Tuesday, December 31, 2013

chill

31/12/2013

quick update sempena hari last untuk 2013 ni.. sana sini duk wish happy new year. ada apa dengan new year?? melainkan hanya nombor yang berubah.. nak berazam baru apatah lagi. sebab azam ni tiap-tiap hari pun boleh.. aku ni berazam la banyak mana pun kalau setakat keazaman ni mulut tu taklah tercapai.. so, kita berazam dalam hati je.. berharap, mahu buat yang terbaik untuk esok, lusa lebih baik.. dan tak perlu tunggu tahun baru, sila tanamkan keazaman tu hari2...  

tapi ikut adatnya memang orang akan senarai wishlist dia... rasa macam nak senarai jugak.haha.. tapi wishlist jelah, kalau setakat azam nak kurus tu..hmmm dah giveup..haha.. okey, 2014!!!! nakkkk sangat start travel. kita mula yang dekat2 dulu.. bunyi travel tu macam over the sea kan. tapi tak semestinya. travel sebelah kg pun boleh... bukan nak bercuti yang betul2 bercuti pergi berehat tu.. tapi aku lebih kepada nak mencari,mengembara, melihat alam ciptaan Allah. harap2 lah dimurahkan rezeki.. round 1 Malaysia dulu..

nak buat bisnes!! ada tak bisnes2 yang best... tapi xbrape suka MLM..kecuali kalau benda yang jelas dan xperlu nak carik2 orang sangat.. nak berniaga pun tak tahu nak jual apa. tapi aku suka shopping.. yes shopping online! sangat gila.. nanti2 next entry akan ku tunjuk resit2 pembayaran, longgokan kertas poslaju skynet, citylink etc.... kalau ada bisnes yang okay tu kongsi2 la.. bukan nak berbisnes sampai untung juta2 pun..just sambilan..

no more k-pop2??? erkk.. okay sebenarnya benda ni memang dah lama aku slow2 kan.. bukan tinggalkan terus..tapi slow sikit.. sebab banyak lagi komitmen lain seiring dengan peningkatan umur dan tanggungjwab.. but still kalau kata nak tinggal terus tu tak boleh janji.. alah, bukannya aku layan gila sangat.. setakat group dbsk/jyj je.. group lain mana la aku layan.. cumanya jadi crazy fan tu yang agak tenat.. benda yang aku slow2 kan adalah membeli belah barangan dorang.. tahun ni tak de beli apa kot.. last beli Rooftop Prince DVD..yeaa paling mahal sekali tu..memang patut la tahun ni tak boleh beli benda lain.. lagi pun dorang tak de kuar dengan benda2 baru sangat.. aku akan gila membeli kalau melibatkan Park Yoochun.. dan yoochun berkait dengan JYJ.but jyj tak de album baru.. drama baru yuchun pun tahun depan..huuhuu.. minat tu tetap minat esp toward PYC.. mr6002.. tapi xmahu gila2 dan mengadap 24jam.. download yang penting2..nak shopping pun yang penting2 je.. (ada ke yang penting kat dorang tu???hhihi).. alaa terapi diri untuk orang yang tak de bf ni kan.duit nak beli topup untuk bergayut tak habis, nak beli makeup,baju cantik2 untuk jumpa bf pun tak.. so habiskan kat korea la.. boyfriend alam maya.. tapi sampai bila??? sampai aku jumpa my mr right.. ^__^

err..sebut pasal mr right..tahun depan dah 23tahun.. "dah" ke "baru" ?? 23 tahun rasa macam muda je lagi. belum mencapai had umur untuk mencari dan dicari..haha..belum terdesak! ke memang dah kena mencari?? aku bab mencari memang boleh sangat dan ramai sangat..tapi untuk saling "bersangkut" antara satu sama lain tu memang ntah bila la terjadi.haha. okay nak citer sikit my perancangan (esok exam Dasar dan Perancangan Sosial..hehe..). perancangan masa depan aku.. (Allah yang tentukan). habis belajar dalam umur 25tahun macam tu.. harap sangat dengan rezeki Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ni moga dapat kerja cepat-cepat.kalau tak dapat moga-moga panjang akal ni untuk cari rezeki sendiri.. harapan aku nak jaga mak ayah dulu.nak bawak dorang berjalan-jalan dulu.. Mekah tu pasti.. tapi nak ajak p Korea ke..hahaha.. tak tahu nak cakap macam mana, just rasa masih nak bersama mereka.. tengok my sis umur 27tahun tak kahwin lagi macam best je cuti sekolah boleh balik kg, rumah mak ayah sendiri..melepak kat rumah boleh belanja mak ayah,tolong bayar time shopping2.. raya pun best, semua ada kat rumah.. tapi macam-macam mana pun fitrah manusia, Allah jadikan kita dengan fitrah untuk berpasangan dan diciptakan manusia juga dengan berpasangan. jadi tak boleh nak menolak fitrah tu. sape tak nak kahwin? xnak bercinta? xnak orang jaga,ada tempat nak berkongsi rasa,masalah,membina keluarga sendiri?? semua nak kan.. tapi perancangan ke arah tu mestilah bertepatan. semua ada cara, ada harapan.. bagi aku, nak bahagiakan mak ayah, family tu dulu.. baru best nak pergi kat orang lain.. pas2 nak travel!!!!(aku gila sangat2 nak travel ni..bukan main2).. dapat pergi tempat luar yang best2 pun jadiklah walaupun tak xsempat nak keliling dunia.. Mekah, Madinah, Turki, Korea, Jepun, China, Australia, New Zealand, Switzerland..........huhuhu.. lepas settle semua tu and puas hati baru nak kahwin!! tapi dengan sape?? tu yang jadi masalah...hihiihih... target aku nak kahwin umur 27/28.. paling awal pun 26.. boleh?? (masalahnya ada orang nak ke???macam best je duk target2 tu). and the reason why aku belum mahu mencari,menahan diri, bermujahadah walaupun nak juga and belum bersedia untuk dicari adalah kerana tak mahu cinta2 bagai rak.. cukuplah kalau ada yang nak, and aku pun nak, datang rumah jumpa mak ayah..kita bincang terus.kalau dia ok,ada agama, akhlak baik,ada kerja, serasi bersama boleh la langsungkan terus.. kita bercouple lepas kahwin..boleh??? sebelum kahwin kita kawan2 je and tak nak over2.. ok stop la pasal kawen2 ni.xkan habis duk berangan. ni berangan and perancangan manusia yang serba kekurangan and punya banyak kelemahan.. sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui dan Dia yang menentukan.. terima sahaja ketentuannya...wallahualam.. 

okay dah..banyak pulak mengarut.. tujuan utama nak tulis entry untuk akhir tahun je.. esok  exam 2nd paper.. doakan yang terbaik, boleh jawab and aku tak blur dalam dewan tu..amin..


sambil2 study untuk subjek Dasar n Perancangan Sosial esok, baca balik benda y aku conteng ni.. ni masa lect cakp, "kamu semua kena ada perancangan.kita bukan just nak merancang pasal pembangunan, pelancongan and keduniaan ni.. akhirat kena rancang jugak. and masa depan kamu pun kena rancang..nak buat perancangan kena tentukan mana priority kamu dulu..." dan terus aku conteng2 kat bawah tu.hha.. kenapa PTPTN duk atas? sebab tu adalah HUTANG..and kita kena selesaikan hutang dulu ya adik2,akak2..n then kereta..why?sebab untuk kemudahan..tu saje tuls kereta. motor, basikal pun boleh..kalau rumah depan stesen komuter pun xpe..asalkan ada kemudahan untuk bergerak pergi mana2.. kalau tak macam mana nk jalankan t/jwb? n then bawah2 tu macam biasa la..Mekah, untuk mak ayah, family,me,  travel, rumah.. dan kahwin??selalu last kan..haha. ntah2 lepas ni aku kahwin paling awal kot..mana tahu.. doakan jelah mana terbaik.. i okey je..keke.. 


okey...jumpa lagi tahun depan..!! 2014!! moga dirahmati dan diredhai Allah sentiasa di dunia and akhirat.. amin...



LOVE them forever and ever.. till jannah.. <3 td="">

Monday, December 30, 2013

wat da.......

Bismillah... (moga diberi ketenangan untuk menulis.......)

final exam around da corner.. dah lepas 1 paper..alhamdulilah.
tapi..time2 macam ni la kan macam2 benda berlaku. actually benda ni dah lama. lama pendam, lama simpan sorang2 or just kongsi dengan orang yang sama-sama menghadapi benda ni..

aku...sangat tak kesah kalau orang nak mengadu2 nak bercerita kat orang lain kalau benda tu memang betul!!sah!!nyata!! tapi cukup BENCI bila cerita yang disampaikan tidak bertepatan malahan jauh sekali dari cerita sebenar.. lebih tepat lagi FITNAH.. sangat la pandai kau create cerita yang menampakkan kau yang betul and teraniayai..kami yang salahh..jahat lagi zalim.. pergi citer dekat orang yang just kenal kau luaran semata-mata memang termakan la kan.. nak2 luaran kau sangat2 la "baik" "tulus" dan yang memang aku sendiri akui kau "pandai". so benda2 ni boleh mengaburi mata and hati orang len.. tapi hakikat sebenarnya orang tak tahu perangai kau sebenarnya. betul la kita xkan kenal orang tu selagi kita tak tinggal sekali.. even yang bercinta 20tahun pun takkan kenal pasangan tu selagi tak kawen dan tinggal sebumbung sebilik!! tapi perangai buruk yang kau buat tak de la kami nak citer2 sampai ke luar rumah..paling2 sakit hati pun bercerita sesama sendiri yang memang rasai sama2.. sama sekali takkan bawak keluar citer tu keluar dari bilik or rumah.. sakit hati teramat pun masih pikir untuk jaga aib orang.. yess still tolong lagi walaupun macam-mcam yang kau buatt.. pertolongan yang sikit pun kami tak harapkan apa2 balasan.. tapi ya kau balas.. balas dengan fitnah.. just know it.. patut la ada orang tengok kami2 ni sebelah mata je.. menjengkelkan?? jahat?? xpatut???

kalau kira nak mengungkit boleh sesangat.. kejadian hari tu. walaupun dalam konflik yang tak berkesudahan tapi tetap kami tetap tolong kau yang dalam kesakitan. kami simpati, kesian, risau atas dasar sifat2 kemanusiaan yang masih ada dalam diri.. walaupun banyak lagi komitmen lain dan benda yang nak kena settle.. but tetap tak sampai hati nak membiarkan "kawan" macam tu.. ok bawak p klinik!! masuk teman sampai bilik doc!!! masuk bilik kecemasan xtinggal until doc suruh keluar and bagi kau rehat untuk masuk air and ubat semua.. berapa jam kami tunggu malam ni??? almost 3 hours!!.. dahlah terperap dalam library dari jam 10pagi sampai 6 petang untuk siapkan asaiment2 (asaiment group y kau pun terlibat) sedangkan kau best2 keluar ke bandar. kami tak de ambik kisah sangat, kau kuar nak beli tiket and kami sangat tak kisah buat kerja  tak de kau pun!! dah habis semua sampai pukul6 dengan otak beku tetibe dapat panggilan  kata kau sakit??? dengan hati membara cuba tenangkan diri masing2.. takkan nak biarkan?? direct p hantar kau ke klinik.. tunggu sampai kau SEDAR.. bayang tak betapa letih kami??? balik, nak makan?? okey hantar kau balik, sila rehat dulu.. kami pergi beli makanan, tunggu order semua.. setengah jam masa habis kat kedai.. buat balik makanan untuk kamu yang sakit!! its okeyyyy..its okey...!!

esok nya?? sakit lagiii.. tapi kali ni kau cari penyakit.. diri sendiri sakit tak boleh bangun,berjalan lagi nak p kelas. berkeras!!! berjalan orang papah.. yaa, dipapah.. sampai kena ke klinik sekali lagi.. kali ni simpati aku dah kurang sebab kau yang cari penyakit.. dalam sakit hati masih lagi bertahan sabarkan diri bawak pergi klinik sekali lagi! heyy tahu tak nak kena hantar 3-4 asaiment, malam tu ada kami ada test dan tak study lagi.gara2 semalam teman kau kat klinik.. untuk kali kedua ni dah kira cukuppp baikk kami hantar kau ke klinik. nak mintak teman sampai ke akhir??? and kami kena korbankan masa,kerja and komitmen kami yang lebih besar? lagipun kita bukanlah "bestfriend" but "justfriend" yang menolong sebab masih ada perasaan kesian yang tak patut ada kot kalau nak dibandingkan dengan perangai and perbuatan yang kau dah buat kat kami sebelum ni..

disebabkan tak teman sampai habis tu.. maka terjadi cerita?? citer best sangat.. i.dengan modal tu kau canang kat semua kata kami kejam tak ambik peduli pasal kau..biarkan kau sorang2..kau teraniayai..!! jahat sangatt terasa diri ini. dah tak pikir apa yang kami dah bantu kau tu?? sedaya upaya kami bantu setakat yang termampu.. bukan tak mahu teman sampai ke hospital, tapi baaanyaakkk lagi komitmen lain yang lebih penting. bukannya kau keseorang.. kami nak kena settlekan benda2 penting ni dulu n then baru boleh ikut kau.. sangatlah tak sangka in the end kau buat cerita macam tu, "diaorang tak peduli"... kalau macam tu okayyy... mulai sekarang aku betul2 tak peduli... !!baibai!!




Wednesday, December 25, 2013

Zul Ikan Bakar

macam pernah dengar je....macam pernah tengok je.....macam pernah pegi je........!!! hihihi..

aku rasa Zul Ikan Bakar ni start popular masa PRK dun Kuala Besut puasa hari tu..yang pergi berkempen semua pakat duk makan situ.. siap masuk berita lagi. lepas tu Zizan pulak iklankan dalam Oh My Ganu..ada kat astro Prima hari tu. memanggg ramai giler orang kat kedai ni.. walaupun dekat juga dengan rumah (dalam 15minit juga kot..) tapi sepanjang 22 tahun hidup baru pergi 2 kali.. haha.. pergi tu untuk merasa je.. dari xde langsung.

kedai dia beroperasi setiap hari KECUALI hari ISNIN dari jam8 malam hingga 2 pagi!! kedai Zul Ikan Bakar ni dekat bawah jambatan Kuala Besut. senang je nak cari.. memang sentiasa penuh tempat dia.. datang lewat sila tunggu giliran la nak duduk. kalau yang dari jauh tu, sebaiknya lepas maghrib sebelum pukul8 dah boleh tunggu. malam tu aku pergi dalam 8.20 sampai, just tinggal 2,3 meja kosong.. dan pukul 9.10 baru dapat makan..huk2..

dibawah gambar2 masa pergi malam sabtu hari tu.. yang pergi 1st time dulu xde dalam simpanan aku gambar2 tu..


tempat parking ok.. xde masalah sangat. sebab tempat dia bawah jambatan..bukan tepi jalan biasa yang kenderaan duk lalu lalang..


jangan pergi hari ISNIN. nanti frust terbaring depan kedai tu...


kat depan tu tempat korang blh pilih2 ikan,sotong,udang untuk dibakar... harga ikut KG..

US!! berkobar2 nak makan semua... laparr weii...dlm setengah jam tunggu. bukan tunggu ikan+nasi je. tp air pun setengah jam..kan biasa akn sampai air dulu.. tp ni nak menunjukkan betapa ramai orang and bz nya dorang


goreng celup tepung pun ada.. ni sotong!! feveret



ke"blur"an disitu menunjukkan tangan shaking sebab laparr... tapi jd habit kena snap2 dlu sekeping 2 walaupun tengah kebulur.. 

dan natijah dari kelaparan itu ialah:






review pasal makanan: hmmmm..ok la kot. aku makan semua!! boleh la cakap sedap tu.. tp tak lah kata sedap sangat2 sampai ketagih.. just fine,ok,sedap!! xkurang xlebih.. and xrugi juga makan kat sini..boleh la nak pergi lagi.. and sambal kicap dia tu pun best..!!

ini budak yang "memaksa" untuk pergi malam tu..lepas tengok rncangan Zizan oh my ganuu... 

the end....selamat datang ke Besut.. :-)

Monday, December 23, 2013

Timbul

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum...

Lama rasanya tak berupdate blog ni.. bukan je xberupdate tapi jenguk pun jarang-jarang.. masih ingat kesayangan ni. walaupun sekarang tech nk semakin maju..nk berkata2 tulis je kat twitter, nak contact kekawan dengan cepat pun ada whatsap, wechat, line dll... and paling best bagi blogger yang "gila bergambar" skrang lg senang nak upload gambar2 iaitu by instagram.. n me too gila instagram. suka share pics..tp xsuka share dekat fb sebab rasa terbuka sangat.. mcm la kat blog n insta n trbuka..  kali ni bukan nk story2 pasal new tech ni.. tp sebab kenapa blog x berupdate lama ni???? bz sangat ke???? busy tak lah busy gila2.. ada time busy, ada time free.. siap boleh melayan drama, novel segala. nak kata tak ada cerita tu xjugak sebab memang baaanyaakkk sangat cerita. setiap hari ada cerita best. gatal je tangan nak menaip nak cerita semua..meluahkan yang terpendam.. tapi ada kekangan2 nya..huhu..

sem ni tinggal kat rumah sewa.. yes wifi xde masalah jugak. tapi ada la broadband ni. nak pakai topup.. and aku jenis yang tak suka benda yang ada limit.. nak buat kerja xbest. pastu pulak satu bilik tu kongsi 3.. oklah selesa xde masalah setakat nk tidur je pun.. tp ruang privacy tu agak kurang.. nak buat apa2 even ngadap laptop,main fb,tgk citer ada je kot yang intai.. dan sibuk tu ya la jugak.sem ni agak gila...sangat2 mencabar. 20jam kredit dan mcm 40jam kredit. satu subjek kerjanya bukan 1,2.. tp banyak nk kena buat. bila balik rumah tu, masa yang ada nak rehat,tidur je..or tgk citer yang boleh relax2. sebab dah tak boleh nak tengok tulisan2, nak menaip semua ni.. nak membaca pun rasa pening. dengan sebab itulah blog tak berupdate lama..

now sem ni dah habis..not totally habis.sebab belum final.sekarang study week.. tapi agak lega sebab semua kekalutan sem ni berkahir.. sem depan belum tahu lagi.. tp syukur sangat2 sebab boleh hadapi semua ni. sampai rasa nak giveup dah untk sem ni.huhu.. tapi mcm2 mana pun kita lalui jugak kan. setiap perkara yang berlaku tu, pahit ke manis ke. as pengalaman yang sangatt berharga. kalau tak lalui semua tu hidup ni mcm plain je.. sedangkan memang kat dunia ni Allah jadikan kita as khalifah sebagai tempat ujian untuk kita sementara menunggu hari keputusannya kelak.. sentiasalah yakin padaNya sebab semuanya datang dariNya dan Dia lebih mengetahui yang mana terbaik untuk kita.. jumpa lagi. hope blh update dlm masa trdekat and nak buat entry untuk citer2 lepas. dari raya haji.. hahahaa... ok bai..

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...