Lebih best? apa yang lebih best??
Puasa tahun ni lebih best dan tenang untuk aku...
ya...setiap tahun Ramadhan sama sahaja, apa yang kita diperintahkan untuk lakukan adalah sama sahaja..begitu juga dengan ganjaran pahala dan lain2.. tetap sama setiap tahun...
Tapi..yang lainnya adalah suasana.. ^__^
setelah lama tak dapat berpuasa dirumah..
akhirnya tahun insyaAllah sepanjang 29/30 hari Ramadhan, akan ku lalui dirumahku syurgaku ini...
tiada apa yang lebih menyeronokkan..
bazar ramadhan,kat mana2 pun ada..lauk pauk best pun kat mana2 ada juga..
terawih pun sama..
tapi.....suasana di rumah sendiri,kampung sendiri..masakan dari ibu sendiri tak akan dapat cari kat mana2 ^__^
Kalau tahun lepas, rasanya untuk 1st day puasa, aku sempat bersahur sahaja..
lepas bersahur,pagi tu..terus
Satu je..yang dapat mengurangkan lah sikit rasa sedih tu..iaitu dengan bawak bekal dari rumah.. tak kira la apa2 pun..tak tahu la orang lain macam mana.. tapi, sebelum puasa (kalau puasa jatuh pada hari yang ada kelas, aku balik la hujung minggu sebelum puasa tu..WAJIB balik..).. sebab?? nak bungkus bekalan untuk puasa dekat U..walaupun orang lain tak balik, tak kisah pun..aku balik sorang2, pergi semula sorang2..jalan sorang2..tak kisah..asalkan dapat apa yang aku nak.. dari aku duk sedih2 nak berbuka dan bersahur tu..
Apa yang biasa aku bawak untuk tahun2 lepas??
tadaaa~~~!!! ni gambar tahun lepas..ada juga aku masukkan dalam entry tahun lepas.. jenguk2 la ruangan "ramadhan" tu.. |
tu dia.. satu beg penuh,semua makanan!!!!ada sape lagi yang perangai macam aku ni?? yang wajib nya aku akan paksa rela mak aku buat sambal ikan bilis.. ikan bilis akan digoreng garing dengan minyak macam biasa.. pas2 buat sambal asing..asalkan tak campur dan tak sentuh dengan jari jemari salleh insyaAllah tak basi.. tapi tak de lah boleh simpan sampai sebulan..takat 2minggu pun syukur alhmadulilah la..(tak de peti ais pun).. so,dengan sambal bilis tu la pengubat hatiku ini.. berbuka ambik sikit,bersahur sikit..nak bagi rasa air tangan ibu.. selain sambal bilis, yang wajib jugak adalah serunding!!! serunding daging.. walaupun bukan yang mak aku buat..tapi mak aku beli..kira boleh lah~~ hehe.. serunding makan dengan roti time sahur ke.. pas2 yang lain2 tu macam biasa la..biskut2,kurma,junkfood, and macam yang korang nampak dalam gmbr tu.. (kicap penyedap rasa..wajib ada juga dekat asrama ni)..
ala..tu citer tahun lepas la..rindu jugak sebenarnya dengan suasana sambut puasa dengan kawan2..walaupun ada sedihnya..tapi pengalaman tu penting.. ^^ kat mana2 pun kita puasa..tetap sama,tetap membawa misi,matlamat yang sama.. hanya suasana yang berbeza..so,pandai2 la kan menyesuaikan diri.. hehe.. kiranya tahun ni, tak boleh la nak berlagak buat entry "Balik Kampung".. hahahahahhaa...
Selamat meneruskan ibadat puasa.. now, baru pukul 7.40pagi.. moga2 bertahan la yea.. nak2 yang warga dah matang mumayyiz tu..jangan duk pagi2 bukak periuk dah la.. malu kot.. sila malu dengan diri sendiri yang tak boleh nk jujur tu.. >__< (banyak pulak rasanya nak story2 ramadhan nie.. tapi nanti la dulu.. tengok petang2 pulak, kita menulis lagi.. )
wassalam~~
No comments:
Post a Comment