Tuesday, December 31, 2013

chill

31/12/2013

quick update sempena hari last untuk 2013 ni.. sana sini duk wish happy new year. ada apa dengan new year?? melainkan hanya nombor yang berubah.. nak berazam baru apatah lagi. sebab azam ni tiap-tiap hari pun boleh.. aku ni berazam la banyak mana pun kalau setakat keazaman ni mulut tu taklah tercapai.. so, kita berazam dalam hati je.. berharap, mahu buat yang terbaik untuk esok, lusa lebih baik.. dan tak perlu tunggu tahun baru, sila tanamkan keazaman tu hari2...  

tapi ikut adatnya memang orang akan senarai wishlist dia... rasa macam nak senarai jugak.haha.. tapi wishlist jelah, kalau setakat azam nak kurus tu..hmmm dah giveup..haha.. okey, 2014!!!! nakkkk sangat start travel. kita mula yang dekat2 dulu.. bunyi travel tu macam over the sea kan. tapi tak semestinya. travel sebelah kg pun boleh... bukan nak bercuti yang betul2 bercuti pergi berehat tu.. tapi aku lebih kepada nak mencari,mengembara, melihat alam ciptaan Allah. harap2 lah dimurahkan rezeki.. round 1 Malaysia dulu..

nak buat bisnes!! ada tak bisnes2 yang best... tapi xbrape suka MLM..kecuali kalau benda yang jelas dan xperlu nak carik2 orang sangat.. nak berniaga pun tak tahu nak jual apa. tapi aku suka shopping.. yes shopping online! sangat gila.. nanti2 next entry akan ku tunjuk resit2 pembayaran, longgokan kertas poslaju skynet, citylink etc.... kalau ada bisnes yang okay tu kongsi2 la.. bukan nak berbisnes sampai untung juta2 pun..just sambilan..

no more k-pop2??? erkk.. okay sebenarnya benda ni memang dah lama aku slow2 kan.. bukan tinggalkan terus..tapi slow sikit.. sebab banyak lagi komitmen lain seiring dengan peningkatan umur dan tanggungjwab.. but still kalau kata nak tinggal terus tu tak boleh janji.. alah, bukannya aku layan gila sangat.. setakat group dbsk/jyj je.. group lain mana la aku layan.. cumanya jadi crazy fan tu yang agak tenat.. benda yang aku slow2 kan adalah membeli belah barangan dorang.. tahun ni tak de beli apa kot.. last beli Rooftop Prince DVD..yeaa paling mahal sekali tu..memang patut la tahun ni tak boleh beli benda lain.. lagi pun dorang tak de kuar dengan benda2 baru sangat.. aku akan gila membeli kalau melibatkan Park Yoochun.. dan yoochun berkait dengan JYJ.but jyj tak de album baru.. drama baru yuchun pun tahun depan..huuhuu.. minat tu tetap minat esp toward PYC.. mr6002.. tapi xmahu gila2 dan mengadap 24jam.. download yang penting2..nak shopping pun yang penting2 je.. (ada ke yang penting kat dorang tu???hhihi).. alaa terapi diri untuk orang yang tak de bf ni kan.duit nak beli topup untuk bergayut tak habis, nak beli makeup,baju cantik2 untuk jumpa bf pun tak.. so habiskan kat korea la.. boyfriend alam maya.. tapi sampai bila??? sampai aku jumpa my mr right.. ^__^

err..sebut pasal mr right..tahun depan dah 23tahun.. "dah" ke "baru" ?? 23 tahun rasa macam muda je lagi. belum mencapai had umur untuk mencari dan dicari..haha..belum terdesak! ke memang dah kena mencari?? aku bab mencari memang boleh sangat dan ramai sangat..tapi untuk saling "bersangkut" antara satu sama lain tu memang ntah bila la terjadi.haha. okay nak citer sikit my perancangan (esok exam Dasar dan Perancangan Sosial..hehe..). perancangan masa depan aku.. (Allah yang tentukan). habis belajar dalam umur 25tahun macam tu.. harap sangat dengan rezeki Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ni moga dapat kerja cepat-cepat.kalau tak dapat moga-moga panjang akal ni untuk cari rezeki sendiri.. harapan aku nak jaga mak ayah dulu.nak bawak dorang berjalan-jalan dulu.. Mekah tu pasti.. tapi nak ajak p Korea ke..hahaha.. tak tahu nak cakap macam mana, just rasa masih nak bersama mereka.. tengok my sis umur 27tahun tak kahwin lagi macam best je cuti sekolah boleh balik kg, rumah mak ayah sendiri..melepak kat rumah boleh belanja mak ayah,tolong bayar time shopping2.. raya pun best, semua ada kat rumah.. tapi macam-macam mana pun fitrah manusia, Allah jadikan kita dengan fitrah untuk berpasangan dan diciptakan manusia juga dengan berpasangan. jadi tak boleh nak menolak fitrah tu. sape tak nak kahwin? xnak bercinta? xnak orang jaga,ada tempat nak berkongsi rasa,masalah,membina keluarga sendiri?? semua nak kan.. tapi perancangan ke arah tu mestilah bertepatan. semua ada cara, ada harapan.. bagi aku, nak bahagiakan mak ayah, family tu dulu.. baru best nak pergi kat orang lain.. pas2 nak travel!!!!(aku gila sangat2 nak travel ni..bukan main2).. dapat pergi tempat luar yang best2 pun jadiklah walaupun tak xsempat nak keliling dunia.. Mekah, Madinah, Turki, Korea, Jepun, China, Australia, New Zealand, Switzerland..........huhuhu.. lepas settle semua tu and puas hati baru nak kahwin!! tapi dengan sape?? tu yang jadi masalah...hihiihih... target aku nak kahwin umur 27/28.. paling awal pun 26.. boleh?? (masalahnya ada orang nak ke???macam best je duk target2 tu). and the reason why aku belum mahu mencari,menahan diri, bermujahadah walaupun nak juga and belum bersedia untuk dicari adalah kerana tak mahu cinta2 bagai rak.. cukuplah kalau ada yang nak, and aku pun nak, datang rumah jumpa mak ayah..kita bincang terus.kalau dia ok,ada agama, akhlak baik,ada kerja, serasi bersama boleh la langsungkan terus.. kita bercouple lepas kahwin..boleh??? sebelum kahwin kita kawan2 je and tak nak over2.. ok stop la pasal kawen2 ni.xkan habis duk berangan. ni berangan and perancangan manusia yang serba kekurangan and punya banyak kelemahan.. sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui dan Dia yang menentukan.. terima sahaja ketentuannya...wallahualam.. 

okay dah..banyak pulak mengarut.. tujuan utama nak tulis entry untuk akhir tahun je.. esok  exam 2nd paper.. doakan yang terbaik, boleh jawab and aku tak blur dalam dewan tu..amin..


sambil2 study untuk subjek Dasar n Perancangan Sosial esok, baca balik benda y aku conteng ni.. ni masa lect cakp, "kamu semua kena ada perancangan.kita bukan just nak merancang pasal pembangunan, pelancongan and keduniaan ni.. akhirat kena rancang jugak. and masa depan kamu pun kena rancang..nak buat perancangan kena tentukan mana priority kamu dulu..." dan terus aku conteng2 kat bawah tu.hha.. kenapa PTPTN duk atas? sebab tu adalah HUTANG..and kita kena selesaikan hutang dulu ya adik2,akak2..n then kereta..why?sebab untuk kemudahan..tu saje tuls kereta. motor, basikal pun boleh..kalau rumah depan stesen komuter pun xpe..asalkan ada kemudahan untuk bergerak pergi mana2.. kalau tak macam mana nk jalankan t/jwb? n then bawah2 tu macam biasa la..Mekah, untuk mak ayah, family,me,  travel, rumah.. dan kahwin??selalu last kan..haha. ntah2 lepas ni aku kahwin paling awal kot..mana tahu.. doakan jelah mana terbaik.. i okey je..keke.. 


okey...jumpa lagi tahun depan..!! 2014!! moga dirahmati dan diredhai Allah sentiasa di dunia and akhirat.. amin...



LOVE them forever and ever.. till jannah.. <3 td="">

Monday, December 30, 2013

wat da.......

Bismillah... (moga diberi ketenangan untuk menulis.......)

final exam around da corner.. dah lepas 1 paper..alhamdulilah.
tapi..time2 macam ni la kan macam2 benda berlaku. actually benda ni dah lama. lama pendam, lama simpan sorang2 or just kongsi dengan orang yang sama-sama menghadapi benda ni..

aku...sangat tak kesah kalau orang nak mengadu2 nak bercerita kat orang lain kalau benda tu memang betul!!sah!!nyata!! tapi cukup BENCI bila cerita yang disampaikan tidak bertepatan malahan jauh sekali dari cerita sebenar.. lebih tepat lagi FITNAH.. sangat la pandai kau create cerita yang menampakkan kau yang betul and teraniayai..kami yang salahh..jahat lagi zalim.. pergi citer dekat orang yang just kenal kau luaran semata-mata memang termakan la kan.. nak2 luaran kau sangat2 la "baik" "tulus" dan yang memang aku sendiri akui kau "pandai". so benda2 ni boleh mengaburi mata and hati orang len.. tapi hakikat sebenarnya orang tak tahu perangai kau sebenarnya. betul la kita xkan kenal orang tu selagi kita tak tinggal sekali.. even yang bercinta 20tahun pun takkan kenal pasangan tu selagi tak kawen dan tinggal sebumbung sebilik!! tapi perangai buruk yang kau buat tak de la kami nak citer2 sampai ke luar rumah..paling2 sakit hati pun bercerita sesama sendiri yang memang rasai sama2.. sama sekali takkan bawak keluar citer tu keluar dari bilik or rumah.. sakit hati teramat pun masih pikir untuk jaga aib orang.. yess still tolong lagi walaupun macam-mcam yang kau buatt.. pertolongan yang sikit pun kami tak harapkan apa2 balasan.. tapi ya kau balas.. balas dengan fitnah.. just know it.. patut la ada orang tengok kami2 ni sebelah mata je.. menjengkelkan?? jahat?? xpatut???

kalau kira nak mengungkit boleh sesangat.. kejadian hari tu. walaupun dalam konflik yang tak berkesudahan tapi tetap kami tetap tolong kau yang dalam kesakitan. kami simpati, kesian, risau atas dasar sifat2 kemanusiaan yang masih ada dalam diri.. walaupun banyak lagi komitmen lain dan benda yang nak kena settle.. but tetap tak sampai hati nak membiarkan "kawan" macam tu.. ok bawak p klinik!! masuk teman sampai bilik doc!!! masuk bilik kecemasan xtinggal until doc suruh keluar and bagi kau rehat untuk masuk air and ubat semua.. berapa jam kami tunggu malam ni??? almost 3 hours!!.. dahlah terperap dalam library dari jam 10pagi sampai 6 petang untuk siapkan asaiment2 (asaiment group y kau pun terlibat) sedangkan kau best2 keluar ke bandar. kami tak de ambik kisah sangat, kau kuar nak beli tiket and kami sangat tak kisah buat kerja  tak de kau pun!! dah habis semua sampai pukul6 dengan otak beku tetibe dapat panggilan  kata kau sakit??? dengan hati membara cuba tenangkan diri masing2.. takkan nak biarkan?? direct p hantar kau ke klinik.. tunggu sampai kau SEDAR.. bayang tak betapa letih kami??? balik, nak makan?? okey hantar kau balik, sila rehat dulu.. kami pergi beli makanan, tunggu order semua.. setengah jam masa habis kat kedai.. buat balik makanan untuk kamu yang sakit!! its okeyyyy..its okey...!!

esok nya?? sakit lagiii.. tapi kali ni kau cari penyakit.. diri sendiri sakit tak boleh bangun,berjalan lagi nak p kelas. berkeras!!! berjalan orang papah.. yaa, dipapah.. sampai kena ke klinik sekali lagi.. kali ni simpati aku dah kurang sebab kau yang cari penyakit.. dalam sakit hati masih lagi bertahan sabarkan diri bawak pergi klinik sekali lagi! heyy tahu tak nak kena hantar 3-4 asaiment, malam tu ada kami ada test dan tak study lagi.gara2 semalam teman kau kat klinik.. untuk kali kedua ni dah kira cukuppp baikk kami hantar kau ke klinik. nak mintak teman sampai ke akhir??? and kami kena korbankan masa,kerja and komitmen kami yang lebih besar? lagipun kita bukanlah "bestfriend" but "justfriend" yang menolong sebab masih ada perasaan kesian yang tak patut ada kot kalau nak dibandingkan dengan perangai and perbuatan yang kau dah buat kat kami sebelum ni..

disebabkan tak teman sampai habis tu.. maka terjadi cerita?? citer best sangat.. i.dengan modal tu kau canang kat semua kata kami kejam tak ambik peduli pasal kau..biarkan kau sorang2..kau teraniayai..!! jahat sangatt terasa diri ini. dah tak pikir apa yang kami dah bantu kau tu?? sedaya upaya kami bantu setakat yang termampu.. bukan tak mahu teman sampai ke hospital, tapi baaanyaakkk lagi komitmen lain yang lebih penting. bukannya kau keseorang.. kami nak kena settlekan benda2 penting ni dulu n then baru boleh ikut kau.. sangatlah tak sangka in the end kau buat cerita macam tu, "diaorang tak peduli"... kalau macam tu okayyy... mulai sekarang aku betul2 tak peduli... !!baibai!!




Wednesday, December 25, 2013

Zul Ikan Bakar

macam pernah dengar je....macam pernah tengok je.....macam pernah pegi je........!!! hihihi..

aku rasa Zul Ikan Bakar ni start popular masa PRK dun Kuala Besut puasa hari tu..yang pergi berkempen semua pakat duk makan situ.. siap masuk berita lagi. lepas tu Zizan pulak iklankan dalam Oh My Ganu..ada kat astro Prima hari tu. memanggg ramai giler orang kat kedai ni.. walaupun dekat juga dengan rumah (dalam 15minit juga kot..) tapi sepanjang 22 tahun hidup baru pergi 2 kali.. haha.. pergi tu untuk merasa je.. dari xde langsung.

kedai dia beroperasi setiap hari KECUALI hari ISNIN dari jam8 malam hingga 2 pagi!! kedai Zul Ikan Bakar ni dekat bawah jambatan Kuala Besut. senang je nak cari.. memang sentiasa penuh tempat dia.. datang lewat sila tunggu giliran la nak duduk. kalau yang dari jauh tu, sebaiknya lepas maghrib sebelum pukul8 dah boleh tunggu. malam tu aku pergi dalam 8.20 sampai, just tinggal 2,3 meja kosong.. dan pukul 9.10 baru dapat makan..huk2..

dibawah gambar2 masa pergi malam sabtu hari tu.. yang pergi 1st time dulu xde dalam simpanan aku gambar2 tu..


tempat parking ok.. xde masalah sangat. sebab tempat dia bawah jambatan..bukan tepi jalan biasa yang kenderaan duk lalu lalang..


jangan pergi hari ISNIN. nanti frust terbaring depan kedai tu...


kat depan tu tempat korang blh pilih2 ikan,sotong,udang untuk dibakar... harga ikut KG..

US!! berkobar2 nak makan semua... laparr weii...dlm setengah jam tunggu. bukan tunggu ikan+nasi je. tp air pun setengah jam..kan biasa akn sampai air dulu.. tp ni nak menunjukkan betapa ramai orang and bz nya dorang


goreng celup tepung pun ada.. ni sotong!! feveret



ke"blur"an disitu menunjukkan tangan shaking sebab laparr... tapi jd habit kena snap2 dlu sekeping 2 walaupun tengah kebulur.. 

dan natijah dari kelaparan itu ialah:






review pasal makanan: hmmmm..ok la kot. aku makan semua!! boleh la cakap sedap tu.. tp tak lah kata sedap sangat2 sampai ketagih.. just fine,ok,sedap!! xkurang xlebih.. and xrugi juga makan kat sini..boleh la nak pergi lagi.. and sambal kicap dia tu pun best..!!

ini budak yang "memaksa" untuk pergi malam tu..lepas tengok rncangan Zizan oh my ganuu... 

the end....selamat datang ke Besut.. :-)

Monday, December 23, 2013

Timbul

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum...

Lama rasanya tak berupdate blog ni.. bukan je xberupdate tapi jenguk pun jarang-jarang.. masih ingat kesayangan ni. walaupun sekarang tech nk semakin maju..nk berkata2 tulis je kat twitter, nak contact kekawan dengan cepat pun ada whatsap, wechat, line dll... and paling best bagi blogger yang "gila bergambar" skrang lg senang nak upload gambar2 iaitu by instagram.. n me too gila instagram. suka share pics..tp xsuka share dekat fb sebab rasa terbuka sangat.. mcm la kat blog n insta n trbuka..  kali ni bukan nk story2 pasal new tech ni.. tp sebab kenapa blog x berupdate lama ni???? bz sangat ke???? busy tak lah busy gila2.. ada time busy, ada time free.. siap boleh melayan drama, novel segala. nak kata tak ada cerita tu xjugak sebab memang baaanyaakkk sangat cerita. setiap hari ada cerita best. gatal je tangan nak menaip nak cerita semua..meluahkan yang terpendam.. tapi ada kekangan2 nya..huhu..

sem ni tinggal kat rumah sewa.. yes wifi xde masalah jugak. tapi ada la broadband ni. nak pakai topup.. and aku jenis yang tak suka benda yang ada limit.. nak buat kerja xbest. pastu pulak satu bilik tu kongsi 3.. oklah selesa xde masalah setakat nk tidur je pun.. tp ruang privacy tu agak kurang.. nak buat apa2 even ngadap laptop,main fb,tgk citer ada je kot yang intai.. dan sibuk tu ya la jugak.sem ni agak gila...sangat2 mencabar. 20jam kredit dan mcm 40jam kredit. satu subjek kerjanya bukan 1,2.. tp banyak nk kena buat. bila balik rumah tu, masa yang ada nak rehat,tidur je..or tgk citer yang boleh relax2. sebab dah tak boleh nak tengok tulisan2, nak menaip semua ni.. nak membaca pun rasa pening. dengan sebab itulah blog tak berupdate lama..

now sem ni dah habis..not totally habis.sebab belum final.sekarang study week.. tapi agak lega sebab semua kekalutan sem ni berkahir.. sem depan belum tahu lagi.. tp syukur sangat2 sebab boleh hadapi semua ni. sampai rasa nak giveup dah untk sem ni.huhu.. tapi mcm2 mana pun kita lalui jugak kan. setiap perkara yang berlaku tu, pahit ke manis ke. as pengalaman yang sangatt berharga. kalau tak lalui semua tu hidup ni mcm plain je.. sedangkan memang kat dunia ni Allah jadikan kita as khalifah sebagai tempat ujian untuk kita sementara menunggu hari keputusannya kelak.. sentiasalah yakin padaNya sebab semuanya datang dariNya dan Dia lebih mengetahui yang mana terbaik untuk kita.. jumpa lagi. hope blh update dlm masa trdekat and nak buat entry untuk citer2 lepas. dari raya haji.. hahahaa... ok bai..

Monday, October 7, 2013

Survivor

Bismillah..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan kehidupan ini. Walaupun lately macam2 terjadi..nanti2 la cerita.. tapi sebenarnya dugaan, cabaran tu semuanya datang Allah. bila dilanda apa2 musibah, walau masa tu hati kita sakit, marah, takut and etc, tapi berbaliklah pada Allah..

Seminggu dua ni rasa serabut,banyak masalah. mula2 masalah biasa2 sahaja, dengan study,kawan..sehinggalah bila muncul satu dugaan yang kita rasakan amatlah besar sebab tak pernah melaluinya. rasa tertekan sangat, letih, semua rasa bersatu sampai satu tahap tu dah tak ada rasa untuk dirasai.. kosong..!! tapi sila la sedarkan diri sendiri. pertama ingat Allah.. dia sentiasa ada untuk kita..yakin dengan sepenuhnya tanpa zhon.. yakin 100%. walaupun kita rasa tertekan sebab mak ayah,family kita jauh..rasa tak boleh nak handle benda tu, tapi Allah sentiasa ada bersama kita. bila kita yakin, insyaAllah akan rasa selamat. ujian yang Dia bagi tu pasti ada hikmahnya..ada sebab..bila fikir macam tu jiwa kita akan tenang n aqal fikiran akan waras balik untuk berfikir..  kita hidup kat dunia ni, selain Allah bagi t/jawab as khalifah, ini juga tempat untuk Allah menguji kita..

Moga2 dengan ujian dan dugaan yang diberi Nya menjadikan kita lebih kuat. dimasa hadapan tak tahu lagi macam mana bentuk ujian tu..sentiasalah bersedia.. fikir positif dengan setiap dugaan yang Allah berikan.. kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang,dan sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Tapi bukan bermakna kita tak boleh berusaha.. perlu berusaha dulu, n then berusaha..kemudian bertawakal pada Allah.. andai usaha atau doa yang kita mintak tak tercapai, atau sesuatu yang kita tak ingini terjadi jugak, anggaplah itu dugaan dariNya yang tersimpan beribu hikmah. samaada hikmah yang tersembunyi,jelas, akan kita tahu dalam masa terdekat atau masa hadapan, tidak di dunia,ada di akhirat nanti..atau itu merupakan satu teguran,pengajaran dari Allah untuk kita perbaiki kesilapan dan lebih dekat denganNya..

bila dilanda musibah Yakinlah Allah ada bersama kita, yakin Dia tentukan yang terbaik untuk kita, yakin Allah menguji sebab Dia sayangkan kita... insyaAllah hatimu akan tenang,redha atas segalanya dan semakin dekat denganNya.... -sentiasalah bersangka baik dengan Allah- semoga kita sentiasa dalam lindungan,rahmat dan redhaNya di dunia dan akhirat.. amin~~ <3 allah="" p="">

Thursday, October 3, 2013

bertujuan untuk?

tulisan ini hanya ditulis sekadar untuk meluahkan isi hati.. dengan penggunaan ayat yang tersendiri..mungkin tidak akan difahami.. anda punya pilihan untuk meneruskan pembacaan atau tidak...

aku paling tak suka dengan orang suka bermuka-muka..!!!! sama jugak dengan jenis yang ramai pasangan. dah berpunya, tapi mata tak boleh nak kontrol.. sehingga menimbulkan kekeliruan pada orang lain... mohon terasa bagi yang berkenaan!!! same kes dalam hal2 lain..towards special one or kawan, bff sekalipun kenalan biasa..sila nyatakan hajat mahupun tujuan anda yang sebenarnya...tak perlu guna pelbagai hint, body language dari kejauhan..mungkin apa yang anda nak sampaikan tu difahami dengan maksud lain oleh orang lain!!! bagi aku la kan, dalam apa-apa keadaan, hubungan (tak kira antara siapa dan siapa) masalah yang selalu terjadi adalah disebabkan komunikasi. berlaku salah faham komunikasi disitu.. mungkin kamu gembira dengan tindakan kamu ini.. best permainkan? pergunakan? hanya untuk menguji atau...??? kamu ada alasan lain?
letih la...letih sangat2 dah... tunggu-buang-buka-buang-tunggu-bukaaa... cuba untuk memujuk diri, tapi di akhirnya kebenaran jelas nampak! sudah la ya... hentikan semuanya kerana saya sudah letih....!! let's continue our life in our own way... i hv my way..... thanks!!!

Tuesday, August 20, 2013

Raya 2013 - Behind the Scene

Assalamualaikum..

Sebelum keluar sesuatu cerita tu, haruslah ada tayangan behind the scene dulu kan.. so, sebelum citer pasal hari raya, mahu story2 pasal cerita sebelum raya dulu.. tapi layan gambar jelah.. 

Macam biasa je.. persiapan2 raya ni bermula start hari buat tapai..yakni 2hari sebelum raya. sebelum2 tu persiapan macam kemas rumah, buat biskut tu kira persediaan awal.. tapi yang start betul2 busy 2hari sebelum raya..

1st.. jom kita buat tapai..dah menu wajib ada tiap kali raya. projek buat tapai ni diketuai oleh kakak yang no2 tu.. tapai maniac kot.. kalau ada yang tak tahu tu tapai tu apa, beliau ialah sejenis makanan bukannya pakaian mahupun perabot.. makanan yang dibuat hasil campuran dari beras pulut dan ragi.. ragi tu apa?? sila google la.. alaa..ragi tu benda penting,kalau tak ada dia memang takkan jadi tapai..
cara buat tapai?? senang sangatttt kot!!!.. tapiii cara nak handle nk bagi dapat tapai yang betul2 best,masak tu agak susah..biasanya kena tangan orang2 tua jugak..
pegi kedai just beli beras pulut and ragi(kat pasar ada).. balik rumah tanak beras pulut macam biasa.. lepas tu hidang atas dulang besar tu..(seperti gambar dibawah). and boleh tabur2 kan ragi atas tu... dah sejuk, boleh bungkus.. tok aku kata, yang aslinya orang bungkus tapai tu pakai daun getah la.. tp sekarang macam2 daun kot orang guna.. 



tu la rupanya tapai!!yang serbuk2 putih atas tu ialah ragi ya..bukan salji..! warna asli adalah putih. tapi biasalah kalau orang2 muda ni.mahu mencipta kelainan..idea kakak..dah masuk tahun ke3 kot dia buat tapai ni kaler2..tahun2 lepas lagi teruk..ada kaler kuning,hijau... tahun ni my mum bagi garis panduan la pulak.. just benarka 1 warna selain putih.. so,warna merah menjadi pilihan..


nenek sedara..duk raut daun kelapa..nak ambik lidi.


tu daun getah..letak je pulut yang dah ditabur ragi atas tu and bungkus.. ikat/selit pakai lidi nyior.. cara bungkus??xsempat snap..so pandai2 la ya tanya uncle google.. 



hasil...

done citer pasal tapai..lepas tu duk mengemas2 rumah jelah..and hari ni jugak aku sempat buat 2 jenis biskut..!! gila pemalas tahun ni nak buat biskut raya..biasa semangat sangat.. mungkin dah selalu kan..(rasanya dh 5-6 tahun kot tugas aku as pembuat biskut raya rasmi lepas mak letak jawatan..and kakak no1 tu belajar jauh..) walaupun malas, tapi nak bagi mood raya and bau biskut tu ada, bakar la jugak 2 jenis.. and kakak no1 bakar 1 jenis.. total tahun ni homemade biskut just 3.. Cornflakes gandum/susu, cornflakes madu, and biskut badam..!! yang len2 beli. dah tua2 ni hilang excited nak buat benda2 yang comel2 tu..mcm biskut,cupcake, coklat n etc... tapi lebih teruja nak buat masakan yang besar2 and boleh dimakan semua. mcm nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak n segala jenis nasi tu, kuah kacang, nasi himpit, rendang dan seangkatan dengannya..



biskut badam and cornflakes.


kerepek2 yang dibeli ajee...



ni jelah lelaki yang ada kat rumah..hehe..tengah pasang lampu lip lap.. ayah and adik.. the only one lelaki dalam adik beradik ni..bongsu..!!buat penawar ayah bonda.. so,dengan dia jelah ayah boleh lepak2. moga jadi anak yang soleh ya! boleh jaga kakak4 jugak nanti. sila abaikan "kecomelan" beliau..heheee...

sehari sebelum raya......
macam biasa, pagi2 mak dah busy p ambik barang2 basah macam daging lembu, ayam, santan yang dah ditempah khas untuk raya ni. and p shopping2 bahan masakan lain.. biasanya lepas isyak dalam pukul9 baru start masuk dapur. masak2 sambil dengar takbir, tengok citer raya ke..(citer apa ya mlm raya aritu??xsempat jeling tv pun)..


ketupat daun palas!!!! yang ni ayah tempah dengan kawan pejabat dalam 200 biji.. sedapp!! my mum boleh la buat ketupat ni,tapi tak sempat.. ketupat biasanya kalau nak buat akan p umah nenek sedara..depan rumah je pun..tapi smpai la ni xreti2 nak bungkus ketupat daun palas ni.nak2 part simpulan kat hujung tu..huhhu...raya tahun bila la nk pandai..

aktiviti malam raya tu..masing2 ada la tugas,bidang and kepakaran tu..haha.. my mum ofkos jadik ketua chef.. my sis no1 biasanya kerja dia banyak kat luar la..kepakaran dia dalam bab mengemas..susun2 biskut.kuih,kerepek dalam balang. mengemas gila2 kat luar tu..pasang karpet,susun atur perabot ke..tu dia punya tugas utama..masuk dapur pun dia buat pencuci mulut..bukan dia tak boleh masak,boleh je..tapi untuk mengemas tu tak ada yang expert lagi dari dia.. my sis no2 pulak, dia sekarang dah macam penolong kanan my mum..jeles betol,dah expert buat masak2 yang besar tu macam nasi minyak n segala jenis nasi, buat kuah kacang..bila makan dah, rasanya dah nak dekat2 dengan rasa airtangan makk..tapi sampai bila2 pun takkan boleh sama dengan airtangan mak kan.. so,malam tu dia buat kuah kacang, sambal belacan, acar timun.. and me yang no3, selain dari tugas utama buat biskut raya, sejak 3tahun kebelakangan ni, tugas rasmi malam raya adalah buat rendang!!ya rendang.. feveret semua..sebenarnya belah2 pantai timur ni jarang kita hidang rendang time raya. tapi aku suka makan rendang..and try buat dulu..lepas tu diterima semua.kira masukkan dalam menu wajib untuk raya.resepi rendang tu mengarut je kot..tanya mak,n tengok resepi sikit2.. mak pun xpernah buat,tapi tahu la kan cara tu. my nenek biasa buat rendang tok.. tapi aku buat rendang minangkabau..sebab suka pedas! senang je nak buat rendang tu..just nk menunggu dia masak,kering betul2 tu la lama sikit.. tapi my rendang feveret my ayah..hehe..bangga la sekejap.. and adik no4, perempuan jugak (kami perempuan 4 beradik straight dari no1-4.. no5 yanglast baru lelaki), adik no4 ni setakat ni aku xmampu nk kenalpasti apakah tugas dia..yang aku selalu ingat, malam2 raya dia duk depan tv, datang tolong kakak3 dia ni sikit sorang,kekadang dtg tolong tengok n rasa je.dan selebihnya lebih banyak duk bergaduh nga adik lelaki tu depan tv.. dan ketua chef my lovely mum just buat menu utama, nasi minyak+kerutuk daging.. side dish yang lain anak4 dah buatkan.. 

antara yang sempat di snap..


agar2 pelangi(kot)..kakak no1 buat


kuah kacang..kakak no2 buat..

dan..ehem, rendang yang tuan blog buat...


bahan2.. daging+santan+bahan kisaran(bawang besar,merah,putih,cilipadi, lengkuas,kunyit hidup,serai)+daun kunyit,serai yang dipotong halus2...



campak2 je semuanya tu.....masakan saya tidak seskema mana..xsuka ikut resepi dalam buku sangat.. n tambah air,garam gula secukup rasa..pas2 biarkan sampai masak...


done!!!

tu jelah kot gambar masakan malam raya.. nasi minyak semua tu xsempat snap..!! tengok yang dah siap jelah nnti.. sambung citer raya pulakkk..next..

Friday, August 16, 2013

SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI


jom join!! click banner kat atas tu..

and

click 5 iklan kat bawah ni... bantu membantu sambil tambah duit and berkenal2 kenalan.. ^__^ click sampai habis loading.. JUJUR ya.. :-)

1  2  3  4  5

kalau tak keberatan click2 nuffnang sekali.. ^^

Tuesday, July 30, 2013

1st Giveaway Ramadhan Photo by iWaniE

sape nak join?????banyak hadiah yang tersedia ni..nak join sla click banner tu!!

+
+
+
+

gambar yang paling saya suka sepanjang ramadhan ni ialah:

walaupun gambar ni tak cantik sangat,tapi saya suka n rasa comel je..hihi.. ni gambar adik bongsu and ayah..satu2 nya lelaki dlm adik beradik.. biasa la kan, budak2 puasa..bila bawak pergi bazar ramadhan,semua benda dia nak beli.ayah bawak dia p bazar ramadhan(dalam 4 ramadhan kalau tak silap).. balik je,tengok2 penuh tangan,siap peluk lagi..kebetulan time ni saya tengah ambik gambar baju raya,terus snap dari jauh n cepat2, kalau lambat takut habis jatuh makanan tu..

Friday, July 26, 2013

"Segmen : Kumpul Duit Raya"


Jom join segmen kumpul duit raya.. sesama click iklan masing2.. yang nak join, sila click banner kat atas tu... dan lepas tu,sama2 kita click iklan.. ^__^

my iklan.. sila klik link dibawah..sama2 jujur je. lepas klik, komen n tinggalkan link..saya akan ke entry anda..

 Click 10 iklan ni----> 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
dan,boleh tolong click2 iklan nuffnang kat bawah/tepi/atas ni sekali.. :-)

thanks... may Allah bless u~~

#yang tak ada iklan pun boleh nak join, tolong click2..mana tahu menang topup dari minnie..or blh niatkan sedekah.. ^__^

sambil2 tu click iklan kat bawah ni sekali..heehe.. V

Sunday, July 21, 2013

Tolong Boleh??

2 entry hari ni, semua dalam bentuk pertanyaan... korang boleh nak minta tolong..or sesape yang tersinggah blog ni.. tolong click link2 kat bawah..alaaa,click je. pas2 tunggu habis loading..tak perlu nak baca2,menulis, menghafal ke.. click je.. tak ada nak harm2 or virus2 yaa..!! pleaseee..pleasee..pleasee..hehe..

click semua ni---> 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

yang bawah ni pun boleh click jugak..

CLICK SINI

CLICK SINI

CLICK SINI

CLICK SINI

CLICK SINI

CLICK SINI

thankssss!!! May Allah bless u all! ^__^

nampak tak?

Nampak tak betapa banyaknya giveaway aku join!! macam ni la, bila jadi penganggur full time bulan pose nie.. bagus jugak dorang2 ni buat givewaya,boleh la blogwalking sikit2.. memang setiap organizer tu takkan rugi buat giveaway,bagi hadiah..sebab akan ada untung lain lagi.. nuffnang,iklan2 len..and sponsor pun tak kurang jugak,ni tujuan promosi!!.. len kali nak buat jugak la lah giveway ni..haha.. ada orang nak join ke?? or maybe boleh jadi sponsor.. hehehe...

dalam berpuluh2 giveaway aku join ni, kalau tak sangkut walaupun satu, tak tahu la kan..memang tak ada luck namanya..aku akan stop join mana2 giveaway lepas ni.. apa2, harap2 la bertuah,sikit2 pun tak apa lah..dapat topup rm5 pun boleh.. eh, rm5 untuk aku, boleh bertahan sampai 1-2 kalau dekat U,sebab guna juga untuk contact family, msj2 kawan pasal kelas,asaiment ke.. kalau time cuti???hmmm...memang berbulan2 kot..tak ada orang yang nak msj2.. ni la untung kan, tak ada BF..hahaha..

okey baiiii...

Saturday, July 20, 2013

First Giveaway by Nong



CLICK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN ^^



Giveaway Rahmatnya Ramadhan part 2 by Mohd Zuhri


CLICK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway Raya By Aliya Tralala & Nabila Biela


CLICK BANNER

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Friday, July 19, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

I LOVE GIVEAWAY

CLICK BANNER DI ATAS KALAU NAK JOIN!! ^^

Biksut Raya Pertama

Salam 10 Ramadhan..

Bukan lah excited sangat nak raya, awal2 lagi siap dengan biskut raya. Tapi excited makan tu lebih sikit.. Cookies ni aku tempah je. Order online..sekarang ni segalanya dihujung jari kan. order dari blogger, Kak D.. mak dia yang buat. aku dah pernah order tahun lepas, tapi bukan time musim raya.. memang best, coklat chips cookies ni..sebab tu kali ni berani order lagi.. order hari 1st puasa..ingatkan dapatlah hujung2 nak raya nanti..rupanya memang dah siap.. Mak Aji (mama kak D) post terus..



betul la kata Kak D, Pak Aji memang kreatif..kotak kertas pun boleh..hehe..


4 balang= 200biji


sedap!!! dah bukak 1 bekas...dan tinggal separuh bekas dah ni... 3 bekas lagi tak tahu my mum p simpan kat mana..baik xpayah tahu..kan xsempat raya, aku duk angkut makan lepas berbuka...



kalau sape2 yang rasa nak order tu, act kak D dah tutup order kalau nak order direct dari dia..tapi masih boleh order dengan agent2 dia.. sila melawat blog beliau kalau nak tengok senarai agent..--->  http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/  dekat bawah setiap entry tu,dia ada link kan senarai agent kukis Mak Aji ni.. ^^

Sunday, July 14, 2013

Giveaway Ramadhan By NabilaMedan



GIVEAWAY RAMADHAN BY NABILAMEDAN
TEKAN BANNER UNTUK SERTAI
Giveaway ini dianjurkan oleh NabilaMedan dan turut dibantu oleh Chocolate A MJOM Singgah Shoppe, SiGadis Yuyu, Ash SiKutu, Puteri Elaika, Fya Pelangi dan Farhan.
Hadiah-Hadiah Giveaway ini Chocolate Oreo X 1 ,Tasbih Digital X 5, RM10 *cash* X 10, Tafsir Al-Quran (Terjemahan Melayu) X 1, Tudung Bawal X 3, Special Kad Raya + Duit Raya X 4, Kad Raya Special By NM X 5, Barangan Angry Birds X 1
30 PEMENANG DICARI. MUNGKINKAH ANDA?

Simple giveaway by Cik Yaya #3

click banner kalau nak join ^^

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

Giveaway Kad Hari Raya Bersama akubahrain.com





NAK KAD RAYA?
Jom sertai segmen Giveaway Kad Hari Raya dari Dumex bersama Akubahrain.com
Segmen ini akan berlangsung selama 12 hari sahaja iaitu daripada hari ini sehingga 19 Julai 2013 (Jumaat). 


 SYARAT-SYARAT :
(SILA BACA DENGAN TELITI!)

(1) Follow blog akubahrain.com termasuk Google + (jikalau ada)
(2) Buat entry bertajuk "Giveaway Kad Hari Raya Bersama akubahrain.com"
(3) Wajib Copy dan paste Code html Yang telah  disediakan Oleh akubahrain.com pada entry korang 

Tutorial Copy paste kod html




(4) Wajib klik di sini [Jujur]--> SINI, SINI, SINI (Tunggu sehingga habis Loading)
(5) Letakkan url entry korang di blog ini --> akubahrain.com


GiveAway
kad hari raya daripada dumex akan diberikan kepada 8 pemenang yang bertuah.

Top Referral 
2 kad hari raya + RM10

Cabutan Bertuah
6 kad hari raya sahaja.

SELAMAT MENYERTAI SEGMEN GIVEAWAY

"Santai Giveaway Kad Raya 2013 by F & W"


kenapa nak kad raya dari Farisha and Wid?
1- saya suka kumpul kad raya
2- sekarang dah susah nak tengok budaya hantar kad raya ni.
3- dapat jalinkan silaturrahim antara bloggers ^^

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...