Wednesday, April 17, 2013

saya penghidap Ailurophobia



"{TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
, seperti di dalam gambar.(bawah)

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya."

Aneh bukan?


yaaaaaa....saya tak dapat nak berbaik2 dengan kucing..kalau orang tanya kenapa?? sangat susah nak jawab..serius,tak tahu nak jawab. takut?geli? yang penting bukan benci. xsekali2 benci kucing,nak kata tak suka pun xjugak. tapi memang tak boleh dengan binatang ni.hanya yang ada Ailurophobia ni je yang faham.yang lain takkan faham. kadang2 tu rasa juga kecik hati,bila ada yang cakap ni jenis ngada2 je,xsuka kucing, jumpa kucing lari,menjerit,naik atas kerusi,meja la.. tapi ketahuilah, tindakan tu semua memang berlaku tanpa sedar. ya,aku kadang2 pun terjadi macam tu.kalau dengan family,memang diaorg akan faham. tapi kalau dengan kawan2, diri sendiri kena behave..kat kafe contohnya,kalau makan memang xpernah tenang,mata melilau2,tengok kiri kanan,bawah meja bawah kerusi. kalau dah nampak kucing dari jauh,lagi la.. sebab memang normal kucing tu dimana2. takkan xnak makan? blh je xmakan,tp apa kata kawan2 pulak kan. makan laju2...kalau datang jugak kucing kat tepi, ada 3 benda aku buat, satu:tinggal makanan,basuh tangn blah. kedua:tukar tempat. ketiga:member tolong cover,macam ambik kucing tu letak tepi dia ke. tapi tu lah, memang kucing ni suka datang dekat orang yang tak boleh dengan dia.. Ailurophobia ni, kalau bagi aku..paling takut bila aku rasa kejutan tiba2. kalau tempat terbuka,yang aku rasa ada kucing,n dah cuba behave, tiba2 ada sentuhan kecil kat kaki, tepi2 badan ni..mcam tersentuh apa2,angin,benda jatuh ke, terus akan tersentak, jantung mcm terhenti jap,pas2 mengigil, tubuh akan lemah.. memang pernah terjadi ni,masa makan kat kafe.. gelap pandangan jap,pegang sudu jatuh.padahal, tangan kawan je tersentuh blakang aku.

sorry la, aku memang xbrape boleh makan dekat gerai2 yang terbuka sangat.. kucing2 berkeliaran.. kat kafe ni,berapa kali je aku makan kat sana. lebih suka bungkus,naik makan kat bilik. kalau keluar p mana2 pun, memang masalah..  bukanlah berlagak ya kawan2, xmakan kat gerai2 tepi jalan tu,mamak ke.. tapi siyesly tak boleh.tak tahu nak terangkan.memang tak boleh.. dah cuba pegang kucing tu dulu,tapi tak boleh. tengok kucing tu,rasa macam sesuatuu yang menakutkan,perlu lari..kalau nak naik bilik, adalah kucing 2,3 ekor kat bawah tu,kat tangga. kalau cakap mesti orang xpercaya, tapi kalau naik sorang2, memang habis surah,doa aku baca. jalan pun,mengundur ke belakang,takut tiba2 dia ikut. yang tu lagi menakutkan, boleh pengsan kat tangga tu.

pikir jugak,mungkin aku tak boleh dengan kucing sebab bulu2 dia,  kecik2 dulu ada lelah,so allergic la kan..ya,mungkin aku allergic dengan bulu kucing and seangkatan dengannya,sebab kalau dekat dengan beliau terus rasa gatal2 anak tekak,hidung,telinga.. dengan hamster pun sama,dulu kawan bawak hamster kat rumah sewa, seminggu batuk,lelah.tp faktor psikologi lagi tinggi kot. akan rasa kegatalan,nak bersin, rasa geli2 anak tekak tu just bila aku nampak kucing kat kawasan tu, walaupun jarak 2km. cuba, letak kucing tu kat tepi aku,dan aku xtahu pun dia ada,xde rasa pulak allergic tu..so, faktor psikologi mmg tinggi ni. kalau korang xfaham,harap maaf la..aku xreti nak citer macm mana.tp nak luahkan jugak.. nak bgtahu jugak penyakit ni, at least korang2 dapat la jugak memahami kami.bukan hanya tahu judge n mengata.. diulangi sekali lagi, kefobiaan kami bukan dibuat2. sebab selalu org ckp, "pelik lah..kucing pn takut ke..kucing kan comel,manja,bukan makan org pun.".. huhu.. =_____=

lagi nak citer jugak..tolong jangan takut2kan or  niat nak bergurau, ambik kucing pas2 datang letak depan aku tiba2.mungkin gurauan anda tu menjadi igauan. nak pakai topeng hantu yang paling menakutkan, boleh diterima lgi..tp bukan kucing! kefobiaan aku pada kucing ni,memang boleh bawak tahap STRESS nak gila. kat rumah aku ada kucing. kucing2 y orang buang,or dia berjalan2 mai sendiri.. mak aku bagi2 makan g2 jelah.. tp aku HARAMKAN beliau2 ni naik rumah.kekadang dorang naik jugak,curi2..tu yang buat aku STRESS..memang betol2 stress,tahap mcm nak final exam. sila duduk kat luar jelah,kan makan orang dah bagi,xpayah nak naik2 rumah. kalau nak bermanja2,sila kerumah org lain.. aku pun bukan jahat sangat(sikit je jahat). kalau p dapur tu, aku intai2 kot tingkap tengok makhluk2 tu ada kat pintu tunggu makanan dengan muka kesian. aku bagi jugak makanan,saya xkejam okey..tahap belas aku sangat tinggi. aku akn ambik ikan,nasi pastu letak dalam plastik, lempar kot tingkap.haha..pandai2 la dorang. memang xlah aku buka pintu, takut dorang akan terkam nak2 kalau nampak ada makanan..huhu. kalau time jahat ada jugak,kalau rasa annoying dorang2 duk kat muka pintu walaupun dah bagi makan, aku ambik air renjis2 kan.. hihi.tp bukan dengan dendam,saja nak bergurau. tahap tu jelah aku blh bergurau dengan kucing..suka tengok dorang ketakutan lalu lari xcukup tanah.


setiap orang ada kelebihan dan kekurangan kan?? tak boleh dengan kucing,bukan bermakna aku tak boleh dengan binatang2 lain jugak. aku boleh dengan binatang2 yang kebanyakan orang xboleh.. yang paling perempuan takut: pacat,lintah,cacing,ulat, lipas,or any bugs..aku boleh dengan mereka2 ni..hehe.. pacat tu,masa aku p berkhemah dulu, saje2 la dongak atas,ada pokok.. tetibe ada benda jatuh atas muka..tapi atas cermin mata.buka2,tengok pacat..hahaha. nasib baik aku pakai cermin mata,kalau tak jatuh atas mata..huhu.. semua orang tengok menjerit2,tapi tak de masalah bagi aku..ambik buang jelah.. kawan2 aku yang kena pacat,lintah, ada cacing hinggap ke, xde orang lain yang tolong buangkan melainkan aku..hhahaa..bukan berlagak ni,tapi alhamdulilah kelebihan yang Allah bagi. dan binatang yang mak aku paling takut,geli..iaitu ular. aku takut jugak ular,sebab berbisa.tapi aku boleh sentuh beliau yang dah mati and xberbisa.. xgeli, just takut jugak kalau dia boleh menyerang tu.. kalau belut tu feveret la,suka main2,pegang2 dia..tapi makan xboleh.cacing ulat pun xde masalah..pegang dengan tangan pn blh kot. lipas,lipan pun aku xde rasa nak lari,menjerit2 ke.. binatang2 lain pun,setakat ni xde yang aku rasa mcm kucing tu. nnti nak masuk zoo dulu, test tengok..

antara tikus dengan kucing, aku pilih tikus.. tikus tu lebih menggelikan dan merbahaya kan? bukn setakat merbahaya, tapi kotor dan suka wat onar.gigit segala benda yang ada dalam rumah tu. tapi,benda pelik pada aku,tengok tikus xrasa meremang mcm tgk kucing. time tidur, kalau dengar bunyi2 tu,memang takut la..takut kucing sesat masuk dalam bilik duk bawah katil ke.. eeewww.so, aku lebih rela kalau yang buat bunyi tu adalah cik ti aka tikus. tikus jatuh atas katil aku blh handle lagi..tapi kalau kucing memang xtahu nak handle mcm mana..

sebagai penutup (mcm buat asaiment)..sekian terima kasih jelah. xde idea dh nk menulis.ni pun panjang dah.lama xupdate blog,sekali tulis mcm karangan dah ni.. okey,till then.. salam.. ^^ 

p/s: terima lah kami y Ailurophobia ni..hahhaha...*mcm sakit kronik je kan.*

Photo: {TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
, seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Aneh bukan?
ya...pandai dia dtg kat org y xsuka dia..

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...