Monday, August 23, 2010

sahur

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”
 
(al-Bukhari dan Muslim)
 

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja. 
 
Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur. "

Betapa besarnya kurnia Allah ke atas kita sehinggakan makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diganjari dengan banyaknya. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan bersahur dan ganjaran-ganjarannya juga dinyatakan.

Pengulas Sahih Bukhari, Allamah Aini telah menukilkan kelebihan bersahur daripada tujuh belas orang sahabat yang berlainan dan kesemua ulama bersetuju bahawa bersahur adalah mustahab (disukai). Kebanyakan orang sering terlepas daripada ganjaran besar ini semata-mata kerana kemalasan mereka. Setengahnya sudah tarawikh, mereka lantas makan (yang disangka mereka itulah makanan sahur) lalu pergi tidur. Betapa besarnya berkat yang telah mereka kerugian! Sahur sebenarnya bermaksud mengambil makanan sebelum hampir waktu subuh menjelang. Setengah ulama mengatakan bahawa waktu sahur bermula selepas sebahagian daripada malam berlalu (mirqat).

Pengarang Kasy-Syaff (Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, dan menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur, jadinya apabila malam (iaitu setelah matahari terbenam sehingga subuh) mengambil masa sebelas atau dua belas jam, maka dua jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk bersahur. Maka hendaklah diingat juga bahawa mengambil makanan pada waktu yang paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada makan pada waktu awal dengan syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum subuh. Banyak sekali hadis-hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersahur.

Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak melakukannya." Baginda bersabda lagi: "Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "

Di dalam hadis ini, penggunaan perkataan jamaah adalah bersifat umum, yang mana dapat disimpulkan bahawa ia termasuk solat berjamaah dan lain-lain amalan kebaikan yang dilakukan secara berjamaah kerana pertolongan Allah datang kepada mereka. Tharid adalah sejenis makanan yang enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak bersama daging. Perkara ketiga yang disebutkan di dalam hadis ini ialah sahur. Apabila Rasulullah (saw) mengundang mana-mana sahabatnya untuk makan sahur bersama-samanya, baginda selalu bersabda: "Marilah mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku."

Di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "

Abdullah bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw) bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan.’


Oleh :Zindagi Ekk Safar
http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=56693

myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Monday, August 16, 2010

TO MY BELOVED......

 NOKIA EXPRESS MUSIC 5130!!!!!!!




thanks so much...4 giving me the pressure...!!!!!!!!!!

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum..
salam ramadhan pada semua.waktu agak terbatas..bz as usually,assgment..2,3 hari ini, banyak hal yang perlu diselesaikan..
walaupun ni sudah 02 ramadhan, tp rasanya belum terlambat nak mengucapkan selamat menghadapi dan mengharungi ibadah puasa dengan penuh jayanya dan diredhai Allah..insyaAllah..
moge kita semua mengejar pahala yang telah dijanjikan Allah yang mana hanya didapati dibulan ramadhan..
xsilap aku, ustaz cakap ari tu, 1 kebaikan yang kita pada bulan ramadhan, pahalanya 700 kali ganda dari biasa..klau xsilap la..subhanaAllah.. selain dari tu, hanya pada bulan ramadhan ada solat terawih, yang mana boleh menambahkan pahala kita gak.. 10 malam terakhir ada lailatul qodar.. malam yang penuh keberkatan..rasanya nak huraikan 1,1 kelebihan tu cukup banyak.. moga2 jugak, segala amal kebaikan yang kita lakukan di bulan ramadhan ini, kita boleh bwak kebulan yang seterusnya.. harap2 kita mampu untuk istiqomah dalam kebaikan yang dilakukan,,insyaAllah.. selamat berpuasa, bersahur, berbuka..

Sunday, August 8, 2010

TART TELUR..!!

Hye..
kali ni entry pasal makanan,resepi.. terlupa lak sebelum nie nk buat entry mkanan nie..padahal byk je resepi n mkanan aku nk share n mintak..he3..
skang baru teringat, nak2 bk dekat raye nie..otak aku dh mula pkir nk buat kuih raye..taun ni cuti sminggu sbelum raye n sminggu lepas raye..best2..tapi kelebihan bulan ramadhan pun insyaAllah nk kejar jgak..
skrang ni tngah giler bace blog masakan n resepi dari blogger2 lain..geram tgk muffin sbenarnya,kecik, comel2 je..

hmm..actually skrang aku mengidam nak TART TELUR.. mana naj carik nie.. 2hari lepas kuar nga member p shopping2, ad  member kpada member aku bagi tart telur..rase la sikit,ingtkan biasa2 je..rupenya best la.. smpai ari ni terasa.. nape la kafe xjual..hu3.. tu try search resepi nk wat tart telur..balik ni nk wat..

ni antara link resepi yg aku dpat..boleh pergi melawat


http://zaidahluqman.blogspot.com/2010/07/resepi-tart-telur.html

sambil salin resepi tu,boleh tak nak mintak tolong? tolong click link2 kat bawah ni. click je..tunggu sampai loading.and boleh tutup la.. tolong ya..hehe










kalau nak tambah pendapatan, boleh JOIN SINI

Saturday, August 7, 2010

LIVE MUST GO ON..

p/s-rommate aku tngah pasang lagu raya..hu3..gile semangat wok..tp best la gak tangkap leleh malm2 buta nie..ha3..


HADAPILAH HIDUP INI DENGAN PENUH KECERIAAN.. WALAU APAPUN YANG BERLAKU PADA HARI2 LEPAS..HARI INI, ESOK DAN SETERUSNYA BUKANLAH HARI KELMARIN,HARI LEPAS YANG TELAH BERLALU..JIKA SEMALAM KITA LALUI DENGAN GEMBIRA, JADIKAN MEMORY YANG TERINDAH..JIKA HARI SEMALAM  KITA LALUI DENGAN DERITA, USAH ULANGI DETIK ITU, HANYA TOLEH UNTUK MENGAMBIL PENGAJARAN..JANGAN SEKALI2 ,MELANGKAH KE BELAKANG UNTUK MENGULANGI HARI YANG SURAM ITU KEMBALI..KERANA ITU AKAN MENAMBAHKAN LAGI PENDERITAAN DIRI..

HIDUP PERLU DITERUSKAN..MULAKAN HARI INI DENGAN LEBIH BAIK DAN GEMBIRA..HADAPI DENGAN TENANG DAN TABAH.. BERSIH DAN SUCIKAN HATI, MOHON PADA ALLAH, DEKATKAN DIRI PADA NYA, MAAFKAN SEMUA, BERIKANKAN SENYUMAN, JAUHI HASAD DENGKI, BERBUAT BAIK PADA SEMUA MAKHLUK..INSYA-ALLAH, HARI YANG DILALUI AKAN LEBIH BERMAKNA DAN CERIA..

Friday, August 6, 2010

RINDU..!!!

SALAM 1 MALAYSIA..

bila kita rindukan sesuatu or seseorang, mesti semua benda xmenjadi..segalanya bercampur aduk.. semuanya jadi tertekan..silap sikit, kita akan sensitif, cuba bandingkan orang lain dengan orang yang kita rindu n ingat..seolah2 kita nak biar orang yang berada di samping kita ni memahami n boleh kadi seperti orang yang kita rindui itu..same gak dengan suasana..bila dh ingat2 ni, mulalah banding2 kan.. kenapa la boleh jadi macam tu.. sedangkan keadaan kita sekarang dah Alhamdulilah okey.. teman disamping kita pun alhamdulilah okey..tapi disebabkan kerinduan itulah, maka terjadilah perasaan sedih yang terlampau dan mengharapkan orang n keadaan disekiling kita berubah menjadi seperti apa yang kita mahukan.. hu3..



Apa sebenarnya yang aku rindu?? yang pasti bukan insan lelaki yang bergelar kekasih.. tidak sama sekali.. aku rindu mak ayah, family,kg,rumah, n member2 gila2 aku masa kat sekolah.. sangat2 rindu..ditambah dengan tekanan sebab schedul yang full, assgment, aktvt x bhenti2.. bila kat hostel, hrapkan seperti kat umah..rindu femily mak,ayah,akak2 n adik2..walaupun mggu lepas dah balik,tp tetap rindu jugak, mgkin bercampur dengan stress kot.. dengan kwan2 kat cnie lak , harapkan seperti kawan2 dalam geng aku.. wlaupun berpisah jauh2,tapi hubungan kitaorg still rapat n pantang cuti wajib jumpa.. skang pun bila ada masalah, kitaorg akan saling mencurahkan perasaan..kebanyakan masalah yang dialami lebih kurang sama je..



Tapi.. xboleh cam gnie..sekarang aku berada di bumi unisza, perlu menerima kwan2 disini seadanya.. semuanya baik, just x memahami betul2 diri kita n xsama dengan member2 ku.. sama gak cam suasana kat umah, macam mana nak sama kan..kat cnie aku perlu blaja, bukan macam kat umah, boleh rehat n buat apa saje.. inilah perngorbanan yang perlu dilakukan.. 

Jadi, inilah pentingnya setiap hari kita perlu memohon pada Allah.. ini semua adalah ujian.. aku selalu ingtkan diri sendiri yang Allah hanya menguji hambanya mengikut kemampuan hamba itu.. jadi aku yakin, Allah turunkan segala kesulitan, kesedihan dan kehibaab aku ini untuk lebih menguatkan aku dan aku boleh mengatasi segalanya..insyaAllah..  
Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hambaMu yang kerdil dan hina ini..berikanlah kekuatan serta ketabahan hati,jiwa ku untuk terus menghadapi dan mengharungi kehidupan dan perjuanganku ini.. aku harapkan segala dugaan yang Kau berikan padaku ini adalah satu rahmat buatku.. amin..



Wednesday, August 4, 2010

XSUKE!! XSUKE!! XSUKE!!



aku xsuke perasaan aku skang..
aku xsuke keadaan aku skang..
aku xsuke diri aku skang..

ade masa aku suke..ada masa xsuke..kdang2 aku suke2..what happend 2 me??
malas blaja?? malas masuk kelas?? assgment banyak??
hmmm...tapi...bukan tu je.........erkkk... ntah lah........

malas nak pikir dah...biar jelah..

citer doraemom ntv7 kul7.30


layan komik kalu tngah stress best gak kan,,hu3..

???

zzzzzzzzzzzzzzzzzzz     
tido lagi bestz...

p/s- gmbar2 ini tiada kena mengena secara langsung mahupun tidak langsung.. hiburan semata2..

Write

 Assalamualaikum. It's not comeback i think. Hanya mencuba untuk menulis kembali. Aku start blogging since 2009/2010 rasanya. Lepas SPM,...