Monday, June 24, 2013

feeling free

Assalamualaikum semua...
salam nisfu syaaban.. lagi 15 hari sebelum melangkah ke bulan ramadhan.. moga2 dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan penuh keberkatan itu..amin

Alhamdulilah.. dah seminggu dekat rumah ni. cuti sampai bulan 9 (kot)..haha.. memang tak ambik tahu, berapa hb masuk nanti. rasanya bulan 9, berapa hb, hari apa tak tahu.. untuk seminggu cuti ni, kejayaan besar adalah dah habis baca 2 bijik novel.. feeling great g2..haha.. novel yang m/s 1k lebih.. kalau ikutkan memang nak habiskan cuti dalam 2bulan lebih ni dengan membaca n membaca n membaca je.. tak kira la novel ke,buku motivasi ke, apa2 buku je.. lebih dari 100 buku ke..huk2..dan menulis blog. tinggi harapan ni..FB dah bosan.xde benda.. bukak la sekali sekala.. drama pun tak de yang best nak layan.mungkin ada, tapi malas nak download. harapkan variety show jelah yang rajin nak download yang mana best. sekarang ada variety show baru, Barefoot friends. baru tengok 2 episode, best.. banyak informasi.. nanti2 la aku citer.. ok lah, rasa malas pulak nak menaip panjang2.. mood entah kemana.. bye.. jumpa lagi esok..(yeke esok???)


jap..nak share gambar.. random2 pic ;-)

bilik saya kat hostel.. banyak kenangan selama 2 sem ni.. A5 4/4

saat paling best masa berkemas2 ni.. ^__^



dan semalam ramai duk post gambar bulan.. tidak ketinggalan daku..walaupun kamera biasa-biasa saje..tetap gigih nak ambik gambar jugak. betol la, rasa macam rendah je bulan semalam.. cantik...!!

SUBHANALLAH~!!


Sunday, June 9, 2013

final exam

Assalamualaikum

hari ni saya dah start exam~ and esok,lusa,tulat..dan seterusnya sampai ahad depan..!!
mintak maaf ya semua kalau ada salah silap.. kalau ada hutang,sila bagitahu..!! nak halalkan pun buleh.. ^__^
and kepada semua kawan2 yang akan mnduduki final exam jugak, diucapkan selamat berjaya.. buat y terbaekkk! tapi relax2 je lah study ya,jgn stress2..
study smart,not study hard....n dekati diri padaNya dengan lebih erat lgi.. sama2 kita doakan kejayaan di dunia n akhirat.. :-)

ingat satu kata2 or cerita or perumpaan or apa2 yang seangkatan dengannya.. dari classmate,dia post dekat fb :

"kalau kita order gelas, maka kita akan dapat gelas tu.. tapi kalau kita order air, kita akan dapat air+gelas sekali.. begitu juga perumpaan dengan menuntut ilmu. belajar semata-mata exam, dapat result yang baik+cemerlang jelah.. tapi kalau kita belajar kerana Allah,  insha Allah cemerlang dalam exam+pahala+redha Allah.." credit to Adik Aerif yang comel.. ^_^
so, ikhlaskan hati tuntut ilmu kerana Allah.. sama2 kita cuba. 

semua yang baca blog ni, doakan saya ya.. luv u all !! lepas exam nak update belog ari2..hehe...


Wednesday, June 5, 2013

Hening hati

hening...malam yang hening..
hanya terdengar putaran kipas yang tidak putus-putus memutarkan diri demi keselesaan penghuninya..

penghuni yang dahulunya gembira..
gembira dengan sinar dan harapan yang diberikan..
namun kini..hatinya kaku..membeku..
kenapa ini terjadi? kenapa perlu memberikan harapan?
salah sang penghuni juga yang terlebih berharap..

oh..duhai mata..
usah engkau sia-sia kan air matamu..
simpanlah untukNya dan mereka yang lebih layak..

oh..duhai hati..
usah engkau diam membisu..

Monday, June 3, 2013

Kad Kahwin

i'm back.. (time2 study week ni la buat comeback..haha) ikutkan malas jugak.. tapi nak upload citer kad kawen ni. citer2 len banyak jugak,tapi boleh hold lagi.. just kad kawen ni,kena share skrang sebab skrang musim org kawen.. cuti sekolah ada 5,6 hari lagi ... mesti banyak jemputan kahwin kan???

kat rumah pun,banyak je jemputan kahwin.. aku kira2 kad kawen tu, dalam 20++.. xmasuk yang panggil tanpa kad.. (padahal cuti 14hari je kan..mknanya dalam satu hari tu, ada 2-3 majlis kena p.. ramai nye y kawennn...)

biasa ayah aku kepilkan sekaligus, dan susun ikut tarikh..



saje nak citer.. suka tengok kad kawen skrang ni..macam2 jenis,bentuk.. memang semua perah otak la..nak cipta rekaan2 lain dari yang lain.biar nampak unik. kalau ikutkan, kad kawen ni xde apa pun..sekadar kad untuk jemputan,biar orang ingat. lepas dh habis kenduri,orang buang la.. tapi adat or mmg kehendak,termasuk la aku jugak..hehe..nak jgak y cantik2,len dari yang lain..tak nak sama dengan orang.. 

antara kad kawen musim ni yang menarik perhatian aku ialah:

kad kawen utusan.. siap ada kalendar bawah tu.. at least boleh smpan kalendar tuu... 

rasanya paling suka yang ni.. simple je. 1 keping. kat blakang tu lupa nk snap. kat blakang dia bhagikan 2, kiri letak madah2 untuk walimah,tarikh,nama pngantin semua.. n kanan letak peta.. nampak je.. simple, tapi design depan dia cantikkk la.. mcm bg postcard..

yang ni sebab kartoon.. comel la.. dahlah pink..!! 

yang ni pun.. kartoon ala2 muslimah g2.. saya suka..saya suka!!! ^_^
tu jelah nak story2... pada Bride to Be (B2B) yang tengah mencari design2 kad kawen, blh la ambik idea sikit2.. byebye...!!

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...