Monday, August 2, 2010

TAHNIAH IMAM MUDA!!!..



ASSALAMUALAIKUM...
rasanye blom terlmbat lagi nk update entry pasal imam muda..3hari yang lepas baru kan..
bukan ape, xsempat nak menulis2 nie..just klau copy paste apa yang aku bace,ok la.. tp pagi ni insyaAllah nk menulis sikit.. menaip..ha3..esok kelas kul2 kan.. so..ok lah tido lambat sikit, kalau x cari nahas la tersengguk2 lam kelas.. wlaupun assgment berlambak2..tp still steady je aku nie.. insyaAllah nanti akan selesai jugak tugasan2 tersebut, asalkan kite gigih n xputus ase.. lari tajuk la plok..ok berbalik pada program imam muda..

 30hb/07/2010,malam final program imam mada musim pertama.. alhamdulilah dah tamat n berlangsung dengan jayanya.. kebetulan masa tu khamis, jumaat n sabtu aku balik umah..emergency case..he3.. so bleh layan malam final imam muda la jumaat malam ari tu.. mmg best..terharu n seronok je tengok.. berlainan benor dari tengok konsert af or rncangan hiburan yang lain.. bila kita tengok rancangan2 cam gnie..hati kita xlalai, still ingtkan Allah.. setiap apa yang diaorg katakan n persembahan para peserta, mngajak kita untuk mendekati diri pada Allah..

Jadi seperti yang sedia maklum, juara imam muda pertama adalah imam muda asyraf atau sebenarnya Muhammad Asyraf bin Mohd. Ridzuan, yang mana beliau telah mnerima ganjaran iatu, trofi, sijil penyertaan serta kad tauliah daripada Jawi,tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000,pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G..

Manakala naib juara, imam muda hizbur,dan membawa pulang pakej ‘emas’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Saudi Arabia, pakej umrah, wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam dan pakej perabot jati bernilai RM7,000.Hadiah lain termasuklah sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, iPhone, pakej spa Maghribi di samping trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah daripada Jawi. Dan imam muda yang lain2, yang telah tersingkir, mendapat tajaan n tawaran belajar ke luar negara.. itulah hikmah n bestnye..



Alhamdulilah, rezeki mereka..wlaupun imam muda asyraf yang menjadi juara, bukan bererti imam muda hizbur tidak bagus, semuanya sama bagus dan hebat, cuma rezeki berpihak pada imam muda asyraf... begitu juga dengan 8 imam muda yang lain, yang mana telah tersingkir, iatu imam muda abe syara, imam muda syakir, imam muda adib, imam muda miril, imam muda nuri, imam muda taufiq, iamam muda azhar dan imam muda aran.. mereka semua ini adalah terbaik.. dalam soal menuntut ilmu Allah, semuanya adalah terbaik.. asalkan mereka ihklas untuk belajar dan menambahkan ilmu Allah, bukan untuk mengejar populariti.. insyaAllah..

Cuma harapan aku, para imam muda ni mampu menarik para pemuda untuk lebih menekati Allah.. hapuskan golongan mat rempit, kaki lepak, kaki disko dan yang lain2, yang mana telah terlalai dan tersasar jauh dari landasan islam. Bukanlah satu tugas yang mudah, ini aku rasakan amat berat bagi mereka, tapi kita boleh berusaha.. namun bukan hanya untuk para imam muda ini, tetapi untuk semua masyarakat..sama2 lah kita membantu.. dimanakah para pemuda kita sekarang?? pemuda islam?? pemuda yang mampu mempertahan maruah dan memelihara agama islam.. sudah tentu islam akan lebih maju dan kukuh.. insyaAllah..





No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...