macam pernah dengar je....macam pernah tengok je.....macam pernah pegi je........!!! hihihi..
aku rasa Zul Ikan Bakar ni start popular masa PRK dun Kuala Besut puasa hari tu..yang pergi berkempen semua pakat duk makan situ.. siap masuk berita lagi. lepas tu Zizan pulak iklankan dalam Oh My Ganu..ada kat astro Prima hari tu. memanggg ramai giler orang kat kedai ni.. walaupun dekat juga dengan rumah (dalam 15minit juga kot..) tapi sepanjang 22 tahun hidup baru pergi 2 kali.. haha.. pergi tu untuk merasa je.. dari xde langsung.
kedai dia beroperasi setiap hari KECUALI hari ISNIN dari jam8 malam hingga 2 pagi!! kedai Zul Ikan Bakar ni dekat bawah jambatan Kuala Besut. senang je nak cari.. memang sentiasa penuh tempat dia.. datang lewat sila tunggu giliran la nak duduk. kalau yang dari jauh tu, sebaiknya lepas maghrib sebelum pukul8 dah boleh tunggu. malam tu aku pergi dalam 8.20 sampai, just tinggal 2,3 meja kosong.. dan pukul 9.10 baru dapat makan..huk2..
dibawah gambar2 masa pergi malam sabtu hari tu.. yang pergi 1st time dulu xde dalam simpanan aku gambar2 tu..
tempat parking ok.. xde masalah sangat. sebab tempat dia bawah jambatan..bukan tepi jalan biasa yang kenderaan duk lalu lalang..
jangan pergi hari ISNIN. nanti frust terbaring depan kedai tu...
kat depan tu tempat korang blh pilih2 ikan,sotong,udang untuk dibakar... harga ikut KG..
US!! berkobar2 nak makan semua... laparr weii...dlm setengah jam tunggu. bukan tunggu ikan+nasi je. tp air pun setengah jam..kan biasa akn sampai air dulu.. tp ni nak menunjukkan betapa ramai orang and bz nya dorang
goreng celup tepung pun ada.. ni sotong!! feveret
ke"blur"an disitu menunjukkan tangan shaking sebab laparr... tapi jd habit kena snap2 dlu sekeping 2 walaupun tengah kebulur..
dan natijah dari kelaparan itu ialah:
review pasal makanan: hmmmm..ok la kot. aku makan semua!! boleh la cakap sedap tu.. tp tak lah kata sedap sangat2 sampai ketagih.. just fine,ok,sedap!! xkurang xlebih.. and xrugi juga makan kat sini..boleh la nak pergi lagi.. and sambal kicap dia tu pun best..!!
ini budak yang "memaksa" untuk pergi malam tu..lepas tengok rncangan Zizan oh my ganuu...
the end....selamat datang ke Besut.. :-)
No comments:
Post a Comment