Saturday, May 11, 2013

Stress??

Program ni aku join bulan Februari lagi.. tapi suka hati la, baru nak update sekarang..!!

Nama program: 3M-Megenali, Memahami dan Mengurus Stress.. anjuran unit Kaunseling dan Kerjaya my Universiti la..(university oxford)hak2..

22 Feb lg tu...hahaha
Apa itu Stress???? (aku bagi note2 yang aku salin jelah... ^^)

*Stress ialah bila masa ada sesuatu yang membebankan.
*Stress boleh menganggu atau membina kehidupan seharian

ada 2 jenis stress..
pertama EUSTRESS- stress yang baik..yang membina.seperti tekanan untuk mencapai kejayaan.stress,tapi kita nak..
kedua, DISTRESS- stress yang membunuh, menganggu kehidupan. seseorang tu tak boleh nak menyesuaikan diri dengan keadaan tekanan itu dan boleh jadi merosakkan diri sendiri..(kes2 bunuh diri tu)

Tanda2 stress:
emosi- tak stabil, bermuram, cepat marah, rasa sunyi dan murung.
kongnitif- dari segi ingatan mudah lupa, hilang tumpuan, dan berfikiran negatif
fizikal- mudah/selalu sakit, sakit dada(sesak nafas)..
tingkah laku- makan lebih, mengabaikan t/jawab, pemakanan tak sihat, merokok, minum arak...

Faktor:
Dalaman- perwatakan kendiri yang terlalu idea,kongnitif.. kelemahan komunikasi dan berbahasa..
Luaran- sebab persekitaraan (tekanan kerja maybe), keluarga(bermasalah), rakan2 (xnak berkwan,mengumpat ke..)

untuk menangani stress, sila lah amalkan kehidupan yang sihat dan positif.. tu je caranya.. minda sentiasa positif,setkan dengan benda2 baik saja.. anggaplah tekanan yang kita kena hadapi tu sebagai satu cabaran.. minta bantuan degan Allah,solat,zikir dan berdoa untuk yang bergama islam, yang non-muslim masing2 juga ada caranya kan?.. juga,amalkan kehidupan yang sihat, enjoy2 je..dan exercise la..sebab dengan exercise akan mengeluarkan endorfin yang membolehkan kita rasa relaks dan happy..!!

nak share jenis personaliti manusia ni,ikut warna.. bukan ikut warna kesukaan korang,tapi tengok personaliti korang2 semua di warna apa.. dan juga Puan kaunselor tu cakap, dengan mengenalpasti dan memahami jenis2 manusia ni jugak dapat kita kurangkan stress dan masalah..

1- EMAS : berdisiplin, keras hati, nak cepat ( ciri kepimpinan)
2- JINGGA : jenis yang tak kisah je(slumber rockkk!!), spontan, sempoi
3- BIRU : seorang yang emosi, sensitif, pendengar yang setia
4- HIJAU : apa2 terjadi dia nak yang logik akal je, nerd, budak2 kat depan dalam kelas..budak libry, hanya sibuk dengan diri dia je,cari maklumat2, dan hanya menerima fakta sahaja!!

so, anda warna apa???
Puan Kaunselor bagi tips untuk student2 yang buat group asaiment. nak asaiment disiapkan dengan baik, sistematik dan jayanya?? kena bahagikan tugas tu ikut sifat dorang!! dalam kumpulan tu,mesti ada sorang yang mmg nak asaiment tu cepat siap,nak buat skrang,yang tepat masa. so,dia EMAS dan kena jadi ketua.. jadi, agihkan tugas pada member yang lain. bahagian2 cari maklumat,sila bagi pada budak HIJAU, sebab dia budak libry,suka surf2 maklumat..mmg dia suka dpt kerja mcm tu.. kalau ada kerja lapangan,atau benda2 yang kena kaji or mungkin untuk present/soal jawab/apa2 y berbentuk visual,  bagi pada budak JINGGA~ kalau bagi budak JINGGA ngadap buku kat libry memang lambat la..dia mngkin buat,tp dengan tpaksa.. dan budak BIRU, dia suka bab2 menaip ni..suruh dia type.. (tapi kena tengok2 jugak..takut ayat2 tu nnti akan terlalu puitis..) ..selamat mencuba... till then.. wassalam..





No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...