Saturday, March 30, 2013

mood ke hutan

dah lama x update blog. memang mood xtahu mana menghilang. nak kata busy tu,biasa lah..ada jugak masa freenya, ada je idea2 nak menulis. tapi malas and xde mood.. nak menulis,nak membaca.semuanya malas.. dulu,sekalipun malas nak menulis, tapi membaca blog feveret tetap rajin, buka hari2.. sekarang dah malas segalanya.blog2 yang selalu baca kat sebelah ni, xbuka2 pun..  mungkin sebab 12jam sehari duk libry, menulis asaiment,membaca maklumat, so balik bilik dah xberminat nak buat kerja2 tu. lebih kepada, menonton visual and mendengar sahaja.. tunggu la cuti next week, harap2 kerajinan menulis tu datang balik.. till then.. ~ annyong........

#ni pun mcm terpaksa update blog, untuk penutup bulan 3.. selamat datang April.. cepat je masa berlalu..

Tuesday, March 12, 2013

K-drama I Miss You OST

Buka trafik dekat nuffnang tadi.. tengok2,macam ramai jugak yang duk mencari ost atau lagu tema drama I Miss You kat tv9 sekarang.. isnin n selasa jam 9.30 malam! kat korea dah sebulan lebih habis. kalau nak tengok ending,boleh tengok online je.. antara lagu temanya ialah:

1- Tears are Falling- Wax
2- Just look at you - Jeong Dong Ha
3- Don't love Me- Lee seok Hoon
4- I think of your face- Byul & Shorry J
5- Magic Castle (asal dari Melody Day, pas2 DBSK nyanyi balik 2005.. and Yoochun nyanyi balik dlm IMY and untuk perf kat china.. boleh tengok video,dah link kan...*promote yoochun and dbsk5 ni.. hihi)

yang mana nak ringtone,download as mp3 ke..pandai la cari sendiri ya..google je..

Baru perasan,rupanya citer ni HOT kat Malaysia sekarang..maklumlah, duk hostel,jarang tengok tv.. kalau ada kat rumah pun, xberkesempatan nak tengok kat tv tu..download lebih best n cepat sikit nak tengok.. esp, citer2 yang ada kaitan dengan PYC ni..laju jelah aku download..  selamat menonton semua..sape2 yang tengok IMY tu and terkenan dengan pelakon utama dia, dengan watak Han Jung woo tu, nama sebenar dia Park Yoochun (PYC), or as singer nama stage dia Micky Yoochun..boleh je tengok post2 lama aku kat blog ni pasal dia tu.. *promote kali ke2* dan kalau rasa nak jadi fans PYC,boleh la tanya apa2 je berkenaan dengan dia kat sini or add my FB Husna 박유 천  hahaha...tapi aku susah sikit kot nak approve orang. FB tu khusus untuk geng2 cassies(DBSK5/JYJ fans) and fan k-drama,k-pop sikit2.. majoriti Cassiea la.sila la poke2/msj kalau nak di app.*bajet popular..hihi* dah masuk tahap supervisor dah(xlah tinggi sangat,sebb dorang dah debut 10tahun kot..tahun ke5 baru kenal..)..5 years with  dbsk5 and Yoochun as my bias no1, rasa macam BF betol dah ni.. ^___^

lama x bercerita pasal mr 6002 ni

Monday, March 11, 2013

Batu Jong vs Mee Kg Pek

Minggu lepas punya cerita.. Hari Jumaat, 1/3/2013.. melawat adinda CIK VIOLET kat PLKN.. hehe.. dekat Batu Jong, Kelantan. Area Kuala Krai. Dalam sejam setengah kot dari rumah. Kami dari besut,Terengganu. ^^ saje2 la, nak kenal2 tempat tu sebelum dia balik.

Perjalanan mula2 tak de masalah,okey je..tapi bila nak masuk kat kawasan Batu Jong tu,memang thriller.. kawasan bukit bukau,jalan pulak sempit giler, bersimpang siur. boleh lalu untuk satu kereta je, kalau kereta dari hadapan datang, memang kena berhenti dulu kat tepi, tapi risau time dekat selekoh, kot ada kereta datang dari hadapan,tak nampak.dahlah memang aku ni fobia accident bulan lepas tak habis lgi.. rasa macam nak turun je dari kereta tu, naik jalan kaki kat atas..huhu.. tapi apa2 pun, Alhamdulilah, selamat pergi dan balik..

mencabar,kalau aku drive ni,memang tinggal kereta kat bawah la,naik jalan kaki..
sedikit gambar kat kem PLKN Batu Jong..sikit jelah,xsempat nak snap2.. kalau nak tengok banyak2, pergi kat blog adik aku kat atas tu.. next week dia balik, banyak lagi kot akan diupdate..

my sis with lovely dad n mum.. 
ayah memang suka jadi model ni..hik2.. kawasan dia mmg dalam ladang kelapa sawit tu..


lepas tu balik~!!! tapi, acara makan2 mestilah kena ada kan.. Ayah suggest satu tempat makan yang besttt!!! dia pernah makan kat situ.. namanya,"Mee Kg Pek" . agak kelakar nama..hihi.. dah terlepas, tapi pusing balik, nak menunjukkan betapa best and wajib makan kat kedai ni. Mula2 x excited sangat la, dah bayang dah, taste ayah aku tu,jenis suka yang sos2 banyak,tomato,cili,kuah pekat, campur segala jenis bahan kat dalam tu.

Tapi.......bila sampai je makanan .....


untuk 5 orang makan!! tapi kami makan 4orang je, mak xmakan,alah dengan seafood and telur..
see... sangat2 menyelerakan!! memang BEST!!!!! siyes, xtipu.. kuah dia,pekat dan rasa semua jenis rasa.. udang besar jugak..and mee tu,macam dibuat sendiri.. sedap..rasa nak makan hari2 ni.. sape2 yang ke kelantan tu, singgah la ya.. xrugi...

my plate... siap tambah lagi.. masih terasa2 lagi rasa mee ni..!!

in the end.....

licin...semua pinggan mangkuk.. memang puas hati..!!



tu kedainya...~ masa ni hujan,xbrape berupaya nak snap lagi sekali,lepas tengok tertinggal perkataan M tu..hehe.. faham2 jelah, baca kot jawi tu.. Mee Kg Pek.. alamat ada kat situ.. kedai dia depan sekolah kg pek.. tepi jalan,tapi agak kedalam.. pandai2 la cari.. dah masuk daerah Machang, tapi rasa macam nak dekat Kuala Krai la... aku memang fail bab2 mengenal jalan ni... ^__^


#menulis,sambil makan meggi tomyam.. T___T



Pengaruh

Seminggu ni, mood untuk berblogging kurang sikit. Ada je nak tulis, banyak. Tapi, tahan dulu, ada rasa macam tak sesuai, kalau part menyakitkan hati tu, takut menulis dengan emosi,nanti jadi lain pulak. Kadang2 dengan sedikit perkara yang berlaku pun boleh mempengaruhi emosi,tindakan kita..

1st,adat la,hidup bermasyarakat, rambut sama hitam, hati lain2..perangai lain2. Bukan kata perangai dia xelok,kita je yang elok. Tapi,ada tu yang kita tak boleh masuk,terima. Setiap orang ada kelebihan..dan ada kekurangan jugak.Belajar la untuk menerima.. Cuma, bila dah banyak kali terjadi, memang tak boleh terima. In the end, kena ambik jalan penyelesaian, menjauhkan diri sejenak. Takut.....takut kalau berhadapan 24jam, akan timbul perasaan "jahat"pulak.. sampai tahap benci tak boleh tengok muka ke. so, jarakkan diri, tunggu reda sekejap, barulah boleh bersemuka balik. Kalau kita sakit hati dengan orang,geram, orang buat jahat ke..yang susah untuk dimaafkan..ada satu motivasi untuk diri kita semua. Me sendiri pun, terbaca kata2 tu dalam 2minggu lepas kot..and renung,muhasabah diri...  "Andai rasa sakit hati dan tak boleh nak memaafkan seseorang yang buat salah pada kita sekali,2kali atau 3kali, cuba fikirkan, bagaimana Allah masih bersabar dengan kamu, memberi kamu nikmatNya yang tak putus2, masih ingin mengampunkan dosa2 kamu, masih bersama kamu,walaupun berkali-kali kamu ingkar padaNya??"!!!


second thing, fikir pasal masalah negara ni..huhu.. semua tahu kan,mengenai pencerobohan dekat Lahad Datu, Sabah tu. mempengaruhi emosi jugak. salah satu sebab adalah kakak ada dekat sana. Boleh faham, macam mana perasaan orang kat Sabah tu, keluarga para polis,tentera yang bertugas kat sana. Tapi kebimbangan aku, takkan setanding dengan kebimbangan mak and ayah tu. diakui jugak, perasaan aku lebih sayu bila teringatkan mak and ayah yang tak boleh tidur, nak buat kerja pun tak bole duk pikir,hati xsenang. as anak, semua akan risau kan keadaan mak ayah, orang tua,bukanlah sihat sangat,fikir banyak sikit,naik darah, tak boleh tidur. tu rasa nak balik tiap2 minggu, malas nak datang asrama ni, kalau boleh nak berulang alik je,rela.. tapi kita kat sini pun ada tugas juga,harapan mak ayah juga. hati ibu..ayah, walaupun anak2 dah besar,tetap dia risau. Mungkin orang lain xfaham,nak2 kalau yang memang dekat semenanjung ni,xde kaum kerabat kat sana. Cukup sedih dan geram bila ada baca komen2 dari orang yang xde perasaan duk buat main2 pasal kes kat sana,buat satu  gurauan. yang paling tak boleh terima, bila penghinaan pada para tentera and polis kat sana. dorang kat sana menjaga keselamatan, pertaruhkan nyawa sendiri. Tapi, ada jugak la kan, yang xpuas hati. ada yang mengata tu sebab politik,sebab xsuka, and xde sebab pun ada..mungkin dorang rasakan dorang selamat!! tapi ingatlah, kuasa Allah tak de sape yang boleh halang.. "kun fayukun", kalau Dia kata jadi, maka jadilah.. jangan terlalu selesa dengan keadaan sendiri,cubalah selami dan masuk sekali dengan penderitaan orang lain. sekalipun, ada perbezaan dalam apa2 ideologi, politik ke..ketepikan sementara. sila bersatu untuk masa sekarang,kalau tak, macam mana nak aman? mungkin sedikit emo kalau bercakap pasal ni,buka fb ke,bila tengok komen2,mmg rasa sakit hati, nak menangis. dorang tak rasa, boleh la cakap macam2.. at least share la satu doa ke..  harap semuanya akan kembali baik.percaya pada Allah, dan anggaplah ni satu dugaan, untuk kita berfikir dan muhasabah diri. wallahualam~

Sunday, March 3, 2013

my Secret

semalam balik dari melawat adik kat PLKN (next entry akan cerita), akak aku nak singgah beli cool blog jap.. sebelah coolblog,ada secret recipe.. dah 2minggu mengidam and tahan nafsu nak makan cake secret recipe nie...!!! akhirnya, tanpa segan silu berjaya membeli....


3 slice

asalnya nak cari coklat indulgence je... tapi tengok xde, pas2 order la new york cheese, and nampak pulak c/chip with walnut, my feveret jugak tu,so order.. tengah abang tu duk bungkus2, eh baru nmpk,ada la choc indulgnce tu.. makanya,order la satu lagi.. hihihi...~!!! tapi 3 slice ni, dlm 3,4 kali makan jugak..bukan sekaligus ye.. last! next week saya nak diet dah.... >_< sila la percaya yaaa..tolong..hanya dengan kepercayaan anda menjadi penguat untukku.. hik2...

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...