Friday, July 4, 2014

8.20

Bila start je ramadhan perkara yang selalu jadi isu ialah solat SUNAT Terawih. Tak kira la dari segi bilangan rakaat, hukum dan sebagainya.

1st.. Solat sunat terawih ni maksud dia ialah berehat-rehat, relax. That's why la kita buat 2-2-2-2.. berhenti,salam setiap 2 salam. untuk berehat. tak perlu gopoh2. dan ianya SUNAT. perkara sunat elok dilakukan. nak2 bulan ramadhan ni, segala amalan baik yang kita lakukan diganda dua. tambah lagi solat terawih ada bulan ramadhan je. dikhususkan pada bulan yang mulia ni. rugi la kan kalau tak berusaha nak kejar. NAMUN begitu, perkara sunat ialah sunat. tidak wajib. dan tidak boleh kita nak mewajibkan!!! jangan la salah faham pulak kata aku tak rekemen untuk solat terawih pulak. benda baik kan kenapa nak tolak. tapi kena fahami betol2.. itu sunat. ramai yang tiba-tiba bulan ramadhan terlebih alim pulak. Alhamdulillah, berubah kearah kebaikan itu lebih baik. tapi bila asyik menjatuhkan orang lain tak kena jugak. mentang-mentang dia pergi terawih,buat 20 rakaat terus kondem orang yang tak pergi. tak salah saling memperingati, tapi biar la kena. tengok dulu, situasi orang tu. dia ada hal ke, ada halangan ke, dia buat dekat rumah ke sebab nak jaga mulut, hati, iman. Yes, solat berjemaah lebih baik, pahal 27 kali ganda. tapi ada yang takut,risau dia tak mampu nak jaga hati. ada yang duk sakit hati sebab imam baca surah panjang sangat ke. dia tak mampu, xmampu nak khusyuk, iman xberapa kuat untuk sekat dari mengata,mengumpat dalam hati tu. lebih baik lah solat seorang diri untuk elakkan kemudharatan yang lebih besar tu. benda ada option kan..tapi dalam option tu,ada yang terbaik! kita perlu pilih yang mana terbaik, tapi jangan kondem yang pilih option lain. mereka ada sebab! Rasulullah tak mewajibkan solat terawih ni di masjid. Baginda sendiri kadang-kadang solat jemaah dekat masjid, kadang solat sendiri dekat rumah. kenapa? sebab nak tunjukkan, yang solat terawih ni bukan just kena buat dekat masjid berjemaah. apa-apa pun pilih la yang terbaik kan. alah, kita ni kat rajin takat mana sangat la nak buat sorang-sorang. pergi jelah masjid,jemaah. andai ada sebab2 tertentu tak apalah. no need to bertelingkah tentang perkara ni.

Solat terawih jugak tak ada limit waktu tertentu. memang la start lepas isyak, tapi tidak ditetapkan hanya boleh buat sampai pukul 10 malam ke, pukul10.30 ke. no.. lepas isyak hinggalah sebelum subuh. and dah tentu boleh berhenti2 sebab nama pun terawih, solat berehat2. contoh, lepas isyak tu buat 8 rakaat kat masjid. balik rumah, boleh sambung lagi nak tambah 4 rakaat ke. pastu bangun pukul 4pagi tu, rasa nak sambung lagi solat terawih nak cukupkan 20 rakaat. boleh je! tak semestinya nak buat 20 rakaat tu kena habiskan dari lepas isyak non stop. nak kejar kuantiti,waktu sampai solat tak ada kualiti.

Persoalan bilangan rakaat pun selalu jadi masalah. paling kurang 8 rakaat dan max tiada. jadi, start 8 rakaat tu dan keatas semuanya boleh. jangan nak tunjuk hebat semua, membid'ahkan orang yang solat 20 rakaat, mengutuk orang yang solat 8 rakaat. Rasulullah buat 8 rakaat, Saidina Usman buat 40 rakaat, kadang2 60, Saidina Umar buat 20 rakaat. Rasulullah walaupun buat 8 rakaat, tapi tahu tak berapa lama Nabi buat solat tu. panjangnya setiap satu rakaat tu Rasulullah baca 3 juzu'. Subhanallah. pokok pangkalnya kualiti solat tu, and niat kerana Allah untuk dapat rahmat dariNya. jangan nak bergaduh terutamanya soal khilaf.

Apa-apa pun, selamat menyambut bulan yang mulia ni, Ramadhan Kareem. semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah. jom upgrade diri sesama. naikkan level sama-sama ke tahap lebih tinggi. jangan duk upgrade level game ja kan(mengata diri sendiri). dan yang penting saling berkasih sayang, tunaikan yang wajib, lakukan yang sunat. jangan bergaduh. Raikan perbezaan, syukuri persamaa. (pinjang ayat Ustazah Fatimah Syarha). Allahuakbar.

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...