Monday, March 11, 2013

Pengaruh

Seminggu ni, mood untuk berblogging kurang sikit. Ada je nak tulis, banyak. Tapi, tahan dulu, ada rasa macam tak sesuai, kalau part menyakitkan hati tu, takut menulis dengan emosi,nanti jadi lain pulak. Kadang2 dengan sedikit perkara yang berlaku pun boleh mempengaruhi emosi,tindakan kita..

1st,adat la,hidup bermasyarakat, rambut sama hitam, hati lain2..perangai lain2. Bukan kata perangai dia xelok,kita je yang elok. Tapi,ada tu yang kita tak boleh masuk,terima. Setiap orang ada kelebihan..dan ada kekurangan jugak.Belajar la untuk menerima.. Cuma, bila dah banyak kali terjadi, memang tak boleh terima. In the end, kena ambik jalan penyelesaian, menjauhkan diri sejenak. Takut.....takut kalau berhadapan 24jam, akan timbul perasaan "jahat"pulak.. sampai tahap benci tak boleh tengok muka ke. so, jarakkan diri, tunggu reda sekejap, barulah boleh bersemuka balik. Kalau kita sakit hati dengan orang,geram, orang buat jahat ke..yang susah untuk dimaafkan..ada satu motivasi untuk diri kita semua. Me sendiri pun, terbaca kata2 tu dalam 2minggu lepas kot..and renung,muhasabah diri...  "Andai rasa sakit hati dan tak boleh nak memaafkan seseorang yang buat salah pada kita sekali,2kali atau 3kali, cuba fikirkan, bagaimana Allah masih bersabar dengan kamu, memberi kamu nikmatNya yang tak putus2, masih ingin mengampunkan dosa2 kamu, masih bersama kamu,walaupun berkali-kali kamu ingkar padaNya??"!!!


second thing, fikir pasal masalah negara ni..huhu.. semua tahu kan,mengenai pencerobohan dekat Lahad Datu, Sabah tu. mempengaruhi emosi jugak. salah satu sebab adalah kakak ada dekat sana. Boleh faham, macam mana perasaan orang kat Sabah tu, keluarga para polis,tentera yang bertugas kat sana. Tapi kebimbangan aku, takkan setanding dengan kebimbangan mak and ayah tu. diakui jugak, perasaan aku lebih sayu bila teringatkan mak and ayah yang tak boleh tidur, nak buat kerja pun tak bole duk pikir,hati xsenang. as anak, semua akan risau kan keadaan mak ayah, orang tua,bukanlah sihat sangat,fikir banyak sikit,naik darah, tak boleh tidur. tu rasa nak balik tiap2 minggu, malas nak datang asrama ni, kalau boleh nak berulang alik je,rela.. tapi kita kat sini pun ada tugas juga,harapan mak ayah juga. hati ibu..ayah, walaupun anak2 dah besar,tetap dia risau. Mungkin orang lain xfaham,nak2 kalau yang memang dekat semenanjung ni,xde kaum kerabat kat sana. Cukup sedih dan geram bila ada baca komen2 dari orang yang xde perasaan duk buat main2 pasal kes kat sana,buat satu  gurauan. yang paling tak boleh terima, bila penghinaan pada para tentera and polis kat sana. dorang kat sana menjaga keselamatan, pertaruhkan nyawa sendiri. Tapi, ada jugak la kan, yang xpuas hati. ada yang mengata tu sebab politik,sebab xsuka, and xde sebab pun ada..mungkin dorang rasakan dorang selamat!! tapi ingatlah, kuasa Allah tak de sape yang boleh halang.. "kun fayukun", kalau Dia kata jadi, maka jadilah.. jangan terlalu selesa dengan keadaan sendiri,cubalah selami dan masuk sekali dengan penderitaan orang lain. sekalipun, ada perbezaan dalam apa2 ideologi, politik ke..ketepikan sementara. sila bersatu untuk masa sekarang,kalau tak, macam mana nak aman? mungkin sedikit emo kalau bercakap pasal ni,buka fb ke,bila tengok komen2,mmg rasa sakit hati, nak menangis. dorang tak rasa, boleh la cakap macam2.. at least share la satu doa ke..  harap semuanya akan kembali baik.percaya pada Allah, dan anggaplah ni satu dugaan, untuk kita berfikir dan muhasabah diri. wallahualam~

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

husna...kakak setuju dengan yang ini...

"Andai rasa sakit hati dan tak boleh nak memaafkan seseorang yang buat salah pada kita sekali,2kali atau 3kali, cuba fikirkan, bagaimana Allah masih bersabar dengan kamu, memberi kamu nikmatNya yang tak putus2, masih ingin mengampunkan dosa2 kamu, masih bersama kamu,walaupun berkali-kali kamu ingkar padaNya??"!!!

Husna Alias said...

ya.. bila renung balik, sape la kita ni kan untuk sombong, xnak maafkan org.. sedangkan Allah selalu brsama kta,maafkan kita kalau kita mintak ampun dgn dia..wlaupun xterkira dosa2 y dilakukan..huhu

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...