sibuk je rasa..huh.. tak sabar nk balik esokkk..
Nak release tension....!!

Tuesday, January 13, 2015

Deerland and Taman Santuari Gajah, Kuala Gandah Pahang

Day 2.. hanya jalan-jalan.

Pagi2, kul10 pergi Deerland.. taman rusa. tapi rusa jelah ada kat sana.. macam-macam binatang jugak.. tapi jangan mengharapkan ada harimau,lion segala tu.. no..no.. ni just binatang kecik2, comel2 je..




takut+geli sebenarnya... aku mana boleh dengan binatang berbulu2 ni..huhu

antara binatang2 lain yang ada:









kat tempat lain kejap2 je... tengok,snap gambar blah.. kecuali satu tempat tuuu..

































kat sini!!!!!!!



ni la tempat yang aku mengidam lama dah nak p.. teringin nak pegang dan bergambar dengan beliau.. disebabkan aku tak boleh dengan bintang berbulu2, so ni jelah binatang yang aku mampu pegang.. tak geli, tapi takutlah kalau yang berbisa tu.. ni yang dah selamat,mampu la pegang.


bakpo mung tengok ke aku gitu Ley?? hahaha.. (kawan baju biru nama Roslan,budak kelate.. bff gua..hak2)




Taman Santuari Gajah

next...dekat santuari Gajah ni sekejap je.. budak2 ni mandi dengan gajah, tapi haritu tak dapat, sebab gajah tak sihat.. eh,xlah..haha.. aku tak ingat la sebab apa.. sebab tak ambil tahu sangat, pergi ambik gambar je,pastu ronda2.. dia semata2 gajah je kat sini.. kepada pencinta gajah boleh la... nak bergambar, tengok pertunjukkan gajah semua.. and tempat dia suasana cantik,ada taman herba, sungai.. boleh untuk ambil gambar.





kat sini banyak snap pakai phone, sebab camera baterry kritikal.. tu banyak gambar ala2 flawless gituwww... 360 uolss..jangan tertipu..haha



baby gajah minum susu... brape puluh liter ntah baby ni minum sehari.. owwh,orang tu citer baby ni yatim piatu.. mak dia meninggal..kesiann



tu jelah kot...kalau ada info lain yang aku ingat, aku tambah kemudian... :-D

Monday, January 12, 2015

Love Story


We were both young when I first saw you
I close my eyes

And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air



See the lights
See the party, the ball gowns
See you make your way through the crowd
And say hello, little did I know



That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said



Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while



Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes



Romeo save me, they're tryin to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes



Oh oh



I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town, and I said



Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring and said



Marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes



Oh, oh,
Oh, oh
Cause we were both young when I first saw you


Suka lagu ni, selain dari suara Taylor Swift yang power, aku suka lirik dia.. ala-ala fairytale gitu. aku kan suka fairytale..hidup penuh angan-angan, dan hingga sekarang aku percaya pada my prince charming with white horse (white ferrari maybe.haha..). Tapi bukan bermakna Prince Charming tu sama macam dalam fairytale cinderella, snow white, rapunzel ke.. NO!! this is my fairytale..and Prince Charming aku ikut selera aku.. and i know, i'm sure he is and dia ada. just believe in destiny.. amin,insyaAllah. ^^

(this is schedule entry..)

Sunday, January 11, 2015

Diari MatLutfi

sape dah baca buku diari matlutfi??
sila dapatkan sekarang di toko-toko buku berhadapan rumah anda.
serius tak menyesal beli ni.
buku yang sangat best. banyak kata2 yang menyentap jiwa.
tapi humor dikekalkan as elemen utama.
dia macam vlog yang Mat selalu buat and tulisan dia kat blog ja..
tapi ni dibukukan,and ada gambar2 sekali..
boleh simpan buat kenangan,boleh gelak2, boleh ambil pengalaman.
11/10 markah dia aku bagi..



I'm not the person who has the most knowledge, but I try to make the most of the little tiny knowledge that I have -MatLutfi-

"nanti bila wife tengah pregnant nak bawak la dia mai Australia time winter. Biaq sejuk perut dia mengandung.."-Matlutfi-

hahaha...aku tak tahu la bertuah ke tak bini hang nanti mat..

Saturday, January 10, 2015

too sweet to remember

malam ni jadi silent reader untuk blog sendiri.. hahaha..
baca balik entry2 lepas.. dari tahun 2010. wah, tak sangka. dah hampir 5 tahun dengan dunia blogging..walaupun kejap ada kejap tak ada.. tapi bila review, baca balik, banyak rupanya kenangan-kenangan yang aku share kat blog ni dulu. masa mula-mula tulis blog umur baru 18/19.. sekarang dah 24tahun. Nampak ada kematangan disitu..haha.. dari segi penulisan, isi..

1) kalau dulu asyik cerita pasal artis, korea.. sekarang dah jarang aku update pasal artis kan? my boysss,DBSK.. hehe.. dorang ada,still dalam hati.. tapi cara minat budak umur 18tahun dengan dewasa awal berumur 24tahun tu lain dah la..still layan dbsk(masih ada tempat dalam hati ni), cerita korea masih lagi tengok, running man..variety2 show lain tu.. masih2.. tapi, kita lebih tengok..sekadar tengok! no hard feeling..no emo2 yang terlebih. sekadar tengok untuk hiburan. Yang pasti, kenangan tu,,apa yang aku lalui dahulu kekal dalam hati as kenangan terindah, terutama bersama my teammate, my Cassiopeia.. forever in my heart. Diaorang pun sama, kami still rapat, contact each others.. masing-masing dah ada kehidupan realiti untuk ditempuhi.. rindu nak kembali pada zaman dulu. But, what to do.. life must go on.. masa beredar.  kawan-kawan cassie dah ramai kahwin.. yang rapat dengan aku, Unnie Hani, Ash dah kahwin tahun lepas...huhuuuu.. nanti tunggu jemputan dari geng2 lain pulak. ada yang dah kerja, kenal dulu baru nak masuk degree, sama2 melompat kegembiraan dapat tawaran belajar cos yang suka, sekarang dah graduate semua.. engineer Ha, ape ce?? haha.. masing-masing dah ada life semua kan.. hope berjaya semua dunia akhirat...






cassiesmate!! dulu2...dah pernah letak rasanya gambar2 ni kat blog.. sebab tengok macam dah edit tu kan.. haha.. weyy,ce tengok gambar last tu.. gemukknya aku time ni. sekarang gemuk gak, tak dinafikan. tp time tu 2012, masa p jalan2 Penang..klimaksnya... paling besor dalam sejarah rasa..huhu.. sebab tu time cuti, pas diploma.. tungu degree bulan9.. dekat 6  bulan cuti..so,haruslah naik 16kg..haha


2) aku perasan dulu-dulu (time diploma 2010-2012) aku banyak stress dengan study, aku banyak keseorangan, aku tak dapat enjoy belajar..  sekarang pun study lagi, stress jugak..tapi aku enjoy! kita stress dengan semangat. banyak tekanan lagi degree ni, kerja banyak sangat, lebih mencabar. Tapi semangat aku untuk degree ni Alhamdulillah sangat2..rasa tinggi. Boleh handle.. tak sampai tahap kemurungan. Tak lah kata time dulu aku alami depresi teruk, x. Bila baca balik ayat2 aku dulu tu.. aku lebih kepada tak berapa nak jelas tujuan hidup ni, tujuan belajar.. and agak rendah keyakinan diri ini masa tu,nak2 kalau bab belajar. sebab rasa tak pandai.. oiii,Husna kenapa ya kamu macam tu dulu? cehh,macam sekarang pandai.. noo,tapi sekarang feeling better.. and, aku tahu sebenarnya kenapa dulu emo,macam budak kecik tu.. 1st, diploma dulu aku dalam course yang bukan bidang aku. yang mana tahu, tahu la course apa.. suka belajar dalam course tu, ilmu dapat..best sangat2.. tapi sampai time exam blur, sebab cara study course tu berlainan dengan otak and cara aku study. And minat aku,jiwa aku sebenarnya lebih kepada bidang lain..iaitu bidang yang aku ambik Degree ni. Syukur sangat-sangat.. and, sikit pun.. walaupun 0.0001%, aku tak rasa menyesal ambik diploma dengan course yang bukan dalam kepandaian,kemahiran aku dan result diploma pun biasa-biasa sahaja.. serius, aku tak menyesal.. SEBAB...diploma 3 tahun, banyak merubah aku untuk lebih menjadi MANUSIA yang ikut peraturan Allah.. perubahan pada diri aku, ilmu agama yang aku dapat, pengalaman, kawan-kawan, that's my Diploma yang sebenarnya.. bukan pada transkrip. again, Alhamdulillah. Allah lebih mengetahui.. Dia dah buat perancangan yang terbaik untuk kita.. perjalanan hidup aku macam ni,adalah yang terbaik. never say "kalaulah..". tq Allah.


gemuk gila tahun 2012..tengok pipi ituu..tapi sekarang tak kurus2 jugak kann..


tq friends!! thanks a lot..kita kenal masa budak2 semua time tu..masuk umur 17/18, yang still mencari identiti diri.. baik buruk kita dulu masing2 dah tengok.. ramaaiii..ramai sangat..yang berubah.. termasuk diri aku sendiri, not totally changes into good gurl..tapi ada. and kawan2,kalau aku tengok muka sorang2 ni, ada kisah di sebaliknya semua.. Moga Allah memberkati semua..moga bertemu kembali di taman syurga kelak. 
p.s: cerita pasal pic tu..aku suka..sebab spontan sangat, kamera x sempat setting sepenuhnya pun lagi.. test2 je.tapi salah sorang tu wat lawak pulak, Solahudin..our troublemaker.. dia kata "cepat2 la weh,aku malu ni Najib duk tengok(kat depan dewan tu ada gambar PM..haha)".. semua gelak pandang dia and aksi ni berjaya dirakamkan.. and Din dah kahwin pun minggu lepas, hehe.. barakallah..

cukup setakat 2 perkara tu je kot untuk dikenang..sebab 2 perkara ni yang banyak aku tulis dalam blog dalam 2 tahun pertama blogging samada dalam bahasa direct atau kiasan.. kenangan..pahit manis kita rasa masa tu, tetap kenangan untuk diingati..lama-lama menjadi suatu yang sangaaattt berharga.. manis..!! that's why... too sweet to remember.. 

Friday, January 9, 2015

Lanchang,Pahang

sambung cerita untuk Orang Asli kat Lanchang,Pahang. Orang Asli Che Wong dari suku Senoi. Bertolak pergi 28/11 malam..hingga 1/12..


let's go!!


sampai dalam pukul4.30pagi tak silapnya.. berhenti di RnR.. bersiap,mandi,solat.. muka pagi2 fresh yang teramat lagi.. tengok la nanti petang,lepas masuk hutan camaner..huk3

kami dekat kampung orang Asli ni sehari sahaja..tapi sangat lah mencabar dan meletihkan sebab kena masuk hutan tu dalam beberapa KM.. setengah jam jugak berjalan..huh


kami tinggal dekat asrama kali ni. ni asrama sekolah biasa la..bukan sekolah orang Asli. tumpang tidur ke kat sini. dan asrama ni banyak kenangan.. hahaha.. banyak "misteri".. tak apelah, pengalaman..


sekolah ni atas bukit..


here...kat kg orang Asli tu. dalam 15 minit dari Asrama sekolah yang kitaorang tinggal tu. 






terjah dewan kebudayaan diaorang dulu.. still ada baju yang dibuat dari kulit kayu tu and seludang, aksesori. biasa dorang pakai tu masa ada acara, esp masa tarian sewang. Sewang tarian kebudayaan orang Asli yang makin dilupakan sekarang.



kanak2 main sukaneka... kitaorg pun masin sekali.. lama x main bawak bola pingpong dalam sudu.. group aku menangg!!!! 


sampai-sampai arrange untuk sukaneka dulu. ikutkan masuk hutan dulu.. tapi sebab masa sampai tu penduduk dan kanak-kanak dah ramai duk berkumpul kita kira teruskan jelah aktivit bersama masyarakat ni. takut nanti masuk hutan dulu, then balik semua letih and penduduk pun tak ada. 

okey,tempat dia kat sini macam ada peringkat-peringkat. kat bawah ni kira kerajaan bawak and bina rumah untuk dorang. macam kat Sg.Pergam tu la. tapi kat sini mungkin boleh dikatakan lagi tak nak kot rumah2 tu.. sampai dorang tetapp masuk hutan,duk sana je.. tak nak pindah.. kat penempatan bawah ni, tak ramai sangat.. and penduduk dia, taklah mesra sangat. mungkin sebab malu.. just ada beberapa yang open sikit..



macam akak ni..opss,adik.. dia muda setahun dari aku. dia okey sebab dia kawen dengan orang sarawak. laki dia jadi guide kitaorang kat sini..bawak masuk hutan tengok penduduk yang masih kat dalam sana tu. nama dia ni Intan. owhh, ada satu nak share pasal orang Asli ni. tak kira la orang Asli mana pun. diaorang ada 2 nama. 1 nama dalam IC dan satu lagi nama panggilan yang memang nama asal dorang la, lahir je..mak ayah dia panggil macam tu. Nama dalam IC memang cantik2, jangan terkejut..nama artis2 semua uollss.. sebabnya dorang ni didaftarkan, mak ayah bukan pandai.. so,JAKOA, jabaan kebajikan yang akan tolong daftarkan.. masa daftar tu ikut sedap jela letak..ambik nama artis. Erra Fazira, Intan Suraya... serius ada.. masa kat Pergam, ada sorang budak nama Intan Dayana tak silap.. tapi panggil ketoq.. oke ;-D


seni bina rumah dia ni,tetap bina dari buluh... dah selesa macam tu. kuat gila rumah ni.. kira la brape ratus kg yang naik tu.. mula2 risau,takut.. berjalan nga hujung kaki je.. xmboh lepas beban sangat..tapi okey je..kuat sangat rumah ni.. kita 6 orang atas ni.. ada dalam 500kg kot..haha.. aku 40kg je..(x2).. 





macam ni la rumah tu...nampak biasa, tp bila masuk ohsemm sangat. teringin nak tidur kat rumah macam ni.. lantai buluh. tapi untuk 1 malam jela.. tak yakin aku boleh tinggal lama2 sini..haha

and..lepas tu..pengembaraan bermula...




ni antara rumah yang kami pergi untuk tingkat pertama..haha.. banyak tingkat ada.. sampai ke pendalaman hutan betul2 kot.. tapi kitaorang naik sampai lapisan kedua je.. tu pun balik flat gila rasa..huhu.. ni rumah mak and ayah Intan.. rumah dia still macam tu, xde dinding tepi..


perjalanan diteruskan...naik level2


sampai-sampai dorang lari...aduii.. baru boleh imagine, lecture ada cakap, yang jenis pendalaman sikit memang tak pandai bergaul,takut,malu.. ada orang luar datang dia lari.. tu budak2 duk panggil, pujuk suruh naik.. dia lari belakang tu..





keadaan rumah and tempat kat atas ni.. cantik sangat. diaorang bercucuk tanam.. banyak tanaman situ.. tak percaya yang tengah duduk dalam hutan ni.. macam kat kampung biasa je rasa


itulah pakcik yang lari tadi..berjaya dipujuk naik... tu pun still nampak takut2.. relax pakcik,makcik..kami datang nak berziarah dan bagi buah tangan je.


air bukit.. boleh diminum begitu sahajaaa... sedappp!!! seriuss,macam air mineral..lebih sedap dari tu.

dah habis semua.. turun balik, dalam keadaan letih teramat..penat berjalan..tapi pengalaman yang tak mampu dibeli dengan duit,.kena rasai sendiri baru tahu. semua pakat rehat,tidur kat dewan sewang tu jap.. makan2.. bahagikan hadiah semua..and balik asrama,rehat.. kul6 kuar p pasar malam.. balik tidur... day2 sambung esok, sebab tu dah tak berkait dengan Orang Asli... pergi jalan2 je sementara nak tunggu balik.. di Deerland and Taman Gajah.. kita tengok binatang je... 


Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...