Pada pemerhatian aku lah, yang aku tengok by status kat laman sosial ni, kebanyakan mungkin yang tengah excited umur meningkat ialah yang berjaya memasuki ke angka 2. which is 20 tahun keatas. Sesuatu yang membanggakan, mungkin excited bila dah masuk series ke 2 ni. Aku bercakap by pengalaman lah sebab aku pernah melalui fasa tersebut. wah, masa tahun 2011 i turn 20 years old! rasa macam dewasa dan expect macam2 this is the time yang aku tunggu. Zaman yang menyeronokkan untuk dilalui..mungkin. Nak kejar banyak benda.
Dan perkara yang aku nak highlite untuk entry ni ialah pasal cinta,love, couple thing, cinta islamik, cinta selepas nikah, misi mencari iman, cinta ana enti dan seangkatan dengannya. Aku faham, ramai yang berperasaan sebegini sebab rasa ini ialah waktu yang terbaik untuk mencari dan mengejar. Tak semua tapi kebanyakan. Walau sikit perasaan tu tetap ada.
Errr...hmm..
Typical thinking bila umur berubah ke angka ke2. Angka y
kita rasa bangga.
Sama dengan aku dulu ni..tp now rasa nk balik umur 5
tahun..haha.
Untuk adik2 yang sedang melalui fasa tu, meh nak story sikit.
Hidup kita tidak lah semudah yang difikirkan
itu.
Perasaan, fikiran, fitrah itu normal..
Tp bkn hal cinta kawen semata yang
perlu difikir dan dikejar bila mnginjak ke umur 20an.
Banyaaakkkkk lagi benda lain kena settle selain cinta.
Sangat banyak, jangan sebab kejar cinta tu smpai tercicir perkara lain yang jauuuh
lebih menarik dan gembira dalam perjalanan ni.
Umur 20-25 adalah waktu y bnyak bende y kita blh buat,kena
buat dan sekitar waktu yang menyeronokkan, tenaga masa smua banyak. So,ambil
peluang improve diri, bersosial scara baik,cari pengalaman hidup time ni.
Rugi!
kalau kita kejar cinta or sesuatu yang belum pasti tu kita rugi!!! sebab dalam proses kita duk main kejar, mencari, kita tak pandang kiri kanan. Tak tengok sebenarnya kiri kanan perjalanan yang kita lalui tu banyak perkara yang best. Antaranya mak,ayah family kita. Bila kepala penuh cinta pada yang bukan yang selayaknya kita jadi mabuk,khayal dan fokus pada benda tu je.
Sampai kita lupa cinta kasih sayang perhatian kita patut diberi pada siapa sebenarnya?? Masa bersama family banyak terbuang, komunikasi dengan mak ayah tak ada. Padahal ini waktu yang sesuai untuk kita bercakap dengan dorang secara matang, as orang dewasa nak bercerita itu ini dan untuk lebih memahami.
Selain family, masa dengan kawan terjejas. Kita kurang kawan. kawan yang sebetulnya..interkasi sosial antara kelompok sejenis akan down. maksud aku interaksi secara sihat dan bijak.
Ini yang tengok bila ramai terlalu mengejar untuk mencari sesuatu yang dapat isi hati dorang tu. i know. rasa kekosongan tu. Aku pun pernah melalui zaman orang kata budak baru nak up ni. Kekosongan tu bukan kosong sebab kita perlukan cinta lelaki. Tapi kekosongan kita pada kehidupan. Fikiran kita semakin matang, semakin banyak yang kita boleh masukkan data baru, semakin banyak juga yang kita boleh bagi. Bukan semata cinta pada lelaki/perempuan tapi untuk Allah, agama, keluarga, kawan, pada ilmu dan banyak lagi..itu kekosongan yang perlu kita isi sebenarnya.
That's why kena pandai pilih jalan mana yang nak ikut.
Kat sini aku bukan nak kata jangan cari cinta, jangan kahwin awal, jangan nak ngada2.. NO!
Kalau dh jodoh awal memang akn jumpa la time tu. Kira jodoh awal, then Alhamdulillah. Siapa kita nak tolak takdir? itu Allah dah aturkan dan itu yang terbaik. tapi hendaklah dengan cara yang betul.
Tapi,kalau belum diberi, jangan rushing terdesak nak cari!! yang trbaik untk kita ialah buat bnda lain yang xkurang hebatnya, cari
kwn ramai2, blaja bhsa korea ke, baca buku bnyk2, masuk kelas baking, travel,
makan bnyk2 dan bnyak lagi lah.. seronok mcm kawen n org kapel jgak..haha.. sabarlah. sabar dan yakin dengan Allah. sedikit lagi masa. Allah dah atur yang terbaik.
Thru da flow..enjoy ur life..
Tulisan untuk peringatan diri sendiri yang terutamanya.