Monday, June 23, 2014

dia anak syurga

kecoh rasanya pasal anak istimewa yang dikatakan dikurung, tak diberi makan oleh ibunya sampai tinggal kerangka tu.

First, kita cuba untuk berbaik sangka. yelah kan seorang ibu takkan x sayangkan anak. itu fitrah,lumrah dan normal. yang jadi kes buang anak, dera anak, bunuh anak, rogol anak, tu semua di luar tabi'e sebagai manusia, lari dari fitrah. tak tahu lah nak menggelarkan mereka ni apa. tapi bila tengok keadaan adik Firdaus tu, ya Allah! kenapa sampai macam tu. tinggal kerangka!! tinggal di tempat yang tak terurus,kotor. diri dia lagi la tidak terurus. baju dah reput. sangat tak faham. baca kenyataan ibunya katanya sibuk, tak sempat nak uruskan, nak anak tu berdikari. alasan yang sangat tak dapat diterima. baik dia cakap "saya terlupa selama ni saya ada anak lagi sorang, terlupa saya kurung dalam bilik tu" yes,aku macam lebih terima kalau dia bagi alasan macam tu. tapi alasan tak sempat, faktor kemiskinan, memang rasa tak mampu nak dicerna oleh otak and akal aku yang tak seberapa ni. tak tahu la kot2 otak yang IQ tinggi macam mana pula penerimaannya. sebab tengok keadaan maknya terurus pulak, cantik, ada gaya. tahap paling miskin aku tengok kat Malaysia ni pun tak ada yang sampai tinggal rangka macam tu. aku rasa aku ni orang yang sangat berfikiran positif and aku cuba untuk berbaik sangka dalam setiap perkara. cuba baik sangka, mungkin keadaan adik Firdaus tu sampai tinggal rangka adalah disebabkan penyakit dia ke. mak dia dah bagi makan cukup. aku boleh berbaik sangka macam tu. tapi bila tengok keadaan dia tu. baju dah tinggal secarik, tempat bilik yang kotor. nampak sangat tidak dipedulikan!! sibuk macam mana pun seorang ibu tu, takkan sikit pun tak ada masa nak uruskan anak tu. even 1 jam sehari? 1 jam dalam seminggu? 1 jam dalam sebulan??? untuk bersihkan bilik, mandikan budak tu. Allahuakbar! tak tercapai akal nak pikir. kenapa sanggup buat macam tu?? aku tak berani nak cakap, dia tak sayangkan anak dia tu. walau sekelumit? takkan tak ada. kita boleh kata dia juga tertekan, mungkin masalah dengan ex husband, tertekan dapat anak istimewa, kesempitan hidup dan lain-lain masalah. tapi..tapi dan tapi lagi kalau perkara macam ni tak sepatutnya berlaku. memang tak patut. miskin??banyak alternatif lain. kerajaan sediakan bantuan untuk orang miskin, OKU. Allah, apa2 pun kita kembalika kepada Allah. siapa kita nak menghukum,menuduh. walaupun ada bukti didepan mata. setiap orang melakukan kesilapan. mungkin ini juga sebagai teguran untuk kita semua. untuk kita membuka mata,hati melihat ada orang dalam kesusahan dikala kita bergembira. kita serahkan kepadaNya yang Maha Mengetahui.

Second, nak ulas pasal orang istimewa ni. secara genaral, bukan untuk ditujukan pada ibu adik Firdaus tu semaa2. OKU. Orang Kelainan Upaya. Anak Syurga. dapat anak yang istimewa ni dah ditentukan Allah. Dia bagi pada ibubapa2 tersebut bukan untuk menganiayai. ada sebab dan hikmah. siapa nak anak yang mungkin dilihat tak sempurna dimata manusia ni kan? tapi sebenarnya sempurna, bersih di sisi Allah. mungkin sukar nak terima esp masa awal2 kelahiran tu. tapi redha dan yakin dengan ketentuan Allah tu penting. terima dengan positif, sekarang banyak cara,terapi,kaedah pengajaran yang tersedia untuk anak-anak istimewa ni. kalau betul sayangkan mereka,cuba sebaik mungkin untuk bantu mereka. at least untuk menguruska kehidupan yang asas-asas. Allah nak bagi pahala lebih tu. yang lebih penting, terima mereka dan ingat mereka ni anak syurga. saham akhirat. anak ni yang akan mendoakan dan tunggu di syurga. bersusah sedikit di dunia, tapi senang di akhirat yang abadi. aku tak berani juga nak cakap lebih2 sebab tak melalui. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. memang tak nak kan. kita nak anak-anak yang sempurna, sihat. boleh meneruskan kehidupan dengan normal, boleh jaga kita di hari tua. tapi Allah lebih Mengetahui yang mana terbaik untuk kita. mungkin satu ujian atau satu hadiah. teringat ada sorang lecture cakap "dekat dunia yang sementara ni awak boleh la ketawa, menghina sepuasnya orang gila, orang yang istimewa ni, tapi kat akhirat nanti mereka pula yang ketawa tengok awak.terkial2 nak menuju ke syurga. sedangkan mereka sepantas kilat, tanpa hisab masuk ke syurga yang kekal abadi. Allahurabbi. hebat percaturan dia. moga2 kita juga tergolong dalam golongan ahli syurga.

Thursday, June 5, 2014

BOSS in PERLIS



8/5/2014. kami ke Perlis. atas sebab final assigment untuk subjek Evaluasi dan Pemantauan Sosial je. sampai ke Perlis pergi pantau. alasan je kan. padahal sambil2 tu nak jalan2 jugak. setiap sem kena ada jalan2 ni. kitaorg bertolak 8hb malam tu. 




tak pasti singgah masjid mana, tapi kat Kedah. sampai dalam pukul5.30. mandi, solat da bersiap terus. untuk ke destinasi yang pertama.



Kami ke UPP. Unit Pencegahan Penyeludupan. UPP ni dibawahnya termasuk sekali Kastam, PDRM. tugasnya adalah untuk handle kes2 penyelupan ni. penyeludupan barang ke, orang ke. kes2 pendatang asing semua tu. ada taklimat la pasal benda ni dan dapat sedikit info. berguna! mana tahu nanti kena kerja bahagian ni. and kami dibawa untuk lihat pendatang dari Rohingya. kesian sangat tengok keadaan mereka.ya, mereka masuk tanpa permit. tapi mereka perlukan perlindungan. mereka masuk ke Malaysia semata2 untuk mendapatkan perlindungan. betapa susahnya. moga dijauhkan negara kita jadi macam tu. tapi kami tak dibenarkan sama sekali ambil gambar. serius kesian tengok mereka. pegawai Upp tu cakap, nak kerja situ hati kena cekal. dia cakap ingat dorang ni kerja asyik tangkap orang je, tangkap pendatang, biar duduk ramai-ramai kat situ, pastu dihantar balik dan sebagainya je, ingat pekerja2 tu tak sedih ke,tak hiba ke. tapi sebab tugas, kena buat jugak. kalau aku la kan. memang tak sanggup, lepas je..pergila dikau, tinggal di bumi Malaysia ni,cari kerja dan duduk elok2. tapi ofkos la tak boleh buat macam tu. kena pikir pelbagai kesan.


lepas kat UPP, lunch, sang lelaki pergi masjid solat jumaat. perempuan rehat2 jap dekat homestay. kami stay dekat Arau. lepas tu secara santai2 ada aktiviti kat kampung tu. macam biasa la kan, gotong royong, lepak2, belajar budaya kampung kat sana. memang betol2 mencabar la. jalan kaki keliling kampung almost 20minit kot dengan cahaya matahari yang sangat terik. but it's ok la,pengalaman. kita ambil yang baik2 je.

ni baru betol2 mati katak

cantik pemandangan. walaupun tak ada padi.buka musim dia kot. tapi still..cantik






keletihan yang amat balik tu. dahlah malam sebelum atas bas tak boleh tidur. aku memang susah dan tak boleh nak tidur atas bas kalau pergi berjalan jauh2. setakat naik bas dari KT nak balik Besut tu tak de hal sejam lebih je. kalau perjalanan jauh memang susah. aku suka tengok pemandangan, tempat baru. nak tidur rasa sayang. even ualang alik dari KT-Besut-KT ni pun, time dekat penarik, ada pantai elok2 je tidur aku bangun semata2 nak nak tengok pantai walaupun tiap2 mnggu tengok. second reason tak boleh tidur kalau berjalan jauh sebab aku gayat.haha.. gayat atas bas kot dan kerisauan tu tinggi. rasa nak duduk sebelah driver je,nak tengok depan,apa yang berlaku. risau takut apa2 berlaku.

untuk dinner malam tu keluar makan tak tahu kat mana. ikut je orang bawak sebab penat sangat, tapi lapar sangat jugak. kami ber6 masuk kedai thai.


BEFORE
AFTER
balik terus tidur tak ingat dunia. akhirat insyaAllah ingat.hehe..
next day, hari ni lebih fresh dan santai. ni aktviti jalan2.

 kami ke Gua Kelam. my 1st time. okey la.. cantik tempat dia.. atas tu ada secret garden. atas lagi tak tahu la ada apa..













lepas tu ke padang besar. shopping2..



and bertolak balik!!! sampai KT around pukul2.. and tidoooo...zzzz..

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...